#Perempuan
[Kredit] |
[Nota: Artikel ini sama ada akan membuatkan tiada siapa yang mahu berkahwin dengan saya sepanjang hayat, atau berebut-rebut orang nak masuk meminang. Eheh.
Sila baca dengan mata hati. Kalau rasa mata hati tu dah kabur atau ada selaput katarak, silalah segera berjumpa dengan doktor mata hati. Sekian.]
Perempuan. Wanita. Betina. Woman. Nisa'. Gegurl. Apa-apa lah.
Perkataan itu cukup-cukup sinonim dalam kehidupan kita. Tipulah kalau ada sesiapa di galaksi bimasakti ini mengaku langsung tidak pernah ada kena-mengena dengan makhluk ciptaan Allah yang satu ini.
Paling koman punya seorang ibu yang berjantina perempuan. Terlebih koman ada adik-beradik perempuan, cikgu perempuan, rakan-rakan sekelas perempuan dan makcik jiran sebelah rumah yang kerjanya mengunyah sireh sambil membasuh kain pakaian diselitkan dengan sesi menganyam ketupat yang juga perempuan. Err.
Ya, cukup sinonim.
Saya sendiri jujurnya, cukup rapat dengan makhluk yang Allah ciptakan khas dengan sifat dan karakter tersendiri ini. Selain sering duduk di bawah ketiak Puan Mama *koff koff* dan mempunyai seorang Cik Adik Perempuan, kebanyakan sepupu-sepapat juga berjantina 'Perempuan' seperti yang tertera di dalam kad pengenalan mereka.
Pernah suatu ketika dahulu, ketika bersekolah rendah, seorang rakan lelaki sebaya yang cukup baik dengan saya, juga merupakan jiran beberapa selang rumah, terpaksa berpindah ke luar negara mengikuti ayahnya bekerja di sana. Akibatnya, tinggallah saya seorang sahaja jejaka panas lagi atas permintaan (Baca: On Demand) di kawasan kejiranan saya itu.
Tersedak.
Eh anda, ok ke..? Ada orang mengumpat anda agaknya tu. Wahahaha.
Rentetan itu, maka bermulalah episod kelabu di dalam hidup saya, di mana banyaknya masa petang saya dihabiskan bermain batu Seremban, galah panjang, zero point, lompat getah dan entah apa-apa lagi permainan yang sepatutnya dikhaskan untuk kanak-kanak perempuan. Sehingga suatu tahap itu, saya boleh dikatakan pakar jugalah bermain lompat tali getah, sambil disorak gembira oleh orang-orang di sekeliling! Peluh besar. Mujurlah jantina saya kekal jantan dan perkasa. Risau juga sekiranya saya bertukar menjadi lembut dan berkeinginan terhadap kaum sejenis!
Panah petir.
Di sekolah juga ramai kawan-kawan perempuan yang agak rapat dengan saya. Cikgu-cikgu kelas dan matapelajaran pon majoritinya perempuan. Mujurlah saya ke sekolah semua lelaki ketika di sekolah menengah. Kalau tidak, tidak tahulah apa jadi dengan saya sekarang ini; sama ada menjadi kasanova sejati atau sudah ke Thailand membuat pembedahan tukar jantina!
Pengsan.
Kemudian hidup saya kembali diuji dengan perempuan apabila melanjutkan pelajaran ke sebuah kolej boleh tahan mewahnya di tengah-tengah tempat jin bertendang. Di sini banyak aktiviti kolej yang seolah-olahnya sengaja menggalakkan percampuran antara lelaki dan perempuan. Malah kalau bukan aktiviti rasmi kolej sekalipon, aktiviti-aktiviti seharian seperti makan, main petang dan menelaah pelajaran di pusat sumber, pasti sukar untuk melepaskan diri daripada pergaulan bebas antara dua jantina ini.
Di sini juga, banyak sejarah dan cerita hitam yang berlaku pada diri saya, sehingga apabila setiap kali memikirkannya, pasti penyesalan yang tidak terhingga akan datang menjelma. Cukuplah saya katakan ia ada kena-mengena dengan perempuan.
Anda, ada gaung berdekatan tak dengan kawasan perumahan anda..? Saya nak terjun.
Ehem.
Ok cukuplah sesi muqaddimah untuk apa yang sebenarnya yang mahu saya katakan. Poin saya mudah; betapa kehidupan seorang lelaki memang tidak boleh hendak dipisahkan daripada makhluk bernama perempuan.
Lelaki dan perempuan, bagai pau kacang dan intinya. Eh? [Kredit] |
Ehem.
Ok cukuplah sesi muqaddimah untuk apa yang sebenarnya yang mahu saya katakan. Poin saya mudah; betapa kehidupan seorang lelaki memang tidak boleh hendak dipisahkan daripada makhluk bernama perempuan.
Maka terlintas satu persoalan yang sering menghantui fikiran ini, espeseli selepas mula aktif dalam tarbiyah dan dakwah; di mana kedudukan perempuan di sisi seorang lelaki..? Dan persoalan yang lebih utama untuk dijawab; siapa perempuan di dalam Islam..?
Persoalan ini tentunya lebih sukar untuk dijawab hari ini. Dengan dunia yang semakin terbuka, gerakan feminisme yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat, kekeliruan terhadap ayat-ayat al-Quran dan hadith Rasulullah, fitnah terhadap Islam yang semakin membarah dan bermacam lagi situasi yang berlaku marcapada ini, persoalan tentang status dan kedudukan perempuan pastinya amat sukar untuk dirungkaikan.
Sebagai awalan, cukuplah ayat al-Quran untuk menjawab persoalan ini secara umum:
Ya, rahmat untuk sekian alam. Maka Islam, manhaj agung yang diturunkan dari langit, bukan untuk manfaat dan kelebihan kaum lelaki sahaja. Tetapi ia untuk semua. Langit, bumi, memerang sungai, tapak sulaiman, kambing gurun, bunga dafodil, butir nangka dan bongkah ais dan ya, perempuan. Semua. Kalaulah benda yang tidak bernyawa, tumbuhan dan haiwan turut mendapat manfaat besar daripada keadilan dan keoseman Islam, takkanlah perempuan, makhluk Allah berupa manusia langsung tidak mendapat tempias rahmatnya..?
"Dan Kami tidak utuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam."
[al-Anbiya', 21:107]
Ya, rahmat untuk sekian alam. Maka Islam, manhaj agung yang diturunkan dari langit, bukan untuk manfaat dan kelebihan kaum lelaki sahaja. Tetapi ia untuk semua. Langit, bumi, memerang sungai, tapak sulaiman, kambing gurun, bunga dafodil, butir nangka dan bongkah ais dan ya, perempuan. Semua. Kalaulah benda yang tidak bernyawa, tumbuhan dan haiwan turut mendapat manfaat besar daripada keadilan dan keoseman Islam, takkanlah perempuan, makhluk Allah berupa manusia langsung tidak mendapat tempias rahmatnya..?
Dan Islam itu adil untuk kedua-dua lelaki dan perempuan. Di sinilah masalah mula timbul, apabila ada yang mendefinisikan adil sebagai kesamarataan. Walhal adil bukan sama rata, bukan semuanya sama. Bukan. Adil adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya yang haq.
Hal inilah yang tidak dapat difahami dengan baik oleh golongan feminisme dan mereka yang kononnya mahu memperjuangkan hak emansipasi kaum perempuan. Dakwa mereka, perempuan wajar diberikan hak dan layanan yang sama rata dengan lelaki. Jika lelaki boleh buat begini dan begitu, mereka juga mahu begini dan begitu. Kalau lelaki boleh panjat pokok kelapa, mereka juga mahu panjat pokok kelapa. Kalau lelaki boleh bergusti bertumbuk bagai, mereka juga mahu begitu. Adoi.
Anda, jika begitu, kami kaum lelaki juga mahu diberi hak sama rata dan dilayan tanpa diskriminasi dan banyak beza! Kami juga mahu mengandung! Kami juga mahu menjadi seorang ibu, kerana status seorang ibu itu jauh tinggi dan mulianya berbanding seorang ayah! Kami juga mahu satu koc khas disediakan buat kami di komuter dan pengangkutan awam yang lain!
Ha, bagaimana..? Anda mampu..?
Jika benarlah hak kesamarataan itu adalah apa yang diajar dan dituntut dalam Islam, maka tidak perlulah Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu, punya dua jantina yang berbeza. Cukuplah Allah menciptakan suatu makhluk yang tidak punya jantina, sepertimana Allah menciptakan malaikat dan bidadari. Tetapi memang sengaja Allah menciptakan manusia itu dengan dua jantina yang berbeza. Untuk apa? Untuk mereka saling melengkapi dengan sifat-sifat dan ciri-ciri yang tersendiri.
"Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelakai dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal."
[al-Hujuraat, 49:13]
Saya yakin lelaki dan perempuan punya kelebihan dan kekurangan masing-masing yang tidak mutually exclusive. Kekurangan pada kaum lelaki perlunya ditutup dan ditambahbaik dengan kelebihan yang ada pada kaum perempuan, dan begitu juga sebaliknya. Ohoi jika beri kaum lelaki tugas untuk mengemas rumah dan melipat baju, alamatnya sampai kiamatlah rumah tidak berkemas dan baju tidak dilipat!
Ok sedikit hiperbola di situ. Dan pastinya saya akan dituduh sebagai cauvinis selepas ini. Benar, memanglah lelaki, terutamanya mereka yang metro- dan []-seksual di zaman moden ini, lebih bertanggungjawab dan boleh diharap untuk melakukan tugas-tugas yang tipikalnya dilakukan oleh kaum perempuan. Kini bukan lagi satu kejanggalan melihat kaum lelaki memasak, mengemas rumah dan memasukkan benang ke dalam lubang jarum untuk mengait baju sejuk. Eh.
Tetapi secara semulajadinya, secara fitrahnya, siapa yang lebih cekap apabila diberi tugas untuk mendodoi anak? Siapa yang lebih efektif untuk menyapu lantai dan memasukkan kusyen ke dalam sarungnya? Dan siapa pula yang lebih cenderung untuk mandi sungai dan bergusti lumpur ketika kecil dahulu? Siapa pula yang lebih efisien membaiki lampu yang rosak atau menukar tayar yang pancit?
Benar, benar. Mungkin ada pula yang berhujah, itu semua terjadi kerana didikan dan asuhan ibu bapa sejak kecil. Dan sekiranya kita mahu teruskan argumen sebegitu rupa, percayalah, sehingga ayam berkokok esok pagi pon belum tentu artikel ini akan habis ditulis. Oleh sebab itu, marilah kita merenung dan mentadabbur firman Allah yang satu ini:
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (berbuat) maruf dan mencegah dari yang mungkar..."
[at-Taubah, 9:71]
Juga:
"Lelaki (suami) itu adalah pelindung kepada perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan)..."
[an-Nisaa, 4:34]
Nah, bukankah sudah jelas lelaki dan perempuan punya amanah dan tugas masing-masing, yang saling melengkapi dan menguatkan?
Suka untuk saya tekankan perkataan beriman di dalam ayat surah at-Taubah seperti di atas. Kerana hanya mereka yang benar-benar beriman, percaya kepada kewujudan Allah sebagai Tuhan yang Maha Berkuasa dan Pemilik Hari Pembalasan, taat dan patuh pula pada firmanNya yang mulia, dapat memahami dan beramal dengan ayat-ayat chenta yang menyatakan dengan jelas perbezaan antara lelaki dan perempuan. Hanya mereka yang benar-benar beriman sahaja yang tanpa banyak soal dan berkompromi, akan terus segera melaksanakan ayat-ayat muhkamat dan tidak lagi berdolak-dalih dengan ayat-ayat yang mutasyabihat.
Oleh sebab itu juga, di dalam al-Quran, Allah menekankan ganjaran dan balasan untuk lelaki dan perempuan dan beriman. Maknanya, Allah bezakan lelaki dan perempuan; jika benarlah lelaki dan perempuan itu sama sahaja, mengapa tidak Allah sebut an-nas, yakni manusia secara umumnya sahaja..?
"Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mu'min, lelaki dan perempuan yang tetap dalam keta'atannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyu', lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar."
[al-Ahzab, 33:35]
Saya kira hujahan saya untuk menunjukkan wujudnya perbezaan antara makhluk lelaki dan makhluk perempuan sudah cukup jelas, dalam ruang lingkup penulisan yang sedikit terhad ini. Tidak hairanlah Dr. John Grey menyifatkan lelaki ini asalnya dari planet Marikh manakala perempuan pula berasal dari planet Venus! Hanya mereka yang jumud, degil dan kurang bijaksana sahaja yang akan terus memperjuangkan hak kesamarataan bagi lelaki dan perempuan. Hakikatnya, lelaki dan perempuan adalah dua jenis makhluk yang diciptakan Allah berbeza! Mereka punya tugas dan tanggungjawab yang berbeza-beza di muka bumi Allah ini; maka oleh sebab itu mereka diciptakan berbeza sejak azali lagi!
Islam dan al-Quran telah meninggikan darjat anda, wahai perempuan. Mengapa mahu merendahkannya..? [Kredit] |
Isu ikhtilat adalah isu yang sebenarnya amat mudah untuk ditanggapi, cukup lurus ke hadapan untuk diselusuri. Namun ia amat sukar sekali untuk dijadikan amali. Mengapa? Kerana ikhtilat, tidak boleh tidak, pasti tidak dapat lari dan dipisahkan daripada nafsu dalam diri.
Mengambil tahu tentang ikhtilat sama sekali tidak bermakna lelaki dan perempuan langsung tidak boleh bergaul sesama sendiri. Tidak. Tapi ia menuntut kita belajar bagaimana untuk menguruskannya dengan bijak dan adil. Ikhtilat juga tidak memaksa untuk kita bisu, mendiamkan diri apabila berhadapan dengan si dia berlainan jantina. Tetapi ia menuntut dan melatih kita untuk berbicara apabila perlu sahaja.
Di dalam al-Quran, tanggungjawab menguruskan soal ikhtilat ini dibebankan sama beratnya pada lelaki dan perempuan. Tidak percaya? Mari kita lihat dan kaji.
Di dalam surah an-Nur, Allah berfirman:
"Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.
Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya..."
[An-Nuur, 24:30-31]
tanggungjawab menjaga pandangan itu terletak pada lelaki dahulu sebelum perempuan (kerana dari segi susunan ayat, nama lelaki disebut dahulu). Mengapa? Kerana nafsu lelaki amat mudah terangsang hanya dengan melihat. Berbeza dengan perempuan yang mungkin memerlukan kata-kata romantis dan sentuhan penuh ghairah untuk teransang, untuk kami kaum lelaki (ehem!), cukuplah hanya dengan memandang, itu sahaja sudah bisa membuatkan jantung kamu berdegup kencang dan peluh kami merembes laju!
Nah, sekarang anda sudah jumpa jawapan mengapa industri porno cukup laku dan popular dalam kalangan kaum lelaki berbanding dengan perempuan bukan..? Adoi.
Maka secara deduksi mudahnya, tanggungjawab menutup aurat itu pula beratnya terletak pada bahu kaum perempuan. Kerana bagi membantu kami kaum lelaki untuk lebih jinak dan kurang serakah, adalah menjadi harapan kami agar kaum perempuan lebih bertimbang-rasa dan berbudi-pekerti dalam mengenakan pakaian mereka.
Hal ini dijelaskan Allah sebagai lanjutan di dalam surah an-Nuur, ayat ketigapuluhsatu:
"...dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang (biasa terlihat). Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya)..."
Mengharapkan kami kaum lelaki menjaga pandangan kami namun pada masa yang sama anda kaum perempuan bebas menunjukkan auratnya samalah seperti berkempen menggalakkkan bagai nak gila agar orang agar berhenti merokok, tetapi rokok-rokok pelbagai jenama terus-menerus dijual dengan berleluasanya di luar sana.
Meletakkan beban kesalahan zina itu pada kami kaum lelaki dan menuduh kamilah yang tidak menjaga penglihatan dan nafsu kami tetapi pada masa yang sama anda kaum perempuan bebas menjual aurat di luar sana, ohoi, itu sama sahajalah dengan mengharapkan orang agar tidak berzina sedangkan tarian punggung dan aksi porno ditayangkan setiap hari.
Dan mengatakan kamilah kaum lelaki yang bersalah seratus persen kepada semua kejadian zina pada hari ini, kerana gagal mengawal nafsu serakah dan mata syaitan kami ini, namun pada masa yang sama kaum perempuan bebas mengenakan pakai mencolok dan membakar mata, paha dan tapak tangan sudah tiada bezanya, wahai, itu sama sahajalah mengharapkan agar sifar kejadian mencuri di tengah-tengah keadaan ekonomi miskin mendesak dan menzalimi ramai orang.
Kerana itulah, Allah menyebut,
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (berbuat) maruf dan mencegah dari yang mungkar melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sungguh Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana. "
[at-Taubah, 9:71]
Kerana untuk menjadi beriman itu bukan hanya terletak pada pundak kaum Adam sahaja. Untuk membanteras maksiat dan mengajak orang ke arah kebaikan bukan amanah kaum Hawa sahaja. Tetapi kedua-duanya. Kedua-duanya ada peranan dan tanggungjawab penting yang perlu dipenuhi dengan hak dan saksama.
Nah, di sinilah keadilan Islam. Di sinilah kesamarataan antara jantina jelas sekali dituntut untuk dilaksanakan.
Tetapi suka untuk saya mengingatkan sekali lagi, agar kaum lelaki di luar sana tidak syok sendiri, beban menundukkan pandangan itu masih terletak pada bahu kita. Apatah lagi anda yang menggelarkan diri anda sebagai seorang dai'e, lagi-lagilah perlunya untuk anda berwaspada dan berhati-hati dengan panahan syaitonirojim yang tepat ke hati.
Apa anda ingat, orang yang pakai kopiah, berjubah, membawa bulatan gembira dan menghadiri konferens riang itu bebas daripada ujian dan mehnah ikhtilat..? Mungkinlah mereka ini sudah kebal dengan wanita-wanita seksi tidak bertudung, rambut menggerbang shiuh shiuhhh ditiup angin dan baju ketat dan sendat menampakkan pelbagai jenis buah-buahan tempatan. Err.
Namun boleh jadi mereka ini tewas pada beraneka macam warna tudung labuh yang ada. Rambang mata melihat tudung-tudung berwarna biru muda, merah jambu, hijau epal dan perang terang. Garu kepala. Berdebar kencang melihat senyuman akhawat manis tatkala memberi pengisian di hadapan. Atau berdiri bulu tengkuk melihat ayunya dan manisnya akhawat sesama mereka yang sudah tentunya tidak bersalah di dalam jenayah ini.
Pandang kiri, pandang kanan. Berjalan laju ke hadapan seperti tiada apa-apa yang perlu dirisaukan.
Sebagai akhiran, mungkin sebagai hadiah dan penyejuk hati, juga untuk membangkitkan kembali semangat yang mungkin sudah lemau dan layu dibelasah saya (gelak keji), suka untuk saya tarik perhatian anda kepada betapa tingginya status perempuan di dalam Islam.
Siapakah manusia pertama yang dengan sukarela dan penuh yakin menerima risalah yang dibawa ar-Rasul SAW? Khadijah binti Khuwalid r.a., seorang perempuan. Siapakah manusia pertama yang syahid di atas jalan perjuangan ini? Sumayyah r.a., juga seorang perempuan. Seorang tabie'n yang cukup mahsyur namanya, sering menjadi sumber rujukan espesli dalam soal tasawuf yang hubungan hati dengan Allah, Rabiatul Adawiyah juga merupakan seorang perempuan.
Semua nama-nama haibat dan super gaban yang telah melakar sejarah dalam sirah perjuangan menegakkan panji agung ini, tidak mungkin wujud tanpa adanya ibu yang melahirkan mereka. Status perempuan sebagai seorang ibu, tidak mungkin dapat ditandingi oleh mana-mana lelaki di dalam dunia ini, hatta sehingga matahari terbit dari sebelah barat dan langit bergulung menelan awan. Tidak mungkin.
Tidak hairanlah status perempuan sebagai seorang ibu, diangkat begitu tinggi oleh Nabi SAW dengan hadithnya cukup glamor itu (diriwayatkan oleh Imam Bukhari), yang menyebut tiga kali berturut-turut ibu sebagai manusia yang perlu dihormati selepas Allah dan ar-Rasul. Bapa? Menduduki tangga yang keempat. Sehingga sorga nan indah lagi pesona itu juga terletak di bawah telapak kaki si ibu yang mulia!
Persetankan dengan dakyah-dakyah dan tipu daya di luar sana yang memperlihatkan seolah-olahnya lelaki Muslim itu kejam terhadap kaum wanita. Suami-suami Islam itu zalim dan tidak bertimbang rasa terhadap para isteri mereka.
Jika benar sekalipon laporan yang didengari, itu sama sekali tidak diajar di dalam agama yang mulia ini. Itu adalah tindakan individu-individu tertentu, yang berkelakuan keji atas nama agama, dan tidak melambangkan apatah lagi mewakili risalah agung daripada langit ini.
Bukankah Islam itu agama chenta..? Mana mungkin ia menyediakan platform, ruang dan peluang untuk para penchenta agama ini berlaku zalim sesama sendiri...?
Fuh.
Suatu penulisan seperti ini, saya kira, tidak mungkin berlaku adil untuk berbicara tentang peranan, status dan kedudukan perempuan di dalam Islam. Juga interaksi dua hala (ikhtilat) antara makhluk asing dari planet Marikh dan makhluk asing yang lainnya dari planet Venus.
Namun saya kira, sudah cukup saya rumuskan hujah-hujah utama, betapa perempuan punya peranan dan tujuan hidup yang cukup besar, apatah lagi apabila melihatnya dalam konteks sebagai seorang 'abid dan khalifahNya di muka bumi ini.
Seratus lelaki tidak mungkin dapat merosakkan seorang wanita yang soleh. Namun seorang wanita yang keji dan tidak bermaruah, amat mudah untuk merosakkan seratus, hatta seribu lelaki sekalipon.
Akhirnya, mari kita sama-sama renungi sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:
“Aku mendatangi, surga maka kulihat kebanyakan penduduknya adalah para faqir dan aku mendatangi neraka maka aku lihat kebanyakan penduduknya para wanita."
Ha. Wahai perempuan, silalah telan air liur berjemaah sekarang. Wahahaha. Err.
Enuff said. [Kredit] |
Perempuan! Status mu amat tinggi di sisi Tuhan! Jangan dikau rosakkannya hanya kerana tewas pada nafsu dirimu yang ditiup syaitan!
Perempuan! Dikau pelengkap bagi kami, kaum lelaki! Janganlah dikau berlaku lemah dan payah, dengan menjual dirimu pada harga yang murah! Pertahankan maruah dan kehormatan dirimu, kerana dikau amat mahal harganya!
Perempuan! Jadilah manusia yang beriman, agar dikau dapat bersama-sama kami, berlari laju memburu redhaNya, terbang bebas menggapai sorgaNya!
-gabbana-
Struggle jugalah mahu menyiapkan penulisan ini. Ia ditulis di pelbagai tempat yang berbeza; di rumah di Kelantan, di dalam LRT dan akhirnya berjaya disiapkan di rumah di Kuala Lumpur! Walaaww.
Dan bertungkus-lumus mahu menyiapkannya kerana berkejar-kejaran untuk berbulataan gembira bersama hadek-hadek terchenta..!
Moga bermanfaat!
57 Caci Maki Puji Muji:
Such an interesting post brotha. Like it. Very beneficial to me as a woman. Alhamdulillah. Thanks. ;)
buke betina, tino.sounds better.
*gasp*
touching story
Speechless. Tenkiu Gabbana!
Mata hati makin terbuka..syukran
Mungkin ada sebab enta cerita tentang zaman jahiliyyah enta dulu (mengorat perempuan-.-). cuma bagi ana, kalau xde any specific reasons, tak perlu cerita pun bab tu, seolah-olah membentang aib/jahiliyyah kita sendiri.. dalam islam pun memang well-known kalau orang tak tahu, kita tak perlu cerita tentang zaman jahiliyyah kita. tapi mungkin enta sengaja cerita atas sebab-sebab tertentu.. Wallahua'lam. ana cuma bagi pendapat. inni dhaif.
Jazakallah khair for sharing though. banyak manfaat dan ibrah yang boleh dikutip drpd post ni..walaupun ada certain points y seram sikit bila baca -.-, tapi itulah realiti.. kalau tak cerita, orang tak tahu, so kena lah cerita jugak kan. sama-sama mengambil ibrah..dan bermujahadah..!
rasa macam kena lenyek ngan lori.
err.. inche gabana jejaka on demand , dekat ngan rumah saye ade sungai , nak mandi boleh , nak terjun pon boleh .hehe .jk #Perempuan! Status mu amat tinggi di sisi Tuhan!.. proudly to say that i`m a girl.. eheh
"Berdebar kencang melihat senyuman akhawat manis tatkala memberi pengisian di hadapan." Peluh besar minitik di dahi. Takut dh nk senyum lepas ni..
Apapun, sangat setuju dgn tulisan ni. Macam2 perasaan ada masa baca. Lucu, sedih, cemas, sakit tertusuk jantung dan macam2 lagi. Keep up the good work!
"Di rumah di kelantan..."
ingatkan bidadari itu merujuk perempuan
peringatan buatku n perempuan2 lain...
"tak tahan ayat nya"
...............................
Ha. Wahai perempuan, silalah telan air liur berjemaah sekarang. Wahahaha. Err.
astagfirullah :)
women from venus
Rasa bersalah juga nak bercakap lembut dan mengukir senyum masa deal dgn lelaki semasa bertugas... tapi rasa lega juga sebab bertugas dgn memakai gaun/ coat luar, sentuh pun ada gloves dan muka tutup dgn face mask, so tak nampak sangat keayuan dan keperempuanan itu.
I feel the same like one of the anonymous.. Macam kena lenyek dgn lori -.-" sighh, i hope allah forgives me.
tak boleh panjang lagi ker gabbana? he he.
*berpeluh baca!
Terima kasih atas usaha mengingatkan kami-kami ini. Jazakillah! ^_^
not bad la
Synonyms, wds hvg the same meaning, and it shld be 'ladies';so ladies are synonyms to our lives? confused abt the use or you also fall into the confusion of the masses/malays?
Ladies, is the more polite term and refer to polite females, esp. 80 p.c. of yr audience, may be, are unmarried, yet and they are fine ladies, I presume.Cautious is the norm, if you respect them and not adopting the malpractices of some men out there.
So,mengumpat is associated with women? another commonly held belief when actually both gender are equally inflicted; some say, men are worse. TQVM.
Dan Islam itu adil untuk kedua-dua lelaki dan perempuan. Di sinilah masalah mula timbul, apabila ada yang mendefinisikan adil sebagai kesamarataan. Walhal adil bukan sama rata, bukan semuanya sama. Bukan. Adil adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya yang haq.
Hal inilah yang tidak dapat difahami dengan baik oleh golongan feminisme dan mereka yang kononnya mahu memperjuangkan hak emansipasi kaum perempuan. Dakwa mereka, perempuan wajar diberikan hak dan layanan yang sama rata dengan lelaki. Jika lelaki boleh buat begini dan begitu, mereka juga mahu begini dan begitu. Kalau lelaki boleh panjat pokok kelapa, mereka juga mahu panjat pokok kelapa. Kalau lelaki boleh bergusti bertumbuk bagai, mereka juga mahu begitu. Adoi.
Usahlah kita menyalahkan mana-mana puak disini.. tiada guna kita pompang-pompang kat sini.. tapi kita tak buat apa-apa in reality. Ayuh beramal!! :)
Aisyah Humaira: Jzkk utk komennya. Noted and actioan has been taken. :)
Enonimus speaking English: i'd reckon your english is superior than ur BM. In BM, when you use sinonim, it's more of "tidak boleh dipisahkan.." or something like that, rather than anything else.
Sorry if im wrong, but I don't see any problem with using perempuan in referring to women. perempuan is more general as a gender.
No, I didn't associate women with mengumpat. I'm afraid you were the one who made that hasty conclusion.
please sister, read it with ur heart. and read it as whole, form a bird's point of view.
Cheers.
Allahu a'lam.
Cuti lagi? Sori, tk de niat invoke, provoke, apa2la; just testing ig,
(n share knowledge) as ftr s.i.l.(kidding)..lulus,cara urus situasi; acceptance of ideas.. not so.I need to 'clarify'...later2la.
Pompang lady. Eik, bkn lps kuat keje kat luar, baru dtg sni ke? +ilmu,not d other way round. Lemme share my to do list to 'amal'..cuci tlkg/sejadah bbau kt surau, cuci tds(tk lps std)/mop mesjid tdkt, bersih kubor, ziarah o.f.h./orphgs ..n bwk pulut/sc.rcp. share ..etc (ig blh cont..?). Korang kt kr/bg/ bagai pon pompang je kan?Pi kt luar sna, debate dgn non-mslms(m'sians) /show them hw to speak, ko ade? Sori ssngt. Cume, don't judge a book by its cover.
perkongsian menarik :) terima kasih. lelaki dan perempuan saling melengkapi utk mncipta kesempurnaan sementara di dunia. msg2 punyai tanggjwab tersendiri dalam meneruskan kehidupan. Allah Maha Melihat setiap apa yg kita kerjakan..
gaya penulisan mcm cik beah osem ckit2.
Translation of venus is zuhrah.
mana ada belajar planet venus dalam silibus.
Kbai.
ok, sangat terkesan. lelaki sebagai pelindung wanita, kerana Allah telah melebihkan sebahagian dari sebahagian yang lain. Allah Maha Hebat. tidak diciptakan sesuatu itu dengan sia-sia. thanks kerana membantu menyedarkan dimana kedudukan kami.
=)
panjangnya..................
sklai tgk tu memang mlas nk bce ..but, ble dah bce ..rse cm nk troskn je ..papeun, chaiyok2 gabbana!!
tak setuju dgn ni: Seratus lelaki tidak mungkin dapat merosakkan seorang wanita yang soleh. Namun seorang wanita yang keji dan tidak bermaruah, amat mudah untuk merosakkan seratus, hatta seribu lelaki sekalipon.
ramai wanita solehah ter'cair' dengan janji2 manis dan palsu bukan ikhwah. dan akhirnya semakin lama semakin jauh dari gerabak dnt. dan mereka terima di awwalan, kerana bimbang tiada lamaran lain, especially melihatkan ramai ikhwah memilih bukan akhawat.
berapa ramai mutarabbi akhawat yang asalnya QS, menjauh hanya kerana lelaki. again, kerana bimbang tidak diterima yang lain kalau meninggalkan yang sudah menerimanya itu.
wallahua'lam, pointnya, kalau tak lari bersama2, satu pihak easily boleh menjatuhkan pihak yang lain tak kisahlah lelaki mahupun perempuan.
-seorang perempuan.
syukran.. teruskan membentuk dan menajamkan 'logam' akh..
semoga ia menjadi saham terbesar utk dipersembahkan di hadapan-NYA kelak ^_^
semoga diredhai-NYA
>>LIKE komen diatas
Alhamdullilah, kali pertama membukak nya untuk dibaca. Kali keseterus nya dijadikan bahan berbulatan gembira. Jzk
Topik yang perlu diketengahkan !
[ err ade sambungan kah? ]
Pernah merasa aura ini dizaman jahiliah sebelum D&T. Chill
Dan bila saya menjadi naqibah suka saya mengatakan bahawa kes/topik ini agak berat hohoh untuk dihadam dan dicerna bersama hadek dan hakak ! Semua buat-buat sembelit
sbg seorng perempuan sy sgt setuju, lelaki dn perempuan saling memerlukan walaupun berbeza.
sebagaimana kata Rabiatul Adawiyah,
… Dn Allah telah menjadikan lelaki itu mempunyai sembilan akal dan satu nafsu dan menjadikan perempuan satu akal dan sembilan nafsu tujuan untk menyatakan ada perbezaan antara lelaki dengan perempuan.
p/s :topik ini mmg agk berat untuk dicerna bersama hadek-hadek sbb apepun tk pyah nk detail sgt la psl appearance prmpuan yg pakai sendat. ok. sekadar nasihat. :)
Assalamualaikum
Hmmm sedangkan Rasulullah S.A.W sendiri membantu isteri dirumah, menguruskan diri sendiri?
Kenapa lelaki perlu memperlakukan isteri seperti orang gaji :)
terkena.
terkena.
terkena.
muhasabah...~~
dua kali baca entry ni.kee lebih? jzkk inche gabanna atas peringatan yg sgt2 bermakna.
keep it up! moga Allah balas.
tq for ur advice..:)
Mmg btol la ikhtilat xley dipisahkan drpd nafsu diri. Sesungguhnya sesuatu yang meresahkan hati itu adalah dosa.
Thanks utk entry kali ni.
Alhamdulillah dan terima kasih. Perempuan. Wanita. Betina. Woman. Nisa'. Gegurl..itu semua dijadikan oleh Allah dari tulang rusuk lelaki. dan masing-masing punya kelebihan dan kekurangan.'melengkapi antara satu sama lain
Sangat bermanfaat..terima kasih atas perkongsian ^^
1st time tgk artikel ni fuhh panjangnyee! Tp cuba jgk baca perenggan demi perenggan n sprti penulis jgk, baca dr 1 tempat ke tempat lain (dr tmpt keje then ke rumah then g dapur sambil mkn)..finally habis jgk. Interesting..bnyk nasihat ,kritikan n sindiran dr seorg lelaki utk wanita yg bole diterima pkai n ade yg menyentuh hati. Good! :)
sentap sebab saya seorang perempuan dan di neraka ada ramai perempuan *nanges*
Syukran ya akhi atas perkongsian :)
Tq for sharing. Glup3.. 0:)
This is nice. Thanks for reminding.
Terima kasih mengingatkan kami para wanita... :)
subahanAllah...Allah ilhamkan sebuah penulisan yg amat menarik...*terkesan :'(
Subhanallah ;]
indah sungguh.
*macam tak percaya lelaki terpikat dengan akhawat yang bentang di hadapan . takutnyee.
cane nak elakkan?
jauhi kami kaum hawa dari neraka -MU AMEEN.
'Dengan menjual dirimu dengan harga yang murah'..patut la nilai hantaran makin tinggi,keja inche rupanya..
Ok.hambar lawaknye..papepun,teruskan menulis.
I can't help but find that your tirade against feminism largely unfounded. "Dakwa mereka, perempuan wajar diberikan hak dan layanan yang sama rata dengan lelaki." You say this as if it's a bad thing. I'll give you the benefit of the doubt and assume you just don't know what you're talking about, and not just deliberately being sexist.
Feminism is about equality for women in the sense that women are given the same rights as men; be it at the workplace where they are taken as seriously as their male colleagues, and receive equal pay for an equal qualification for an equal amount of work as their male counterparts do. Feminism is about a woman giving an opinion in a work meeting, and not being ignored because she is a woman. Feminism is a lot of things, but it is NOT about wanting to do what 'boys' do, and your example of 'panjat pokok kelapa' contribute nothing to your argument.
Do you think it's fair that if your sister, or mother, or wife, if they decide to get a PhD, they would still be paid 30% less than men of the same qualification? You seem not to want women to receive equal treatment (layanan sama rata). So you think if a woman is to walk into a car dealership, she shouldn't be served without her husband because she is a woman? Do you think girls should not be taught 'Kemahiran Teknikal' in schools and should just go with 'Ekonomi Rumah Tangga' because as you say, girls are more efficient at sweeping the floor and doing the laundry?
I have often read your posts but this one is the least informed and the most disrespectful I have ever seen. Don't try to disguise your sexism with religion; I don't believe Islam is inherently sexist. The phrase 'syurga di bawah tapak kaki ibu' is incongruous to your subject matter. You are trying to make it seem like women are valued in Islam, I suppose, (which is true) but at the same time you don't think women should be treated and respected equally as men.
The only thing I can glean from your article is that Islam holds women in high regard, but you, and a lot of Muslims, unfortunately don't.
A pround to be a gurl but not a pround coz i also interested for gurl..glurpp!
nk ckp jatuh cinta bole??? dgn penulisan ini :)
Assalamualaikum, just wondering, inche gabbana ni ex kyuem ke? Sbb description ttg college yg mcm tempat jin bertendang plus pergaulan agak bebas sounds familiar to me :-)
Ape2 pun,this is written very well. Keep it up! Moga bnyak hati akan tersentuh dgn penulisan inche gabbana. Mata pena kn lebih tajam drp mata pedang. Eh silap, mata keyboard lebih tajam drp mata pedang. Lebih relevan dgn masa kini
Interesting article.who r u actually. Malaysian or Indonesian. Senior or junior citizen.
nice sharing brother inchik gaban...
Namun,kadang-kadang kita kena cuba untuk tidak menudingkan jari ke arah bertentangan sebaliknya kepada tuan jari itu sendiri terlebih dahulu...seolah-olah tidak adil apabila segala punca permasalahan berkenaan isu feminism adalah daripada wanita itu sendiri...Bagaimana mungkin munculnya api jika tiada yang membakar dan bagaimana munculnya feminism jika tiada kaum adam yang memaksa?...Bagaimana seorang wanita mampu berdiri andai haknya sebagai seorang isteri dicabul?Bagaimana seorang wanita mampu berbakti kepada suaminya andai segala usahanya tidak ubah seperti angin pada pandangan suaminya? Bagaimana seorang wanita mampu bertahan dan bersabar andai segala beban dan tanggungjawab terpaksa dipikul sendiri tanpa belas kasihan oleh suami sendiri?? Dan ketika dia bersendirian tanpa sesiapa di sisi, ketika itulah muncul sepasang tangan menghulur bantuan atas rasa simpati...Tangan itu milik siapa? Ya, tangan itu milik "Feminism" yang sering diburuk-burukkan oleh kita...Makanya, dalam hal ini kita sendiri perlu merefleksi diri kita..apakah kita sudah cukup berusaha untuk membantu golongan wanita yang lemah ini? Sejujurnya, saya juga menolak ideologi yang dibawa oleh Feminism kerana mereka seolah menolak dan menafikan sesetengah ajaran yang telah dibawa oleh Islam khususnya perkara yang berkaitan dengan wanita...Namun apakah cukup jika kita memandang kesalahan mereka(Feminism) tanpa tindakan yang lebih wajar??Kesimpulannya, kitalah yang pertama seharusnya menjadi tangan itu..(Maafkan saya kerana komen ini terlampau panjang tetapi ini suatu luahan jujur daripada saya sebagai seorang wanita,bakal isteri dan bakal ibu...
thanks ��
nak copy boleh??
Post a Comment