Sehinggit Lama-Lama Jadi Berhinggit-hinggit
[Kredit] |
Anda pernah mencuri? Bukan, bukan curi-curi makan ayam goreng berempah Puan Mama anda tu. Bukan juga curi-curi mengintai laporan tahunan guru anda sewaktu sekolah menengah dahulu, untuk menyediakan punggung anda apabila dipiaaap oleh Inche Papa nanti! Wahahaha..
Tapi ini mencuri yang betul-betul punya. Pernah..?
Dahulu ketika berumur tujuh tahun atau lebih mesra dipanggil darjah satu, saya merupakan ketua darjah kelas 1 Raya di sebuah sekolah rendah di pinggir ibukota (ayat ala-ala intro novel tipikal Melayu). Di kelas saya duduk di belakang sekali bahagian kanan sekali. Entah, mungkin supaya mempunyai jangkauan penglihatan yang lebar lagi meluas. Ketua darjah la katakan. Heh.
Seorang rakan yang duduk betul-betul di depan saya, kita namakan dia Si Z, merupakan anak orang berada. Berada saya kira, kerana dia membawa berkeping-keping duit emas syiling satu ringgit di dalam poket beg sekolahnya. Ia benar-benar memukau mata, kerana pertamanya syiling-syiling itu benar-benar berkilat dan berkilauan dan keduanya, kerana syiling-syiling itu dalam kuantiti yang sangat banyak, tidak terhitung banyaknya. Sampai sekarang saya tidak pasti mengapa ibu dan ayahnya membenarkan dia membawa duit syiling dalam keadaan sebegitu.
Entah dirasuk syaitan apa, saya pula memasang niat jahat untuk, err, 'berkongsi' syiling-syiling tersebut. Sebagai ketua darjah, saya mempunyai akses tanpa had untuk masuk ke dalam kelas, walhal murid-murid (Murid-murid..?? Wohhooo! Dah lama tak dengar perkataan ni! Jelir lidah.) lain terpaksa tunggu di luar kelas sehinggalah kelas bermula.
(Sedikit penjelasan supaya anda tidak menggaru kepala dan tidak pula bertanyakan soalan-soalan merepek kepada saya di kemudia hari. Ketika itu, saya bersekolah petang. Murid-murid hanya dibenarkan meletakkan beg di tas kerusi/meja, kemudian perlu tunggu di luar kelas sehinggalah waktu kelas bermula. Sebagai ketua darjah, saya mempunyai kuasa untuk masuk bila-bila masa yang saya suka.)
Ketika inilah saya akan membuka beg Si Z itu dan mengambil sedikit duit syilingnya itu. Mujurlah saya agak cilik ketika itu. Saya tidaklah terlalu tamak mengambil semua syiling sekaligus. Modus operandi saya ketika itu adalah dengan mengambil sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit! Wahahahaha. Gelak keji. Juga supaya rakan saya itu tidak perasan yang dia telah kehilangan duit syilingnya.
(Ok ketika ini saya pasti ada di antara ada yang terbeliak biji mata atau terlopong mulut membaca pengakuan berani mati ini. Peluh besar. Ya, saya pernah mencuri. Dan saya malu dengannya. Hatta ketika menceritakan ini, saya berasa seram sejuk dan meremang bulu roma. Huhu..)
Semuanya berjalan lancar. Sebagai ketua darjah, saya amat dihormati dan juga, err, digeruni dek kebengisan saya ketika itu. Aduhai malu. Saya gunakan hasil rampokan saya itu untuk membeli, ala, cokolat yang datang bersama permainan tu? Anda masih ingat? Saya lupa jenamanya, tetapi yang pasti bukan Tora Datang Lagi! Juga digunakan untuk bermain tikam dan membelanja seorang senior kerana saya sukakan adik perempuannya. Wahahaha. Ok macam tak percaya pula saya menulis semua ini.
Akhirnya Si Z menyedari yang duit belanjanya semakin berkurangan. Malah, ketika dia menyedari hakikat itu, syiling-syilingnya sudah banyak yang berkurangan. Pelik juga bagaimana dia baru menyedari hal itu. Hohoho.. Saya masih ingat dia menangis ketika mengadukan hal kecurian itu. Dan saya juga masih ingat respon saya yang agak menggelabah ketika itu, risau sekiranya terkantoi dan ditangkap!
