31 January 2013

Makcik Peah Yang Suka Memfitnah

Memperkenalkan.. Makcik Peah! [Kredit]

Ok sesiapa yang bernama Napeah, Sapeah, Sufiah dan yang seangkatan dengannya, maaf kalau anda terasa dengan post ini. Jujur, post ini tiada kena-mengena dengan yang hidup; yang mati saya tak berani jamin. Wahahaha..

Dahulu ketika masih bergelar seorang pelajar, kami sering dimomokkan dengan cabaran dan dugaan di tempat kerja. Betapa ramai ikhwah dan akhawat yang bersarapan pagi (Baca: Futur) dek tidak tertahan menanggung mihnah dan tribulasi di opis atau kantor kerja, lantas mengambil keputusan untuk keluar dan meninggalkan gerabak ini.

Ada juga yang tidak pernah pon membuat keputusan untuk keluar terjun ala-ala Indiana Jones daripada gerabak yang sedang bergerak ini, tapi tup tup, tahu-tahu sahaja borang Alumni Ikhwah sudah tersedia di depan mata untuk ditandatangani. Peluh besar. 

Semuanya kerana Makcik Peah yang suka memfitnah di tempat kerja. Aduhai.

Dan kini, setelah lebih dua tahun bekerja, saya faham benar akan cabaran dan dugaan yang terpaksa dihadapi oleh setiap al-akh atau ukht yang sudah bergelar jejaka dan jejaki yang yang berkarier. Err, ada ke perkataan jejaki..? Benar, barangsiapa yang tidak kuat dan tidak bersedia dengan mehnah dan tribulasi yang menanti di tempat kerja, amat mudah sekali untuk tersungkur gugur, terjatuh futur. Air mata mengalir laju. 

Ini bukan cobaan, ini betul-betul! 

Mari kita lihat beberapa jenis dugaan dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh mereka yang sudah berkerjaya. Untuk nota, cabaran yang sama dihadapi oleh setiap orang di luar sana, terutamanya untuk mereka yang bergelar muslim, Namun ujian ini dirasakan lebih berat lagi buat mereka yang menggelarkan mreka dua't, kerana panji-panji Islam yang dipegangnya setiap masa. 

Baiklah.

Batuk batuk.

Mempersembahkan...

10 Pitnah Peah Di Kantor/Pejabat
(Disusun secara rawak, tidak mengikut kepentingan atau mana yang paling banyak mengalirkan peluh besar)

1) Mesyuarat neraka
Ini seringkali terjadi. Mesyuarat yang berjela-jela sehingga kadangkala terpaksa lewat untuk menyertai solat berjemaah. Ok bukan kadangkala, tetapi sering juga. Tunduk malu. Lebih nazak lagi seandainya mesyuarat tersebut menyebabkan anda langsung tidak menunaikan solat. Ohoi, tak takut api neraka? 

Kalau mesyuarat dengan macai-macai dan kuli-kuli marhaen mungkin tidak apa-apa. Yang menjadi masalah besar adalah apabila mesyuarat itu turut disertai oleh Inche-Inche dan Puan-Puan Bos Besar yang tampaknya tidak peduli tentang urusan solat ini. Teringin sahaja mahu bangkit dengan penuh bergaya sambil berkata, "Maafkan saya Dato'-Dato' Datin-Datin. Saya nak pergi mesyuarat yang lebih penting sebentar; mesyuarat dengan Allah. Kbai." sambil berlalu pergi menggerbangkan rambut ala-ala iklan syampu (Untuk lelaki sahaja. Itu pon kalau ada rambut. Eheh.).

2) Pergaulan bebas? Apa kau ingat semua orang adik-beradik?
Ini.. Ini.. Ini sumpah menyebabkan kepala anda gatal-gatal dan tengkuk ada tumbuh ruam dengan banyaknya. Jangan tak tahu, opis adalah antara tempat yang paling subur dan aktif sekali untuk bercampur-gaul antara lelaki dan perempuan. Yang makcik, yang pakcik, yang bertudung, yang berkopiah, yang muda, yang tak berapa nak muda, semua jenislah! Baik dalam lif, di pantry sambil minum air teh o panas cicah biskut kering, di meja kerja, di koridor, di tepi pasu bunga.. Gejala tidak bermoral ini sudah tidak dapat dikawal lagi. Semua pon tampaknya riang gembira lagi teruja untuk bercampur-aduk bergaul mesra tanpa  menyedari betapa panasnya api neraka. 

