Ikhwah Pondan
Apa anda gilakah Inche gabbana..?? Tajuk harusss bagi sensasi, panas lagi kontroversi en..?? Tidak bolehkah anda lebih bertatasusila beradab keTimuran sedikit...?? Haish.
Tepuk tepuk belakang badan. Err, anda okaykah..? Ahahaha.
Tapi betullah anda, memang wujud lah ikhwah pondan. Apa, anda tidak percaya..?
Mari saya buktikan.
Siapa dia ikhwah pondan tu..? Adakah seorang akh yang berpewatakan lembut lemah gemalai berjalan pula ala-ala itik pulang petang gitu..? Atau seorang akh yang belakang-belakang suka memperagakan diri di hadapan cermin besar dengan tudung labuh fesyen terkini dan abaya hitam import dari Itali? Err. Atau bagaimana pula dengan seorang akh yang tampak gagah di luar, tapi apabila dicubit perutnya atau digeletek pinggangnya, melompatlah dia dengan penuh terkujat sambil mengeluarkan suara kepit serak-serak basah yang mengejutkan siapa sahaja yang mendengarnya...?
Mereka inikah yang dikatakan sebagai ikhwah pondan..?
Geleng kepala. Senyum keji.
Dah tu siapa dia ikhwah pondan tu Inche gabbana..? Garu kepala.
"Wujud dan hidup mereka secara ini, yakni secara beriktikad kepercayaan dan beribadah secara Islam tapi mengikut arus jahiliyyah dalam segala segi kehidupan sehari-hari, walaupun jumlah mereka (orang Islam) itu ramai dan majoriti, tidak mungkin membawa kepada wujudnya Islam secara langsung; kerana peribadi-peribadi Muslim PONDAN yang masuk ke tengah masyarakat jahiliyyah akan terpaksa tunduk dan patuh kepada kehendak masyarakat jahiliyyah...
Atau dengan perkataan lain, orang-orang Islam PONDAN itu dari segi amalan dan tindakannya, akan ikut memperkuatkan wujud dan hidupnya masyarakat jahiliyyah itu, seperti mana mereka juga akan menolak segala faktor yang boleh mengancam hidupnya masyarakat jahiliyyah itu."
- as-Syahid Syed Qutb, Ma'alim fi at-Tariq (Petunjuk Sepanjang Jalan)
Nah! Itulah yang dikatakan sebagai ikhwah pondan!
Seorang akh yang kononnya sudah beriltizam dengan gerabak dakwah dan tarbiyah ini, tetapi hidupnya masih berselimutkan jahiliyyah! Seorang akh yang mendakwa dirinya sudah berintima' dengan gerakan dakwah tetapi sehari-harinya dipenuhi dengan aktiviti dan kegiatan jahiliyyah! Dan seorang akh yang menyatakan bahawasanya dirinya sudah bersedia untuk berkorban jiwa, harta dan tenaga untuk kepentingan dakwah dan tarbiyah, tetapi hakikatnya banyaknya harta, tenaga dan jiwanya dihabiskan untuk kepentingan jahiliyyah..!
Itulah IKHWAH PONDAN..!
Gulp.
Jujur saya katakan, saya amat terasa dengan bait-bait panas lagi pedas oleh Syed Qutb ini. Ia ibaratnya sebuah pukulan kuat ke jiwa. Ia seolah-olahnya hentaman keras ke kepala. Ia semacam sebatan pedih lagi perit tepat ke hati.
Hallo..?? Kau katakan kau dai'e tapi kau masih sukar dan susah nak tinggalkan karat-karat jahiliyyah kau tu..?? Kau pondan..!
Air mata mengalir laju.
Ramai daripada kita yang yang bergelar dua't ini, sebenarnya sedar dan tahu bahawa sesetengah perkara atau aktiviti yang dilakukannya sehari-hari adalah sebahagian daripada jahiliyyah, kerana kita tidak mungkin dapat membohongi hati dan diri kita sendiri. Tetapi entah mengapa, kita terus mempertahankan tindakan kita itu, mencari-cari alasan untuk menjustifikasikan perbuatan kita.
"Alah, takpe kot tengok wayang sekali-kala. Bukannya aku pergi dengan awek ke apa, semua kawan lelaki juga! Cerita pon ok, mana ada tayang romen-romen sangat. Alah, ok je lah!"
"Eh ok je kan masuk karaoke nyanyi-nyanyi ni..? Ada je saya nyanyi nasyid, kira orait la tu. Eleh, si Husna Mawaddah bertudung labuh tu pernah masuk karaoke, apalah salahnya saya nak masuk. Ye dok..?"
"Ekeleh hang ni. Awat la hang kecoh sangat..?? Biaq pi la aku nak men game ni! Suka ati aku la! Bukannya aku susahkan idop hang pon! Lagi pon, baguih hang tau dak main game ni, dia bagi cerdaskan otak..!"
Err.
Kadang-kadang kita sengaja mencari-cari hujah atau dalil untuk menyedapkan hati dan perasaan kita. Sudah begitu banyak fatwa yang dikeluarkan oleh alim ulama', sudah begitu panjang-lebar syarah yang dihasilkan oleh mashaiykh dan asatizah, tapi kita tetap gigih mencari fatwa dari Zimbabwe atau hujah dari Nicaragua, semata-mata mahu menghalalkan tindakan kita itu.
Maka terlonjak penuh kegembiraanlah kita apabila terjumpa dengan fatwa Uganda yang tidak mengharamkan rokok. Bersorak rianglah kita apabila terbaca entah di mana-mana pendapat yang dikeluarkan oleh seorang Syaikh Kazakhstan bahawa memakai tudung itu tidak wajib. Dan menjerit yabedabedu lah kita apabila kita diberitahu oleh rakan kita, seorang ustaz yang menuntut di Bulgaria mengatakan bahawa harus berzina..!
Allahu Allah.
Arakian bertepuk kegembiraanlah si kuffar bersama-sama tentera-tentera jahiliyyahnya, apabila melihatkan berbondong-bondong umat Islam yang jatuh ke dalam perangkap mereka. Tidak mereka sangkakan, rencana mereka untuk menguasai dunia menjadi bertambah mudah dengan sokongan padu dan bantuan mantap daripada umat Islam sendiri.
Masakan tidak, kelembutan dan ketidakseriyesan kita dalam membuang jahiliyyah yang berkarat dan melekat kuat pada hati dan jiwa kita ini, secara tidak langsung telah memberi kekuatan kepada pihak musuh! Kedegilan kita untuk segera meninggalkan jahiliyyah yang sudah sebati dengan diri kita, telah memberi talian hayat dan bantuan tambahan kepada gerabak musuh untuk merempuh umat Islam dengan lebih berani lagi! Dan keliatan, keraguan dan rasa was-was kita untuk menarik kuat jahiliyyah yang sudah berakar umbi dalam diri, kerana takutnya dan risaunya diri kita kehilangan kenikmatan dan keseronokan yang terhasil daripada jahiliyyah itu, menjadikan musuh-musuh Islam bertambah perkasa dan bertambah subur dan segar-bugar ranting, dedaun dan buah-buah dosa dan nosa yang tumbuh.
Tapi Inche gabbana.. Kami tak buat semua tu; karaokelah, tengok wayanglah.. Apatah lagi jenayah berat macam merokok dan berzina..! Ish sumpah kami tak buat..! Jadi kami ni bukan pondanlah kan..? Kan...??
Wahai, sungguh yakin di situ! Anda yakinkah..? Tahukah anda jahiliyyah bagi seorang dai'e itu tidak sama dengan jahiliyyah orang kebanyakan di luar sana..?
Ehem. Sudahkah anda bersedia dengan losen kalis api dan jaket kalis peluru dan bom itu..?
"Ish
tidak mengapa kot kalau aku tak baca Quran hari ini. Sunat je kan..?
Penatlah, ke hulu ke hilir berbulatan gembira. Mana ada masa nak baca
Quran..??"
"Allahu akbar Allahu akbar!" *Azan subuh berkumandang* Tarik selimut. "Assolatu khairu minan naum...!" Masuk dalam selimut, tutup satu badan.
"Akhi,
anta tak boleh nak paksa-paksa kebaikan atas orang lain akhi. Kalau
anta nak buat, anta buatlah! Kalau anta nak syadid, syadid la
sorang-sorang. Anta tak boleh nak paksa orang lain syadid sama!"
"Ala
bang, saya tak bersedia la nak bawa bulatan gembira... Hhhmm, bukan
apa, saya sedar je tanggungjawab Syahadatul Haq tu semua. Saya tahu.
Tapi.. Saya rasa leceh la benda tu semua. Tak boleh ke saya nak baik
sorang-sorang je..?"
Sebelum hekzem: "Aih, banyaknya masa aku ni. Nak buat apa eh..? Uhm, baca komiklah."
Selepas hekzem: "Ya Allah apalah dosa aku, teruk sangat keputusan hekzem aku ni. Ni lah, selalu sangat pergi bulatan gembira dan konferens riang! Aduhai..."
"Uish terernya saya bagi ceramah tadi. Semua orang ketawa terbahak-bahak dengan lawak jenaka saya. Ohoi saya ni memang best lagi kacak bergaya ah!"
