Mari Berchenta Seperti Bilal
[Kredit] |
"Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaannya. Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya."
[as-Shams, 91:8-10]
Bilal. Bilal bin Rabah r.a.. Siapa yang tidak kenal dengan nama yang keramat itu? Malah terkenalnya figur yang satu ini sehinggakan mungkin ramai yang menyebut-nyebut namanya saban hari tanpa mengetahui bahawa beliaulah pemilik nama tersebut.
Bila? Apabila azan berkumandang. Siapa yang melaungkannya? Bilal. Senyum.
Bilal bukan individu yang wenang-wenang dalam sejarah Islam. Beliau bukan figur yang calang-calang dalam kalangan para sahabat Nabi SAW.
Beliau adalah seorang hamba Habsyi yang pertama beriman kepada risalah yang dibawa Nabi SAW. Bilal merupakan manifestasi agung betapa Islam adalah agama yang adil untuk semua, tidak mengira pangkat, harta, rupa paras, warna kulit mahu susur galur tok nenek moyangnya. Dan Bilal, diangkat oleh Nabi SAW menjadi muazzin pertama dalam sejarah Islam, suatu penghormatan yang tiada tandingnya buat manusia yang pernah diperhambakan oleh manusia yang lainnya suatu ketika dahulu.
Namun kehebatan Bilal bukankah terletak pada statusnya sebagai lelaki pertama dalam kalangan hamba yang menerima Islam. Bukan. Bukan juga pada kelantangan dan kemerduan suaranya melaungkan azan.
Nama Bilal anak Rabah itu akan terus kekal dalam lipatan sejarah sebagai seorang manusia luar biasa yang punya chenta yang luar biasa juga sifatnya, pada Allah dan RasulNya. Itulah kekuatan sebenar yang ada pada insan istimewa ini. Itulah kehebatan ekstravaganza yang dimilikinya sehingga Izrail datang mencabut nyawanya, yang amat jarang dimiliki oleh sesiapa.
Tatkala para hamba lain memilih untuk terus patuh dan tunduk pada tuan mereka, Bilal yang sudah ditunjukkan jalan yang menuju kebenaran dan kemenangan, tegas dan utuh untuk memilih jalan ketaqwaan. Bukan sebagai tanda protes atau tidak puas hati kepada layanan buruk si tuan kepada hambanya, kerana jika itulah yang berlaku, sudah pasti Bilal sudah lama tewas dan tersungkur dengan seksaan demi seksaan zalim lagi mengerikan yang dilakukan oleh para penguasa Quraisy kepada para hamba yang memilih Islam.
Tetapi tidak! Bilal, dengan kechentaannya yang mendalam, tidak berbelah bahagi dan tiada kompromi kepada Allah dan RasulNya, memilih untuk terus kuat dan tsabat di atas jalan taqwa; jalan penuh duri tapi chenta, yang membawa ke sorga!
"Ahad! Ahad!" Bergetar-getar suara Bilal apabila diheret merentasi padang pasir yang panas membara.
"Ahad! "Ahad!" Tiada lain yang keluar daripada mulutnya apabila dipakaikan dengan baju besi di tengah-tengah padang pasir yang membunuh.
"Ahad! Ahad!" Itu sahaja yang mampu dituturkannya, penuh yakin dan kental tatkala badannya yang legam itu dihempap dengan batu besar oleh Umayyah bin Khalaf, tuannya yang bengis menggila.
Nah, anda beritahu saya, kalau bukan kerana taqwa, kalau bukan kerana chenta yang mendalam kepadaNya, apa lagi yang boleh kita katakan tentang sikap Bilal itu...??
Allahu rabbi. Air mata mengalir perlahan.
Ya, Bilal beruntung! Beruntungnya Bilal sehingga ar-Rasul SAW sendiri hairan dan tertanya-tanya, bagaimana baginda boleh mendengar bunyi tapak kaki Bilal yang mendahuluinya di sorga! Walaweh!
Beruntungnya Bilal kerana dia telah memilih untuk menyucikan jiwanya! Beruntungnya Bilal kerana dia telah memilih jalan taqwa! Beruntungnya Bilal kerana dia benar-benar ikhlas dan bersungguh dalam menelusuri jalan chenta!
Manifestasi chenta Allah dan ar-Rasul yang agung kepada insan luar biasa yang bertuah ini adalah apabila dirinya diangkat menjadi muazzin pertama dalam sejarah Islam. Namun bukanlah dengan diangkatnya Bilal menjadi muazzin lantas dirinya menjadi mulia; tapi sebaliknya, kerana dirinya yang sungguh mulia itulah dia diangkat menjadi muazzin! Wahai!
"Wahai Bilal, rehatkan kami dengan solat," ujar Nabi SAW kepada Bilal, dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad.
Bilal, yang suatu ketika pernah menjadi sehina-hina manusia di mata manusia, akhirnya diangkat statusnya menjadi semulia-mulia manusia, kerana dekatnya dirinya dengan Allah dan ar-Rasul. Sehingga laungan merdu panggilan azannya menjadi sumber kerehatan dan ketenangan buat baginda dan para sahabat sekaliannya.
Suara yang dahulunya keras menuturkan "Ahad! Ahad!" itulah yang akhirnya melembutkan sekalian hati dan jiwa yang mendengarnya.
Kerana Bilal tidak pernah redha dan suka menjadi hamba kepada manusia; sukmanya sentiasa meronta-ronta, mahu bebas merdeka daripada cengkaman manusia durjana dan mendambakan chenta agung Tuhannya yang Esa lagi Maha Mulia.
Meski Bilal hina pada pandangan mata manusia yang khilaf, namun dia berdiri gah dan terhormat di sisi Allah dan para malaikat yang memenuhi langit dan saf.
Walau kehidupannya penuh dengan seksa derita neraka dunia, namun akhiran hayatnya mekar dengan bunga-bunga chenta, dan kakinya terlebih dahulu berlari laju ke sorga!

"Maka Dia mengilhamkan (jalan) kejahatan dan ketaqwaan.."

"Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu).."

"Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya."
Dan kechentaan Bilal pada ar-Rasul, kekasih jiwanya, buah hatinya, tidak perlu diragui lagi. Dek kesedihan yang melampau seusai pemergian baginda ke alam barzakh, Bilal mengambil keputusan untuk meninggalkan Madinah penuh barakah itu ke tanah Syam, kerana tidak sampai hatinya untuk memijak tanah yang mengandungi jasad baginda di dalam perutnya. Para sahabat, terutamanya Abu Bakr r.a. amat berat mahu melepaskan Bilal, kerana besarnya jasa dan peranan yang dimainkan oleh Bilal dalam menegakkan Islam.
Tuntas Bilal,
"Wahai Abu Bakr, andai dahulu dikau bebaskan aku kerana Allah, maka izinkanlah aku untuk pergi. Namun andai dahulu dikau bebaskan aku untuk dirimu sendiri, maka tahanlah aku di sini bersamamu."
Koyak jugalah. Untuk itu, Abu Bakr melepaskan Bilal pergi, dengan penuh rasa sayu di hati.
Semenjak itu, Bilal berazam untuk tidak melaungkan azan lagi. Kerana lidahnya kelu, keras membisu setiap kali sampai ke kalimat "Ashhadu anna Muhammadar Rasulullah!" Setiap kali itu juga air matanya merembes laju, tidak tertahan rindunya mengenangkan insan mulia yang telah mengubah perjalanan hidupnya buat selamanya.
Ibnu Asatir mewarkahkan dalam terjemahannya tentang Bilal sewaktu Bilal berada di atas katil kematiannya, sang isteri berasa terlalu amat sedih dan pedih lantas mengucapkan, "Wa wailaah!" yang bermaksud "Alangkah malangnya!" Tetapi pada saat itu, Bilal sempat mengungkapkan, "Waa farhaah!" yang bermaksud "Alangkah gembiranya!" kerana dia akan bertemu dengan kekasih hatinya yang dirinduinya, Muhammad SAW dan rakan-rakannya yang lain yang telah pergi dahulu.
Mata bersinar-sinar, air mata mengalir perlahan.
Chenta Bilal yang suci akhirnya bersemi.
Chenta Bilal yang agung akhirnya beruntung.
Chenta Bilal yang hakiki akhirnya terabadi!
Allahu akbar, Allahu akbar!
Ashhadu alla ilaha ilallah!
Ashhadu anna Muhammadar Rasulullah!
Haiya 'alas solah!
Haiya 'alal falah!
Allahu akbar, Allahu akbar!
Laa ilaha ilallah!
Agungnya kalimah ini sehinggakan hanya insan yang luar biasa sahaja yang mampu mengungkapkannya dengan penuh chenta. Dan manusia yang dipilih untuk melaungkannya ke seluruh pelosok telinga dan hati manusia tidak lain adalah Bilal, seorang hamba kepada Tuannya yang sebenar, yang jiwanya penuh terisi dengan chenta yang tidak berbelah bahagi padaNya dan RasulNya yang mulia!
Fastabshiru wahai Bilal! Bergembiralah hai Bilal! Sungguh, chentamu telah berbayar! Sungguh, chentamu telah berbalas!
Tunggu kami wahai Bilal! Nantikan kami di pintu sorga! Kerana kami amat teringin menyambut chentamu yang mulus itu! Kami amat mendambakan kehangatan chentamu yang suci itu! Kami amat rindukan chentamu yang menggugah itu!
Tunggu kami..!
-gabbana-
8 Caci Maki Puji Muji:
I was speechless when reading this . It's so amazing , the love between a slave and a Lord . Bilal gotta go through obstacles and hardships to gain Allah's love . And how amazing his love towards Ar-Rasul ! How blesse for those who have found Allah's love . Truly , how blessed !
Sayu hati ini tnpa kusedar air mata mengalir. Gud one!!
Allahu..:') *potong bawang*
Syukran ya akhi Gabbana. Bijak anda menyusun ayat. -_^
salam 'alayk, inche..mohon izin anda untuk quote madah2 chenta yang osem2 dalam blog ni untuk buat bo0kmarks n distribute pada orang ramai
in shaa allah akan diedarkan pada 14feb - kempen kesedaran valentine is haram
bolehkah?
Enonimus: Silakan. Silakan sebar dan kongsi chenta ini dengan orang lain. ;)
Moga bermanfaat!
salam akhi,
kalo nta selitkan ttg ziarah bilal ke makam Rasulullah sehingga para penduduk madinah terlepas menyangka Rasullah telah hidup semula apabila Bilal mlaung azan ( atas permintaan ahli bait Ar-Rasul ) boleh ke?
moga kita semua pun dapat jumpa cinta hakiki; cinta kpd Allah & rasulNya, seperti Bilal *nanges*
Post a Comment