15 March 2012

Kamus Dakwah Yang Hoyeeaahhh 3.0

[Kredit]

Murid-murid, bertemu lagi kita dalam kelas 'Mari Belajar Terma-Terma Dakwah dan Tarbiyah Yang Sungguh Osem Itu.' 

Bagaimana dengan dua pelajaran kita yang lepas..? Murid-murid dah buat buku skrap khaskah untuk mengabdikan perkataan-perkataaan yang telah dipelajari..? Ada murid-murid hafal dan jadikan amalan? Ada tak yang jadikan zikir harian yang dibaca terkumat-kamit sepanjang masa dan ketika..? Wahahaha..

Kepada murid-murid baru yang terlepas pelajaran yang lepas, sila berdiri di atas kerusi sekarang. Hihihi.. Nah, boleh rujuk pelajaran kita yang lepas Kamus Dakwah 1.0 dan Kamus Dakwah 2.0. Hafal dan hadamkan dahulu pelajaran-pelajaran yang lepas ini sebelum anda menyertai kami dalam pelajaran yang baru, okayh?

Baiklah hari ini cikgu *koff koff muntah hijau koff* nak sambung pelajaran kita yang lepas agar dapatlah murid-murid tambah dan perkayakan lagi perbendaharaan kata dakwah dan tarbiyah anda semua. Dan dapatlah selepas ini membaca post-post dalam belog entah apa-apa Angel Pakai Gucci itu dengan lebih bergaya selapas ini. Choyy.

Baiklah, anda semua sudah bersedia..? Marilah!

Kamus Mini Dakwah dan Tarbiyah: Panduan Anda Untuk Menjadi Hoyeeaahhh!  

Perkataan/Frasa: Jaulah
Cara Sebutan: Jau-lah
Maksud Skema: Rombongan sekumpulan manusia yang berjalan-jalan makan angin
Maksud Sebenar: Sekumpulan manusia (sama ada sekumpulan ikhwah, atau sekumpulan akhawat atau keluarga) yang mengembara sama ada berjalan kaki, menaiki kereta, bas, keretapi, kapal terbang atau kapal layar untuk merapatkan ukhuwwah sesama mereka sambil mencari keredhaanNya! Hoyeeaahhh!
Contoh Penggunaan: Pada tahun ini, sekumpulan ikhwah dari Devangere, India bercadang untuk berjaulah musim sejuk ke Pualau Galapagos untuk tadabur alam sambil bermain osom gergasi di tepi pantai berbatu bersama biawak-biawak komodo yang ada.

Perkataan/Frasa: Liqa'/Halaqah
Cara Sebutan: Li-qok/Ha-la-qoh
Maksud Skema: Bulatan
Maksud Sebenar: Duduk-duduk berbulatan gembira sambil beriman sejenak dengan penuh riang dan meriah
Contoh Penggunaan: "Eh Irma Hasmie, aku rasa macam hati aku kering la, kosong je. Aku pon tak tahu la kenapa. Sejak kebelakangan ni la jadi macam ni. Kau tahu tak kenapa..?" Tanya Saleha Wakiman kepada rakan serumahnya.

"Ekele, buat-buat tak tahu pula. Mana tak kering dan kosong hati kau tu. Dah nak dekat sebulan kau ponteng halaqah! Memang la tak tenang hati kau tu! Haish.."

Perkataan/Frasa: Rehlah
Cara Sebutan: Reh-lah
Maksud Skema: Berkelah, berlibur
Maksud Sebenar: Menghabiskan masa bersama ikhwah/akhawat atau hadek-hadek terchenta di taman-taman atau tepi pantai atau mana-mana tempat yang dirasakan sesuai dengan satu niat yang suci yakni ukhuwwah fillah.
Contoh Penggunaan: Setelah kebuntuan untuk mencari tempat rehlah yang paling sesuai untuk aktiviti ukhuwwah bulan itu, Razi Saliman selaku pengarah program memilih aktiviti berenang bersama ikan paus di lautan Pasifik. Namun hanya dua orang ikhwah sahaja (termasuk Razi sendiri) yang berani menyahut seruan cabaran itu.

Perkataan/Frasa: Mutarabbi/Mad'u
Cara Sebutan: Mu-ta-rob-bi/Ma-de-u'
Maksud Skema: Anak buah, orang yang ditarbiyah, sasaran dakwah
Maksud Sebenar: Hadek buah sayang chenta hati yang disayangi tahap suria perkasa hitam kerana merekalah yang akan menjadi pewaris dakwah kita heyy!
Contoh Penggunaan: "Ana tensen btollah Maria al-Muhandisi. Ana dah buat macam-macam dah kat mad'u-mad'u ana tu, tapi mereka masih liat lagi nak ke bulatan gembira ana. Apa yang perlu ana buat..?" tanya Susan Salamander yang jelas runsing sambil menggaru kepalanya yang hampir botak itu.

"Err.. Cuba enti terai kek cokolat indalgen dari Restoran Resipi Rahsia tu. Bagi sorang satu tanpa sebab-musabab yang kukuh lagi jitu. Konfem cair la diorang tu sambil mata bersinar-sinar akak nak bulatan gembira akak nak bulatan gembira! Wahahahaha. Eh."

Perkataan/Frasa: Shuyukh
Cara Sebutan: Shu-yukhhh
Maksud Skema: Berasal daripada perkataan 'Syaikh' yakni orang tua yang dihormati. Shuyukh adalah jamak kepada syaikh.
Maksud Sebenar: Selalunya merujuk kepada manusia Super Saiya yang hebat lagi mempunyai ilmu yang tinggi atas jalan dakwah ini (tidak semestinya tua). Sangat-sangat dihormati dan disayangi juga pada masa yang sama. Selalunya digandingkan dengan perkataan qudama' dan asatizah.
Contoh Penggunaan: Rombongan Cik Kiah berhenti di kawasan perumahan Taman Seladang Gemok untuk menziarahi beberapa orang tokoh shuyukh yang tinggal di kawasan itu  untuk mendapat pencerahan agung di samping menyedut seberapa banyak nasihat dan ilmu yang berguna.

Perkataan/Frasa: Hamasah
Cara Sebutan: Ha-ma-sah (dengan bunyi 'ah' yang nipis)
Maksud Skema: Semangat yang berkobar-kobar. Selalunya dikaitkan dengan pemuda.
Maksud Sebenar: Semangat yang berkobar-kobar dalam berdakwah, berjihad dan menyebarkan risalah Allah ibarat otromen Taro yang tekad mahu mengalahkan raksasa gorgon.
Contoh Penggunaan: Setelah hampir-hampir pupus, dakwah dan tarbiyah akhirnya subur kembali di Ulu Klang setelah beberapa orang pemuda yang mempunyai hamasah tahap gaban berjaya dikumpulkan di samping mendapat panduan daripada shuyukh yang amat berhikmah. Memang terbaaeekkk.

Perkataan/Frasa: Tajmik
Cara Sebutan: Ta-je-meek
Maksud Skema: Mengumpulkan
Maksud Sebenar: Aktiviti-aktiviti riang gembira lagi mengujakan yang dianjurkan untuk mengumpulkan mad'u-mad'u yang berpotensi untuk dibulatan-gembirakan. Ala-ala perangkap menangkap rusa di hutan gitu. Wahahaha.
Contoh Penggunaan: "Tak gunalah kamu berpenat-lelah basah ketiak, mengajurkan program pum pam pum pam, tapi takde niat untuk mentajmik hadek-hadek! Setakat buat program bagi makan percuma, tunjuk video dan bagi hadiah lagi, lepas tu takde follow-up, lebih baik gunakan duit tu untuk kegunaan dakwah yang lain! Adoila!" ujar Pak Cik Toyota Okinawa kepada sekumpulan pemuda-pemudi di sebuah daerah di Jepun setelah menganjurkan progam sambutan pelajar baru, 'Lai lai lai Selamat Sampai!'

Perkataan/Frasa: Dakwah fardhiah a.k.a. DF
Cara Sebutan: Dak-wah Far-Dhi-yah (Dee-Eff)
Maksud Skema: Berdakwah kepada seorang sasaran dakwah. Boleh jadi secara satu kepada satu atau ramai kepada satu. Tujuan DF adalah untuk membulatangembirakan mad'u yang disasarkan itu.
Maksud Sebenar: Melakukan apa sahaja yang termampu termasuklah membelanja makan ayam goreng berempah Radix, berjoging bersama-sama di tepi Taman Tasik Titiwangsa walaupon anda dah sebulan tidak bersukan, menghadiahkan al-Quran zip cap Darul Iman, menghantar mesej-msej pesanan ringkas yang manis lagi menyegarkan serta datang menziarahi di rumah ketika mad'u sedang sakit walaupon hanya gatal-gatal kulit sahaja, untuk menambat hatinya dan membina tsiqah agar dia teruja untuk menyertai bulatan gembira. Fuh tarik nafas.
Contoh Penggunaan:  Setelah mendengar nasihat Maria al-Muhandisi, akhirnya Susan Salamander akur dan membeli tujuh biji kek cokolat indalgen daripada Restoran Resipi Rahsia, setiap satunya untuk hadek-hadeknya yang terchenta. Usaha dakwah fardhiahnya ternyata berjaya, apabila seminggu selepas itu, kehadiran ke bulatan gembira melonjak sebanyak dua ratus empat puluh lapan peratus, kerana rupa-rupanya orang lain turut tertarik dan terkesan sama melihatkan usaha Susan Salamander itu. Syabas!

Perkataan/Frasa: Allahu musta'an!
Cara Sebutan: Al-lohu Mus-ta-'an
Maksud Skema: Moga pertolongan Allah bersama anda!
Maksud Sebenar: Err.. Moga Allah membantu anda, memudahkan urusan anda dan mengurniakan anda dengan kejayaan yang diredhaiNya, kerana saya tahu anda buat kerja ikhlas keranaNya! Wahai!
Contoh Penggunaan: "Selamat maju jaya Alif Azam bin Arif dalam menDF hadek-hadek yang baru sampai itu. Jangan lupa, mesti ada mentaliti untuk mentajmik mereka tu! Semua hebat-hebat tu, hasamah semua tahap dewa! Bawalah mereka berjaulah ke, rehlah.. Apa-apa sahajalah! Kalau tak tahu boleh tanya pak-pak syaikh kabeer kita. Allahu musta'an!" Kata murabbi kepada Alif Azam bin Arif, Hartono Wibukubuwo sambil membuat tanda aman dan mengenyit matanya.

Perkataan/Frasa: Uhibbuka fillah
Cara Sebutan: Oo-hibb-buka fil-laaahh
Maksud Skema: Saya chenta anda kerana Allah! Kalau 'Uhibbukum' digunakan untuk ramai; 'Uhibbuki' kalau penerima ucapan adalah perempuan.
Maksud Sebenar: Ohoi! Anda tahu tak, dalam banyak-banyak manusia kat galaksi bimasakti ni, saya chenta anda kerana Allah..?? Sebab anda buat dakwah hebat, anda seorang sahabat hoyeaaahhh yang saya amat sayang dan percayai dan saya nak masuk sorga dengan anda! Tahu...???
Contoh Penggunaan: Tenet net net tenenet. Telefon iPong Augusto Hanifah al-Andalus berbunyi menandakan ada mesej baru yang masuk. Augusto membaca mesej tersebut, yang dihantar oleh sahabat baiknya, Sebastiano Mustafa Alagundro lantas mengalirlah air mata yang mencurah-curah. Mesej itu berbunyi:

"Ke hadapan saudara seIslamku Augusto Hanifah al-Andalus. Takde apa, saja nak bagitahu kat hang yang uhibbuka fillah jiddan jiddan! Jom masuk sorga sama-sama..?" 

Bagaimana..? Menarik bukan pelajaran kita hari ini murid-murid..?

Cikgu harap, jangan gelak sampai pecah perut sahaja dengan pelajaran hari ini tahu..? Hadam betul-betul dan amalkan mana yang boleh. Mana-mana yang terasa dengan contoh-contoh penggunaan tu, ha, memang cikgu sengaja pon! Ahah!

Baiklah, boleh bangun semua..

"Banguuuunnn. Te-riiii-maaaa kaaaa-seeeeehhhh ciiiikk-gggooooooo!"

Sama-sama. Boleh duduk semua. Jangan nakal-nakal tahu..??

Wahahahahaha..

-gabbana-

Minta maaf. Mode terlebih ceria pula petang-petang sebegini. Heh.

7 Caci Maki Puji Muji:

dear yayah 15/03/2012, 18:35  

aha.. sweet ayat last tu.. se'sweet' ukhwah :)

Anonymous 15/03/2012, 20:57  

biasa sebut uhibbuki sampai perkataan uhibbuka tu terasa sgt asing :P

Ma 22/03/2012, 23:06  

are u sure tujuan DF adalah utk membulatangembirakan seseorang?

FariDdA AshiKen BinTi Meor ShahaRiM 23/03/2012, 11:13  

mohon share

Inche gabbana 23/03/2012, 16:10  

Ma: Sgt pasti. ;) Jika kita sedang bercakap tentang manhaj yg samalah. hihihi..

MHakimS 13/08/2012, 17:16  

I want more of this!!! hehehehe.

Anonymous 07/12/2018, 12:15  

Df dgn qf sama ke?

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP