Wahai Tuan Duktur! Jangan Futur!
[Kredit] |
[Nota kecil: Seperti yang dijanjikan, ini adalah kesinambungan kepada post "Makcik Peah Yang Suka Memfitnah" tetapi khusus untuk mereka yang bergelar duktur, tabib, pegawai perubatan dan yang seangkatan dengannya.
Dan artikel ini saya tujukan khas buat mereka yang sudah berkenalan mesra dengan tarbiyah dan dakwah, dan sudah/pernah pula mengamalkannya. Kepada anda yang tiada kena-mengena tapi masih terasa dengan penulisan ini, err, padan muka itu bukan salah saya. Eheh. Moga bermanfaat. Hoyeah.]
Saya beri amaran awal-awal. Kepada yang mengandung lima bulan dan ke atas, yang ada sejarah darah tinggi dan sakit jantung, yang mudah mengalami ketidakseimbangan mental dan yang mudah jadi emo tak tentu fasal, anda dinasihatkan supaya tidak terus membaca penulisan ini. Sumpah.
Kali ini saya mahu ambil pendekatan no holds barred. Saya akan berlaku jujur dan telus. Terlalu jujur.
Maka anda yang benar-benar mahu menyudahkan penulisan saya ini, terutamanya anda yang menjadi subjek utama kepada penulisan ini, paling tidak saya nasihatkan pakailah losen kalis api dan laser, atau jaket kalis peluru dan bom.
Baiklah. Tarik nafas. Hembus. Baiklah.
Semenjak kecil doktor sememangnya menjadi antara cita-cita utama yang mahu saya kecapi. Malah masih saya ingat dengan jelas sekali, ketika di tingkatan lima, saya masih menanam cita-cita untuk menjadi doktor. Doktor forensik; terpengaruh dengan CSI gamaknya. Peluh kecil.
Namun perancangan Allah mengatasi segala-galanya. Ketika proses untuk meminta biasiswa melanjutkan pelajaran ke luar negara, bidang perubatan langsung tiada dalam senarai permohonan saya. Saya akhirnya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang bioteknologi di Australia dan saya menerimanya.
Ya, benar. Silalah buat wajah terkejut. Saya memang pernah mendapat tawaran tersebut. Malah lebih seminggu lamanya saya berada di sebuah kolej persediaan untuk ke bumi Koala gemok itu, sebelum sekali lagi perancangan Allah yang lebih osem mengambil tempatnya. Tidak berapa lama kemudian, saya mendapat pula tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Kerajaan Bersatu dalam jurusan Ekonomi. Tanpa berfikir panjang, tambahan pula ketika itu saya tidak nampak masa hadapan dengan bioteknologi (hohoho..), saya terus menerima tawaran yang itu pula.
Dipendekkan cerita, akhirnya saya lulus periksa dan dengan rasminya memegang ijazah dalam bidang ekonomi, lulusan sebuah sekolah ekonomi di Kerajaan Bersatu. Alhamdulillah.
Sekolah Ekonomi London yang telah menyelamatkan saya. [Kredit] |
Apabila difikir dan difikirkan berulang-kali, yakinlah saya bahawa bukan kebetulan perancangan Allah untuk saya sebegitu rupa. Apatah lagi kebetulan itu adalah bahasa Argentina. Eh.
Dan antara perkara yang amat saya paling terlalu bersyukur adalah saya tidak ditakdirkan menjadi seorang doktor. Espeseli setelah berjinak-jinak dan berkecimpung dalam tarbiyah dan dakwah, hati ini menjadi semakin lega dan hidung mampu mengembang selesa kerana tidak perlu menyarung kot putih dan menggantung stetoskop di leher sambil berlari-lari di kaki lima hospital.
Eh mengapa pula Inche gabbana..? Bukankah menjadi doktor adalah suatu pekerjaan yang sungguh mulia..? Menyelamatkan nyawa manusia di luar sana dengan ijinNya. Tidakkah anda merasakan tiada pekerjaan yang lebih mulia daripada seorang doktor..?
Uhm uhm. Jujurnya, saya tidak punya masalah dengan prospek kerjaya seorang doktor itu sendiri. Dan benar, pekerjaan doktor itu adalah suatu amanah dan tugas yang cukup mulia. Cuma nak kata paling mulia, mungkinlah tidak kerana kemuliaan itu boleh jadi sangat subjektif.
Untuk rekod, sewaktu di Kerajaan Bersatu dahulu, saya amat menghormati rakan-rakan yang mengambil jurusan perubatan. Apatah lagi mereka yang terjun ke dalam gaung tarbiyah dan dakwah ini, semakin bersemangatlah saya memberikan mereka ini tabik spring. Di sebalik kesibukan mereka sebagai pelajar jurusan perubatan, mereka masih bisa bergerak aktif dengan gerabak ini; membawa bulatan gembira, menghadiri penuh konferens riang, bersama-sama menyertai mukhayyam dan beraneka lagi tok nenek aktiviti dan program yang mereka sertai. Pergh, respek habis.
Maka secara tuntasnya, mudahlah untuk sesiapa sahaja membuat kesimpulan, bahawa mereka yang sudah Super Saiya ketika belajar, pastilah akan menjadi Mahadewa pula apabila bekerja nanti bukan..?
Uhm uhm.
Oh sebelum saya membebel dan mengarut lebih panjang lebar, ijinkan saya membuat sedikit diskelemer. Cacian dan tohmahan yang bakal dilemparkan nanti, rasanya lebih kena dan sesuai untuk dibaca oleh ikhwah dan bukannya akhawat, memandangkan ramai akhawat yang sama ada bukan dari spesis manusia normal atau mereka berasal daripada planet yang lain. Kalau tak percaya, cuba tunduk dan pandang mereka ini dari celah kangkang anda; anda pasti akan mendapati yang mereka ini tidak mempunyai kaki! Wahahaha.. Err.
Berbalik kepada perbincangan kita tadi, rupa-rupanya sangkaan baik dan penuh berlapang dada untuk bakal-bakal doktor itu kebanyakannya meleset. Bukan setakat meleset, malah tersungkur, tersembam dan terperosok teruk, nun jauh ke dalam lubang gelap yang dahsyat. Pergh diskripsyen memang terbaik.
Malah simptom-simptom untuk mereka bersarapan pagi (Baca: Futur) sudah boleh mula kelihatan apabila mereka menuju ke tahun-tahun akhir mereka. Sudah ramai yang tidak lagi membawa bulatan gembira. Itu ok lagi; ada juga yang langsung sudah tidak berbulatan gembira. Konferens riang..? Bukankah dah sampai tarikh luputnya? Wah. Alasannya? Sibuk. Esainmen bertimbun. Kerja lewat malam.
Apabila pulang ke Malaysia, keadaannya bertambah teruk lagi, apatah lagi untuk mereka yang sudah memulakan tugas sebagai Houseman Officer (baca: HO). Jangankan sosok tubuh badan, nak nampak hidung kembang dan pipi tersorong-sorong mereka ni cukup susah di program-program tarbiyah dan dakwah. Aduhai.
Dan saya tidak bercakap tentang mereka yang baharu dalam tarbiyah dan dakwah. Tidak. Bukan mereka yang masih hingusan atau merangkak perlahan dalam gerabak ini. Bukan. Bukan pula mereka yang tidak tahu apa-apa akan amanah dan tanggungjawab mereka sebagai al-akh dan rijal dakwah di atas jalan yang sumpah panjang ini. Bukan.
Tetapi mereka yang cukup haibat di seberang laut dahulu. Mereka yang membawa dua, malahan tiga bulatan gembira. Mereka yang menjadi penceramah ala-ala Zakir Naik dalam konferens-konferens riang. Mereka yang tidak pernah terlepas akan program dan aktiviti tarbiyah dan dakwah yang dianjurkan. Malah mereka yang pernah menjadi mas'ul! Allahu rabbi.
Ke manakah hilangnya kefahaman bahawa segala sesuatu di dunia ini, baik pelajaran, pekerjaan, harta dan sebagainya, hanya sebagai alat tunggangan untuk mengejar matlamat yang lebih utama..? Ke mana pergi laungan-laungan semangat di konferens-konferens riang, sambil memeluk bahu teman-teman di sekeliling, berjanji untuk sehidup semati dengan tarbiyah dan dakwah? Ke mana luputnya azam dan iltizam untuk terus tsabat dan istiqamah dalam gerabak ini, walau apa yang terjadi..?
Ke mana, wahai akhi sayang..? Ke mana...??
Nanges.
Saya jujurnya amat terasa dan sedih dengan keadaan ini, kerana ramainya tuan duktur dan tuan tabib yang sudah mula mendaftar dengan Kelab Alumni Ikhwah ini adalah ikhwah yang amat rapat dan saya sayangi sewaktu ketika dahulu. Malah saya amat mencemburui isti'ab dan kekuatan yang ada pada mereka ini, kerana ketika itu, saya tahu saya tidak mungkin menjadi segaban mereka.
Namun anda semua telah mengechiwakan saya. Anda semua gagal menepati janji dan baiah yang pernah suatu ketika dilaungkan. Anda semua sudah lupa dan leka dengan amanah Syahadatul Haq yang pernah anda rasakan bebannya suatu ketika dahulu!
Oyy Inche gabbana! Jaga sikit mulut tu..! Amboi amboi, anda ingat, anda tu dah baguihhh sangat..? Dia tak tahu betapa susahnya nak jadi doktor ni. Cuba jadi doktor tengok! Haaa, silap haribulan, dia yang tersungkur diam nanti!
Ekeleh Inche gabbana ni. Berlagak nak mampus. Dia apa tahu amalan-amalan kita di belakang tabir. Ikut kemampuan masing-masing ah! Aish.
Alah biarlah Inche gabbana tu mengarut sorang-sorang. Biarlah dia nak fitnah kita ke, kutuk kita ke. Yang balas amal kita nanti Allah. In Shaa Allah, Allah tahu niat dan kerja-kerja kita.
Akhi sayang.. Allahu rabbi. Nanges laju-laju.
Ya akhi, saya mengaku. Malah saya sering memikirkannya, betapa seandainya saya berada di tempat anda semua, boleh jadi saya akan berubah menjadi seekor raksasa gorgon yang jauh lebih teruk dan dahsyat lagi. Kerana itu saya katakan, saya amat bersyukur tidak perlu melalui fitnah yang sebegitu rupa, kerana belum tentu saya mempunyai kekuatan untuk menghadapinya.
Cuma... Saya ada satu soalan untuk anda semua.
Tarik nafas dalam-dalam. Anda benar-benar mahu mendengarnya..? Anda pasti..?
Baiklah.
Mengapa tuan duktur berjantina akhawat... Mereka mampu lakukannya..?
Gempa bumi. Gunung bergegar. Kilat sambar-menyambar.
Ok ini sungguh random. Eheh. [Kredit] |
Ya. Mereka masih mampu untuk membawa bulatan gembira. Malah ada sesetengah kes yang sahih, mereka mampu untuk membawa lebih daripada satu bulatan gembira. Bulatan gembira mereka sendiri amat jarang dipontengi, kecuali untuk keuzuran yang syari'e. Konferens riang mereka hadiri dengan penuh bergaya dan berjaya sekali.