Kalau ada program motivasi dan bengkel lebih mengharukan lagi. Kadang-kadang tak faham juga dengan pihak penganjur ni; sengaja menganjurkan aktiviti atau program yang memerlukan para peserta bersentuhan atau berada sangat rapat antara lelaki dan perempuan. Sekejap. Fikir semula. Mungkinkah mereka ini sebenarnya sengaja berbuat demikian kerana sebahagian daripada konspirasi dunia untuk menjatuhkan umat Islam..? Ehem.

3) Pergh kau tak nak salam aku? Konfem angkuh ni!
Hal ini sungguh menyesakkan dada dan lagi menggugah jiwa. Sering terjadi terutamanya ketika mesyuarat dengan pelanggan atau pihak bank atau pertemuan pertama kali dengan rakan-rakan sekerja. Jujur saya katakan, saya sering tertewas dengan ujian yang ini. Pandang kiri, pandang kanan. Lari laju-lahu sambil tutup muka. 

Dan jangan terkejut jika saya katakan, dalam kebanyakan kes yang melanda saya, selalunya pihak perempuanlah yang menghulurkan tangan terlebih dahulu. Err. Ofkoslah saya tak pernah hulurkan dahulu. Peluh. Cuma nak kata, seolah-olah ia sudah jadi satu kebiasaan sehinggakan baik lelaki atau perempuan, terasa janggal sekiranya tidak bersalam. Bersalam itu wajib kerana ia menandakan perhubungan mesra dan niat yang baik.

Pengsan. 

4) Diperah lumat ibarat tebu di tepi jalan
Mujur saya jarang sekali mengalami fitnah yang ini. Tapi saya tahu, ramai sangat ikhwah dan akhawat yang menjadi mangsa kepada kezaliman dan kekejaman di tempat kerja. Kerja yang diberi pada minit-minit terakhir. Timbunan kerja yang terlalu tinggi hingga mustahil untuk disiapkan dalam satu hari melainkan terpaksa kerja sehingga lewat malam. Beraneka dan pelbagai kerja dalam satu masa yang sama. Senarainya ibarat tiada noktah. Malah kadangkala tenaga dan keupayaan mereka ini turut diperah di hujung minggu. Sungguh komunis. 

Akibatnya? Jadilah mereka ini tebu, lemah dan longlai tidak bernyawa seusai kerja. Lantas tidaklah bermaya lagi untuk berbulatan gembira atau ke program-program tarbiyah yang sepatutnya dihadiri oleh mereka. Jadilah mereka golongan yang tertinggal gerabak dek firnah kerja yang sungguh meraksasa gorgon. 



Bang naqib, saya penat ah. Boleh tak nak ponteng usrah? [Kredit]

5) Akulah bakal CEO yang seterusnya!

Dai'e tak dai'e, andai wahan sudah menyerang dan bersarang di hati, amat sukar sekali untuk melepaskan diri daripada fitnah yang ini. Dengan tawaran bonus lapan belas bulan, janji naik tangga keparat, eh, korporat dengan cepat dan entah beraneka lagi tawaran dan pelawaan haibat di abad ini untuk mereka yang sanggup menginfaqkan harta dan jiwa mereka demi kerjaya yang terchenta. Batuk. 

Benar, tawaran ini mungkin 'ikhlas' diberikan oleh majikan untuk memotivasi para pekerjanya bekerja lebih gigih dan bersungguh. Namun tidak boleh dinafikan, ia punya kesan sampingan yang merosakkan jiwa dan hati manusia di luar sana, terutamanya untuk mereka yang bergelar dua't. Kenapa kerja keras sangat ni? Sebab nak naik pangkat. Kenapa sibuk sangat kat opis ni? Sebab nak kejar bonus yang lumayan itu. Aduhai.


Kononnya untuk kebaikan tarbiyah dan dakwah juga. Dah tinggi kedudukan, orang makin tsiqah kan? Dah besar gaji nanti, bolehlah nak infaq banyak nanti! Ceh. Betul ke bang..? Bukan sebab nak pergi melancong ke Afrika Selatan dan nak beli kereta Bugati Veron yang terbaru itu..?