"Sampai sekarang kau tak dapat-dapat tangkap lai hadek-hadek masuk bulatan gembira? Loser doh kau ni. Kau tengok aku, bukan aku yang kejar diorang tu, tapi diorang yang terhegeh-hegeh lari nak masuk bulatan gembira aku! Wahahahaha.. *Gelak Action Kamen*"
Ketahuilah,
jahiliyyah bagi seorang dai'e amat mudah menipu dan memperdayakan kita. Ia lebih merbahaya kerana seringkali ia
bertopengkan kebaikan dan berkulitkan amalan. Namanya mungkin lain, rupanya mungkin berbeza, tapi ruh dan isinya tetap sama! Dan kita amat mudah terasa hati, panas punggung dan berdiri bulu tengkuk apabila dikatakan semua itu jahiliyyah, kerana sememangnya kita terjebak dan terlibat dengannya!
Eh eh, tiba-tiba basah pula baju saya ni.
Ketahuilah, tiada jalan tengah di dalam kehidupan ini. Tiada warna kelabu; yang ada hanyalah hitam dan putih sahaja. Jauh di sudut hati kita, kita sedar dan tahu akan pilihan kita. Kita tidak mungkin boleh berdusta kepada diri kita sendiri. Dan seandainya sekali-sekala kita dapat membohongi diri kita sekalipon, ketahuilah wahai sahabat-sahabatku, kita tidak mungkin dapat membohongi Dia.
Astaghfirullahal adzim... Ish, hujan tak, ribut tak, kenapa basah lagi baju saya ni..??
Ayuh ikhwah dan akhawat sekalian! Ayuh kita perkasakan diri kita, gagahkan diri kita untuk sesungguhnya meninggalkan jahiliyyah yang sudah lama berkarat tebal di dalam jiwa kita!
Jangan biarkan tentera-tentera syaitonirojim mengmabil kesempatan atas kelemahan dan kedegilan diri kita! Jangan sesekali berikan sokongan kepada mereka dek keculasan kita untuk membuang jauh-jauh jahiliyyah yang ada pada diri. Dan jangan tunduk dan patuh kepada kehendak mereka ini, kerana Islam tidak mungkin tertegak di atas dasar dan pondasi jahiliyyah yang kukuh lagi rapuh!
Jangan jadi IKHWAH PONDAN...!
Ini adalah peringatan keras untuk diri sendiri terlebih dahulu, sebelum saya meningatkan anda yang lain.
Akhawat sila terasa sama, walaupon tajuk post dan penulisan berkisarkan kepada ikwah. Ahah!
Selamat menghidupkan dua puluh Ramadhan yang terakhir! Ayuh pecut!
Eh eh, tiba-tiba basah pula baju saya ni.
Ketahuilah, tiada jalan tengah di dalam kehidupan ini. Tiada warna kelabu; yang ada hanyalah hitam dan putih sahaja. Jauh di sudut hati kita, kita sedar dan tahu akan pilihan kita. Kita tidak mungkin boleh berdusta kepada diri kita sendiri. Dan seandainya sekali-sekala kita dapat membohongi diri kita sekalipon, ketahuilah wahai sahabat-sahabatku, kita tidak mungkin dapat membohongi Dia.
"Dan sekiranya Kami mengkehendaki, nescaya Kami tinggikan (darjat)nya dengan (ayat-ayat) itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan mengikuti keinginannya (yang rendah), maka perumpamaannya seperti anjing, jika kamu menghalaunya, dijulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya, ia menjulurkan (lidahnya) juga. Demikianlah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami..."
[al-'Araf, 7:176]
Astaghfirullahal adzim... Ish, hujan tak, ribut tak, kenapa basah lagi baju saya ni..??
Ayuh ikhwah dan akhawat sekalian! Ayuh kita perkasakan diri kita, gagahkan diri kita untuk sesungguhnya meninggalkan jahiliyyah yang sudah lama berkarat tebal di dalam jiwa kita!
Jangan biarkan tentera-tentera syaitonirojim mengmabil kesempatan atas kelemahan dan kedegilan diri kita! Jangan sesekali berikan sokongan kepada mereka dek keculasan kita untuk membuang jauh-jauh jahiliyyah yang ada pada diri. Dan jangan tunduk dan patuh kepada kehendak mereka ini, kerana Islam tidak mungkin tertegak di atas dasar dan pondasi jahiliyyah yang kukuh lagi rapuh!
Jangan jadi IKHWAH PONDAN...!
-gabbana-
Ini adalah peringatan keras untuk diri sendiri terlebih dahulu, sebelum saya meningatkan anda yang lain.
Akhawat sila terasa sama, walaupon tajuk post dan penulisan berkisarkan kepada ikwah. Ahah!
Selamat menghidupkan dua puluh Ramadhan yang terakhir! Ayuh pecut!
20 Caci Maki Puji Muji:
#sigh.
ikhwah & akhowat pondan. fuhh..
astaghfirullahalazim.
payah.
bila jahiliyyah berleluasa.
tiba2 rasa baju kalis peluru pun dah tak dapat nak tampung.
urghh. auchh.
T__T
AKU BUKAN PONDAN!!!!!
Sedutan filem tidak tenang..
"tapi kita tetap gigih mencari fatwa dari Zimbabwe atau hujah dari Nicaragua, semata-mata mahu menghalalkan tindakan kita itu."
ni ayt melawak kan?
but Mufti Ismail Menk tu is mufti zimbabwe :)
sy pun tak nak jadi PONDAN T_______T
Saya ingin jadi lelaki gagah! Membawa adik-adik bersama dalam bulatan gumbira. ^^v
bile kite masuk dalam golongan2 pondan ni, baru kita tau betapa payahnya nak memperjuangkan islam, kerana kurangnya pendirian dan kekuatan untuk melaksanakannya... sehingga kita sendiri yg jadi pondan. diakui kebenaran post ni...kadang-kadang sedih dengan diri sendiri yang tak dapat nak menarik kawan2 ke jalan yang benar. bukan kata nak mengislamkan orang lain, nak mengajak kawan yang beragama islam pun cukup sukar. ilmu tak cukup di dada. nak kumpulkan pun entah bile, umur semakn meningkat. tapi ilmu agama semakin cetek. menyalahkan diri sendiri yang tak pernah nak berubah. =_= up until now pun masih ramai yang berlawak dengan post ni.
dalam erti kata lain, daie yg memiliki iman yang mandul.. *sigh*
kencangnya repekan....
mahu jadi daie yang gagah bukan daie yang larut dengan karat jahiliyyah..
terasa sangatT.T
Astaghfirullah al-Azim....
Dush dush dush!!!!
InsyaALLAH, jgn kita tipu diri kita lagi....sampai bila kita nak tunggu lagi...maru kita buat perubahan sedikit demi sedikit....tambah2 lagi, skunk bulan Ramadhan....Jommm!!
kalau ikhwah pondan,
akhawat pengkid?
Muahaha. ^_^
Hahadoi Inche Gabanna. Ini sangat kiut miut.
thanks inche gabbana. this is refreshing. sometimes bila dah lama tinggalkan something yg effect dia mcm morphine dlm hidup tu, lama-lama withdrawal symptoms dia datang. sebab tu la islam suruh kita saling mengingatkan kan, even though benda tu mcm repetition dan 'basic' je but yeah, as a human being memang selalu lupa. thanks a lot for sparing your time writing this one.
bila baca ni teringat kisah azwan ali selebriti yg tulis buku selamat jalan dunia pondan tapi hakikatnya sukar nak faham apa yg terjadi pada azwan setelah ke mekah dan mereka yg sejenis..yg pasti org mcm azwan dan sekapal dengannya hanya manusia biasa yg sentiasa diuji iman..pergi balik umra 10 kali belum tentu iman kita gagah..pak imam yg hari2 ke masjid belum tentu dia kebal pujuk rayu wanita gersang atau maknyah lorong..kadang2 hidayah di tanah suci atau di lorong chow kit tu ujian tuhan yg sukar dimengerti boleh jadi itu pintu ke syurga atau neraka bergantung pada tahap iman insan...rahsia tuhan tak pernah habis...
ada org yg dah ada kunci tapi belum jumpa pintu yg betul..ada dah jumpa pintu tapi kunci belum siap..yg pasti pintu dan kunci menuggu masa digunakan..get it right.
Kalau dengar lagu adaMU najwa latif tu kategori jahiliyyah seorang daie tak?
slm anon
aku rasa sume daie pun akan suka lagu adaMu coz lirik ketuhanan dan melodi yg santai..besides najwa tu tak sexy pun..
erm... tp najwa latif tu perempuan kan?... suara perempuan bukan ke aurat?... wallahuaklam... ni brbentuk persoalan, bukan berbntuk statement.
ps: sndiri x pernah dgr lagi lagu tu
Tiba tiba jantung aku kena tembakan rambang dari jauh.
Dush.
Sentap.
Argh! buku tuh..
Petunjuk Sepanjang Jalan - Syed Qutb.
kata2 tuh dalam buku tu...
Post a Comment