"Entah, aku datang-datang kelas, tengok duit syiling bersepah-sepah atas lantai. Aku amik je lah!"
Aduhai, kanak-kanak sungguh! Jelas Si Z tidak mempercayai penjelasan saya itu. Tetapi dia tidaklah pula menuduh saya sebagai pencuri.
Selepas itu saya tidak ingat lagi apa yang terjadi. Seingat saya, tahun hadapannya itu, Si Z berpindah sekolah. Sehingga kini saya tidak lagi mendengar khabar berita daripada Si Z.
Jujurnya, apabila memikirkan kisah ini, saya tidak boleh tidak pastilah dirudum oleh perasaan bersalah yang amat sangat. Saya ingin membayar kembali hutang saya pada Si Z. Walaupon ketika itu saya belum lagi baligh, malah mungkin juga belum mumayyiz, hohoho, saya tetap rasa bersalah yang teramat super duper sangat. Pada masa yang sama, saya tidak tahu bagaimana mahu mencari Si Z semula. Adakah dia masih hidup? Apakah yang dilakukannya sekarang ini? Di manakah dia tinggal? Aaaaaahhhhh bagaimana nak mencari Si Z ni....???
Malah, adakah dia masih ingat dengan apa yang berlaku? Pernah sekali saya berjaya mencari seorang rakan lama (melalui MukaBuku atau Friendster), yang cukup rapat dengan saya ketika darjah satu dulu (dia merupakan penolong ketua darjah), apabila saya memperkenalkan diri saya, dia langsung tidak mengingati siapa saya. Memang terasa nak terjun gaung jugalah ketika itu.
Si Z, sekiranya anda membaca artikel ini, walaupon kebarangkaliannya amat kecil, manalah tahu, silalah hubungi saya dengan segera. Saya mahu melunaskan hutang ini dengan segera. Tak mahulah saya ia menjadi sebab ruh saya tidak diangkat ke langit nanti! Air mata mengalir laju. Minta maaf banyak-banyak, saya pon tidak tahulah apa yang menyebabkan saya tergamak untuk mencuri. Saya benar-benar menyesalinya. Dan saya benar-benar minta maaf untuk sebarang kerosakan mental atau gangguan emosi kepada anda disebabkan oleh peristiwa itu. Huhuhu..
Kini saya ingin bertanya anda sekali lagi; pernahkah anda mencuri..?
Mungkin anda tidak pernah melakukan sesuatu sekeji saya (air mata mencurah-curah), tetapi mungkin anda pernah mencuri di tempat atau situasi yang lain..? Contohnya... Pernahkah anda mencuri dalam dakwah..? Ya, pencuri dakwah. Bagaimanakah yang dikatakan dengan mencuri dalam dakwah? Siapakah dia pencuri dakwah? Pernahkah anda menjadi pencuri dakwah..?
Mari kita lihat dan kaji.
Anda selalu bermain-main dalam dakwah dan tarbiyah..? Anda selalu memberikan alasan itu ini begitu begini..? (Lagu tema 'Itu Ini Begitu Begini' nyanyian Mirwana dan Altimet kedenganran di belakang) Anda selalu malas, culas dan berat punggung untuk menDF hadek-hadek, mengelolakan bulatan gembira untuk mereka dan bermuayasyah riang gembira dengan mereka..? Anda tidak seriyes dan sering menolak apabila diberikan sesuatu tugas atau tanggungjawab..? Anda masih bergelumang dengan jahiliyyah-jahiliyyah besar, walaupon adna tahu ia salah dan akan melembapkan pergerakan dakwah dan tarbiyah?
Sekiranya anda mempunyai salah satu, salah dua, salah tiga atau salah semua daripada simptom-simptom di atas, ketahuilah, anda sebenarnya sudah pon menjadi seorang pencuri dalam dakwah dan tarbiyah!
Hah..?? Kenapa pula Inche gabbana..? Inche gabbana tuduh kami pencuri..?? Inche gabbana jangan suka-suki hati pulak nak label-label orang tahu..? Kami saman Inche gabbana nanti!
Err... Saya tak tuduh sesiapa pon..? Ada yang terasakah..? Masih ingat peribahasa saya dahulu? Siapa yang makan wasabi dengan sushi, pastilah akan berasap lubang hidungnya! Wahahahaha..
Anda tahu kenapa saya panggil puak-puak ni pencuri? Kerana apabila ada di kalangan kita yang malas dan culas melaksanakan tanggungjawab Syahadatul Haq, kita sebenarnya sudah mencuri hak orang lain. Apabila kita banyak memberikan alasan dan suka bermain-main, tidak seriyes dalam urusan dan dakwah dan tarbiyah, sebetulnya kita sudah menjadi seorang pencuri dalam dakwah!
Hah..? Kali ini anda terkedu dan hanya menggaru hidung kerana sudah malas mahu bergaduh dengan Inche gabbana.
Yalah! Anda bayangkan sahaja begini. Disebabkan oleh anda yang tidak bersungguh-sungguh mahu menyebarkan risalah Allah ini, ramai orang yang sepatutnya mendapat hidayah tidak tersentuh dengan keindahan Islam. Dek kerana anda yang banyak memberikan alasan itu ini dan begitu begini, ramai orang yang sepatutnya boleh dan wajar menyertai bulatan gembira, tidak dapat berbuat demikian. Dan oleh kerana karat-karat jahiliyyah yang masih menebal dalam diri anda sehinggakan anda menjadi fitnah kepada dakwah, ramai orang yang sepatutnya boleh jatuh chenta kepada dakwah, menjadi menyampah dan lari daripada hidayah Allah!
Bukankah itu pencuri namanya..? Bukankah maksud mencuri itu adalah merampas hak kepunyaan orang lain?? Bukankah hak mereka untuk mendapat dan menikmati hidayah Allah, sama seperti kita yang pernah merasainya...?
Tapi Inche gabbana... Bukankah hidayah itu milik Allah..? Bukankah kita hanya berusaha sahaja..?? Sila jawab atau kami akan hadiahkan pelempang percuma! Hmmmppphh!
Erk. Anda ni golongan emo yang sama macam dalam artikel 'Gendang Gendut Tali Kecapi, Badan Gendut, Lupa Diri' kah..? Hihihi.
Anda benar di situ. Persoalannya kini, sudahkah kita menjalankan tanggungjawab kita menyebarluaskan mesej-mesej suci dan agung Allah itu dengan sebaik-baiknya..? Makna kata, sudahkah kita menjadi posmen yang menyampaikan surat-surat chenta Allah dengan sejujur-jujur dan tulus lagi ikhlas..?
Jika belum, kita sebenarnya seorang pencuri!
"
Nah! Bukankah pencuri namanya tu, apabila kita yang sepatutnya menyampaikan keterangan yang nyata, keterangan suci yang jelas lagi menyinarkan mata, dan kita memilih untuk menyembunyikannya..?? Kita 'mencuri' dan menyembunyikan hak untuk mengetahui kebenaran yang sebenar daripada orang ramai di sekeliling kita! Dan untuk menguatkan hujah saya, kita sememangnya telah mencuri; mencuri masa yang sepatutnya dihabiskan untuk dakwah dan tarbiyah! Kita seorang pencuri! Bukan setakat itu, kita adalah seorang pencuri yang zalim!
Tetapi jangan khuatir, walaupon di saat ini, saya kira sudah ada yang basah bajunya atau sudah terbakar hangus dan rentung tubuh badannya. Anda masih boleh lagi menjadi seorang pencuri dan insha-Allah, pencuri yang halal malah dikasihiNya pula!
Erk. Bagaimana tu Inche gabbana..? Menjadi pencuri macam Robon Hood atau Botak Chin itukah..? Mencuri dan kemudian mengagihkan-agihkan hasil curian kepada orang miskin dan yang memerlukan/ Wah kool juga tu! Bolehlah saya menjadi Robin Hood era moden yang bergaya!
Err.. Saya tak jamin tahu kalau anda kena tangkap dan dihumban ke dalam penjara nanti..?? Hohoho..
Walaupon Robin Hood itu tampaknya seperti macho dan hensem pula, tapi, err, mencuri itu tetap haram tahu..? [Kredit] |
Anda tahu pencuri yang bagaimana yang dibenarkan, malah digalakkan pula..?
Ha, itulah pencuri perhatian dan keredhaan Allah! Wah! Anda melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan pula semua laranganNya dengan penuh iltizam dan bersemangat, sehingga anda berjaya mencuri perhatian Allah! Anda begitu gigih melaksanakan dakwah dan tarbiyyah sehingga anda berjaya mencuri chentaNya! Dan anda sungguh-sungguh, ikhlas menyebarluaskan risalahNya, sehinggakah anda dengan penuh sukses hidung kembang-kempis mencuri keredhaanNya..! Walawehhhh!
Pencuri yang sebegitulah yang kita mahukan! Bukannya menjadi pencuri dalam dakwah dan tarbiyah, yang benar-benar merugikan gerabak perjuangan ini! (Font kecil: Apatah lagi menjadi pencuri keji seperti kisah saya di atas tadi. Air mata mengalir lagi)
Biar kerja-kerja 'mencuri' kita berdikit-dikit, sedikit-sedikit, asalkan lama-lama meninggi bukit keredhaan dan kechentaan Allah pada kita..!
-gabbana-
Saya rasa makin lama penulisan saya menjadi semakin bosan dan tidak lagi membasahkan. Allah.. Benarkah begitu..? Muka sedih.
15 Caci Maki Puji Muji:
errkk. terase. saya pun pernah mencuri dulu :'(
curi makanan dkt kedai skola. kuih n cloud 9. hhmm.....zmn skola rendah jugak
terase jugak dgn 'pencuri dakwah' TT________TT
terima kasih dgn penyampaian ini.
then tntang soalan IG y btanya
''Saya rasa makin lama penulisan saya menjadi semakin bosan dan tidak lagi membasahkan. Allah.. Benarkah begitu..?''
maaf sgt sbb kalau boleh saya nk cakap
'ya'.
maaf sgt IG.maaf sgt.mungkin hati saya yg keras sikit tu pasal x brapa tsentuh.
lepas tu kan (maaf nk komen lagi sikit),.
kalau boleh ayat IG jgn manja2 sgt kut. eg:main jelir2 lidah.
tapi kalau itu mungkin itu identiti pada pnyampaian IG,.erm xpe la,teruskan.
jazakallah.
x. en gabbana..tidak membosankan.
Terbaik!
Penulisan IG sentiasa menarik dan unik!
Satu istilah baru untuk 'pencuri'
saya rasa saya pon pernah mencuri (jelir lidah bweekk) (TT_TT)
Teruskan usaha IG.
Mungkin sebab artikel IG dah teramat banyak sebab itulah sedikit kering. Sedikit kering untuk pembaca tegar blog ni sebab dah pernah dengar dan boleh agak kot ape nak disampaikan. tapi iA amat basah untuk orang yang baru mengenali blog ni dan juga untuk orang yang berada dalam kasut (in the shoes) pada saat artikel ini dikeluarkan.
Mungkin sesetengah orang merasakan artikel ni lembap je, tetapi mana tahu lebih ramai yang basah mata dan hati membaac artikel2 seperti ini.
Chaiyok!
Semoga Allah meredhai penulisan IG ^_^
saye x th la sy mencuri ke ape... tp saye dulu jd bendahari.. mase zaman2 kanak2 dulu la.. then diorg yg byr ni lnsg x prnh tuntut duit diorg and saye rase saye ad je gune duet tu.. x pasti la berpae bnyk.. haha..rase bersalah jugak.. dush!! tumbuk peha sendiri... minta halal pada mereka yang terlibat sebab saye mmg x ingt sape yg terlibat... @.@..
btw, post yg sgt menyentap... terasa sgt... and teruskan usaha ya IG dalam berdakwah nie.. post2 anda sememangnya sentiase tepat mengenai batang hidung yang mancung mcm burung belatuk ni...
selamat berdakwah n semoga diredhai olehNya.. inshaAllah..
apa-apa pun.. kena muhasabah...
sebab takut niat yg asal (dakwah kepadaNYA) tu dah lari... menyebabkan penulisan pn da jadi cam agak kurang basah...
kalau rasa camtu (penulisan tak basah, dsb), maybe itu indikator yang DIA bagi... so, selalu lah betulkan niat...
Sebab yang membasahkan dan memenarikkan sesuatu itu tak lain dan tak bukan, hanya DIA je kan...? ^^v
tak pernah rasa bosan bile baca post IG.tiap kali baca memg tersentak dan buat sy makin nak melangkah ke depan..
sy xnak dah jadi pencuri dlm dakwah..huhu insaf..insaf
walaupun anda rasa kering tapi tak semestinye pembaca rasa mcm tu jugk...
teruskan menulis untuk saham sorga anda.^__^
saya pun penah mencuri makanan,. nampak satu palstik kecil jambu batu dgn asam tu. sy amek seketul kecik. nak minx maaf, pn da xtau sape punya pun. huuuuuu..
IG mengingatkan yg sy dulu pun penah mencuri jugak zmn kecik2. moga Allah ampunkan kita T_T
salam alayk.
sekadar cadangan.
saya suka penulisan seperti ini.
bermakna dan memberi erti.
tetapi ada baiknya..
pendekkan atau dengan bahasa mudah dan kurang bersopan sedikit : make it simple.saya bosan baca bila nampak artikel panjang walaupun content nya amat bagus.
jujur saya kata.
saya suka penulisan saudara.cumanya itu lah.bosan bila tengok panjang sangat.
(: sekadar pandangan.
wassalam.
sesungguhnya akulah pencuri itu!
tetapi mengapa ada polis2 tidak menangkap aku? t.t
SAYA PERNAH MENCURI!!! Mencuri Hati...Inche Gabbana pon kan? hikhikhik...dont worry...blog ini tidak bosan..sbb blog ini sering memberi tazkirah...iaitu peringatan..kekadang manusia selalu rasa "im able to control myself". Mungkin tidak dengan berkata2 bahawa "tazkirah at certain times" sudah cukup untuk dirinya..tetapi statement itu terlintas atau berbisik di hatiNya. betol? haaaa....saat terlintas statement itulah menunjukkan, we actually are still not capable enuff to control ourselves. Sebab apa? Bukankah tazkirah = mengingati tuhan? Maka, layakkah terlintas di hati kita, "mengingati tuhan at certain times" or "enough of mengingati tuhan of the day!"? Bukankah setiap denyut nadi dan nafas yang dihela dihembus itu, setiap itu jua Allah itu tersemat dalam hati kita? Tidak mengapa inche gabbana...mungkin tukang komen yg mengatakan belog inche gabbana bosan kerana gaya penulisan, bukan kandungan. Well, i have no big issue with dat, but it is up to u Mr Gabbana whether to take it into consideration or not. After all, you will keep spreading the words of Allah rite? Saaaaaaayang Inche Gabbana. Eh? ^^
kalau en z masih hidup dan membaca bSlog ni tentu dia terharu melihat usaha en g dalam dakwah :D
Allah,Allah...everytime u write sumting memang kena dgn condition yg sy alami. alhamdulillah Allah gerakkan hati enche nak tulis dan terus menulis.
sedikit komen, memang sumtimes rase bosan bile penjelasan tu panjang berjela meleret, tp stil, sy dpt tgkp mesej yg disampaikan. just be yourself IG, i think cara penulisan skang ni memang ur identity pun..
Inche Banana!! Sungguh. Penulisan Inche Banana tidak kering malah lebih basah dan kreatif serta tidak kemarau! Dan saya dari sini saya boleh lihat bahawa Inche Banana dan saya ada persamaan!(Ada jodoh nampak) Ihik! Inche Banana suka taip pepanjang, sama seperti saya. Itu bermakna, Inche Banana seorang yang suka berfikir dan mempunyai banyak pelawat di dalam minda Inche! Kaaanss?! Betul kaaan?! *Ketuk perut*. Apa apa pun, maafkan segala keperasanan saya dan salah silap tafsir saya. Taaaaapi, sayaa saaangat suka semua post Inche. Inche memang super saiyaaa sayaaa! (Walaupun bukan selamanya)
Post a Comment