Ya, mungkin bukan semua begitu. Mungkin ada juga yang memilih untuk bersarapan pagi. Tapi statistiknya tidak 'secemerlang' ikhwah. Nombornya tidaklah mengerikan seperti yang dicatat oleh ikhwah. Kadar yang lemarikan diri, hilang dalam tindakan (Baca: Missing in action) dan senyap sunyi shiuuh shiuuhh angin sepoi-sepoi petang bertiup tenang, tidaklah selaju yang berlaku pada ikhwah.
Mengapa wahai akhi sayang, mengapa..?
Walhal, dari segi logik akalnya, sebagai perempuan dan akhawat, mereka lebih besar cabarannya dan lebih mengalirkan peluh besar ujian yang terpaksa mereka hadapi. Untuk mereka yang masih belum berkahwin, terpaksa berhadapan dengan karenah keluarga yang selalunya lebih tegas pada mereka yang bergelar perempuan. Sebulan sekali mereka terpaksa menjadi Sailormoon. Eh. Dan untuk mereka yang sudah berkahwin, ada kemungkinan besar yang mereka akan mengandung.
Dan sekarang anda mahu beritahu saya, anda tidak cukup kuat dan tidak mampu berhadapan dengan semua ujian dan mehnah sebagai seorang tuan duktur..? Pffftt. Kamonlah.
Atau mungkin benar sangkaan saya, bahawasanya akhawat ini benar-benar bukan manusia..! Aduhai.
Untuk rekod, ada dua orang ikhwah doktor yang amat saya hormati dan kagumi. Mereka ini benar-benar qudwah si kader dakwah. Saya menjadi saksi, bahawa salah seorang daripada mereka itu, tidak pernah sengaja ponteng bulatan gembira. Walau lewat macam mana sekali pon dia habis bekerja, dia akan tetap bermujahadah untuk menghadiri bulatan gembira. Konferens riang juga begitu. Tidak pernah tidak datang melainkan dia terpaksa bertugas di hujung minggu.
Dan anda tahu apa yang lebih mengerikan daripada itu..? Dia juga membawa bulatan gembira. Bukan satu, tetapi dua...! Ok silalah pengsan sekarang. Atau buat-buat pengsan kerana terkejut.
Dan anda mahu tahu sekali lagi, apa yang cukup menggarukan kepala tentang al-akh Super Saiya yang seorang ini..? Dia sudah berkahwin dan mempunyai anak. Ya.
Sila sila. Silalah terjun gaung sekarang juga.
Akh yang seorang lagi itu, jujurnya saya belum pernah berkesempatan bergaul mesra dengannya. Namun hati ini begitu bergelora, mahu memeluk chenta dan bercipiki cipika dengannya. Cerita-cerita lejen urban yang saya dengar daripada sumber-sumber yang sahih dan terpercaya, mengatakan dia adalah seorang tuan duktur qudwah yang tidak boleh dinafikan lagi. Dia membawa bulatan gembira di sebalik kesibukannya. Dan di masa-masa tenggang yang kosong, dia akan berkejar-kejaran untuk menghadiri mana-mana program tarbiyah dan dakwah yang ada. Dan ya, dia juga sudah berkahwin.
Ehem.
Yang lebih menarik, kedua-kedua mereka mengakui betapa kerjaya sebagai seorang tukang tabib di Malaysia ini cukup perit dan membunuh, espeseli untuk mereka yang bergelar seorang dai'e. Sehingga al-akh yang kedua ini, pernah mengeluarkan suatu kenyataan, yang saya kira cukup berani dan jujur. Katanya,
"Ana tak nampak, bagaimana bekerja sebagai seorang doktor ni boleh menyumbang pada dakwah."
Sshhhrrrettttttt. Er, apa yang koyak tu..?
Ya, seorang doktor yang beramal yang mengatakan sebegitu. Bukan saya. Bukan sesiapa. Tetapi orang yang selayaknya.
Tetapi itulah, hanya dua orang itu. Hanya DUA orang setakat ini (yag mana pernah saya jumpa). Yang lain-lain, maaf, anda belum lagi berjaya membuktikannya kepada saya.
Hal inilah yang sering kami muhasarawak dan muhakedahkan bersama-sama; bagaimana hal ini boleh terjadi. Dan bagaimana kami boleh membantu mereka ini. Jujurnya, sehingga kini kami masih belum menemukan formula untuk mengubati barah ini, apatah lagi, soalan yang sama, tanpa dapat dielakkan, akan tetap bermain dengan riang gembiranya di kepala:
"Jika akhawat boleh lakukannya, mengapa tidak ikhwah..? Mengapa?"
Adeh.
Dan masalah ini begitu merunsingkan kami semua, sehingga kadang-kadang itu berlaku jugalah sesi membasuh otak dan mengklorok hati dan jiwa hadek-hadek yang bercadang untuk mengambil jurusan perubatan, agar membatalkan hasrat mereka itu. Malah terbit satu idea untuk mula memberi motivasi kepada hadek-hadek sejak di bangku sekolah menengah lagi untuk mempertimbangkan kerjaya lain yang lebih memberi kehidupan bermakna, daripada terus terseksa dan menderita dengan menjadi seorang doktor.
Kerana jujur, kerjaya sebagai seorang tuan duktur di Malaysia ini benar-benar membunuh karakter seorang dai'e. Geleng kepala.
Mengapa Malaysia? Kerana situasinya tidak sama nun di Kerajaan Bersatu, Ireland, Mesir dan di tempat-tempat yang lain. Menjadi tukang tabib di tanah Melayu benar-benar tidak sama dengan menjadi tuan duktur di negara lain. Hal ini telah disahihkan oleh mereka yang pernah bekerja di luar negara dan kemudian pulang ke Malaysia.
Yang membuatkan keadaan lebih kompleks dan menggaru hidung, adalah persepsi masyarakat umum di Malaysia terhadap kerjaya sebagai seorang doktor. Seolah-olahnya ia adalah pekerjaan yang paling agung dan mulia. Jika ada seorang pelajar cemerlang SPM membuat keputusan untuk tidak meneruskan pelajaran dalam bidang perubatan, dia hampir pastinya akan dipandang keji dan penuh hairan oleh guru-gurunya di sekolah, juga Makcik Sabedah Zamani, jiran sebelah rumah. Malah saya yakin, kebanyakan daripada kita, sejak kecil lagi sudah dibasuh otak oleh orang tua dan saudara-mara untuk memilih kerjaya sebagai seorang doktor, bukan?
Sistem pendidikan di Malaysia. Haih. [Kredit] |
Hal ini tidak sewajarnya berlaku. Minda anak-anak yang pintar dan bijaksana ini tidak wajar ditutup dan dihadkan sejak kecil lagi. Beri mereka peluang untuk mengembara dunia dan pilihan-pilihan yang ada. Malah, dedahkan mereka dengan realiti kehidupan yang sebenarnya. Dalam hal ini, maaf, saya suka untuk melihat sistem pendidikan negara lain seperti Amerika dan Korea, yang amat bergaya dalam menggalakkan perkembangan minda dan potensi diri yang ada pada anak-anak muda mereka. Di sini, kita dibasuh sehingga mempercayai hanya dengan menjadi doktor sahajalah, status kita dapat diangkat mulia. Hey anda, ikan paus pon ada masalah tahu..? Eh.
Seolah-olahnya menjadi doktor itu adalah perangkap maut buat seorang dai'e. Jerat yang sekali mengikat kaki, tidak boleh dilepaskan lagi. Alahai.
Mungkin ada yang berpendapat dan cuba untuk mempertahankan diri, "Oh tidak mengapalah, usai HO nanti, habis bahagian yang paling menyeksakan dan memeritkan nanti, saya sertailah kembali gerabak tarbiyah dan dakwah ni! Kacang goreng cap Pagoda jah! Ohoi!"
Peluh. Untuk anda yang berfikiran sebegini, ini jawapan saya untuk anda:
"Belum tibakah waktunya untuk orang-orang yang beriman, untuk secara khusyu' mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik."
[al-Hadid, 57:16]
Sniff sniff. Hhhmmm. Saya terbau stik daging yang dimasak well done.
Saya tahu. Anda yang sudah membaca sehingga ayat ini, dan terkena pada batang hidung dan dagu lekuk anda itu, pasti sudah berasa panas punggung dan gatal tengkuk. Pasti hati dan jiwa anda sekarang sedang bergelora bagai musim tengkujuh dan monsun Timur Laut. Dan pasti ada yang sedang menggaru kepala yang tidak gatal sekuat hati dan sepenuh rasa. Anda, berhati-hati, botak kepala anda nanti! Wahahaha..
Sila bersetuju untuk tidak bersetuju. Silalah menafikan kata-kata saya dan mempertahankan diri anda. Silalah berhujah dan keluarkan dalil-dalil anda. Sila sila tambah nasi, jangan malu-malu. Eh.
Hakikatnya, anda tahu saya bercakap benar. Anda setuju yang anda sebenarnya sedang dilanda futur yang dahsyat. Dan anda sekarang ini, sama ada sedar atau tidak, sedang mengangguk kepala tanda anda sebenarnya faham benar dengan apa yang sedang saya perkatakan.
Uhm uhm.
Sebagai akhiran, ijinkan saya untuk membuat sedikit diskelemer. Penulisan ini bukan bertujuan untuk sengaja memprovokasi mana-mana pihak dengan niat untuk menyakitkan hati atau mencalar jiwa dengan sengaja. Bukan juga sebagai propaganda untuk menggalakkan siapa-siapa agar tidak mengambil jurusan perubatan; apatah lagi untuk memaksa anda yang sudah pon berada di atas trek untuk menjadi tukang tabib, untuk berlari-lari laju tidak percaya, sambil menjerit sekuat rasa, "Aaaaahhh aku tidak mahu buat medik daaaahhh...!"
Err. Sabar anda, sabar. Gosok belakang badan.
Tetapi ia sebenarnya adalah sebagai tolakan untuk anda di luar sana, dai'e doktor atau yang akan menjadi doktor, untuk kita sama-sama muhasabahkan apa masalah sebenar yang sedang berlaku.
Dan langkah pertama untuk kita menyelesaikan sesuatu masalah adalah dengan kita mengakui adanya masalah. Selepas itu baharulah kita boleh untuk berfikir mencari solusinya. Sekiranya kita terus ego, tidak mengaku wujudnya raksasa gorgon yang selama ini menghalang anda untuk terus bergerak laju di atas jalan dakwah ini, arakian percayalah, sehingga kiamat pon anda akan terus kekal di takuk lama.
Kedua, ia sebagai cabaran Istana Takeshi kepada anda di luar sana, sama ada sudah atau bakal menjadi tuan duktur, terutamanya hadek-hadek yang masih bersinar-sinar mata mereka, yang bercita-cita tinggi untuk menjadi tuan duktur untuk ummah ini, untuk membuktikan bahawa saya dan ikhwah lain yang mempunyai tanggapan yang sama pada anda semua, adalah salah. Betapa sangkaan kami terhadap anda semua tidak benar dan tidak mempunyai asasnya.
Betapa anda bisa melakukannya. Bahawa sebagai seorang dai'e doktor, anda mahu menjadi sama haibat malah lebih Super Saiya lagi daripada kami yang tidak doktor ini. Dan sesungguhnya, anda menjadi doktor benar-benar sebagai alat dan tunggangan untuk mengembangluaskan risalah agung yang mulia ini, dan bukannya untuk mengejar cita-cita dan kepentingan sendiri.
Tolonglah. Tolong dan sila buktikan betapa saya salah. Bahawa artikel ini silap. Sumpah, saya benar-benar mahu dibuktikan salah dan silap.
Wahai tuan duktur! Bukan kebetulan kalian dipilih untuk menapaki jalan ini dengan cara anda menjadi doktor! Tidak mungkin Allah tersilap memilih kalian menelusuri jalan tarbiyah dan dakwah ini dengan memakai kot putih seorang doktor!
Wahai tuan duktur! Kalian haibat! Kalian bukan calang-calang! Kaliang tidak mungkin berwenang-wenang! Kalian telah memilih untuk bersama-sama kami dalam gerabak ini! Ayuh, bantu kami, bimbing kami dan pimpin kami untuk terus tsabat dan tabah di atas jalan ini! Dan jangan khuatir, kami juga pasti akan setia membimbing dan memimpin kalian untuk kita sama-sama menuju sorga! *hulur tangan, senyum*
Wahai tuan duktur! Jangan gugur! Jangan futur! Jangan sungkur! Kalian mampu untuk melakukannya! Kalian upaya untuk menggalas beban dan tanggungjawab ini! Kalian kuat untuk menelusuri jalan berduri dan berkaca ini, kerana kami ada bersama-sama kalian! Andai kalian berdarah luka, kami juga akan berdarah seksa! Jika kalian menanges duka, kami turut akan mengalirkan air mata!
Dan andai kalian mula lemah semangat, terasa mahu berundur dan berehat, terasa tidak mampu lagi untuk meneruskan perjalanan ini, ambillah azimat sakti ini buat bekal mengobat hati dan merawat diri:
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik."
[al-Ankabut, 29:69]
Juga:
"Sesungguhnya orang-orang yang berkata, 'Tuhan kami adalah Allah,' kemudian mereka beristiqamah, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata), 'Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu bersedih hati; dan bergembiralah kamu dengan sorga yang telah dijanjikan kepadamu."
[Fussilat, 41:30]
Senyum, kenyit mata.
Bersabarlah wahai akhi sayang, dikau pasti akan menemukan cahaya kemenangan! Bersabarlah! [Kredit] |
Sekiranya anda, wahai ikhwahti mahbub, yang amat saya chentai dan sayangi sekalian, masih skeptikal dan prejudis dengan penulisan saya ini, silalah jawab soalan saya ini dengan penuh bergaya dan berbudi:
"Jika akhawat boleh melakukannya, mengapa tidak ikhwah..?"
-gabbana-
Saya menantikan dengan penuh debaran maklum balas yang bakal saya terima hasil daripada penulisan ini. Moga ia dapat mengubah paradigma segelintir daripada kita. Moga bermanfaat untuk semua!
Saya yang ingin menjadi tuan duktur jiwa-jiwa manusia. Senyum.
73 Caci Maki Puji Muji:
akhawat smemangnya mrupakan makhluk dunia lain. haha
akhawat yg saya kenali
seorg duktur pakar, dlm masa sama seorang ibu mengandung dan anak kepada 3.
masih mengikuti bulatan gembira sehingga sekarang :)
osemm
Walaupun baru beberapa tahun dalam bidang medik ni, mmg sudah ada bibit-bibit ana mahu tinggalkan lapangan ini. Sbb, ana memikirkan dakwah n tarbiyah ana. Serius.
Tp, bila memikirkan harapan seberat, setinggi gunung everest dari parent, adik beradik, sepupu sepapat, kucing rumah dan sekeluarga. Menyebabkan ana terpaksa melalui jalan ini.
Even, bukan ana rasa ana seorang. Orang2 lain yg baru peroleh tarbiyah dalam lapangan yg sama, mereka mmg slow utk bergerak. Ana agak kuciwa. Ana rasa adik2 yg nak amek medik tu, fikir 7 kali dulu. Fikir kekuatan, kelebihan, kelemahan dan kekurangan antum dalam menahan resistance dunia medik ni. Kalau antum kuat, silakan dan buktikan. Kalau sonok2 nak jadi tabib sbb nampak cool, xpayah.
Lagi satu, sepanjang ana dalam bidang ni jgak, ramai yg qowiy2 sudah gugur dan jatuh di celah2 gua entah ke mana. Menambahkan kekecewaan dlm harapan untuk meneruskan gerabak yang mulia ini. Ana rasa kelebihan akhowat ialah support system dorg sangat hebat.
Ikhwah ni, entahla. Espeseli ikhwah oversea. Bukan main semangat bila kt obersea, balik mai malaysia. Hilang. Sbb tu, ana minx jangan dok buat program aktivisme sgt. Tarbiyah kene kuat jgak. Huhu
eh tapi inche gabbana,
dakwah & tarbiyah tetap perlukan tuan duktur bukan?
maka sokonglah mereka2 yg sudah brgelar duktur dan berada dalan gerabak dakwah ni, moga2 terus tabah mnjalani liku2 kehidupan.
Salam homo sapiens ciptaaan Allah... ana doctor tapi akhwat....sy rs masalah nie bkn utk doctor ikhwah saje..tp ikhwah secara keseluruhannya.....
ana sumpah takut akhi n ana memg dah aware pasal perkare ni, ana dh final year medic pn terase seperti makin terase senang kefuturan huhu, sume enta ckp sume btui, selain hanye pertolongan Allah ana hanye harapkan pertolongan ikhwah yg disayangi untuk mengelakkan bnde ni
memang agak sampah pun entry IG kali ni. tak gitu ikhwah dan akhawat sekalian??
Orang yg kt atas ni, terase ke?
Sesiapa yang tunduk (tawadhu') kepada ALLAH, akan diangkat dan sesiapa yang takabbur kepada ALLAH, akan direndahkan
Jangan takabbur
Apa2 pon, ia berbalik pd diri sendiri. Nak seribu daya, xnak seribu dalih. Tidak hanya doktor, lawyers, arkitek, engineer blh juga jd sebegitu jika tiada kemahuan.
saya ada dua kenalan. sorang duktur gigi. sorang bakal duktur biase.
yang duktur gigi lulusan oversea. yg bakal duktur biase lulusan IPTA tempatan.
yg duktur gigi dah kawin. anak satu masuk dua. yg bakal duktur biase belum kawin. dalam proses mengisi borang agaknye
soalan yg same saya ajukan kepada mereka berdua: "macam mana bahagikan masa? medik & dentistry kan kos berat? boleh pulak komit dengan usrah, dakwah bagai..?"
jawapan duktur gigi : "ape yg berat? aku duktur gigi je."
jawapan bakal duktur biase : "aku duktur biase je, tak berat mane pown."
hah! duktur gigi tu cerita, masa dia kat Swirtzeland dulu, dia tak join sgt pun usrah-musrah ni. dah tahun2 akhir baru ada masa nak join. TAHUN2 AKHIR, ok. sekarang dah masuk 4 atau 5 tahun dia bertugas sebagai duktur gigi di Malaysia. tengah sambung belaja lagi
bakal duktur biase tu pulak, memang jenis kuat study. bila kuat study, mudah stress pulak. bila dah stress, berbulatan gembira dan berkonferens rianglah dia. release stress dan recharge mood.
keberadaan dua manusia ni dalam program2 alumni meyakinkan adik2 bahawa bidang medik mahupun dentistry bukan penghalang untuk jadi haibat.
depends on individu sebenarnya
oh,kenalan saya tu berjantina lelaki.
salam inche gabbana,
saya student medic twinning program..
dulu penah belajar obersea..huhu
saya akui DnT di oversea sangat terasa auranya dan mmg rasa seperti super saiya..
akan tetapi di Malaysia lain ceritanya..
kami di oversea, diyakinkan bahawa kamilah qudwah.. doktor beb.. n plus daié..
balik mesia je.. jeng3.. doktor ( MO or Specialist ) tanya ni, kita jawab lain.. jawapan almost 80% wrong all the time.. eh contoh (qudwah) apa aku ni..
mulalah mengejar-kejar masa utk kukuhkan balik asas dalam medik ni.. smpai kesudahnya.. tiba2 ada pula specialist lain cakap " Saya ni dulu waktu student, setiap malam pergi clerk patient.. cewahh "
belum kira lagi caci maki, herdik oleh senior2 doktor.. lagilah kami ni patah semangat..
jadi inche gabana,
saya rasakan. saya rasakan....
faktor kegagalan ikhwah ialah:
1)tidak menguasai asas dalam bidang perubatan
2)2/3 masa dihabiskan dalam biah yang x berapa solehah ( colleagues, patients, consultants.. etc.. )
3)support system yang kureng ( ikhwah lain sunyi jek krik3 )
4)tsiqah tentang diri terhakis akibat selalu ditorture oleh senior2 doktor yang lain.. ( kdg2 rasa eh sengal giler aku ni, case mcm ni pon x leh paham macam mana r nk membina manusia )
5)bagi ikhwah pulak lagi parah, kadang2 terpaksa melihat aurat perempuan. xpasti r sama ada darurat atau x.. tapi bila selalu lihat aurat perempuan, hati lelaki mana yang x jadi keras plus ikhtilat juga susah nk dijaga..huhu
saya rasakan antara cara efektif utk ikhwah2 lain bantu para tabib di Malaysia ini ialah :
1) Menjadi patient yang concern dengan doktor.. hehe
2) Berusaha untuk menjadi admin hospital2 besar di mesia.. ( boleh r membantu mengubah sistem di hospital yg agak kritikal dan mengeciwakan )
3) Berusaha menjadi qudwah kepada kami.. berusaha bersungguh2 memujuk hati kami, ber layanan mesra ketika konferens riang, memberi hadiah, bertanya khabar.. demand gitu..
4)Fokus pada adik2 yg berada di lapangan selain medik.. jangan terlalu memberi harapan kepada student medik.. harapan sikit2 bole la..
5)Yang terakhir ni, yang selalu menjadi impian setiap daie doktor seluruh dunia ialah, jeng3 " Hospital ikhwah " di mana prinsip ikhtilat dijaga, ilmu perubatan disaluti akidah yang sejahtera.. semua muwasofat tarbiyah dipraktikkan..
sekian je dari saya.. doakan saya terus tsabat
salam alaykum.
saya akui sy x nmpk lagi situasi doktor2 yg dulunye qawiy tp,bila dh ke alam kerjaya mereka gugur.
tapi,sy ingin nyatakan sbnrnya peluang dakwah terbentang luas utk doktor.sama ada doktor tu nk atau tak shj.sekaligus menyangkal statement akhi doktor-2 tu.
sbbnye waktu proses rawatan,pesakit akan percaya dgn doktor aka dgr je ape yg doktor ckp=sbb mereka nk sembuh kan.sng kata doktor sgt memberi pengaruh yg tinggi pd pesakit.jadi if doktor tu kasi dialog spt "pakcik,mkn lah ubat ni,doa byk2 pd Allah,inshaAllah sembuh.kita hnya usaha tp Allah yg menyembuhkan"
cth 2:dr muhaya sering mengucapkan zikir sepanjang rawatan dia berikan pd pesakit.sekaligus ramai pesakit yg tertarik dan ingin tahu lagi pasal Islam.bkn ke itu namanya dakwah.
doktor boleh ingtkan pd patient utk kembali pd ALLAH.sewaktu bual2 dgn patient pn kita boleh selitkn kekuasaan Allah atas jasad kita.minta mereka muhasabah etc.
if pesakit ada tekanan emosi kita boleh minta dia refleks balik,minta ingt Allah byk2.mcm semua org tahu,dgn mengingati ALLAH akn tenang.baca Al-Quran,solat sunat dan lain2.
doktor juga boleh tunjuk akhlak seorang muslim yg baik dan ini boleh menarik minat non-muslim juga.
wallahua'lam.sy kira doktor mungkin x cukup masa utk join bulatan gembira,daurah etc tapi,mereka boleh berdakwah dgn pesakit khususnya.ramai ulamak2 dunia yg menjadikn doktor sbgi kerjaya.cth:Sheikh Dr. Yusri Rushdi Syed Jabr Al-Hasani. jadi,ini bkn halangan utk tidak menjadi doktor kerana takut DnT kita x berjalan.jika mereka boleh kenapa tidak kita.cuma doktor seharusnya luangkan masa at least seminggu sekali utk hadiri bulatan gembira utk pengisian rohani sendiri.
"Dan masalah ini begitu merunsingkan kami semua, sehingga kadang-kadang itu berlaku jugalah sesi membasuh otak dan mengklorok hati dan jiwa hadek-hadek yang bercadang untuk mengambil jurusan perubatan, agar membatalkan hasrat mereka itu. Malah terbit satu idea untuk mula memberi motivasi kepada hadek-hadek sejak di bangku sekolah menengah lagi untuk mempertimbangkan kerjaya lain yang lebih memberi kehidupan bermakna, daripada terus terseksa dan menderita dengan menjadi seorang doktor. "
sy fhm kerungsingan kalian,tp sy rasa lebih baik kalian batalkn niat di ats.lebih baik kalian tukar bentuk motivasi itu kpd motivasi yg lebih ke arah membentuk individu doktor yg qawiy dan istiqamah dlm jln dakwah serta cara-caranya.boleh kumpulkn doktor juga utk mereka beri idea.beri motivasi yg lebih ke arah positive side.jgn amukkn adik2 dgn pndgn spt di ats.kita boleh ubah situasi ini.percayalah.bila lahirnya doktor yg qawiy sy yakin akan memberi impak yg sgt besar utk ummah.
apa2 pn,jazakallah khayr kathira ats artikel ini.shukran awi.sgt membuka minda.moga ALLAH mudahkn lagi jln2 dakwah Inche Gabbana.salam alaykum.
Bulatan gembira ialah thawabit untuk seorang akh yang benar.
"Sesiapa yg mahu hidup utk umat ini maka tiada baginya waktu yg sesuai & yg tak sesuai. Semua waktu hndaklah diusahakan agar sntiasa sesuai"-Syeikh Ahmad Yassin-
Ana ni sang engineer pun boleh tersasar jalan dari jalan DnT ni sob3.. ni baru ana sedar n mulakan dari awal balik.. dulu ana pergi dekat 2-3 usrah and assist usrah laen tp sejak habis blajar dan menjadi sang engineer.. ana jadi leka pada kerja.. Kerja siang malam sampai x sempat nak g "tengok2" lg sampai mula di lupakan ikhwah sob3 dan menjadi alien dikalangan ikhwah sob3
Bila dakwah hanya disempitkan dengan Usrah dan bulatan gembira bagai..... Bukalah minda..
:) Bang, kita sebut pasal dakwah yang efektif. Boleh je dakwah yang lain. Fb, twitter dan macam2 lagi. Ada banyak lagi. Efektifnya berbeda sama sekali dengan usrah. Sama2 lebih luas membuka minda.
Komen biar mengikut konteks tajuk artikel.
Doktor itu dekat dengan masyarakat,
mereka adalah perantara (alat) untuk Allah sembuhkan pesakit
Doktor itu berada pada saat pesakit paling kritikal, saat mereka perlukan agama, perlukan tauhid kepada Allah
kesempatan ini wajib digunakan sebaiknya :)
"tabib sebenar mampu merawat bukan sahaja penykit jasmani bahkan rohani"
tq~
Masing-masing ada peranan masing-masing. Berdakwah mengikut lapangan masing-masing. Ada yang pergi berperang ada yang tinggal di masjid untuk berceramah dan memberi ilmu.
sumpahan. bila orang pandai kene jadi doktor..alahaii..sedih tol jadi rakyat mesia kan. keke..y penting, support n husnuzdhon tu penting beb. ni tak. bila nampak orang tu mula menjauhi DnT, mula la memfutur kan beliau. gini syekh, jangan dok main rasa2. cuba bawak dia balik. fahami masalah dia. dia sedang diuji tu. bila time diuji, perlukan ikhwah lain utk support dia, ikhwah entah g mane la pulak..so memg asyik bersarapan pagi lah dia. harharhar
salam, ada bahagian dlm entry kali ni yg sy x dpt bersetuju ngan IG. contohnya idea utk membasuh otak adik2 yg bakal memilih jurusan perubatan.. alangkah ruginya kalo suatu masa nanti (in future), kita tiada langsung doktor2 yg telah melalui proses tarbiyah ini. kesudahan nya, kita menjadi berlipat kali ganda lebih rugi.. so, lebih baik kita focus dlm mencari cure utk malignant cancer ni dgn memastikan ikwah, akhwat kekal ohsem rather than membasuh otak adik2 yg tgh semangat nk jd doctor sbb nk bantu org.. (i mean, niat diorg mulia kan...)~~just my opinion
Kalau melaksanakan D&T dalam skop kerjaya masing-masing pun boleh juga kan? As in, seorang doktor tu boleh berdakwah dengan pesakitnya, staff nursenya serta seseorang doktor itu harus memaksimumkan kerjayanya sebagai medium untuk berdakwah.
Tapi kelihatan dalam artikel ini, disempitkan kepada bulatan gembira, daurah semata-mata. Kita tidak tahu tahap kesibukan seseorang doktor itu,dan claimed mereka sebagai tidak mahu aktif lagi dalam DnT.
Barangkali inche gabbana juga harus mengubah paradigma melihat skop D&T dengan lebih besar.
Dan sekiranya tuan2 doktor yang inche gabbana kenali itu memang langsung tak mengoptimumkan kerjaya utk D&T di tempat kerjanya, memang ada something wrong somewhere dan perlu menghidupkan kembali semangat mereka.
Maaf sekiranya tersalah memberi pandangan.
apela inche gabanna ni.
tak buat medic mmg la tak tahu cammane rasenye.
lagi2 final year org yg belajar oversea tu.
memg la dakwah nk pg usrah tu bagus..
tapi ade amanah dari sponsor..
kalau fail?? lagi teruk padahnye.
kene la pandai prioritize.
itu pon xboleh pikir ke. adoi la.
medic tu penting belajar fokus..kalau belajar cincai2 semate2 nk ajar org dalam usrah..in future patient mati sebab salah diagnosis..sape salah??
doktor tu jugak.
pikir dalam2 sket sebelum buat post cani k
bismillah..
personal opinion saya, bukanlah salah bidang itu sendiri (medic, engineering, etc) tapi salah individu.
kita tak perlu demotivate orang yang nak study medic. tapi lebih baik motivate org yang berkecimpung dlm medic dan bakal terlibat dgnnya.
afterall, ketsabatan kita pada jalan ini bergantung pada hubungan kita dgn Allah.
ihfazillah, yahfazka (Hadith 19).
plus, pada teman² yang ada simptom² futur atau dah pun futur, kerja kita bukan degrade mereka, perli mereka, tapi tarik meraka balik masuk dalam gerabak ini. kalau kita bising je di mulut, tapi kerja² rescue tak buat, bukanlah salah mereka 100%, tapi kita juga bersalah kerana membiarkan mereka berguguran.
Ya rabbi tsabbitna, barik ukhuwwitna (Ya rabbi tsabatkan kami dan berkati ukhuwwah kami)
Allahu'alam
Pape pon kne pandai balance dua2,dakwah is num 1 but study/work is not num 2.. amanah Allah ke amanah sponsor lagi penting?hehs..tatau plak sponsor tu yang jamin rezeki,syurga,neraka.wallahualam.
Bismillahirrahmanirrahim
Perkongsian x seberapa. Semoga Allah sucikan dr riak dan takabbur.
Persediaan dan mindsetting perlu bermula dr awal. Sejak jd student lg. Daie doktor perlu ada jiwa lembut pd pesakit tapi perlu juga berjiwa keras dlm menghadapi cabaran2 di tmpt kerja..
1) learn how to handle stress. Kita ada Allah. Takde manusia nak dgr masalah pun takpe sbb kita ada Allah.. kita ada solat.. kita ada alQuran..
2) learn how to handle people. Kerjaya sbg doktor sejak punch in smpai la punch out semuanya memerlukan interaksi dgn manusia. Kena marah dgn MO, kne pandangan sinis oleh HO sr, kne herdik dgn radiologist, kne komen x puas hati oleh pesakit, kne push dgn nurse, etc..etc.. Just deal with it. Dont let any of it ruin your spirit. Bak kata sorg sheikh besar, kita kecil di mata manusia, tapi kita bawa mesej besar.. maka kita tidak kecil di mata Allah..
3) curi quotation seorg akhwat (daie) dr:
yes.. your spirit will be thrown down the drain when ur medical knowledge n skills are not at par. Take time to learn, but dont take your own sweet time..
4) bila adik2 naik kreta kita yg ada stetoscope, dgn sendirinya mereka dh rasa teruja.. dan alhmdllh sbnrnye mereka lbh appreciate bile naqib(ah) yg dtg bwk usrah atau bwk pisang goreng minum ptg selepas post call. So sapa kata kerjaya doktor takde tmpt dlm dakwah. Banyak ruang sbnrnye. Alat yg sgt penting utk digunakan sebaiknya..
Come'on doctors.. prove others wrong..
Bacala artikel ni dgn berlapang dada, buka minda, istighfar byk2 kalau tersngka buruk. Pandangan manusia mmg byk dan bermcm ragam, kita menerima dan meraikan. Kalau salah, betulkn dgn cara berhikmah.
Kalau awal2 fikir, agak menyesal amek medic,. Tpi bila sedar Allah tahu yg terbaik buat diri kita, terima dgn redha, sbb dgn berada d jln ini la ana temui sinar. Fuuh ayat x ley bla..
Kita x tahu masa depan kita.
Kita hanya merancang dan berusaha.
Bykkan doa agar Allah mentsabatkn kita di jln ini
Bykkan bersama mereka yg memberi biah solehah kpd kita,
Bykkan membaca buku fikrah.
Dan bykkan lagi yg sewaktu dgnnya.
Jzkk akhi atas nasihat yg bermkna.
Mmg realiti yg pahit, bhw ramai student obersea ,
Bila balik ramai lari. Ramai sgt.
Kedua2 pihak memainkan peranan yg pntg.
Yg bfg, kena berusaha kuat utk kekal tsabat dan kuat
Yg di msia, cuba pncing kembali mereka2 yg bfg ni.
Betul, support sistem mmg kene kuat.
Moga akhi terus tsabat menulis dan mmbina manusia.
Salam, saya merasakan ada doktor yg ingin buat kerja dakwah tetapi disebabkan halangan kerja, situasi kerja di Malaysia dan lain2 lagi.
Tidak dinafikan ada juga futur, namun kita ambil yg positif.
Bagi saya, untuk menjaga ikhwah2 medic ini dari futur, kita tidak boleh memaksanya utk memegang halaqah, mengikuti daurah dgn kerap, dan lain2 lagi.
Mungkin dengan amal jama'ie dapat membantu. Misalnya katakan ikhwah medic on call, ikhwah2 yg lain boleh menggantikan ikhwah medic tersebut untuk mengisi halaqah/daurah.
Setiap org ada kemampuan dan portion masing2 dalam dakwah.
Saya juga mencadangkan agar kita membina hospital kita sendiri, hospital ikhwah, namun, untuk membina hospital ikhwah ini, kita bukan memerlukan medic saja, tapi juga accounting, management, engineering dan mcm2 lagi.
Untuk menjaga ikhwah2 medic ini dari futur, kita kena target bagaimana Sime Darby dan KPJ dapat membuat hospital mereka sendiri.
Itu saja dari saya.
Harap Inche Gabbana dan ikhwah2 yg tgk komen saya ini dapat memberi komentar yg baik.
Salaam a'laikum warah matullah,
Moga anda yang membaca komen ini sentiasa dalam himmah 'aliyah untuk berbakti untuk agamaNya, juga di bawah lembayung kasih dan sayangNya, biidznillah.
'Ala kulli hal, saya membaca komen-komen yang dilontarkan dengan penuh minat dan teliti.
Saya dapati ada 3 jenis pengomen yang ada:
1) Anda yang benar-benar ikhlas dalam mengkritik dan memberikan pandangan/komen
2) Anda yang tak baca habis pon post saya ni, pantas membuat konklusi sendiri
3) Anda yang prejudis, (mungkin terasa dengan post ini) dan defensif dalam memberikan pandangan.
Untuk (1), Jazakumullahu khairan katheera saya ucapkan. Terutamanya untuk kalian yang turut menyertakan solusi dan cadangan bagaimana untuk menangani isu ini. Maka tercapailah antara hadaf (tujuan) saya menulis post ini; yakni untuk membuka minda kita semua dan berusaha mencari jalan penyelesaiannya, bukan hanya sekadar bersembang di kedai kopi.
Untuk (2), jazakumullahu khairan katheera juga saya ucapkan. Cuma saya harap anda dapatlah habiskan dahulu pembacaan anda sebelum membuat kesimpulan. Khuatir nanti kesimpulan yang dibuat itu bersifat melulu.
Dan untuk (3), jazakumullahu khairan katheera saya ucapkan. Saya kira, sekiranya saya berada di tempat anda, mungkin saya juga akan memberikan reaksi yang sama. Cuma, harapnya dapat ekstrak poin-poin utama mengapa pos tini ditulis, dan bukan mengkondem mana2 contoh yang diberikan.
Lihatlah pada intinya, dan bukan pada hiasan tepinya.
Saya berlapan dada dan amat positif dengan komen dan kritikan yang diberikan. Moga Allah mengganjari anda semua dengan sebaik0baik balasan. ;)
Namun untuk mengelakkan salah faham yang mungkin timbul, ijinkan saya untuk membuat sedikit komentar pada komen-komen terpilih, agar kita semua lebih tenang dan aman, in shaa Allah.
1) Manusia marikh: T&D tidak memerlukan sesiapa, namun kitalah, walau siapa pon kita, yang memerlukannya.
2) Syahidah dan Bukan Ahli IKRAM: Benar, dakwah itu bukan hanya pada bulatan gembira dan konferens riang semata. Kerana itu saya memfokuskan artikel pada mereka yang pernah/sudah beramal dengan tarbiyah dan dakwah (sila baca nota kecil di bhg atas). Mereka yang saya tujukan artikel ini, pasti amat faham dan jelas dengan apa yang ingin saya katakan.
Juga, kalau akhawat bisa berbulatan gembira, membawa bulatan gembira, tak ponteng konferens riang, mengapa tidak ikhwah..?
Itulah isu utama psot ini.
4) czechorepublic: Hehe.. Baru niat je. Tapi anda semua kena buktikanlah kepada kami ni, yg anda bakal tuan duktur ni tak akan mengulangi benda yg sama. Dah kalau setiap tahun t&d di malaysia terpaksa berhadapan dengan masalah yang sama, saya tidak berani jamin yang saya akan teruskan dengan hasrat dan rancangan itu. Hohoho..
5) budak medic: kalaulah time study pon tak boleh nak prioritise, percayalah, waktu dah bekerja nanti apatah lagi.
Sebab saa dah berfikir panjang dan bergaul dengan ramai oranglah saya berani untuk tulis post ini dengan jujur dan tulus.
Untuk semua yang melihat post ini sebagai demotivation untuk mereka yang bakal menjadi tuan duktur, sila hadamkan betul-betul penulisan ini.
Anda yang membacanya dengan hati, pasti akan menjumpai laungan cabaran dan kata-kata penambah semangat untuk anda terus kuat dan tidak gugur.
Kerana tarbiyah dan dakwah ini, KITA tanggung bersama. ;)
Allahu a'lam. Moga Allah ampunkan kekhilafan dan dosa-dosa saya. Moga Allah terus memandu kita untuk sentiasa berada di atas jalanNya yang lurus.
-gabbana-
Tengok niat lak..eh?
Some took up the course for the wrong reason, usually its for others’ expectation;as they say... SOME who choose this line is not sure of their intention, not basing on interest,rather to prove smthing or another,that’s the discrepancy, not prepared(mentally, physically, spiritually)to handle the burden ..the need to follow own intention and inclination.
Once, at least for a year, based on our Ed. Ministry record, non of the country’s top 10 scorers took up medicine. These achievers really know what they wish for and capable of doing(better),well may be they hv nothing else to prove to others or themselves.This is fact and fig, there may be others eqlly superior, based on other criteria.
The problem lies in the expcttion of others, families, neighbours and village folks.A common notion, “If he scored/straight, why didn’t he take up medic?”. Such mentality, even some, in this line fall into this misconception. In many develpd countries, medic is not ranked amng the most preferred profession. Seems Malayzee is far from achvng the developed status, for the mentality of the masses..nation of misconception.
May be it’s a fad,the way teaching, decades ago,once the preferred (incl.in-laws)noble profession. Nway, there seems a shift among the juniors, those school or college going; educators’ role? Of course anyone is free to take up any profession (the nation/religion needs superb individuals in every field of work) but the intention must be sincere. Let not public opinion rules by accepting the false notion,medic is associated with achievement,and not being in this field is otherwise. Most probably, if the intention is sincere,God’s intervention will insyAllah be available.
Sorry for the long space, but APG seems to be one medium of paradigm shift, for the range of audience, from the elites to the ordinaires ...ehm. Congrats IG, u’r superb.
Part yg petir menyambar(panah petir) tu plg best, siap illustration lagi. Cantikla gambar tu!
Salam,
Satu artikel yg menyentuh mengenai realiti kehidupan kebanyakkan para doktor ikhwah/akhawat. Tidak dapat dinafikan bahawa ianya adalah benar.
Namun, disana, saya lebih melihat masalah ini berpunca daripada Hati. Hati yang tidak istiqamah akan menyebabkan kita lari dari laluan asal. Zaman HO adalah mencabar, namun HO skrg dlm sistem Shift, berbanding kami dahulu dalam sistem oncall. Lebih memenatkan & lebih byk dugaannya. Namun, para doktor muda...bersabarlah, sesungguhnya ALlah bersama kalian.
Seorg syeikh terkenal di malaysia, apabila berbincg mengenai masalah ini, menyebut : 1) Hiduplah antum dalam dakapan jamaah (2) Berbaitul Muslimlah. Pilihlah ikhwah/akhawat dalam mendirikan rumah tangga.
Tahniah juga kepada Junior Dr Ikram, yang baru2 ini berjaya menjayakan beberapa program dalam usaha menangani masalah ini. Insyaallah, kami akan berusaha sedaya upaya utk mengatasi masalah ini. Moga2 pihak penulis & pihak ikhwah/akhawat akan membantu kami dalam usaha ini. Paling2 kurang, jalinan ukhuwah adalah penting dalam mengembalikan mereka yg futur ke jalan D&T ini.
- doktor yg masih muda tp dah abis HO-
Futur mungkin kerana dakwah dan tarbyah yg dpt dlm bulatan gembira,konferens riang dan segala mcm tok nenek tu tak membumi.sekadar berteori dlm kelompok sendiri dan mungkin tidak waqi'e..hmmm
naqib usrah saye sekarang final year medic... serius sibuk sampai kadang-kadang kasihan tengok dia... tapi Allah tolong dia pass every exam dengan agak cemerlang... sibuk macam mane pun, dia still conduct usrah, dia still visit kitorang... dan paling best akhlak yang dia tunjuk... da'wah dia melalui akhlak... tak pernah dengar dia merungut... paling berat telinga ni pernah dengar dia cakap: penatlah sikit... tapi okay je...
ex-naqib ana sekarang HO... dan dia dikenali sebagai HO yang sangat baik, pada patients dan pada senior doctors... walaupun dia tak dapat nak conduct usrah sehebat masa dia belajar, but one thing, da'wah tu sangat luas... melalui akhlak... macam mane kite influence orang sekeliling...
and now, saye take a year out to study bmedsc, dan one thing yang saye hold: da'wah boleh 24 hours, melalui akhlak... ada masa, bleh lah join usrah, rehlah segala bagai... InsyaAllah, both are important... study and da'wah...
(1)I dont think you know what are you talking about
(2)You're underestimating the sheer amount of dakwah & tarbiyyah that doctors able to do day in day out in their daily working life(and outside),that were completely inaccessible if not for their position as doctors.
(3)Wishing that you were wrong doesnt make you less responsible for making such a strong statement towards a profession you barely knew.But then youre (1)
(4)Its very easy to stick a label to certain people,judging them from outside,and writing (un)funny musings about them.Judging by the sheer length of the entry,you must have lots of free time indeed.Did it ever cross your mind that whilst you were writing those (un)funny things bout them, they were actually sweating bloods,sweats,and tears doing their part of dakwah(whilst saving lives when they're at it) and there you were from the comfort of your armchair,writing those silky (un)funny musings of yours?
Give it a break mate.
p/s you can label me as defensive if you want,but feel free to prove any of my points' wrong
setuju dengan point ke-4 DrHatesGucci...
luas dnt ni... sangat luas...
i know you may say: pedulikan ape orang kata. but here goes a story of mind Encik Angel Pakai Gucci.
saye 5th year of medicine, sepatutnya dah grad, tapi mengulang tahun. sebelum mengulang tahun tu, saye hanya pelajar medic biase, tak top, tak teruk, just cukup2 makan. tapi dnt jalan gak. waktu 3rd year, ulang. macam-macam kate dengar. sibuk sangatlah dengan segala bagai sampai repeat.. padahal takde kena mengena pun dengan study dan dnt. kate2 ni terus kedengaran selepas beberapa bulan mengulang tahun. sampai stop sekejap.
kemudian berfikir: aku tak boleh macam ni. aku taknak menjadi fitnah kepada dakwah aku sendiri. mulut orang,kita tak boleh stop. sedih sebab macam hilang separuh diri. malu pada jalan dakwah sebab perkara ni. malu sebab just ordinary medical student. so, kite kena fikir, takkan nak berlarutan macam ni...
so, nak tak nak, kena bertungkus lumus study..
tapi kemudian, lepas repeat until now, Alhamdulillah, more than before.dakwah diteruskan dengan cara lain. mantapkan ilmu medic,dan dakwah melalui tu. just imagine kalau jadi ordinary doctor, sampai bile nak begitu kan?be a doctor itself adalah dakwah. percayalah, pesakit akan tersentuh dengan akhlak kite. Nabi pun mendidik sahabat melalui akhlak bukan. setiap orang dicipta istimewa dan kelebihan dan cara dakwah sendiri. kite tak boleh skop dakwah dengan join semua program tu. kalau menilai dari participation, itu bukan kualiti dan dasar yang kita nak... roommate saye tak join semua tu, tapi dakwah dia sangat mantap berbanding saye yang join segala bagai program. he is more society-oriented dakwah kat hospital. ape yang dia buat seharian mantap. so, bleh ke diklasifikasi dia sebagai tak berdakwah kalau tak join program2 tu?
kadang-kadang pelik kalau dakwah dinilai based on participation.
doctors you mentioned above may be extremely brilliant or i can say: extraordinary. not everyone can be like them.
bukan nak bangga diri atau ape-ape. tapi kalau pun diorang tak involve, tak bermakna dnt diabaikan.
*mine
Salam inche gabbana.
Sy x pernah teringin nak memberi comment pd entry2 inche gabba tapi sebab entry kali ni ttg dokter as sy pn alhmdllh seorf doktor..menarik2 tgn sy utk type kat cni.
Apa2pun time kasih sbb membuat entry yg bukan provokasi tp sbnarnye membuat kan sy rs nak defends entry2 ig tu.hmm..sememangnya tugas dokter sgt berat..tp itu bkn alasan utk maju dlm dnt ni.
Tp sy terigt kata2 sheikhbhamid pada daurah dokter hrtu..dia ckp, dgn hati dan perasaan seorg doktor, walaupun x ikut berdaurah berjaulah, etc..tp krn keuzuran, , insyaAllah pahalanya akan dpt sma dgn org yg bepergian.
Kami serious sgt jeles dgn org2 yg bepergian..especially sy yg dulu blajar kat oversea mmg aktif berdnt but now terkurung kat spital ni..
Tp bila dgr kata2 syeikh hamid ni..rs hati tng kembali as dia sendiri pernah jd murobbi kpd doktor2 mesir so diabsgt memahami.
Mgkin mmg betul ramai ada org yg missing in action, tp jgn anggap org yg dulunya aktif kini kononnya berdiam, mmg terus dinobatkan sbgai mssing in action.
Hati kami ada, cuma jasad je x di sisi.insyaAllah doa kami menyertai..mujahadah kami berbeza..hati tetap sama.Allah Maha Mengetahui.jzkk ig krn utarakan point ini.
-nabilah selayang-
:)
ana medical student!!!
ana rasa (terpikir) penyelesaian untuk masalah ni ialah dengan medical student/ doktor / nurse etc kena..
TAJARRUD!!! dengan dakwah, tarbiyah dan study je!!!
x payah main game, bukak fb, bagaii..
Ana percaya sebenarnya doktor pon boleh jadi qudwah dakwah yg haibatttt..
Mungkin sebab doktor ikhwah x ade lagi qudwah dakwah yg haibat macam IG yg dapat memberi pengisian pada hujung2 minggu, sentiasa ziarah mad'u.. sebab tu kita tak nampak lagi masa hadapan ikhwah doktor kann.
dan ana rasa masalah ni wujud sebab doktor tu dulu x terbina betol kot.. ya, mungkin doktor banyak kekangan masa.. tapi kalo dia betul2 beriman dengan cara Dnt kita, mesti dia akan berusaha jugak utk sempurnakan wasilah tarbiyahh..
Jadi point dia, kena kuatkan TARBIYAHHHHH!!
X payah sibuk2 sangat nak handle masyarakat.. Handle2 masyarakat ni bagi org2 lain yg kurang sibuk skit. Hoho
Aman.
;)
doakan ana jga. Ana student medic jga. Bru 2nd year tp dah kenal tarbiah 3 tahun. Tp still ana rse byk benda lagi kekurangan diri. huhuhu. Bru student, blum lagi HO. InsyaAllah ana nak KUAT!!!!!!!!!!!!1
Akhi, jzkk atas enta punya reminder... ye,ana akui jadi dr ni memang super sibuk, mgkn kena ada MUJAHADAH yang lebih dahsyat drp semua dr, ( ana selalu igt mayb ma'thurat dan doa rabithah itu dapat membantu, di samping amal2 fardhi dan ukhuwwah yang kukuh).... by the way,JZKK atas tulisan nta... keep on doakan satu sama lain akhi...bg para bakal dr jgn lokek berdoa untuk semua sahabat2 kita....bila doa sahabat kita thabat,iA Allah akan thabatkan kita...insyaAllah.
Menurut pengalaman yg sempit ini... sebabkan terlalu tidak menyempitkan DnT kpd wasail2 khusus spt konferens riang,daurah, usrah etc n terlalu fokus kpd aktivisme menyebabkan kefuturan... terlalu fikir DnT tuh luas (tunjuk akhlak kt adik pom okay)(sedangkan dakwah islam mempunyai makna yg lebih besar lagi).... Lupa psl Tarbiyyah Islamiyyah... Dakwah tuh Sunnatullah bukannya penyebaran ideologi2 mcm komunis atau kapitalis.... Hu3.... Doakan ana spy still thabat dlm jalan ini.....
p/s: Haqq dan cara menggunakan Haqq adalah 2 perkara yg berbeza....
ana bukan dr, cuma bakal guru inshaAllah. entry IG kali ni buat ana teringit pesan ust super saiya y sentiasa tersenyum seblm kami hbs bljr thn lps.
kata2 nya lebih kurang begini
''ana x nak tgk satu hr nanti bila anti dah dicampak kan ke sarawak,sabah dan kita terserempak mgkn di dlm flight ke mane2, bila ana tanya 'macam mana sekarang ni'' anti jawab ttg sekolah anti, suami ustz anti, keada. kesihatan anti etc. pastikan jawapan anti masih berkisan soal dnt.''
bg ana walaupn agak keras & menakut2 kan. pesan tu ibarat persiapan mental u ana. & harapnya akan jd peringatan bila masa memerlukan nanti. same mcm entry kali ni.
biar di simen penuh sibuk atau tanah terputus hubungan luar sekalipun, smga kita segar dalam hirupan udara dakwah & tarbiyyah.
Terima kasih...untuk pendapat....sy suka baca artikel n comment..moga beri manfaat pada kite...tp sy lbih suka baca comment sbb they are on their shoes...perjuangan menjadi doktor muslim pun fardu kifayah..dlm mnjga kemaslahatan umat islam..doakn kami kuat dan perbaiki diri kami..kami manusia..sentiasa membaiki diri..maafkan salah dan silap..moga Allah bantu kita...
anta silap.
dakwah bukan sekadar bulatan keriangan atau konferens kegembiraan.
bukankah bidang dakwah itu luas?
masing2 ada peranan sendiri. usah menuding jari, memberi alasan.
muhasabah diri, sebelum mula dari orang lain, mula dari diri sendiri.
dan yang paling penting, janganlah menjahanamkan bahasa.
bukankah bahasa jiwa bangsa?
I agree with Abdul Aziz al Hafiz pasal buat hospital sendiri.
Kita ada keperluan untuk sediakan biah solehah di tempat kerja.
Mana ikhwah/akhawat Perak yang kenal Dr Haizul, dia penah pesan, graduates medic overseas setiap tahun beratus². Sudah tiba masanya kita menyediakan hospital yang treat ikut jantina dan sebagainya. Dia cakap, takkanlah selamanya nak guna alasan darurat bila isteri bersalin guna khidmat doktor lelaki!
So kita juga perlu sediakan hospital yang mewujudkan biah solehah utk ikhwah akhawat KITA.
Dan untuk med students & doctors yang butthurt, FYI Dr Haizul tu habis bacaan Qurannya setiap 25 hari, usrah tetap dihadiri walau sepancit mana beliau. Menjadi muwajjih untuk daurah² adalah tugas beliau juga (bukan setakat hadir usrah je).
Dan saya amat pasti, entry kali ini adalah untuk mereka yang memang faham dengan manhaj kita bahwa usrah itu adalah asas. untuk yang tidak menggunakan manhaj ini, takpa. tapi komen anda akan jadi luar konteks.
Allahu'alam
Assalamualaikum wbt..
Ana sgt tertarik utk baca post ni sbb ana iAllah bakal final year medical student next year..
Alhamdulillah it's a very good reminder for all of us esp yg iAllah akn mjd doktor..
mmg isu ni sering jgk didiscuss everytime bjumpe akhawat lain 'takutnye next year tenggelam. takutnye blk msia nnt hanyut'
ana belum bekerja jd mgkin org akn kata 'tk rse lg keje boleh la ckp' n mgkin Allah pn akn uji ape yg ana nk ckp..
1. niat mereka yg 'tenggelam'. ana percaya kita tak boleh nk judge seseorg based on terzahir sbb kita tak tahu ape yg mereka fikirkan. mgkin mereka menangis tetiap mlm berdoa pd Allah bg ruang utk mereka join usrah, konferens riang etc. jd kita pttlah bersangka baik dan muayasyah dgn mereka. mgkin boleh lebih memahami situasi mereka n offer solution.
2. our own 'sweet time'. tidak dinafikan mmg bile kite take our own sweet time utk study eg final year, time kerja, 'kurangkan tarbiyah utk focus pd study' etc syaitan2 akn get ready dgn kereta kebal mereka n kita akn diserang dr seluruh pelusuk. to be honest ana rase kalau setiap individu be honest with him/herself n Allah, die akn tau kemampuan die utk focus pd study or teruskan mjd tentera Allah yg haibat. ade jgk kakak2 yg tk bwk usrah n berkonferens mase final year tp bile grad terus aktif bwk usrah etc. utk ana sendiri,ana tk rasa ana mampu take my own sweet time sbb kebarangkalian utk ana tenggelam sgtlah tinggi bila pandang keimanan sendiri dlm cermin.
3. underestimating ourselves. kdg2 mnde ni jd bila kita meletakkan limit pd diri kita sdiri. kdg2 kita rase kita kenal sgt diri kita sendiri 'tak mampu buat ni tak mampu buat tu' tp lupa Allah itu lebih tau.
4. takut dgn failure. to be honest ana sendiri sgt takut dgn failure. mnde ni boleh jd faktor penenggelam, fitnah kpd dakwah tp boleh jgk jd ujian dr Allah nk tgk how far kita nk terus tsabat. ana ade kenal beberapa org yg repeat year tp terus laju malahan terus pecut. ana percaya kesanggupan utk menerima qadar Allah boleh dibentuk melalui tarbiyah. which ana sendiri still struggling.
5. pertlgn dr Allah. kdgkala terlalu berfikir scara theory dan strategi sehingga lupe meminta pertlgn dr Allah. pertlgn dr Allah boleh menangkis segala mehnah2 yg dtg iAllah.
maaflah pjg membebel. cume terpanggil utk memberi komen..
oh dan ttg melimitkan skop dakwah.. ana just nk ckp yg iAllah kita percaya usrah is the best cara utk dpt tarbiyah dan cuba membina kader2 Allah yg lain.. bknlah kerana menafikan kepentingan cara dakwah lain eg aktivisme etc.. kalau IG melimitkan skop pastilah IG tidak menulis entry ini sdiri..
jzkk.. semoga Allah memilih kita semua utk menjadi tentera2 Allah yg diredhai..
Selama ini ana menanti2 post berkaitan topik ini diluahkan oleh orang seperti Inche Gabanna.
akhirnya keluar juga. tahniah IG.
Inche Gabanna, anda fikir apa yang saya fikir.
lucu juga ada komen dari seorang yang mengatakan
"dakwah ni luas, bukan Usrah saja.
ada orang p berperang, ada orang pergi jaga wad bersalin, ada orang pergi tampal poster dekat2 PRU."
Saya kata, err betullah kata-kata anda tu Bukan ahlI IKRAM.
tapi,
****siap sedia untuk terima petir seumpama dengan petir inche gabanna yang sumpah best dan lawak.hhaha***
orang pergi perang, orang pergi urus kebajikan masyarakat, orang pergi tolong Mak Cik bedah beranak ,, kiranya mereka-mereka ni dah dapat MC tak payah pergi usrah la ek? kiranya mereka di halalkan dari jamaah dan naqib masing yang tak payah pergi program tarbiyah, sebab dah pergi buat amal, sesuai mihwar segala. macam tukah?
itulah poin Inche Gabanna dalam post ni. bukanlah maksud beliau kena usrah je, medic ni bukan dakwah. takkk.
tapi bila beramal, jangan lupa nukleus amal kita yaitu usrah dan tarbiah.
apakah BEZA dan ISTIMEWANYA kita (kita yang mengaku Ikhwan, yang tiap bulan syeikh kabir IM Dari Mesir datang bagi ceramah) dengan orang dalam fikrah, jamaah dan harakah lain, tapi hanya sibuk tampal poster PRU, sibuk bagi ubat ke pasien sampai2 tak pergi usrah dan tak buat usrah.
teringat kata-kata penulis belog Tadabur al-Engineer, bercerita mengenai seorang ikhwah berjawatan duktur datang complain kepada beliau, mengenai sibuknya duktur tak sempat nak join tarbiyah dan dakwah.
Inche Penulis belog Tadabur al-Engineer (yang seorang engineer) membalas, "enta tukar la kerja, daripada kerja kat lapangan, kepada kerja kat ofis ke, supaya tak ganggu dakwah'
jawab akh yang duktur ini, "tak boleh akhi, ana dah teringat dengan contract, nanti kalau quit jadi bla bla bla"
sebab tu kita kena beza antara matlamat dan alat. kalau alat mengganggu matlamat, alat tu kena tukar. tak kira betapa extreme kita kelihatan. dah benda tu adalah alat.
kalau kerana kesibukan dalam kerja, dan pelajaran dapat ganngu kita dalam menjalankan keWAJIBan ikut usrah dan dakwah, baik kita tinggalkan obstacle yang menjadi resistance kepada terlaksana kerja kita. kalau tak mampu tinggal/tukar kos, adjust lah supaya kita kekal dalam kerja dan study kita (eg medic) dan tak abaikan dakwah.
sebab tu dalam ISK kita tekankan priority antara study dan dakwah. kalau paham dan setel bab tu, bereh arh boh.
tapi masalahnya hang pa tak setuju dengan ISK (terutama poin study vs dakwah). bukan takat tak setuju condemn lagi. so, salah siapa?
pointnye, minimum jgn sampai tarbiyah jama'iyah terabai (tp tetap masih boleh laksana tarbiyah fardi/zatiyah). namun jika amal dakwah membawa usrah tak mampu buat, masih perlu buat dakwah rabtul am contohnya.
utk bukan ahli IKRAM, takpe kot sbb bukan fokus artikel ni rasanya.
mungkin patut buat sesi daurah khas untuk mereka2 yg bakal BFG especially yg ambik medic supaya x culture shock+larut bila dah sampai m'sia..
Menjadi seorang pelajar perubatan (apatah lagi dokter) bukanlah mudah. Hanya yg merasai akan memahami.
Jzkk untuk post ni, mungkin berjaya membuka mata sesetengah pihak untuk sedar dan bangun..
Sy bukanlah post utk membuktikan encik gabana salah. Eh.
Sy yakin dan percaya, orang yg pernah disentuh dengan dakwah dan trbiyyah masih mempunyai hati terhadap jalan ni. Masakan hati yg pernah disuluh dengan cahaya agung itu gelap terus tanpa cahaya lagi. Pasti ada sedikit yg bersisa yg perlu dibangkitkan semula.. Marilah kita doakan mereka.
Sy sendiri tak pernah meminta untuk menjadi seorang doktor. Secara tak sengajanya Allah telah memilih sy untuk menjadi seorang pelajar medik.. Sy memohon engineering dan sgt mahu menjadi engineer, namun akhirnya selok belok Allah menemukan sy dalam jalan doktor.. Beberapa kali menangis bila rasa bidang ni susah apatah lagi berkecimpung dalam dakwah dan tarbiyyah. Fikir, cuba bersangka baik dengan Allah. Ada sebab Allah pilih org yg masuk dlm bidang medik ni :).
Ramai yg menangis meminta untuk tsabat saat merasakan sgt sukar mengejar dan menahan herdikan setiap hari. Emosi yg sangat perlu stabil untuk terus bertapak dalam dnt..
Mohon encik gabana doakan kami semua. Dan setuju, kalau ada mad'u bukan medik, mungkin patut approach yg lain. Yg kurang busy dan mungkin boleh memberi lebih banyak masa utk dnt berbanding dokter.. Tapi utk yg dah jadi budak medik, kitabharus teruskan dan bedoa utk Allah tsabatkan kita dlm jalan ni. Masih panjang. Puluhan tahun.. Mana tahu, akhi yg hilang missing itu yg akan muncul semula 10tahun lagi, dan kita pula tercicir ketika itu.
Anything can happend n we cant say much. Just boleh cuba buat yg terbaik, doakan semua ikhwah akhawat moga Allah pilih kita untuk menghembuskan nafas terakhir dalam gerabak ni..
Jzkk untuk post yg membuka minda :)
x sertai bulatan gembira, segala aktiviti tarbiyah dan etc x b'makna hati-hati mereka sudah lupa akan jalan tarbiyah ini apatah lagi menjadi lalai. mungkin kita patut faham bahawa kerja doktor perubatan di m'sia memang menuntut masa. semua org ada kelemahan, tpi pda pndpt sya mereka x pernah lupa jalan2 tarbiyah yg mereka pernah lalui dulu, jadi jgnlah menjadikan alasan t'sebut utk mengkritik kerjaya doktor. saya bukan doktor, saya juga bukan ikhwah. tiada unsur biased di sini :)
Sejujurnya, sy 'down' lepas baca entry ni.
tp dah up balik dgn hikmah Allah:
http://becomingdoubled.blogspot.com/2013/02/allah-di-sebalik-segalanya.html
kepada yg teringin sangat nak jadi doktor tu, jadilah doktor gigi. keje ofis hour je.best pulak tu. problem solved! haha..
salam alaykum
shukran Inche Gabbana.maaf atas sume isi kandungan komen yg akh rasa terganggu.sekadar ingin berkongsi apa yg seorang doktor boleh lakukan sbgai amal dakwah di tempat bekerja.x dinafikn sy pulak yg risau bila bc perenggan mengenai niat utk kononnya 'mengklorok adik2'.mungkin takut bilangan doktor yg qawiy akan DnT nye nanti akan berkurangan.lebih risau perkara yg sama yakni futur akn berlaku pd diri bila dh grad nnti..nauzubillah.mintak jauh.
sy fhm benar.krn sy juga berada di gerabak yg sama.hadiri bulatan gembira yg ohsem.konferens riang yg haibat.moga terlahirnya ramai doktor yg berkhidmat utk ummah.doakan!
jazakallah ats peringatan.inshaAllah sama2 thabat di ats jln ini.ya Rabb,dekatkanlah kami dgn sifat2 mahmudah.moga Allah tentukan yg terbaik utk kita semua.ameen :)
bukankah berdakwah boleh dijalankan dengan pelbagai cara?kenapa sempitkan hanya kepada konferens riang?sebagai seorg doktor peluang mereka utk berdakwah lebih thtinggi sebab most of the time,orang yang sakit ni lebih fragile.ini adalah peluang terbaik utk para doktor semua sisipkan pada patient utk mendekatkan diri pada Allah Taala.tugas seorang doktor bukanlah sekadar merawat penyakit tetapi sebenarnya tugas doktor merawat pesakit in the sense that doktor kena rawat patient tu rohani n jasmani.bukan setakat bebas penyakit.pesakit tu kena sihat mentally,emotionally,socially,psychologically n mentally sehat.in total sihat secara menyeluruh.ye,konferens riang adalah asas DnT tapi jangan lupa dakwah xtermaktub disitu sahaja
lagi satu,ini tidak dikira mengumpat ke?
Salamalaykum! Sy xbaca pon komen3 diatas. Banyak sgt. Penat. Tp nak jugak komen sebab sy rasa xsalah pon ambil medik. So xperlu nasihat adik3 kita supaya menjauhi medik. Sbb saya sendiri, y masih belajar medik, bru tahun tiga, dan baru 2 tahun dalam lapangan DnT ni. (Ye saya tahu, masih mentah. Mentah sgtt) sy sendiri berkenalan dgn DnT ni setelah saya masuk medik. Rasa syukur sgt3 sbb dalam kos perubatan di IPTA sy ni ramai akhawat n ikhwah. Berbeza dgn kembar saya, y mengambil jurusan lain, yakni bkn medik walau kami berada di IPTA y sama tp dia susah nak dpat pendedahan kepada DnT ni. Kalau dulu masa mula3 nak masuk kawan saya pujuk, pujuk dan pujuk byk kali baru saya masuk. Then bila saya dah berubah, pakai tudung semakin labuh, stoking, alhamdulillah kembar sy pon ikot. Dan apabila dia cuba mencari ruang utk join bulatan gembira, dia cakap kat saya susah. Susah sbb walau anda terteleng teleng kepala nk intai apa la y geng3 usrah ni bincang dlm bulatan gembira, senyum kt mereka, tny khabar. Mereka buat dek je. Seolah3 hny org y tertentu shj boleh join mereka. Sampailah saya kenalkan kembar sy kepada kakak murobbi sy. Sy salah jugak sbb sy rasa sy xcukup bagus untuk ajak kembar saya. Huhu. Back to the point, jika nak dibandingkan dgn jurusan3 lain di IPTA sy rasa mediklah pengumpul akhawat & ikhwah terbanyak. Selain drpd engineering. Dan untuk junior kami, kami telah mendedahkan kepada mereka tntg bulatan gembira ni sejak dari tahun satu lagi. Maka cik3 seniorita lah membimbing mereka. Macam MLM tu. so semakin ramailah dan in shaa Allah impian kami adalah melahirkan duktur3 muslim. Silap. Muslim duktur bkn duktur muslim. Sekian. ^_^
Pergh penuh dengan negative vibes post ni. Macam bersangka buruk pun ade, dua dua, penulis dengan pembaca.
Mungkin minggu depan penulis boleh tulis pulak pasal engineer, accountant, cikgu dan ape2 je lah jenis pekerjaan yang menyebabkan orang jatuh futur. Terer kan baca pikiran orang. Susah jugak kalau penulis over critical ni eh.
Semoga yang ditulis membawa kebaikan.
Kesian doktor doktor buthurt.
xkesah la doktor ke hape ke, org tak blaja ke x keje ke, kaye ke miskin ke, bz ke tak bz ke, in the end up to individu tu sendri nak jalankan those good things or tak..bukan kate doktor je, sape2 je patutnye bende ni ditujukan..kenape mesti direct kpd doktor je? profession laen pun byk je yg bz gak. even suri rumah pun bz gak nak menjage anak, laki sume. di sini saye simpulkan anda sorg yg mempunyai minda yg tertutup..sekian
Salam wrt,
wah3.. rasa macam kena bom jugak la dengan dengan IG kali ini. haha, Alhamdulillah. Memanglah.
Pertama, saya merasakan IG sengaja nak bom kitorang, supaya semua orang teruja untuk memberi komen, pendapat, malahan juga untuk mempertahankan diri. ya, kami teruja.luls.
Kedua, saya bersetuju tentang peranan usrah penting sebagai nukleus amal DNT.
Ketiga, saya sentiasa merasa pelik dengan situasa suasana pekerjaan sistem perubatan Malaysia, yang amat lah berbeza seperti di Barat. Banyak nilai-nilai Islam dalam suasana pekerjaan mereka lebih dari negara kita yang banyak muslim ini. seperti tidak mengherdik HO sesuka hati, atau sinis terlampau, yang tak perlu dll. Saya selalu berharap kalau ramai para duat yang sekarang HO nanti bila kita di atas, sama-sama ubah suasana pelik ini. bukankah kita seharusnya ejen perubah?
Keempat, saya tidak bersetuju untuk IG nak clorox orang lain, untuk tidak menjadi adduktur. Banyak orang sakit dan mati di hospital atau tempat perubatan jika dibandingkan di tempat kerja lain. Siapa lagi yang paling dekat nak ingatkan mereka tentang hal Keimananan sebelum mereka pergi selain mereka yang bekerja di tempat tersebut. *terdapat hospital di Ipoh Perak yang sengaja ada salib di dinding2. kita juga harus wajib kompetitif dalam hal-hal seperti ini. Hospital biah solehah. eh untuk perempuan sahaja pula.
Saya juga bersetuju yang rata-ratanya kita (Malaysia) kurang pendedahan terhadap banyak lagi field lain, yang memerlukan mereka yang bijak sana dan sini.
Last but not least, banyak kali Allah juga memujuk Rasul SAW ketika Rasul SAW down dalam kerja dakwah atau keadaan sekeliling yang tidak supportive, jadi kita sama-sama boleh motivate dan jadi penguat semangat antara satu sama lain pada mereka2 . Ukhwah teras kegemilangan.
Mungkin boleh buat pendedahan sebelum BFG untuk mereka ini.
Wallahualam.
Bakal Adduktur Mak cik Peah Anti Fitnah.
Alhamdulillah..ditawarkan jurusan ini dalam dan luar negara, tetapi tidak memilihnya.Semua adalah ketentuanNya. Walau disumbat, diasak...yang saya pilih moga diredhaiNya.
This space is accessable to all.. living souls ..not the dead, ehh.
The issues, remark posted here may be acceptable to some, less to others, for the range of readers accessing it, not confined to any specific group, like a specialized journal.
No such thing as irrelevancy in givng an opinion. Besides,there might be some hidden intention,well-meaning or otherwise..husnuzon...Wallahuaklam.
kita sendiri tahu yg kita ni sedang buat ALASAN atau memang apa yg sedang kita buat ni susah. memang semua benda susah kot.
nak masak megi pun susah. kalau nak senang,memang mati la kita. mana ada org yang nak pegi beli nasik and suap kita hari-hari kalau kita tak susahkan diri.
sebab sorga itu sangat best,kita yg medical students/medical dokters kena berhempas pulas bersusah payah utk istiqomah. sangat terkesan ngan ayat chenta Allah:
"Sesungguhnya orang-orang yang berkata, 'Tuhan kami adalah Allah,' kemudian mereka beristiqamah, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata), 'Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu bersedih hati; dan bergembiralah kamu dengan sorga yang telah dijanjikan kepadamu."
[Fussilat, 41:30]
salam
saya merupakan final year medical student. maybe tak byk pengalaman utk dikongsikan sbb masih belum berada di dalam dunia sebenar as a houseman. tapi, apa yg boleh sy katakan, setiap apa yg berlaku itu adalah ujian dr Allah. masalah futur boleh berlaku dimana2 shj. akhirnya, berbalik pd individu itu sendiri utk mengatasinya. sbb itu penting utk cuba menghadiri usrah or any konferens riang, so that iman itu terus subur. n sememangnya akhlak itu dakwah yg sgt hebat. wpun sy masih student,tetapi setiap hari sy perlu berjumpa dgn pesakit. dan ramai yg mengakui bhw akhlak seorang doktor itu sgt2 penting sbg medium dakwah. buatlah yg terbaik dlm menyampaikan dakwah. wpun kekurangan masa utk bnr2 involve dlm every program, tp istiqamahlah dlm berdakwah di hospital.n at the same time, cubalah sehabis daya utk menghadirkan diri ke usrah etc. kita perlu diberi n memberi. tak boleh kurang salah satu element pun sbb ia saling berkaitan.n pd yg mungkin mengenali ikhwah/akhawat doktor yg kelihatan makin futur, tariklah mereka kembali. kata nk masuk syurga bersama2,kan? doakan semoga sy mampu menjadi a good doctor for the ummah ye.
terasa dgn jwpn inche.
pedaaaas tol =p
hihi.
tq anyway =)
bismillah.
moga Allah pandu segala bicara kita.
jarang2 komen, tapi tergerak nak simpulkan apa yg sy belajar dari baca comments dan post (alhamdulillah saya baca sampai habis).
saya berterima kasih kepada pengomen ahli ikram,mencerahkan post yg IG buat.
tanpa pencerahan tersebut,saya mungkin tenggelam juga dalam kesimpulan sendiri.
mmg realiti jauh dari teori.
yang paling saya terkesan adalah tentang ALAT dan MATLAMAT.
kalau alat menggangu matlamat.kita kena fix alat yg kita gunakan untuk kita sampai pada matlamat.
bila baca komen2 yg lain, perasan sesuatu, betapa mudahnya untuk tenggelam dengan alat untuk mencapai matlamat.
dan betapa mudah untuk kita tenggelam dengan alat (study, profession) bila matlamat sebenar kita kurang jelas dan pemahaman yg tidak kukuh.
memang risiko bila post sebegini dilontarkan kepada masyrakat yang pelbagai level yang pasti punya reaksi berbeza berdasarkan level kefahaman yg berbeza kemungkinan mengundang fitnah itu tinggi.
terutamanya pada mereka yang belum jelas memahami prinsip, dan punya definisi dan matlamat dakwah yang berbeza pasti punya cara menterjemahkan dakwah dalam cara yang berbeza,
yg dapat saya grab, post ini bertujuan utk mengrab attention, menyedarkan realiti semasa. bila dah sedar dan aware, masing2 perlu bergerak melakukan sesuatu dengan masalah yg diaddress.
yg saya belajar, kita boleh pilih untuk react. juga kita boleh pilih untuk ambil secara literal,bersangka yang kurang baik. insha Allah, jika kita berfikir lebih mendalam,pasti akan hikmah tersirat yang boleh kita belajar.
moga Allah pelihara niat dan tujuan kita.
doa saya, moga tujuan post ni sampai kepada mereka yang mahu ditujukan,dan mengetuk pintu hati untuk berubah mengubah realiti.
Allahu 'alam.
-dari bumi maple
saya sangat bersetuju dengan artikel ini,serius.
tapi saya just mahu kongsikan ini,
saya yakin IG pernah dapat email macam ni? kalau belum, boleh la disebarkan kepada adik2 yg baru nak amek medik, dan kepada HO n MO yg sgt struggle . wallahu a'alam
yang benar,
- hamba Allah yg masih menjuggle antara medik & dakwah
----------------------------------
sedikit dikongsikan, point2 taujihat dari sheikh hamed ini di-type oleh Dr Zulhusni, MO di KK Chini... Semoga bermanfaat
Perjumpaan dengan kamu, mengimbau perjalanan hidup saya ketika saya menjadi naqib kepada doktor-doktor ikhwan di Mesir. Kami amat kesian akan mereka. Namun, disana tetap ada tanggungjawab yang mesti dipikul.
baca full : http://ibnutoha.wordpress.com/tazkirah/#comment-962
Sheikh M.Hameed,
Goldcourse Hotel,,
24-25/1/2013
bismillah...ana final year medical student di oversea. daurah sekarang byk berkisar ttg ape jadi dgn bakal tabib lepas bfg nnt. so sgt terkoyak-rabak bila baca entry kali ni.
pendapat ana yg marhaen...semua orang yg comment sila faham lah kenapa IG tulis post macam ni? saje-saje ke nak provoke kita? mmg ade sebabnyalah dan Allah lebih mengetahui, tapi bagi ana, lepas dgr sharing ikhwah-akhwat ttg keadaan umat kat msia, mmg kita patut "tershrettt...shrettt" dgn post kali ni sbb mcm seorang ustaz super saiya pernah kata "medic student paling senang nak ajak utk join usrah, especially kat oversea, tapi bila jd tuan tabib paling mudah utk MIA"...kita telah dipersiapkan utk berdakwah di msia,tupp..tupp bila balik hilang mcm tu je, siap mereka kne kejar2 kita pulak, sepatutnya kitalah balik untuk meringankan kerja2 di msia.
dan kepada yg rasa dakwah tu luas, ye dakwah tu luas, bkn hanya pada usrah@daurah, tapi jawab soalan ana, dengan berakhlak baik, mencucuk pesakit sambil tersenyum, dan membaca doa, dapatkah mereka umat di msia yg masih jahil ttg agamaNya, tahu/conscious/alert tetibe je dgn tujuan hidup mereka??? cube check balik knape kita beriman dgn system usrah tu??jika hanya dgn menunjukkan akhlak yg baik, etc dapat membantu capainya UA,marilah kita! tapi sedangkan Morsi pon masih berbulatan gembira dan bermukhayam selepas menjadi presiden...anda mau challenge???
maaf IG, mungkin comment ni lambat, tapi doakan ana tsabat atas jalan ini lepas bfg, moga enta terus mengingatkan dan menarik kami dari terus tergelincir dan tertinggal dr gerabak ini lalu menangis tak dapat sembang dgn rasulullah dan para sahabat disyurga nanti. moga Allah redha dgn usaha2 kecil enta.
amat rugi klau tinggalkn DnT dan amat rugi juge klau xjd doktor..sbb peluang dakwah terbentang dpn mata..tp klau nk dkwh kne ade ilmu juge...
makanya,usahalah sedaya-upaya utk tidak meninggalkn kedua2 tu.semoga Allah mudahkn.
Salam..
Inche gabbana. Ini perkara fikiran atas keadaan (mind over matter). Sebab jangankan doktor sahaja, malah jurutera, dan boleh jd petani anggur (penganggur) skalipun bleh bersarapan pagi.
I pernah jd petani anggur dan kemudian jurutera dan ketika itu i sedang bersarapan pagi. Alhamdulillah skarang dah bangun kembali. Terima kaseh inche gabbana, dan terima kaseh kpd Sang Pencipta.
ana lihat antara penyelesaiannya ialah ukhuwwah itu sendiri. awal2 kerja memang sgt sibuk, x dpt hadir konferens riang/bulatan gembira itu mungkin x dpt dielakkan. dan normal bila dah terlepas 2-3 kali, mula rasa jauh hati,rasa dianggap futur oleh ikhwah lain,rasa dipandang alien,sedangkan hati sebenarnya masih mahu bersama.buat yg x berada di lapangan perubatan,jgnlah memandang serong saudara anda, ajak mereka kembali dgn kasih sayang. ~kerana dai'e juga seorang manusia
Post a Comment