6) Kipas kipas kipas aku panas. Jilat jilat jilat aku lazat. 

Ini satu lagi budaya yang kadangala menjerat para dua't. Atau mungkin mereka sengaja menjerat diri mereka sendiri. Itulah, budaya mengampu dan membodek Inche atau Puan Bos Besar semata-mata mahu naik pangkat atau mendapat pujian daripada mereka ini. 

Err salah ke Inche gabbana mengampu, mengipas dan mencium ni..? 


Salahlah kalau ia menzalimi orang lain. Orang lain yang penat-penat tanak nasi, letak santan, goreng sambal, kacang dan ikan bilis, rebus telur, potong timun, bungkus dengan daun pisang elok-elok, tup-tup, kita pula yang dapat nama sebagai penjual nasi lemak bergaya. Eh boleh ke analogi macam tu? Lantaklah. 


Lagi pon, memang Islam tak ajar budaya mengampu dan membodek. Yang Islam ajar, bekerja dengan ikhlas dan bersungguh tanpa mengharapkan pujian atau balasan. Kalau kita betul-betul ikhlas dan bertaqwa, jangan risaulah, Allah akan bukakan pintu rejeki seluas-luasnya untuk kita!


7) Inche/Puan Bos Besar anda adalah seekor singa

Takut sangat dengan si majikan. Baru diherdik sikit, dah menggeletar kepala lutut. Baru kena panggil masuk bilik, dah terasa nak terkenching dan tercirit. Err. Macamlah bos kita itu yang memegang jiwa dan nyawa kita. Macamlah dia yang menentukan ajal dan maut kita. Macamlah dia yang akan beri kita sorga atau neraka. 


Auuummm! Sapa tak siap kerja aku makan diaaaa! [Kredit]

Ok saya cakap lebat, tapi kadangkala tu cuak juga nak menghadap mereka ini. Geleng kepala. Inilah fitnmah; ujian terhadap kita yang bekerja. Lebih gerun dan takutkan Inche dan Puan Bos Besar daripada takutkan Allah, dosa dan neraka. Itu yang terjadi kes tu, sehingga kadang-kadang sanggup melakukan perkara-perkara yang terkutuk dan terlarang hanya kerana menuruti arahan dan telunjuk si majikan. 


Seronok kot, kat akhirat nanti sama-sama masuk neraka dengan bos. Dapat bincang pasal bonus dan kenaikan pangkat di sana. Eh.


8) Pelanggan punya pasal, lautan api sanggup aku bedal!

Ni satu lagi penyakit yang banyak melanda hamba-hamba kerja dan kerjaya. Semata-mata kerana mahu memastikan suatu urusan perniagaan itu berjaya, sanggup kita melakukan apa sahaja untuk menawan hati dan memuaskan nafsu si pelanggan. Baik membawanya ke kelab malam, atau berkaraoke dengan GRO sehingga tengah pagi, membelikan rokok, arak dan entah apa-apa lagi hadiah untuk mereka ini, semuanya kita sanggup lakukan hanya kerana mahu mememastikan si pelanggan tetap setia bersama kita. 

Akhirnya kita juga yang terpalit dengan dosa yang sama. Akhirnya kaki kita turut diheret masuk ke dalam neraka. Moga Allah jauhkan kita daripada menjadi sebegitu hina dan tiada harga.


9) Ikhwah dan akhawat jadian

Haibat di medan luar, tapi lemah dan dayus di tempat kerja. Ok keras jugalah tuduhan saya itu, tapi saya kira itu satu realiti. Bagaimana seorang al-akh atau ukht yang begitu haibat membawa bulatan gembira, menganjurkan konferens riang dan entah tok nenek apa lagi program-program tarbiyah dan dakwah di luar sana, mengecut dan mengijang sahaja di tempat kerja..? Aduhai mak minah sayang. 

Tak berani nak menasihati kemungkaran yang berlaku di kantor. Tidak cukup singa untuk menegur maksiat yang trang tang tang berlaku di depan mata. Juga tak cukup gagah perkasa untuk mengajak orang melakukan kebaikan. Maka jadilah kita pak lebai dan mak lebai, baik seorang-seorang sahaja di opis, tanpa mempedulikan umat manusia yang bekerja di opis yang sama, yang semakin hari semakin dekat dengan jurang neraka. Adeh.


Agakagak, di Mahsyar nanti, ramai tak bekas rakan-rakan sekerja kita yang nak dakwa kita kerana gagal melaksanakan tugas Syahadatul Haq kita..? 


Boleh tolong hulurkan pisau tu? Nak hiris bawang ni nipis-nipis.


10) Korupsi berbasa-basi

Ok saja nak bagi tajuk sedap. Kehkehkeh. Mungkin hal ini tidaklah terlalu seriyes buat seorang dai'e yang in shaa Allah amat menjaga soal halal dan haram dalam urusan seharian. Tetapi tidak salah untuk saling mengingatkan bukan..?

Kadang-kadang kita menyalahguna kemudahan dan perkakas di pejabat untuk kepentingan diri. Yang lebih mengembangkan hidung, kadangkala kita menyedapkan hati kita dengan mendakwa ia adalah untuk kebaikan dan kemaslahatan tarbiyah dan dakwah. Contohnya, mencetak helaian nota bulatan gembira menggunakan kertas dan pencetak di kantor, menggunakan telefon pejabat untuk menghubungi penceramah untuk konferens riang di hujung minggu, menggunakan komputer riba yang dibekalkan untuk menghapdet belog. Eh. 


Dan lebih sering daripada tidak, kita melakukannya dalam keadaan separa atau bawah sedar, kerana korupsi sudah terlalu mainstream. Astaghfirullah.. Kalau sudah guna atau rasa tidak sedap hati dengan penggunaan barang-barang di pejabat selama ini, pastikan anda membayarnya semula. Seperti membelikan kertas baru untuk kegunaan semua dan sebagainya. 


Takut nanti mati sebelum sempat bayar semula, ruh tak dapat nak naik ke langit dek hutang yang belum terlangsai! Wuwuwu. 


Ha, bagaimana..? Mencabar bukan jadi jejaka bergaya yang buat tarbiyah dan dakwah dan pada masa yang sama bekerjaya..? Ehem.


Inilah yang dapat saya kongsikan, berdasarkan waqi' saya yang bekerja di kantor/opis/pejabat. Mungkin tidak sama dengan anda yang bekerja sebagai Tuan Tabib atau Ingeniur atau tukang korek lumpur nun di tengah laut sana. Tapi saya yakin, anda punya cabaran dan mehnah yang tersendiri, yang benar-benar membuatkan anda berulang-kali menggaru kepala dan mengelap peluh di tepi dahi.


Poinnya mudah; adakah kita cukup kuat untuk menghadapi fitnah dan dugaan di tempat kerja? Adakah tarbiyah yang kita terima dan lalui selama ini sudah mempersiapkan diri kita untuk kengerian di kantor nanti? Dan adakah benar kita telah infaqkan seluruh jiwa, harta dan tenaga kita untuk Islam semata..?



"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuanNya dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan penutup atas penglihatannya?"
[al-Jatsiyah, 45:23]

Gulp.


Untuk adik-adik yang masih belajar, dengar sini, manfatkan masa yang ada sebaiknya untuk melatih diri dan menguatkan jiwa. Percayalah, walaupon suasana dan persekitaran ketika belajar adalah terlalu ideal untuk dunia yang sebenar, namun ia adalah platform yang sangat baik untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi raksasa gorgon dan raja raksasa syaitan Pikor di tempat kerja nanti. 


Gunakan masa yang ada dengan optimum dan paling muntij untuk belajar kiat-kiat dan kemahiran dakwah. Manfaatkan peluang yang ada untuk memantapkan diri dalam pembawaan bulatan gembira. Dan rebut ruang yang ada untuk menguatkan lagi tarbiyah diri dan tarbiyah jamai'e. Percaya dan percayalah, anda amat-amat memerlukannya sebaik bergelar seorang pekerja nanti.


Kerana akhirnya kita tidak mahu menjadi hamba kepada kerja. Kita tidak mahu menjadi robot yang tidak bernyawa, melakukan kerja-kerja rutin yang menyesakkan jiwa. Dan kerana kita tidak mahu tewas kepada Makcik Peah yang suka memfitnah! 


-gabbana-


In Shaa Allah berhasrat untuk menulis post khas untuk Tuan Duktur dan Tuan Tabib pula. Sila sediakan losen kalis api dan jaket kalis peluru dan bom ya..? Wahahaha.. 


24 Caci Maki Puji Muji:

peah jugak 31/01/2013, 12:36  

Fitnah peah jugak disalahkan....

opis 31/01/2013, 12:40  

Aku nak kau dengar lagu ni inche Gabanna..... Muhasabah cinta: edoustic

haha. Jangan muntah darah pula.

peah ruski 31/01/2013, 12:44  

Yg point no. 9 tu , IG kuat ke tak?

Bukan Enonimus 31/01/2013, 13:02  

Tuan Ingeniur takde ke?

tabib-ah 31/01/2013, 13:21  

menanti post khas APG untuk Tuan Duktur..

Aku yang Masih Student 31/01/2013, 14:23  

Jzkk inche Gabanna atas nasihat utk student tu dan perkongsiaannya..

em, yg cabaran no 3 tu..nak share link ni kat korg, http://youtu.be/xv_d8kdxIis..,myb n semestinya org2 dah tgk kot,tp nak suh tgk lg, sy respect la sama kwn c @Matluthfi90 ni,seriyes!.em, myb inche blh apply kan.bukan myb,tp seharusnya.mana la tau kan, lepas inche buat gitu kat wanita2 yg hulukan tangan2 tu..then dorg terkesan, pastu mana tau dr situ mereka baru tahu yg x blh nak sentuh2 yg bukan mahram..kan.

Aku yang Masih Student 31/01/2013, 14:26  

http://youtu.be/xv_d8kdxIis

ada error pula tadi.

*tertanya2 dr mana inche dpt pic yg hebat2 arr.

pencinta 31/01/2013, 16:06  

sangat menanti cik peah yg suka menfitnah utk edisi tuan tabib pulak..

Anonymous 31/01/2013, 19:37  

tukang korek lumpur nun di tengah laut sana- inche wotpog!!!!

belum jd tuan duktur/tuan tabib, tp tgh belajar. cuma selalu dgr & lihat dugaan senioritas ikhwah akhawat yg dh jd pd tuan duktur 31/01/2013, 22:01  

yes, tak sabar nak baca fitnah dakwah untuk tuan duktur dan tuan tabib.

Anonymous 31/01/2013, 23:25  

semoga anda dipinjamkan kekuatan hati, insyaAllah.

maria menado 31/01/2013, 23:30  

sy bekerja dan no.3 mmg masalah sy juga. tapi skrg dah nekad tiap kali org lelaki nak salam, (especially bos-bos besor yg non-muslim!) just say..

"sorry, i dont shake hands with man" sambil tersenyum dgn jujurnya.

and alhamdulillah they respect me even more now :)

try lah.

Anonymous 31/01/2013, 23:36  

Inche gabbana ramai yg req post khas utk muslim-duktur wa muslimah-dukturah..ana pun nak tmbah req jgk...syukraan -dukturah-to-be-

Anonymous 01/02/2013, 00:27  

ini. serious buat saya takut nak masuk alam pekerjaan. taknak apply kerjaaaaa ;p

shake hands tu. rasanya sekarang pun dah terasa cabarannya. lebih lebih jika terlibat dalam persatuan. tp yg saya amalkan "senyum dan ckp x boleh salam" Alhamdulillah membantu sgt. harap masih boleh guna cara tu di alam pekerjaan nanti :)

Makbonda 01/02/2013, 00:30  

Adik Gabbana,

Makbonda pernah hadapi situasi pertama,masa mula-mulaa jadi cikgu dulu. Mesyuarat AJK PIBG waktu petang,sampai habis Asar,pada hal dalam tu ada ustaz KEMAS.Masa tu pelik sangat selamani kita dalam kumpulan orang baik2.Masa tu Makbonda minta diri kata nak ke bilik air.Nasib baik pakaian kita boleh buat solat. Cemburu kat anak-anak,bolehkah mereka menghadapi situasi seperti ini.

Anonymous 01/02/2013, 01:27  

tips untuk salam, hasil tunjuk ajar ikhwah/akhawat PKS.

buat gaya jepun. tunduk hormat sebelum sempat dia hulur salam. or even after dia dah hulur salam. terbukti berkesan on mat/minah sallehs.

well u can argue cik minah/pak mat lagi susah sbb depa islam nnt offended?

untuk cik minah dan pak mat, boleh hulur tgn seolah2 nak salam, tp tangan kat dada je (ala2 gaya hindu tp tgn horizontal)-ini bapak2 dan ibu2 PKS amalkan.

Allahua'lam.

p/s:dgn harapan dpt selamat kan al akh atau al ukht dari 'terpaksa' lagi.

Anonymous 01/02/2013, 03:50  

Tenkiu En. Gab, sbb really expand the term 'office politic'. I thought it was only abt 5,6,7,9.Well, it dpnds on wh u work, rgt? ahh..no 1 also.
Ewewe.. Hw abt quickly sanitizing them before & after shkg hands? Nowadays,germs are evrywher..haha.. Ohh,my stdnts!

Dhia Faaezah 01/02/2013, 13:09  

Assalamu'alaikum akh. thumbs up mmg betul point2 tu. Next time kalau boleh post tips untuk menghadapi smua ni pulak...

umi Ibrahim 01/02/2013, 18:59  

Salam.
Sebab fitnah seperti ini, saya dah jadi puan duktur freelance. Tapi tak apa tak ade hutang, dan ada kanda murabbi tersayang yg dapat menjadi pengawal ekonomi saya.Yang penting, bulatan gembira tersusun, termasuk utk anak2 sendiri.

4feet8 01/02/2013, 21:19  

tak suka pesen yg kipas dan korupsi tu.. =,=' menyusahkan org lain..

Budak dah habis blaja, xde holiday dah~ 02/02/2013, 00:24  

Assalamu alaikum.
Tentang shake hands tu- 1st sekali kita yg kena buang rasa takut dlm diri n fikir nt apa org ni kata/ rasa klu kita x nak salam.

2nd- explain je 'Sorry, in Islam we men/women dunnot bla bla' especially to non Muslims sbb mmg ada je yg x faham. And they in sya Allah will respect our belief n beruntunglah klu they ask more abt Islam kann..

klu dgn Muslim, ckp je 'I dun shake hand wth man/ woman', senyummm..mudah2an pasni diorang pun teringat bknnya bleh salam merata sesuka hati.
mula2 rasa susah, in sya Allah lama2 ok lah tu.

utk pmpn, ustazah saya ajar; bleh lapikkan tgn dgn tudung utk bersalam. that's why elok labuhkan tudung. ini esp bila kita deal dgn ramai sgt org nak salam- nak kena explain ulang2 leceh,
OR bila menteri dtg kita dlm baris utk bersalam, dia xde masa nak dgr kita explain. kdg2 bila buat gesture ni, yg nak salam pun faham2 sendiri.
-selamat mencuba-

Miss Kelabu 23/02/2013, 21:52  

Stuju dgn Budak dah habis blaja. slalu jgak alami situasi begini. pndpt yg bermanfaat :)

Annabuadiary 26/02/2013, 19:59  

salam , saya sebelum ini bekerja di syarikat antarabangsa yang majoritinya bukan melayu , tetapi kerana rasa hormat , mesyuarat dijalankan selepas saya solat zuhur , dan akan bertanya saya dh solat atau belum , itu belum lagi bab bulan puasa , mereka yang sorok2 makan sbb hormatkan saya ...pokok pangkal dari diri ..malah saya slalu buat cara org indonesia tidak menyambut salam , pelanggan syarikat memahami ...bagi saya yang penting prestasi dan cara kerja serta ketegasan buat org akan hormat, yang paling utama kalau kita solat dan hormatkan agama kita , org lain juga akan ada sense of respect itu ...

p.s:saya dari sebuah universiti islam tempatan , bekerja di syarikat yang 360 darjah berbeza dari zaman universiti tp saya percaya satu perkara: Allah ada di mana2 , keluar dari comfort zone baru kita tahu gelodak iman di uji atau tidak ...seperti menolak pertukaran hadiah waktu krismas /dinner dgn ada hidangan arak

Adilah 17/07/2013, 22:32  

No 7.
Terlambat baca. Patut baca zaman2 koje dolu!
Tengs!
Akan ku semat dalam hati untuk kerja yg seterunya nanti. InsyaAllah!
Nais lah!

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP