13 March 2012

Syria, Saya Datang Ni!

[Kredit]

Anda bosan? Anda tak tahu nak buat apa dengan kehidupan anda? Anda menganggur dan pada masa yang sama, anda tidak mahu menjadi manusia yang tidak berfaedah kepada agama, bangsa dan negara? Anda teringin nak lakukan sesuatu yang menaikkan adrenalin, pada masa yang sama tidak berminat langsung untuk ke konsert-konsert menghabiskan beras atau menaiki roller coaster apatah lagi terjun bungee..?

Ok nak tanya lagi.

Anda sedih dengan masalah yang sedang berlaku di Syria tetapi terasa seperti seorang loser kerana tidak boleh berbuat apa-apa? Anda tumpang simpati dan empati dengan saudara-saudara seIslam anda di sana tetapi tidak mempunyai sebarang idea untuk menyumbang apa-apa kepada mereka..? Anda geram dengan Bashar al-Assad dan kerajaan Syria, terasa seperti nak pelempang mereka sebijik tetapi seriyesli anda tahu itu mustahil..?

Dan yang lebih utama, anda tidak berbuat apa-apa pada hari Jumaat ini selepas masuknya waktu solat Jumaat di kawasan Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya...??

Ha.... Bak kata omputih, fret no more! Saya di sini ingin menawarkan kepada anda jalan keluar kepada segala kekusutan anda itu!



Amacam..? Ada bran...?

Walaupon kemungkinan besar dengan beraraknya kita beramai-ramai nanti tidak akan menyelesaikan masalah di Syria nun, siapa tahu, dengan solidariti yang kita tunjukkan, dengan doa-doa yang kita lafazkan dan dengan takbir yang kita laungkan, itu semua bakal memberi kekuatan dan tenaga ala-ala lepas minum Kerbau Merah kepada saudara-saudara kita di sana...?? 

Dan siapa tahu, dengan penyertaan kita ini, ia bakal menjadi hujah untuk kita melepaskan diri kita apabila ditanya oleh saudara-saudara kita yang teruk ditindas dan diseksa oleh Bashar al-Assad dan konco-konconya, di mahkamah Allah kelak..? Gulp. 

Ayuh..?

-gabbana-

Kalau tiada aral melintang dan ada rezeki, Insha-Allah saya jumpa anda di sana. Senyum kenyit mata. 

7 Caci Maki Puji Muji:

zztjml 13/03/2012, 17:40  

saya baru berusia 17 tahun. seorang pelajar perempuan dari Kedah. saya berharap, lebih banyak orang di luar sana yang sedar akan kesusahan yg ditimpa oleh rakyat Syria. Ummah yg kuat bermula drpd kesepakatan ummat Islam

sailormoon 13/03/2012, 19:08  

tengs APG.. jauhnya perhimpunan.. saya dapat laung je la.. semoga berjaya! dan semoga allah bless.. :'(

sailormoo || 13/03/2012, 19:10  

bersambung..

saya bukan rase nak lempang je.. saya rase nak blender je kepala bashar assad tu.. nanti haplod la gambar2 kat perhempunan tu ea. nak tengok..tengs.

Anonymous 13/03/2012, 21:12  

mahu doakan dalam setiap kali solat sahaja:)

suka entry ni^^

Hamba Ilahi 13/03/2012, 21:27  

arghh. Nak pegi jugak!! Tapi jauh (T_T)

Anonymous 13/03/2012, 23:13  

tahniah atas penganjuran program. semoga segalanya dipermudahkan..

Faiqah Umaira 14/03/2012, 21:13  

How I wIsh I can be there but Insyaallah.. one day..

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP