10 February 2013

Riadhah Otak Di Malam Ahad #20

Seperti yang pernah dijanjikan sebelum ini, terimalah, hasil kerjasama antara Angel Pakai Gucci dan Cik Beah Osem...


Jeans. 

Senyum.





Bagaimana..? Mata bersinar-sinar penuh kekaguman dan harapan..?

Jika ya, sila berlari-lari laju sambil menarik-narik rambut dan menjerit sekuat hati, "Subhanallah! Ini.. Ini.. Ini sumpah osemness...!!"

(Kalau ada yang pakai rambut palsu, err, sila tarik bulu tengkuk)

Dan sekiranya anda rasa video tidaklah seosem mana dan masih banyak yang boleh diperbaiki, silalah beritahu kami ye. Ehem.

Jazakillahi khairan katheeraa dan syabas kepada Cik Beah Osem yang sememangnya terlalu osem dalam menghasilkan video yang osem! (Ok terlalu banyak teknik pengulangan di situ..) Moga kerjasama yang baik dapat berterusan dan yang lebih utama, moga kerjasama ini akan meraih redhaNya!

Antara moto hidup saya marcapada ini: "Saya nak masuk sorga dengan berseluar jeans!" Sekiranya anda faham maksudnya. Eheh.

Ayuh kita jadi seperti ikhwah pakai jeans! Kool dan bergaya di mata manusia, kool dan bergaya lagi di mata Allah! Kerana pakaian yang paling baik itu adalah taqwa!

Senyum, kenyit mata.

-gabbana-

Susahnya nak dapat internet yang stabil di Negeri Cik Siti Wan Kembang ni. Tu yang lambat hapdet tu. Peluh kecil. 

12 Caci Maki Puji Muji:

mackerel bakar 10/02/2013, 23:50  

osem habiss~
kolaborasi terbaik :)

Anonymous 10/02/2013, 23:53  

terbaikk..smlm dah org post awal..tp osem ttp terasa..smga dredhai Allah.

piki pilla 11/02/2013, 00:30  

cik beah osem tu lelaki ke?

*sekadar bertanya.

Anonymous 11/02/2013, 08:55  

Nama pun cik.alahai piki, of course lah wanita!

tanah tumpah darahku Malaysia 11/02/2013, 09:11  

macam mana ye IG berurusan dengan cik beah ek? teringinnya nak tahu. hik hik hik....

tiba2 rasa jeles.... ekekeke. maaf2.

Hopeless 11/02/2013, 14:27  

CBO ngan IG memang ohsem!!! hahah :D *salute*

Anonymous 11/02/2013, 21:56  

Tahukah anda bahawa ikhwah-ikhwah berfikrah Islamiyah IM Arab di Jordan dan Mesir memang memakai jeans terutamanya semasa winter yg memang sejuk dan memerlukan jeans utk dipakai, dan even di waktu summer ? Dan di jamiah (university) kami di jordan anda boleh melihat syabab2 Arab yg muda berTShirt biasa dan berseluar jeans serta berkasut adidas, meyimpan janggut kemas sambil menggengam tasbih n tersimpan Quran kecil yg mereka keluarkan bila2 masa utk ditadabbur di dalam kocek jeans mereka, dan merayau2 di sekeliling university sambil menjaga dan menundukkan pandangan.. Hoyeahh ! Tak perlu jubah or kopiah pun !

~ perindu Cinta Illahi ~ (^_^) 12/02/2013, 01:34  

kagum dengan spesis geng-geng jeans atau geng-geng moto atau geng-geng yang sama waktu dengannya yang hakikatnya adalah geng-geng masjid dan geng-geng qiam n geng-geng usrah segala bagai..terbaik akhi..doakan sy jumpa bulatan gumbira sy satu hari nanti ^_^

rindu madrasah rasul 12/02/2013, 13:58  

bismillah.

ig nk kata bahwa pakai jeans tak salah...
tapi jgnlh ketat semangkuk!
sy pernah mnghadiri sebuah daurah di bangi yg mana ig yg mmberil\kan talk.
dan beliau mmakai jeans.

tapi kita kan ummah terbaik(3:110)

pakaian klu ikut sunnah kekasih ALLAH kan yg terbaik ^_^
sbb tak semua perkara baik itu Allah REDHA!
nnti lps ni ssiapa yg berkopiah dan berbaju serta berserluar molek.
jgn pulak cabut semua tukar jeans..
sy hanya merindui syabab2 yg brpakaian seperti...
faham2 jelah.
tok yah lah ikut barat sgt...
yg pnting tutup AURAT!!! <3

Inche gabbana 13/02/2013, 08:29  

rindu madrasah rasul: jzkk atas komen dan pandangan.

pertama, anda pastikah itu saya..?

kedua, jika benar itu saya, err, ketatkah jeans yg saya pakai itu..? Gulp.

ketiga, Nabi SAW sendiri tak pernah menggalakkan atau menganjurkan orang untuk tiru cara baginda berpakaian. seperti yg anda cakap, yg penting adalah menutup aurat dan bebas unsur jahiliyyah dalam bertabarruj.

Allahu a'lam. Aman.

nam 18/02/2013, 13:27  

salam iG.macam mane oppinion iG dgn golongan akhawat yg berjeans?

rindu madrasah rasul 21/02/2013, 14:12  

ig,
saya yakin itu anda!
tp sirr2 jelah kan.
haha.
akhi,ana bkn mksdkan akhi yg berseluar ketat.
aasif jiddan.
tp ana mksdkan org diluar sana.
takut salah faham post akhi ni.
ohh yaa?
hm.baru ana thu.
bg ana,akhi ok jaa.sgak bergaya.
dan bg ana akhi ig adlh seorang syabab yg qowwiy ^^.
aasif 'ala kulli hal.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP