27 March 2012

Manusia Ohoi Manusia!

[Kredit]

Seorang rakan sekerja menceritakan bagaimana dia bekerja sehingga jam lima pagi. Bukan sekali, tetapi dua kali. Saya hanya mampu membeliakkan mata mendengarnya.

***

Saya melangkah masuk ke dalam lif, yang sudah pon ada dua orang di dalamnya. Salah seorang daripada mereka menegur saya,

"Gi mana bro? Surau ke..?"

Saya hanya mengangguk sambil tersenyum nipis. Lantas si dia yang menegur saya mengusik rakannya yang seorang lagi.

"Kau tengok tu bro! Kau tu yang sepatutnya pergi ke surau!"

Kawannya tersenyum sinis lantas memberi pukulan balas,

"La apa masalahnya kalau dia nak pergi surau? Apa kena-mengena dengan aku? Sendiri mau ingat la bro semayang. Kubur nanti lain-lain!"  

Kemudian mereka keluar lif dan saya meneruskan perjalanan saya ke surau. Dan saya hanya mampu membeliakkan mata seorang diri.

***

Anda pernah dengar tentang daging wagyu? Alah, daging yang dihidangkan kepada para tetamu yang menghadiri majlis pertunangan anak Dato' Sri Najib itu..? *koff* Eh.

Daging tersebut adalah antara daging paling mahal dalam dunia. Boleh mencapai sehingga USD$50 untuk setiap 150 gram. Holoi. Mengapa? Menurut seorang rakan, lembu wagyu akan dihidangkan dengan makanan yang terbaaaeekkk dari ladang, termasuklah dengan memberinya minum arak dan wain. Juga lembu-lembu tersebut akan diurut dari masa ke masa. 

Bunyinya seperti tidak terpercaya bukan..? Beritahu saya tentangnya. Tetapi baharu sahaja tadi saya mengesahkannya melalui rujukan saya dengan Professor Wiki. Saya hanya mampu membeliakkan mata. Bahkan!


***
"Manusia itu ibarat seperti logam; terpilihnya mereka di waktu jahiliyyah, terpilih juga mereka di waktu Islam. Sekiranya dia faham.."
[Hadith Riwayat Bukhari]


"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Meraka itulah orang-orang yang lalai." 
[al-A'raf, 7:179]


-gabbana-

Baru-baru ini suka pula menulis pendek-pendek. Simptom-simptom sudah semakin tua agaknya..? Wahahaha.. Peluh kecil.

9 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 27/03/2012, 22:20  

http://www.youtube.com/watch?v=VSU5Iu9Z9qI

tgk video ni...

Anonymous 27/03/2012, 22:45  

Berkenaan bideo anon kat atas nun;
Kesian lembu tu. T___T

Anonymous 27/03/2012, 23:39  

Inche Gabbana!! Mane explanation nyer?? Warghh...sumpah kali nih saye x boleh dpt pe yang disampaikan. Analogi2 pelik2 sblom nih boleh plak. Kechiwa2~

yui 28/03/2012, 00:48  

honestly... aku suka baca blog ni tp post2 panjang2 sgt sampai xsempat baca semua mau nak skip2 ja..haha so klu tulis pendek2 tu kira oklah =p

nice entry btw... kubur asing2 itu betul tp nanti bukan dia buleh masuk kubur sendiri pun nak kena susahkan org gak.. apalah salahnya dengar nasihat ye tak?

=p=p=p

Anonymous 28/03/2012, 01:14  

Mungkinkah en gabbana mahu pembaca2 memikirkan ibrah2 dr kisah2 di atas?

pendektapipadat 28/03/2012, 08:38  

pendek.

tepat dan padat.

membuat orang berfikir.

one vote from me! :DDD

Walaweh 28/03/2012, 22:38  

Jawami'ul kalam?

:D

Unknown 30/03/2012, 07:09  

asif, x faham perkaitan cerita pertama dgn daging wagyu. saya takut saya tersalah faham

al-fateh 01/04/2012, 00:25  

Alhamdulillah coooollll.
Tulis pendek2 tak salah. Sebab tak semua org bole baca pjg-pjg. So, ia bkn tanda penuaan. Jangan bimbang. It's a growing up sign. U attend to many many different kinds of yr audience. Syabas n alhamdulillah.
Jzkk.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP