14 February 2013

Fafirru Ilallah!

[Kredit]

Terkadang dek terlalu letih ke hulu ke hilir, melaksanakan tugas kita sebagai seorang dai'e, membawa bulatan gembira di sana dan bulatan sorga di sini, menguruskan konferens riang itu dan menghadiri konferens sayang ini dan pelbagai lagi tanggungjawab tarbiyah dan dakwah yang lain sehingga kita lupa tanggungjawab asas kita sebagai hambaNya. Tilawah dan tadabburnya entah ke mana. Qiamnya qiam dinasor. Maathuratnya bukan lagi maathurat saghir, tapi sudah jadi maathurat pandir. Eh. Sudah, bagaimana mahu menyentuh hati? Bagaimana mahu membuka jiwa-jiwa yang tidur, sedangkan kita sendiri tidak bangkit, mendekatkan diri kita kepadaNya..? Andai itu yang berlaku, ketika itu... 

Fafirru ilallah! Segeralah kembali kepada Allah!

Terkadang kita merasakan diri kita penuh dengan dosa, dilumuri noda yang jijik lagi durjana. Sehinggakan kita tidak tahu dan malu untuk mengadu kepada sesiapa. Kita yakin tiada siapa yang bisa memahami konflik yang sedang melanda diri. Apatah lagi yang bakal diundang adalah pandangan keji atau mulut mencaci. Ah, ketika itu, kita berasa begitu bawah dan seperti mahu sengaja dilanggar lori. Kita benar-benar hilang arah. Kita betul-betul terkulat-kulat, tidak tahu apa yang wajar dilakukan. Segera. Wahai, sekiranya itulah hakikatnya, ketika itu...

Fafirru ilallah! Segeralah kembali kepada Allah!

Terkadang kita merasa kitalah yang paling haibat di atas jalan tarbiyah dan dakwah ini. Kitalah yang paling gaban dan kadang-kadang tu, terasa seperti kitalah Sailormoon penyelamat dunia. Err. Amat mudah untuk kita memperkecilkan amal orang lain kerana merasakan amal-amal kitalah yang paling baik dan bagus. Amat senang pula kita memandang lekeh kerja-kerja dan usaha orang lain hanya kerana hidung kembang kempis terlalu yakin bahawa hanya cara dan pendekatan kitalah yang paling betul di dalam seluruh galaksi bimasakti. Alahai. Anda, jika perasaan gorgon sebegitu pernah menghinggapi hati anda, walau sejenak cuma, ketika itu...

Fafirru ilallah! Segeralah kembali kepada Allah!

Terkadang kita bersedih hati, dek mehnah dan tribulasi melampau-melampau (Kita je rasa melampau, walhal tiada apa-apa pon. Peluh kecil.) yang datang membelasah diri. Sehingga kita lumat. Sehingga kita pucat. Mungkin disebabkan keputusan hekzem yang tidak gemilang. Atau prestasi kerja yang tidak cemerlang. Atau dimarahi makcik sebelah rumah kerana cuna mengorat anak gadisnya yang seorang. Eh. Di tika itu kita merasakan tiada lagi harapan untuk kita di dunia ini. Kita membayangkan yang kita sedang melalui sebuah terowong yang gelap, penuh dengan kaca dan duri, yang tidak berpenghujung. Tiada sinar cerah yang menanti kita di hujung terowong. Dan kita tidak bisa pula mengadu kepada sesiapa, kerana yakin tiada siapa yang dapat membantu. Aduhai anda yang budiman, sebelum anda mengambil keputusan untuk terjun gaung, ketika itu...

Fafirru ilallah! Segeralah kembali kepada Allah!

Terkadang kita akan diuji pula dengan kejayaan demi kejayaan. Jika di kuliah, kita sering dipuji oleh pensyarah dek prestasi akademik kita yang kadangkala mengalahkan Albert Einstein. Kalau di kantor tempat kerja, kita amat disukai oleh majikan kerana dedikasi dan pengorbanan kita untuk syarikat yang tidak berbelah bahagi. Uish bonus tahun ini pastinya menggunung tinggi! Kemudian, entah mengapa, hadek-hadek yang disentuh dan dibulatan gembirakan, semuanya gemok-gemok, sihat dan menjadi! Walaweh. Tatkala semua itu terjadi, ketahuilah, hati kita akan diasak oleh bisikan syaitan bertubi-tubi. Dia mahu kita percaya bahawa semuanya itu menjadi realiti dek kehebatan dan usaha kita sendiri. Dengar sini, andai punggung anda mula membesar dek tidak tertahan dipuji dan bangga dengan diri, ketika itu...

Fafirru ilallah! Segeralah kembali kepada Allah!

Terkadang kita terpaksa bersarapan pagi (Baca: Futur), kerana iyalah, iman itu sifatnya naik dan turun bukan? Alasan. Kita sering memberi laluan untuk raksasa futur itu masuk menjengah hati kita. Kita layan pula si futur itu dengan sofa yang empuk dan popkon panas yang baharu keluar dari ketuhar. Aduh, silap haribulan futur berasa selesa lantas tidak mahu keluar lagi dari hati kita. Lebih teruk lagi andai si futur sudah bermaharajalela, lantas Makcik Hidayah merajuk dan berlari keluar pula ala-ala drama Melayu cerekarama. Ok terlalu banyak mengarut di situ. Hey anda, sekiranya anda berasa lemah tidak bermaya untuk menewaskan si raksasa futur itu, ketika itu...

Fafirru ilallah! Segeralah kembali kepada Allah!  

Terkadang kita terlupa akan niat sebenar kita mentarbiyah dan berdakwah kepada orang ramai di luar sana. Kita syok sendiri. Kita mengajak orang kepada kumpulan yang kita sertai. Lebih teruk dan hampagas cap Ayam adalah apabila kita berdakwah, kerana mahu mengajak orang mengagumi dan menghargai diri kita sendiri! Geleng kepala. Kita alpa bahawa kita ditugaskan menjadi khalifah adalah kerana kita perlu mengajak orang kepada Allah. Kita leka akan tujuan hidup kita sebagai 'abid, yang tugasnya hanya satu yakni beribadah setiap masa dan ketika kepadaNya. Kita mentarbiyah kerana terpaksa. Kita berdakwah kerana sememangnya kita suka. Bukan untukNya. Bukan keranaNya. Ish, sekiranya itulah yang sedang membarahi ruh dan tubuh badan anda, sebelum terlewat, ketika itu...

Fafirru ilallah! Segeralah kembali kepada Allah! 

Anda, anda dan anda. Ayuh kita muhasabah diri kita. Ayuh kita cermin dan reflek diri kita. Ayuh kita teropong dalam dan perhatikan setiap inci daripada jiwa kita.

Sepanjang kita bergelar manusia, berapa kali yang kita benar-benar kita menjadi hamba?

Sepanjang kita mengenali tarbiyah dan dakwah, sudahkah kita bersungguh-sungguh menjadi saksi kepada syahadah?

Sepanjang kita berbai'ah, berjanji setia kepada risalah yang kita bawa, sudah benar-benar seriyeskah kita mengikis setiap karat jahiliyyah yang bertempel di dalam jiwa? 

Tunduk malu. Air mata mengalir laju. 

Fafirru! Fafirru! Fafirru!

FAFIRRU ILALLAH...!!

"Maka segeralah kembali kepada (menaati) Allah. Sunggu, aku seorang pemberi peringatan yang jelas dari Allah untukmu."
[az-Dzariyaat, 51:50]

Segeralah kembali kepada Allah! Sebelum jasad dimamah tanah! Sebelum Izrail menjengah payah! Sebelum ruh ditarik mudah! 

Sebelum kita menghadap Allah, dalam penyesalan tidak bersudah, memberi alasan tak mahu kalah, menanti masa diheret pasrah , dihumban kasar ke dalam Hutamah!

Allahu rabbi.. Na'udzubillahi min zalik. Nanges laju-laju.

"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin."
[az-Dzariyaat, 51:55]

-gabbana-

14 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 14/02/2013, 14:26  

Jazakillah akhi. T_T

Anonymous 14/02/2013, 14:42  

Its supposed to be Jazakallah. Not jazakillah.

fafau 14/02/2013, 14:51  

pening.. nak rehat sandar kat bahu murabbi sat..

khaliFah_maahad 14/02/2013, 14:54  

mai ceq mai~

"Fafirru ilallah! Segeralah kembali kepada Allah! "

:)

Anonymous 14/02/2013, 23:45  

Thanks akhi..really need this :D

Anonymous 15/02/2013, 01:22  

Jazakallahu khairan kaseera .
Dan nak tanya sikit dan harap ada solusi yanag boleh bantu .
Kalau bawa usrah online , apa pendekatan yang lebih baik booleh dilakukan?

Anonymous 15/02/2013, 02:39  

Alhamdulillah... May Allah guide all of us to Jannah

RuMaH TuA 15/02/2013, 14:50  

Assalamualaikum...

اللهم اجعل غاية قصدي إليك ما هو لك. ولا تجعل قصدي إليك ما أطلبه منك

"Ya Allah, jadikanlah kemuncak matlamat dan niatku kepada Mu ialah apa yg menjadi hak Mu. Janganlah engkau jadikan matlamat dan niatku kepada Mu ialah apa yang aku minta daripada Mu."

nynamustapha 18/02/2013, 16:08  

dush3 !! ok..kerap kali raksasa futur dtg menyerang..syukran akhi..memang terkena batang hidung sendiri..

Anonymous 26/02/2013, 15:57  

Teruslah berkarya dn mnyentuh hati2 kita semua.
Pada akhirnya, redha Dia yg kita tuju.
May Allah bless u n increase u. Amiin

Budak Hingusan :') 03/05/2014, 23:21  

ketika aku leka.. terdetik nak baca belog ini :')oh!

"Fafirru ilallah! Segeralah kembali kepada Allah! "

Jazakallah~

Anonymous 04/05/2014, 13:52  

Entry yg selalu terajang diri jzkk

Fresh Greenhorn 04/05/2014, 16:27  

Terima kasih atas peringatan inche gabbana

Unknown 12/12/2014, 14:54  

assalamualaikum ya ince gabbana. ana ada cooy ayat enta di ig ana@abuhanifauzei. syukran ya akhi!

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP