2 August 2012

Ya, Inilah Malaysia, Negara Saya Terchenta

[Kredit]

Di sebalik dakwaaan penuh bangga lagi meyakinkan oleh pihak polis dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin bahawa kadar jenayah di negara ini berada dalam trend yang menurun, rumah jiran saya dimasuki penyamun pagi tadi. Ya, di kawasan kejiranan saya sendiri.

Kami difahamkan, Puan Jiran yang bangun seawal empat setengah pagi untuk menyediakan sahur, dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki asing di dalam rumahnya. Lelaki tersebut bersenjatakan parang dan telah merampok barang-barang kemas yang dipakai oleh Puan Jiran ketika itu. Walaupon dia bertindak berseorangan, kami percaya rakan subahatnya sedang menunggu di luar. Mujurlah tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Bayangan perompak masuk ke dalam rumah dengan bersenjatakan parang, mengacukan pula parang itu ke leher anda, fuh, sudah cukup untuk membuatkan tulang belakang saya menggigil. Tambahan pula sejak kebelakangan ini, saya beradu di ruang tamu dek pendingin hawa di bilik yang gagal berfungi. Makanya, kalaulah ada perampok yang memecah masuk ke dalam rumah kami (nau'dzubillah) pastilah saya dahulu yang akan berhadapan dengan mereka ini. Err, sambil tidur terlentang dan air liur basi mengalir perlahan.

Saya sebenarnya lebih khuatirkan keselamatan Puan Mama. Dialah yang selalunya akan bangun paling awal, espeseli di bulan Ramadhan ini untuk menyediakan sahur. Ish tak boleh nak bayangkan kalau Puan Mama dicederakan oleh perampok penyamun tidak berperikemanusiaan itu. Nau'dzubillah sekali lagi. Bagus juga rupa-rupanya saya tidur di ruang tamu; menurut Puan Mama, sejak saya beradu di situ, dia berasa lebih selamat dan kurang risaunya. Tapi err, kalau apa-apa yang berlaku, saya syahid dahululah! Hohoho.. 

Saya kira apa yang Puan Jiran alami dan apa yang kami rasai ketika ini - tidak selamat walau di dalam rumah sendiri - sedikit-sebanyak mewakili apa yang sedang dirasakan oleh majoriti penduduk urban di Malaysia ketika ini.

Kes ragut yang berleluasa.

Kes colek dan rogol di tempat-tempat letak kereta awam, hatta di siang hari buta.

Kes rompakan berani mati di kompleks beli-belah, tanpa topeng dan rasa malu lagi.

Kes mangsa rompakan dan bunuhan di stesen petrol.

Kes wanita yang diragut dan dibiarkan mati katak begitu sahaja.

Dan entah bermacam-macam lagi kes-kes jenayah yang dilaporkan saban hari baik di Utusan Meloya, eh, di dada-dada akhbar utama atau di siaran berita di telebisen. Itu yang dilaporkan, bagaimana pula yang tidak dilaporkan..?

Ya, kami berasa terancam. Tidak selamat hatta di dalam rumah sendiri. Cukup menyedihkan bukan..?  

Malah Datuk Seri Hishamuddin sendiri mengakui bahawa di sebalik kadar jenayah yang menurun (saya tidak pasti sama ada mahu percaya atau tidak dengan statistik ini), yang lebih utama adalah persepsi masyarakat tentang kadar dan keadaan jenayah semasa. Maknanya, sekalipon benar kadar jenayah telah menurun secara signifikannya, tidak guna juga seandainya rakyat berasa tidak selamat dan sentiasa diburu rasa takut dan gentar.

Saya sendiri, sekiranya saya pulang lewat dari bulatan gembira atau upaca makan mi secara berjemaah, setibanya saya di depan pagar pintu rumah, saya akan pastikan yang tiada kenderaan yang mencurigakan di kawasan sekitar. Saya juga sudah bersedia untuk menekan hon kereta sekuat-kuatnya sekiranya ada apa-apa yang berlaku. 

Saya juga, jika ditakdirkan memandu di belakang sekumpulan mat-mat rempit dan minah-minah rempitah, sumpah tidak berani mahu membunyikan hon atau mencucuk-cucuk mereka. Risau sekiranya mereka naik syaikh lantas berkumpul untuk membelasah saya. Gulp. Atau sekiranya berlaku kemalangan kecil dengan mana-mana pemilik kenderaan yang lain, sentiasa berdebar-debar takut-takut akan berlaku pergaduhan yang akhirnya akan berakhir dengan kecederaan atau kematian.

Paranoid. Begitulah. Sentiasa diburu rasa takut dan curiga.

Itu belum dikira lagi dengan kesalahan-kesalahan kecil seperti melanggar lampu isyarat merah, memandu macam orang gila tak sedar diri seolah-olahnya jalan raya itu milik atuk belah ibunya, membuang sampah merata-rata, memotong barisan di stesen LRT dan pelbagai lagi tok nenek jenayah kecil yang pada kebiasaannya dipandang enteng oleh kita semua.

Pendek kata hidup di Malaysia ini tidak aman dan bahagia. Saban hari hati dan jiwa akan kacau, kusut dan tertekan dengan perkara-perkara sebegini. Setiap hari kita akan dibebani dengan kerisauan yang tidak kita perlukan sebenarnya. Wahai, botak kepala dibuatnya!

Ok anda mungkin akan mengatakan saya menjadikan semua ini sedikit keterlaluan. Oh Inche gabbana, sila jangan over, et lis kadar kecurian kereta di negara ini tidaklah setinggi di Afrika Selatan, atau kadar pembunuhan di sini tidaklah seteruk di Mexico atau kadar rogol di Malaysia ini tidaklah melampau seperti di Ivory Coast sana.

Err. Anda rakyat Afrika Selatankah..? Anda tinggal di Mexico? Mak mertua anda menetap di Ivory Coast..?

Ini bukan perlumbaan. Bukan juga pertandingan. Ia melibatkan nyawa, harta dan jiwa anda dan orang-orang yang tersayang.

Dan maaf sekiranya saya katakan, kerajaan tampaknya tidak cukup seriyes dengan isu ini. Mereka sekarang ini sibuk dengan propaganda memburuk-burukkan pihak pembangkang di hampir semua media massa yang dikuasai mereka. Sibuk mahu menjual jasa dan budi baik mereka kepada rakyat yang kononnya janji-janji mereka telah ditepati. Janji apa pon saya tak tahulah. Hey, kalau benar mahu menepati janji, jadikan negara ini aman dan selamat untuk diduduki!

Budaya hedonis melampau-lampau yang diterapkan melalui pelbagai wadah, cara dan kaedah menjadikan masalah ini bertambah teruk. Kebanyakan penjenayah yang melakukan jenayah ini bukannya kerana mereka tertekan tak dapat makan nasi atau tidak punya tempat untuk berteduh. Sebaliknya, tertekan kerana tidak dapat memiliki kereta mewah seperti jiran sebelah rumah, atau henpon canggih seperti rakan sepejabat atau isteri di rumah yang membebel mahu sofa dan set telebisen yang baru. Jenayah zaman moden ini lebih banyak didorong oleh materialisme berbanding desperadosime. Eh.

Pihak polis pula seolah-olahnya telah hilang integriti mereka. Bakal penjenayah tidak lagi takut atau rasa hormat dengan kuasa dan autoriti yang dimiliki mereka. Rasuah, pecah amanah dan lagak samseng mereka ini menjadikan rakyat hilan rasa hormat dan kagum kepada pasukan yang suatu ketika dahulu pernah menjadi cita-cita saya. Dan apa yang berlaku ketika Bersih 3.0 tempoh hari juga menjadikan reputasi mereka bertambah buruk. Rakyat tidak lagi percaya kepada mereka.

Maaf juga saya katakan, pihak pembangkang juga tidak menawarkan apa-apa penyelesaian yang terjamin dan boleh dipercayai tentang isu jenayah yang semakin meningkat ini sekiranya benar mereka berjaya menawan Putrajaya suatu hari nanti. Ya, mungkin ada alternatif untuk isu ekonomi, pendidikan dan sebagainya, tapi tiada apa-apa yang terpercaya dalam menangani isu jenayah ini. Yang ada hanya borak kosong dan gebang lantang mereka dalam mengutuk kerajaan. Kadang-kadang terfikir, adakah mereka benar-benar ikhlas dalam menjaja perubahan yang mereka canang-canangkan itu..? Atau sekadar mencari alasan untuk menyerang kerajaan, mengisi mana-mana lompang kosong yang ditinggalkan mereka?

Persoalan memilih syaitonirojim yang lebih kurang mudharatnya (Baca:"The lesser of the two evils").

Kita hidup di zaman fitnah. Nak percaya siapa-siapa pon susah. Haih.. [Kredit]

Masalah dan isu ini bukan salah kerajaan sahaja. Bukan juga salah pihak polis yang gagal mengembalikan kepercayaan dan rasa selamat di kalangan rakyat semata. Malah bukan juga pihak pembangkang yang gagal memainkan peranan 'Periksa dan Imbang' mereka dengan berkesan sahaja. 

Kita juga punya saham dalam isu ini. Sebagai jiran, sebagai orang awam, sebagai rakan sekelas, sebagai makcik yang membeli sayur di pasar dan sebagai jejaka yang baru pulang dari joging petang, sejauh mana kita memainkan peranan kita dalam menangani isu ini? Sejauh mana kita mengambil sikap 'Aku Peduli' atau memilih untuk mengamalkan sikap 'Ada Aku Kesah..??'

Kita nampak Makcik Markonah jiran sebelah tidak mengunci pintu rumahnya; ketika itu adakah kita akan meneleponnya dan meningatkannya atau buat biskut sahaja?

Kita perasan ada sebuah kereta yang mencurigakan mundar-mandir di kawasan perumahan kita; tatkala itu adakah kita memilih untuk menelefon pihak polis atau tunggu sehingga orang di dalam kereta keluar dan menetak Pakcik Baharum yang sedang memotong rumput?

Kita terlihat seorang wanita yang sedang meronta-ronta di dalam sebuah kereta dan jelas sekali di wajahnya yang dia bukan sedang riang bergembira; adakah kita akan memaklumkan pada pihak berkuasa dengan segera atau shiuu shiuuu angin petang bertiup sambil berjalan selamba dan bersiul gembira?

Semuanya bermula dengan diri kita. Kata omputih, "Treat others as you would like to be treated." Kalau kita khuatir untuk dirompak, takut untuk diragut dan minta simpang daripada dirogol, kita juga perlu bersungguh-sungguh berpimpinan tangan mencegah jenayah ini dalam ruang lingkup kemampuan kita. Dan bukan apabila sudah kena pada batang hidung kita, baharulah kita nak menggelabah!

Dalam isu ini, sebagai seorang dai'e, ia menjadikan kita tidak punya sebarang alasan lagi untuk lebih bersemangat dan bersungguh dalam mentarbiyah dan mendidik masyarakat di sekitar kita. Hanya apabila masyarakat takut dan tunduk pada kehakiman dan kekuasaan Allah sahajalah, ketika itu masyarakat yang bebas jenayah dapat dibentuk. Tidak perlu semua orang tunduk dan taat kepada Allah secara total kerana itu adalah suatu perkara yang mustahil; tetapi cukuplah sekumpulan manusia untuk menegakkan hukum Allah di muka bumi ini.

Ini bukan idea gila. Bukan juga sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Ia pernah berlaku sewaktu pemerintahan khilafah Islamiyyah sewaktu ketika dahulu. Yang paling feymes, adalah bagaimana serigala pon tidak berani mahu membaham biri-biri sewaktu pemerintahan Khalifah 'Umar Abdul Aziz yang sungguh adil dan saksama itu!

Tegakkan Islam dalam dirimu, nescaya Islam akan tertegak di tanah airmu!  

"...Satu masa nanti pasti Allah akan menyempumakan urusan agama ini (dengan memberi kemenangan kepadanya) di mana orang yang menunggang itu berjalan dari Sana’a (di Yaman) ke Hadramaut tanpa rasa takut kecuali hanya kepada Allah dan hanya bimbangkan serangan serigala ke atas kambing-kambingnya."
 
[Hadith Riwayat al-Bukhari]

Hanya dengan Islam sahaja perasaan takut dan gentar sesama manusia ini dapat dicabut! Hanya dengan hukum Islam sahaja para bakal penjenayah benar-benar insaf dan takut untuk melakukan jenayahnya! Dan hanya apabila Islam sudah tertegak sahajalah, kita akan dibebaskan daripada perhambaan kepada manusia dan harta kepada perhambaan kepada Allah semata!

Itu janji Islam! Itu janji Allah! Dan Allah tidak mungkin akan memungkiri janjinya...!

Kalau bukan kita yang nak ubah, siapa lagi..?? Sudahkah janji kita ditepati..? 

Kalau bukan kita yang nak ubah, siapa lagi? kalaubukan sekarang, bila lagi..?? [Kredit]
-gabbana-

Doakan keselamatan saya dan keluarga. Risau juga dibuatnya.

Antara doa-doa yang boleh kita amalkan dalam situasi sebegini:

1) "Bismillahiladzi la yadurruhu ma'asmihi syai-un fil ardhi wala fissamai'e wahuwassamiu'l a'lim." Maksudnya: "Dengan nama Allah yang tidak dimudharatkan dengan sesuatu apa pon dengan namaNya baik di bumi atau langit, dan Dialah Maha Mendengar, Maha Mengetahui."

2) "Allahumma anta sohibu fis safari, wal khalifatul fil ahli." Maksudnya: "Ya Allah yang menemani dalam berpergian, dan Engkau pula yang melindungi keluargaku." (Kredit kepada Firdaus Rafie @Pengicau)

3) "Bismillahi tawakkaltu la hawla wala quwwata illa billah." Maksudnya: "Dengan nama Allah, kepadaMu aku bertawakkal. Tiada daya dan kekuatan melainkan denganNya."

Bulan Ramadhan yang mulia macam ni, masih ada syaitonirojim yang berkeliaran rupa-rupanya. Moga Allah melindungi kita daripada merbahaya dan bala bencana dek tangan-tangan manusia! Allahu musta'an!
 

8 Caci Maki Puji Muji:

kaktus 03/08/2012, 06:58  

bukankah selepas pembangkang mnawan putrajaya, mereka akan mntadbir negara dgn konsep 'kebajikan'. yang mana dalam erti kata lain, mntadbir ngara dgn Islam. atau bahasa mudahnya, kebajikan yg dimaksudkan, mahu ditegakkan hukum2 Allah yg terkandung dlm Quran..

so, maka dgn itu, insha Allah negara akan selamat, walopon kita pong dok jaming mana. tp insha Allah lah tu.:D pis!

jgn lupa, satu undi anda sgt bermakna bg kemenagan Islam. :))

saidila79 03/08/2012, 09:40  

entry yg panjang tapi aku baca jugak sampai habis....memang sangat2 betul apa yg dihujahkan oleh APG...perasaan yg sama juga ada dalam diri ini...cumanya tak terluah...

semenjak Malaysia di satu2kan...semenjak pemimpin semakin taksub penggunaan 1M dalam segala tindak tanduk dari tepung hingga ke spender...semakin tu aku terasa yg Malaysia semakin jauh dihati....Malaysia adalah hak semua rakyat malaysia bukan Hak cipta terpelihara pemimpin negara...

mak esah 04/08/2012, 04:02  

percayalah wahai anak2..walau di bumi mana kita berada pun malang tetap tak berbau..hanya tuhan pelindung mutlak..jadi percayalah pada perlindungan-NYA.

kak selena baiduri 04/08/2012, 04:33  

dulu umah nenek akak pun pernah kena pecah tapi nasib baik nenek akak alert terus dia laung azan kuat2 sampai sume bangun..penyamun sial tu tak sempat nak lari coz akak dapat tembak kaki dia guna senapang patah..moral of d story pertahanan diri tu penting tak kish dari segi mental or fizikal..

Anonymous 14/08/2012, 02:12  

ritu masa Kompass aku tertidur. huhu. baca blog ko jelah sng. best gak

kiwi 15/08/2012, 13:39  

I have given Jerusalem my whole life. First, I thought we were fighting for God. Then I realized we were fighting for wealth and land. I was ashamed. (Tiberias,kingdom of heaven)
erkkk..ada maksud tersirat disebalik ayat ni ^__^

Diang bungas 01/09/2012, 10:57  

Jenayah blaku kt mana2 je...awl ramadhan jm 3 pg perompak masuk dlm rmh jiran..ambik tong gas dn pecah pintu blk..tn rmh tsedar dn jerit tkejut tgk perompak lalu kena tetak kt kepala..syukur pakcik tu selamat wlw cedera parah..ank llki dia kena cekik sampai x leh nk bnafas...perompak 4 org..dpt larikn bbrpa brg bhrga..

Pasir Sungai 23/07/2013, 12:04  

saya juga pernah mengalami situasi begini beberapa minggu sebelum puasa. kereta yang ditinggalkan di tepi jalan masuk ke masjid telah dipecah masuk ketika saya dan rakan-rakan menunaikan solat jumaat. yang seronoknya bila dibuat laporan polis, mereka boleh kata dah diletakkan pegawai memantau kawasan masjid. masakan berlaku jenayah kalau ada pegawai yang meronda.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP