3 January 2012

Sup Miso Panas Yang Enak Lagi Membangkitkan Semangat

[Kredit]

Dahulu ketika menuntut di Kota London di Kerajaan Bersatu, untuk mencairkan tubuh badan yang sudah hampir beku ketika musim sejuk, pastilah saya akan pergi mencari sup miso yang panas, lazat dn menyegarkan. Selalunya kedai 'Pret a Manger' lah yang akan menjadi sasaran saya untuk membeli sup miso tersebut. Menarik sekali, sup miso di sana dijual di dalam cawan kertas yang sama dengan cawan yang digunakan untuk kopi. Jadi memang bergayalah menghirup sup miso; seolah-olahnya sedang menghirup kopi panas yang segar! Wah!

Aaaahh memori... [Kredit]

Saya tidak ingat bila yang saya mula suka pada sup miso. Kerana pernah dahulu saya amat alerjik dengan sup itu. Baunya yang pelik dan rasanya yang janggal menyebabkan sup miso bukanlah menu pilihan setiap kali makan di restoran Jepun. Tetapi kini, setiap kali berpeluang ke restoran makanan Jepun, pastilah sup miso menjadi juadah wajib untuk melengkapkan porses penghadaman di dalam perut. Tidak hirup sup miso? Itu ibaratnya memakan nasi kerabu tanpa budu. Dok leh gi ah! 

Kepada anda yang tidak tahu apa itu sup miso, menurut Wikipedia:

"Sup miso (味噌汁 miso shiru?) adalah masakan Jepun berupa sup dengan bahan-bahan dashi ditambah isi sup berupa sedikit makanan laut atau sayur-sayuran, dan diberi miso sebagai perasa. Sup miso dinikmati dengan mengangkat mangkuk sup dan meminum kuahnya, sedangkan isi sup dimakan menggunakan penyepit."

Err.. Ok kalau tak faham dan tak dapat nak bayangkan juga, silalah ke mana-mna restoran makanan Jepun yang terdekat dan pesan satu mangkuk sup miso yang panas lagi menyegarkan..! Hoyeeaahh! Mata pandang ke atas, terkedip-kedip.

Ini adalah sup miso yang tipikal. Ya tampaknya tidak menyelerakan bukan..? Tapi tunggulah setelah anda merasai nikmatnyaaa..! [Kredit]

Di saat-saat saya berasa sunyi dan kesepian, di tengah-tengah musim sejuk yang menggigit tulang dan mengeraskan otak, sup misolah yang menjadi penyelamat. Nikmatnya menghirup sup miso tatkala suhu luar mencapai hampir paras beku, aaaahhh... Sukar hendak digambarkan dengan kata-kata. Hanya anda yang pernah merasainya sahaja tahu betapa nikmatnya menghirup sup miso di musim sejuk (Menghirup sup miso di iklim Khatulistiwa seperti Malaysia ini juga boleh tahan nikmatnya!). 

Ahad pagi yang lalu, tatkala orang sudah mula tidur dek kepenatan dan bersengkang mata selepas menyambut tahun baru 2012 menerusi program 1000 Hati 1 Jiwa di Masjid Negara, saya sempat bermuayasyah (bergaul mesra) dengan beberapa orang ikhwah. Alhamdulillah, perkara yang dibincangkan berlegar-legar pada gerak kerja dakwah dan tarbiyah. Oleh sebab itu saya amat gemar dan chenta untuk menghadiri program sedemikian rupa; tidak akan sia-siakan waktu yang anda untuk duduk-duduk dan beriman sejekan bersama ikhwah tersayang.

Salah seorang daripada ikhwah tersebut, yang sudah lama saya benar-benar ingin ketemu, selepas berukhuwwah melalui henpon sahaja (peluh kecil menitik..) mengadu kepada saya, ala-ala talian hayat mangsa dera begitu. Eh. Katanya:

"Akhi, macam mana ye nak bagi bulatan gembira kita basah..? Dalam bulatan gembira ana, asyik bincang masalah je. Takde pon pengisian yang membakar jiwa. Ana faham je yang murabbi ana sibuk semua. Dan ana cari je cara-cara dan jalan-jalan yang lain untuk bagi hati ana ni basah. Tapi tak jadi la akhi.. Tak jumpa lagi cara macam mana nak bagi basah hati ni...

"Baca Quran pon tak jadi.. Murabbi ana kata, kalau baca Quran pon tak basah, then something's wrong la.. Dah tu, ana dah baca tapi still tak basah, nak buat macam mana..?"*

*Dialog telah ditokok tambah dan tolak.

Saya terkedu sebentar. Sukar untuk menjawab soalan si penanya. Saya mahu menjawab dengan seadil dan sejujur mungkin; pada masa yang sama kenyataan yang bakal keluar dari mulut saya nanti perlu pula betul dari segi politiknya (Baca: Politically correct). Risau pula nanti disalahtafsir. Lama juga saya senyap, mencari jawapan yang terbaik untuk diberikan.

"Akhi... Idealnya, kita memang nak, kalau boleh, bulatan gembira kita tulah yang paling bagus di dunia ni; memenuhi semua kehendak dan kemahuan kita. Tapi hakikatnya.. Tak semudah tu. Ana yakin, murabbi nta memang sibuk. Dan pastinya dia juga sedar apa yang sedang berlaku. Uuuhhmm.. Betullah apa yang nta buat tu, cari alternatif lain untuk penuhi kehendak nta tu. Baguslah. Tapi nta kena cari sampai jumpalah! Teruskan berusaha, jangan putus-asa!"*

*Juga ditokok tambah dan tolak dengan riang gembiranya.

Untuknya, saya titipkan salah satu daripada banyak ayat-ayat chenta peberet saya sepanjang zaman, yang menjadi pegangan saya di atas jalan dakwah ini:
"Sesungguhnya orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik."
[al-Ankabut, 29:69]

Dan untuk seorang lagi akh, saya kongsikan pula kata-kata ini:

"Akhi, nta bukan milik bulatan gembira nta. Nta bukan milik sesapa. Tapi nta milik dakwah. Maka tanggungjawab nta adalah pada dakwah. Maka lakukanlah apa sahaja demi kebaikan dan kemaslahatan dakwah. Apatah lagi kalau benda yang nta nak buat tu, akan melajukan lagi dakwah dan memberi manfaat yang besar kepada rijal-rijal dakwah yang lain. Selagi mana nta tak melanggar adab-adab dan hak bulatan gembira nta la.."

Kadangkala kehidupan kita di atas jalan dakwah ini tidak lah sesempurna yang kita sangkakan. Di tengah-tengah jalan, ada lopak-lopak air yang memercik apabila kita terjatuh ke dalamnya. Ada pula duri dan ranjau yang perlu kita tempuhi. Belum lagi dikira kereta, bas, lori dan entah apa-apa kenderaan lain yang lalu-lalang, sehingga menyukarkan lagi perjalanan kita.

Itulah jalan dakwah. Jalan dakwah ini sumpah panjang; tanpa kompromi dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Oleh sebab itu Allah turunkan sup miso kepada kita, untuk sama-sama kita hirup dan jadikan bekalan di sepanjang jalan ini. Sup miso yang panas, lazat lagi membangkitkan semangat di kala kita mula menjadi lemah dan beku dek kesejukan dan keekstreman jalan ini. 

Apakah itu sup miso di atas jalan dakwah ini..?

Sup miso anda dan sup miso saya mungkin sup miso yang sama, tapi mungkin juga sup miso yang berbeza. Ada orang yang basah hatinya hanya dengan berzikir. Ada orang yang tersentuh jiwanya dengan bangun malam. Ada juga orang yang bergegar ruhnya dengan membaca dan mentadabbur al-Quran.

"Sungguh, bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa); dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan. Sesungguhnya pada siang hari engakau sangat sibuk dengan urusan-uusan yang panjang. Dan sebutlah nama Tuhanmu dan beribadahlah kepadaNya dengan sepenuh hati."
[al-Muzzammil, 73: 6-8]

Walau apa pon rasa dan kandungan sup miso anda, yang penting anda perlu cari dan hirup sup miso itu. Kerana ia memberikan anda tenaga, membekalkan semangat kepada jiwa  yang membeku dan mencairkan akal yang sudah mula mengeras.

Kerana kadang-kadang kita terlupa pada sup miso kita, kerana terlalu sibuk menumpukan perkara-perkara yang ada di atas jalan dakwah ini. Kadangkala kita lupa untuk berhenti sebentar, duduk dan menghirup sup miso kita. Kita gagal untuk duduk dan bermuhasarawak, dan mengecas semula bateri kita. Kerana sama ada kita suka atau pon tidak, kita hanyalah manusia biasa dan bukannya malaikat penjaga sorga. 

Kerana dikhuatiri suatu hari nanti, akibat terlalu lama tidak bermuhasabah, tidak menyusun semula gerak kerja, tidak menilai semula kesilapan-kesilapan yang lalu, berasa puas dan betul dengan apa yang ada, kita akan lupa pada peri pentingnya untuk mengecas semula kefahaman dan semangat kita. Lebih menakutkankan lagi, kita lupa bagaimana mahu mengecas semula. Kita sudah lupa akan hangat dan enaknya sup miso yang suatu ketika dahulu menjadi teman setia kita. 

Air mata mengalir laju, tumpah ke dalam sup miso menjadikannya lebih masin daripada biasa. Eh. 

Sudahkah anda berhenti dan menikmati sup miso anda..? [Kredit]
Begitulah.

Maka nasihat saya untuk pada para dua't di luar sana, sekiranya anda gagal mencari apa yang anda mahukan dari bulatan gembira atau konferens riang atau apa-apa cara yang telah anda cuba, janganlah berputus-asa mencarinya. Ia bukan alasan untuk anda lari daripada perjuangan ini. Ia juga bukan alasan untuk anda memberi alasan bahawa jalan ini bukanlah untuk anda.

Hakikatnya, anda belum lagi menemuinya. Carilah dengan bersungguh, percaya dan yakinlah, anda akan menemukannya. Pasti Allah akan buka jalan-jalanNya, untuk anda yang tidak pernah jemu dan berputus-asa dengan chentaNya.

Yakinlah wahai anda yang saya kasihi keranaNya, sekiranya anda terus mencari dan mencari, pastilah anda akan berjumpa dengan sup miso panas yang enak dan aromanya yang membangkitkan semangat, yang diadun, direneh dan dimasak khas untuk anda sahaja.

Hhhhmmm... Eh bau apa tu..? Uhm uhm. Itu sup miso saya! *meleleh air liur* Selamat maju jaya dengan pencarian sup miso anda..! Senyum kasih mesra, kenyit mata sampai buta.

-gabbana-

Ujian dan dugaan semakin banyak dan bertimpa-timpa setiap hari. Adeh.

Tapi itulah jalan dakwah bukan..? Mungkin saya perlu berhenti dan hirup sup miso saya sebentar..

10 Caci Maki Puji Muji:

famia 03/01/2012, 17:36  

anda...

Mohon buat kajian lanjut tentang asal-usul sup itu sebab dikhuatiri tidak halal. Suatu ketika dahulu... saya peminat tegar sup tersebut. Tetapi sejak saya periksa asal-usul kejadian sup miso ini... berhenti sudah menghirupnya.

Halalan toyyiba.

Inche gabbana 03/01/2012, 17:42  

ish... walau yg dijual di malaysia ke...?? :O

Anonymous 03/01/2012, 18:03  

jzkk akh untuk artikelnye. Sangat terkesan.

-nz mari-

Anonymous 04/01/2012, 05:04  

antar sup miso sy setakat ini adalah dgn masalah2 dalam jalan dakwah yang allah berikan; tak kisahlah masalah yang dtg disebabkan kelemahan diri sendiri sbg manusia bergelar murabbi yang masih banyak lg kelemahan (cth:kurang kemahiran berfikir secara kritis dan kurang kemahiran memandang spt seekor burung;bird view)ataupun masalah2 yang memang unexpected betul kedatangannya.

bila masalah datang, seriesly rasa dekatttt sgt dgn allah.sebabnya rasa diri sendiri tak mampu langsung langsung utk menyelesaikannya.uhuhu.dan allah sahajalah tempat bergantung berharap....

wA

aku bukan dia 04/01/2012, 08:36  

Semoga kamu semua selamat dan semoga mendapat rahmat Allah dan juga barokah Allah,

Inche Ghabba-nantoka-,

1.pada pendapat hamba, makanan jepun di Malaysia, kebanyakannya memang hadir dari bumi jepun melainkan sushi yang anda penyek sendiri di rumah inche Mama(wah,lebih kacip!).

2.haha!padan muka anda makan sup miso tidak halal!-saya bergurau saja.secara basic,miso tu adalah kacang soya yang di'stim',di hancurkan, di campur dgn garam dan 'koji' lalu diperam.
apa itu koji?apabila semak di merata tempat bergelar kamus yahoo, koji itu adalah..bahan yang..yang..yang..dikhuatiri terkandung dalamnya arak!!tidak!!sup miso kegemaranku~!
*menarik kuat Inchi Ghabba-nantoka- dari mendekati misoshiru.tangan Inche Ghabba-nantoka- tergapai2 sambil raut muka terkeluar urat2 hijau dan air liur mengalir deras.
maka kami pasrah dengan bahan yang shubhah..
ya, itulah hakikatnya selepas saya membaca komen cik famia di atas.
saya akan melakukan konfermasi dengan teman bangsa jepun yang pintar dalam bahan masakan.
padan muka saya juga di atas sebab2 di atas..
insyaAllah saya akan konfermasikan kemudian..
WA

zahirahharyati 04/01/2012, 10:19  

inche gabbana pon pergi Himpunan 1000 Jiwa satu hati! saya rasa kool sebab satu program dengan inche gabbana :P

Mutiara Bernilai 04/01/2012, 12:34  

wahh..

saya pun dah mula terbau sup miso saya!

syukran jiddan akh!

Anonymous 04/01/2012, 14:18  

mungkin sesuai ditambahkan perasa untuk entri ini daripada entri favorit saya ni http://salimafillah.com/ekstase-miraj/

:)

MartiniMuaz 04/01/2012, 15:33  

terima kasih kerana jadi sup miso saya (:
walaupun saya agak terasa seperti tertampar tapi betullah tu.

saya perlu ada sup miso sendiri sebelum kongsi dengan orang lain.
terima kasih sekali lagi (:

Inche gabbana 04/01/2012, 17:47  

martinimuaz: sgt terharu dgn komen anda... =')

moga terus kuat tahu...?? kalau ada pape jgn segan bertanya lagi ya..?

allahu yusahhil!

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP