7 February 2013

Pantang Berserah, Sebelum Rebah!

[Kredit]

Panji belum tertegak megah,
Badan belum luka berdarah,
Peluh belum mengalir basah,
Kaki belum ditusuk mehnah,
Tangan belum menghayun gagah,
Dan kini kau mahu mengaku kalah?
Apa kejadah?

Jika benar dikau tentera dakwah,
Andai benar dikau kader tarbiyah,
Kalau benar dikau menentang jahiliyyah,
Mana mungkin kau pantas menyerah,
Selagi nafas berhembus tabah,
Selagi nadi berdenyut mudah,
Jasad belum dimamah tanah, 
Mana mungkin kau pantas menyerah?? 

Ah! Jangan kau cepat tergugah,
Andai ada yang menyumpah seranah,
Bila ada yang menjerit marah,
Jika ada yang mengeji meludah!
Bukankah sudah termaktub di dalam seerah?
Semuanya itu suatu sunnah?
Buat mereka yang cekal istiqamah,
Atas jalan penuh mujahadah!
Ah! Mengapa tidak dikau menelaah?

Jangan nanti dikau menyesal pasrah,
Pabila agama dibuat sampah,
Dek dirimu yang bacul menggelabah,
Awal-awal bendera putih diserah,
Gendang perang masih dipalu ghairah,
Inikah anak jantan milik ummah?
Inikah anak singa pejuang risalah?
Wahai, mengapa dirimu dijual murah??

Jangan nanti kau tersedu rebah,
Hingga matamu mengalir darah,
Hingusmu mengalir tak kering sudah,
Hanya kerana kau menyerah kalah,
Pada musuh ketawa berdekah,
Melihat anak singa terkena barah,
Wahan memamah hati yang parah,
Keimanan di jiwa menipis pecah,
Wahai, sudah terhantuk baru tengadah!

Wahai penolong-penolong agama Allah!
Ayuh persiapkan kuda perang nan gagah, 
Ayuh tajamkan pedang kilau berbilah,
Ayuh pakaikan baju besi semerah,
Yang lambat kita sergah!
Yang lumpuh kita papah!
Yang ragu kita terjah!

Kerana perjuangan ini masih basah,
Kerana perjalanan ini tidak bersudah,
Kerana risalah ini masih mewarkah, 
Bersabarlah!
Berpesanlah!
Bertaqwalah!

Takkan kita menyerah kalah,
Takkan kita tunduk merebah,
Takkan kita berlari berpatah,
Hingga hanya dua menjadi pemisah,
Memerintah adil laksana khalifah,
Atau syahid di pintu jannah! 

"Wa a'iddu lahum mastata'tum!"
"Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan ekkuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya..."
[al-Anfal, 8:60]


-gabbana-

Fuh. Berkobar-kobar semangat! Rasa macam nak ke Palestin pon ada! Rasa nak buat dakwah sungguh-sungguh! Rasa nak tarbiyah sampai mati! Ewahhh!

Allahu Akbar, wa Lillahil Hamd! Ayuhhhh!

6 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 07/02/2013, 21:22  

bergetar jiwa syabab.. Allahuakbar!
moga cita2mu tercapai wahai tuan..

RuMaH TuA 07/02/2013, 21:25  

من خاف شيئا, هرب منه
ومن خاف الله, هرب إليه

"Sesiapa yg takut kpd sesuatu, pasti akan melarikan diri daripadanya.
Sebaliknya, sesiapa yg takut kpd Allah, pasti akan melarikan diri kepadaNYA"

Moga Allah kasih dirimu.

haryzkhairuddin 08/02/2013, 11:16  

moga semangat ini tersebar luas & meresap ke jiwa seluruh ummat yang membacanya.. serta menghayatinya. ;D

Anonymous 08/02/2013, 16:22  

Why do all the rhyming words end with
..ah? displeased with something?
There are many levels of jeehad.
The highest, being one where you fight against the evil within your ownselves.

Amen Naqib 08/02/2013, 21:45  

semangat! =D

Mirae Adnan 08/02/2013, 23:48  

sumpah semangat! mcm dengar lagu ar ruhul jadid. :D

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP