4 January 2012

Kamus Dakwah Yang Hoyeeaahhh 2.0

[Kredit]

Alhamdulillah. Dakwah dan tarbiyah kini tampaknya semakin berkembang pesat. Orang tidak lagi membuat muka pelik ala-ala Inche Kacang apabila frasa 'Bulatan Gembira' atau dakwah atau soleh wal musleh dan yang seumpama dengannya kedengaran.

Ditambah pula dengan tempias dan penangan artis-artis popular marcapada ini yang memberikan imej yang positif pada Islam (sebenarnya Islam yang memberi imej positif pada mereka..), semakin ramai yang tertarik untuk mendekati agama ini.

Subhanallah. Semuanya dariNya juga. Kita sebagai manusia hanya dan wajib bersungguh-sungguh untuk menyerbarkan risalahNya di muka bumi ini. Natijahnya, kita serahkan petak-petak kepadaNya.

Berdasarkan kesedaran bahawasanya sudah semakin ramai yang tertarik dengan dakwah dan tarbiyah maka pastilah mereka akan terdedah dengan pelbagai terma-terma Arab yang selalu digunapakai dalam arena ini, saya datang dengan versi kedua kamus mini dakwah selepas menerbitkan versi yang pertama tahun lepas (Ece padahal baru seminggu dua! Kikiki..). Harapannya, dengan terjemahan versi sempoi dan boleh tahan mengarut ini, dapatlah anda memahami konsep dakwah dan tarbiyah dengan lebih bergaya, Insha-Allah (yang ni nak kena terjemahkan jugakah..? Wahahaha..)

Baiklah, saya persembahkan...

Kamus Mini Dakwah dan Tarbiyah 2.0: Panduan Untuk Anda Menjadi Hoyeeaahhh!

Perkataan/Frasa: Husnudzan
Cara sebutan: Hoos-nu-zhon
Maksud skema: Bersangka baik (Hasan - Baik, Dzan - Sangkaan) Lawan kepada bersangka buruk (Su'udzan)
Maksud sebenar: Berlapang dada dengan sesiapa sahaja tanpa menaruh sebarang syak wasangka kecuali mempunyai bukti yang nyata. Serpihan cokolat di mulut belum tentu lagi si dia curi-curi makan donut Dankins itu tahu..?? Tapi tidak juga bermakna kita redha dengan semua perkara yang kita lihat dan nampak. Dah takkan nampak Pak Aji Samdolah bertepuk tampar dengan Hafizah Buang, kita bersangka baik yang kononnya mereka sudah kahwin lari hari sebelumnya...? Adeh.
Contoh penggunaan: "Eh kau ni Syurabil Saifullah.. Cubalah husnudzan dengan aku sket. Aku tak ke bulatan gembira hari tu, bukannya aku ponteng. Aku ada urusan penting masa tu! Haish.." dengus Mikael Berahim kepada rakan serumahnya. "Eleh, kau pon tak husnudzan yang aku tak husnudzan pada kau.. Pigidaaahh!" Jawab Syurabil Saifullah dengan selamba pula.

Perkataan/Frasa: Biidznillah
Cara sebutan: Bi-iz (lidah terkeluar sedikit) - nil-lah
Maksud skema: Dengan izin Allah
Maksud sebenar: Kita buat apa-apa pon, macam mana pon, kalau Allah tak izinkan, memang tak jalan. Jadi, kita berusaha dan lebihnya serahkan padaNya. Tapi janganlah langsung tak buat apa-apa dan mengharapkan apa-apa daripadaNya! Itu hampas kelapa!
Contoh penggunaan: "Kita mohon dan berdoalah kepada Allah, dengan limpah rahmat dan berkatNya, projek ternakan badak air Afrika ini akan berjalan dengan lancar dan sempurnanya, biidznillah," ucap Penghulu Kampung Kembang Setalam, Tuan Haji Iskandar Amrullah sambil disambut oleh tepukan gemuruh penduduk kampung.

Perkataan/Frasa: Barakallahu fik
Cara sebutan: Ba-ro-kal-lahu feek
Maksud skema: Semoga Allah memberkati kamu, Selalunya digunakan sebagai jawapan kepada ucapan Jzkk (boleh rujuk kamus yang terdahulu). Kalau ditujukan kepada ramai, ucapan ini akan menjadi, "Barakallahu fikum
Maksud sebenar: Saya suka pada anda. Sumpah. Jadi saya mendoakan agar Allah mengurniakan anda dengan segala macam kebaikan dan keberkatan!
Contoh penggunaan: "Ya Rahman Ahmad Xylophone! Jay-zack-kay-kay la sebab belikan aku al-Quran diari ni. Kaler pink lagi, memang kaler peberet aku..!" Teriak Suhaimi Saxophone yang jelas gembira dengan pemberian rakan baiknya itu. "Tadehal. Barakallahu fik." Jawab Ahmad Xylopohone dengan penuh kool sambil membuat tanda aman.

Perkataan/Frasa: Qawiyy
Cara sebutan: Qo-wee
Maksud skema: Kuat, mantap
Maksud sebenar: Seorang yang mempunyai kehebatan tahap otromen Daina atau lebih tinggi lagi, mahadewa Kaiou dalam arena dakwah dan tarbiyah
Contoh penggunaan: Mak Cik Asmawati Seripah adalah seorang akhawat yang sumpah qawiyy. Setiap malam, selepas pulang bekerja dari kilang membuat inti pau kacang, pastilah dia akan berbulatan gembira atau pergi menjalankan kerja-kerja dakwah. Pendek kata, setiap masanya yang terluang akan dipenuhinya dengan perkara-perkara yang mendatangkan faedah kepada ummah.

Perkataan/Frasa: Tadabbur al-Quran
Cara sebutan: Tadab-bur al-Kur-an
Maksud skema: Membaca dan menghayati al-Quran (Sumber: Surah Muhammad, 47:24)
Maksud sebenar: Membaca, menelaah dan cuba memahami al-Quran dengan sehabis baik sehingga hidung kembang-kempis kerana begitu terkesan dengan pemahaman yang diperolehi atau air mata bercucuran laju dek terasa dibakar hidup-hidup oleh al-Quran itu.
Contoh penggunaan: Pak Cik Osman Zailani begitu bengkek dan geram dengan sesetengah golongan yang melarangnya daripada mentadabbur al-Quran. Katanya, "Haish dah tu, al-Quran ni bukan ke diturunkan untuk setiap manusia dan makhluk yang boleh memahaminya..? Bukan untuk ustaz-ustazah dan pak-mak syaikh je! Kalau macam tu, tak gunalah Allah turunkan al-Quran sebagai rahmat lil a'lamin!"

Perkataan/Frasa: Futur
Cara sebutan: Foo-turr
Maksud skema: Gugur
Maksud sebenar: Berasa malas dan culas untuk membuat dakwah dan tarbiyah. Contohnya apabila murabbi/ah menelefon untuk mengajak ke bulatan gembira, terdetik di dalam hati kita, "Aish malasnya nak drive jauh-jauh ke Bangi tu untuk berbulatan gembira." Itulah futur namanya. Tetapi yang lebih marabahaya apabila berlaku futur, kita berasa syiookk dengannya. Contoh apabila konferens riang kita dibatalkan akibat gempa bumi besar, kita terus melompat kegirangan sambil berkata, "Hoyeeaaahhh takde konferens riang minggu ni sayugia bolehlah aku ke Alam Disney..!!" Err.. Itu futur yang dihiasi namanya.
Contoh penggunaan: "Mail, setiap kali kau nampak aku macam nak futur, aku malas nak mujahadah ke, berat punggung nak ke bulatan gembira ke, aku bagi kau lesen besar untuk pelempang Jepun aku sepuluh kali terus-menerus, okayh..??" kata Sazali Bujang kepada rakan baiknya, Semail Kamus. Sebulan selepas itu Sazali Bujang dimasukkan ke dalam wad kecemasan akibat dilempang dengan begitu bersemangat sekali oleh Semail Kamus.

Perkataan/Frasa: Amal jamai'e
Cara sebutan: A-mal jama-i'
Maksud skema: Beramal dalam satu jamaah atau satu saff (satu pasukan). Boleh rujuk surah as-Saff, 61:4
Maksud sebenar: Bersungguh-sungguh melakukan kerja-kerja dakwah dan tarbiyah dalam satu pasukan yang osem lagi bergaya heyyy! Tiada manusia yang diciptakan berseorangan (Baca: No man is an island) maka tidak lojik lagi mustahillah seseorang itu dapat melaksanakan tugas syahadatul haq*nya secara individu.
Contoh penggunaan: Pasukan dakwah dan tarbiyah di Kolej Maha Busy mendapat penganugerahan tertinggi daripada Kementerian Agama Zimbabwe Timur selepas mereka berjaya menunjukkan semangat beramal jamai'e yang begitu berkualiti lagi bermutu, sehinggakan hampir seratus peratus para pelajar di sana berjaya ditangkap untuk berbulatan gembira. Wahahaha. Eh.

*Syahadatul haq = akan diterjemahkan pada sesi terbitan akan datang. Hohoho...

Perkataan/Frasa: Qudwah hasanah
Cara sebutan: Ku-dewah Hasa-nah
Maksud skema: Contoh yang baik, i.e. menjadi contoh ikutan yang terpuji
Maksud sebenar: Weyy anda kata anda buat dakwah dan tarbiyah, tetapi kenapa malas bersolat jemaah? Mengapa susah nak bangun malam..? Mengapa banyak beri alasan bila diajak berpuasa sunat..? Anda adalah dai'e yang sungguh hampagas cap tenggiling hutan!
Contoh penggunaan: "Aku malas lah nak berbulatan gembira macam ni. Murabbiah aku tu langsung tak tunjukkan qudwah hasanah. Dia dok sibuk suruh orang tutup aurat bertudung labuh bagai, tapi pesen tudung dia ala-ala Hana Tajima gitu. Baik aku berbulatan gembira dengan Kak Wardiana kalau macam tu!" Ngomel Farah Fauzani sendirian.

Perkataan/Frasa: 'Izzah
Cara sebutan: 'Iz-zaahh
Maksud skema: Kemuliaan, berasa bangga dan mulia dengan sesuatu
Maksud sebenar: Holoi sungguh bangga dan mulialah! Tak tahulah nak diskeraip macam mana!
Contoh penggunaan: Antara tujuan pengisian Ini Sungguh Kool (ISK) adalah mahu menerapkan rasa 'izzah para pendengar kepada Islam; dengan harapan mereka akan bersemangat untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam yang suatu ketika dahulu pernah memerintah seluruh alam dan berazam untuk menjadi seperti Sultan Muhammad al-Fateh yang sumpah bergaya itu.

Perkataan/Frasa: Tsiqah
Cara sebutan: Si (Lidah terkeluar sedikit)- qohh
Maksud skema: Terpercaya, boleh dipercayai
Maksud sebenar: Heyy kau buat apa-apa pon konfem aku akan ikut dan percaya, sebab kau terlalu amat boleh dipercayai sebab perbuatan, akhlak dan percakapan kau membuktikan apa yang kau perjuangkan!
Contoh penggunaan: Sebastian Musa al-Baraqi tidak pernah ragu-ragu dengan murabbinya, Alejandro Phillippe Ahmad kerana dia begitu tsiqah pada murabbinya itu, walaupon kadangkala dia pelik dengan sikap murabbinya itu yang suka makan aiskrim di tengah malam. Setelah disiasat bertambahlah tsiqahnya pada murabbinya kerana rupa-rupanya dia makan aiskrim untuk mengekalkan stamina ketika qiamullail nanti.

Baiklah, cukuplah setakat ini dahulu. Khuatir juga kalau ada yang berbuih mulut atau muntah cokelat nanti.

Yang paling dan lebih penting bukanlah apa yang anda belajar, tetapi bagaimana anda boleh mengaplikasikan apa yang telah anda belajar di dalam kehidupan anda sehari-hari. Makanya, besarlah harapan saya, segala tok nenek ilmu baru yang anda perolehi pada hari ini digunakan sebaiknya untuk kebaikan Islam dan ummah ini.

Apa yang anda tunggu lagi..?? Pergi tambahkan berganda-ganda saham-saham sorga anda dan saya sekarang juga..! Wahahaha. Gelak Action Kamen tapi gaya lebih Islamik.

-gabbana-

Seperti biasa, saya amat hargai sebarang kritikan dan teguran, terutamanya pada ejaan dan cara sebutan.

Teguran pada versi kamus yang lepas tidak saya perbetulkan ejaan yang asal, kerana setelah membuat kajian peribadi, saya dapati ejaan yang asal adalah ejaan yang betul. Sekian, terima kasih.

Majulah dakwah dan tarbiyah untuk semua!

29 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 04/01/2012, 18:17  

Salam wbt. Inche Gabbana, apa beza biidznillah dengan inshaAllah?

Anonymous 04/01/2012, 18:24  

mkn eskrem tengah mlm..wakaka..adeyh

Zehan Ilyana 04/01/2012, 19:13  

suka entry kamus dakwah ni..:)

teruskan berkongsi perkara2 yg bermanfaat..:)

ghb 04/01/2012, 19:13  

makan eskrem tengah malam tu betol ke bole tmbh stamina? please.. kalo betol nk buat jugak.

thisisbestbro! 04/01/2012, 23:06  

salam, ejaan izzah tu macammne ea?? begitu juga dgn futur.. cmne ejaan nya..??^^..(soalan yg kool n bergaya)

Inche gabbana 05/01/2012, 08:10  

enonimus i: dari segi bahasa saya tak pasti sgt. nnt sy check balik eh..? terima kasih sbb bertanya.

Inche gabbana 05/01/2012, 08:11  

ghb: errr.... entah, saya main bantai je.

tp mcm lojik jugak. mkn tgh2 malam sure otak beku kan..? konfem ah tak boleh tido dah lepas tu! wahaha..

diskelemer: kalau berlaku apa2 yg tidak diingini pada anda, saya tidak boleh disaman tahu..? hihihi..

Inche gabbana 05/01/2012, 08:12  

thisisbestbro!: err.. maksud anda ejaan dalam bahasa arab ke cane eh..?

Waiz Aufa (Penasihat Yang Setia) 05/01/2012, 10:29  

Perkataan/Frasa: Qawiyy
Cara sebutan: Ko-wee

Maaf ye.ana rasa sebutan bagi Qawiyy itu adalah Qo-wee..

sebab sebutan k dan q tidak sama.. =)

k ---> lebih lembut
q ---> lebih menekan

cuma berkongsi.. =)

Anonymous 05/01/2012, 12:55  

inche gabanna boleh tak definisikan ruhiy :)

20 cent 05/01/2012, 20:14  

salam,sangat loike dgn blog ni..
em,yg qudwah hasanah tu kan sama tak dengan uswatun hasanah?

thisisbestbro! 06/01/2012, 00:35  

yup! ejaannya dlm arab.. sebab takut ana bace futur tapi ana eja lain boleh jadi maksud nya 'sarapan' plak..yang izzah tu plak, tkut ana eja dpn nya huruf 'ain.. nanti mksud nya jd 'izzah (mulia).. sekadar ingin menjawab pertanyaan hati...

Inche gabbana 06/01/2012, 01:16  

thisisbestbro!: woah, anda terer bahasa arab rupanya..! tak cakap awal2..! ;D

yg futur tu saya tak sure. kalau ejaan yg sarapan tu cane eh..?

yg izzah tu, btol la 'izzah! berasa mulia dgn Islam! ;D jzkk, nnt sy btolkan. moga allah membalas kebaikan anda! ^^

Inche gabbana 06/01/2012, 01:17  

waiz aufa: jzkk ntok perkongsian. amat menghargainya! nnt sy tukar.. ;)

Anonymous 07/01/2012, 00:01  

salam,

sy rasa futur sarapan ejaannya 'to',
futur yg lemah atau malas ejaannya 'ta'

wallahu a'lam....-moon-

thisisbestbro! 07/01/2012, 14:51  

bkn xnk ckp awal2,,mlas nk tunjuk j..hahha..xde2..gurau2..astaghfirullah..x la.mne ad terer..akh la lg terer tau byk benda..heh!.. ejaan yang sarapan tu, fa-to-wau-ro..
(فطور)...em..owh..yang izzah tu btul ea..syukran bero!

flash_kuning 07/01/2012, 22:25  

Bismillah.. lemme help

biiznillah = dgn izin Allah
insyaAllah = dgn kehendak Allah

Allahu'alam

flash purple 15/01/2012, 10:15  

bismillah..
vocab tu penting dlm dakwah ia cermin personality seseorg

p/s:IG in person mesti teliti dan funny?..IG buat la video..mesti penuh makna..peace

Anonymous 16/01/2012, 02:14  

pak cik gaban saya nak tanya sikit,tpi maaf la soalan ni agak lari tajuk la.part 'qudwah hasanah' tu.merujuk pada contoh yg pakcik bagi tu berkenaan dgn tudung hana tajima.saya pernah dengar seorang ustaz ni larang pakai tudung gaya tu sbb menyerupai (apebende saya xtau la nk sebut) tpi senang cakap mcm sama dgn sis kt gereja tu la..
then,bberapa minggu lepas pula saya join satu seminar ni,ustaz lain pula membangkang orang yg sukasuki dok samakan fesyen tu dgn gaya kristian sbb itu akan 'membosankan' remaja utk menutup aurat bila b'fesyen dh di halang(lebih kurang cm ni la).

jadi saya mohon pendapat ye.,adakah ini x sama dgn larangan nabi yg x bagi kita berpakaian menyerupai agama lain.
sekian terima kasih.

ha terima kasih jugak utk kamus dakwah yg santai ni.

Zahrah 24/05/2012, 12:51  

Baru tau mende itu tsiqoh, mekassihh

Anonymous 13/12/2012, 20:14  

sangat berguna! jzk

takwa girl 14/06/2013, 13:13  

ooooooooooooooohhhhhhhhhhhhhhsssssssssssssseeeeeeeeeeeeeeeeeeemmmmmmmmmmmmmmmm!!!!!!!!!!!!!!!

aNNa 03/09/2013, 07:27  

hari ni telah guna word Biiznillah dengan pengetahuan maksud (hasil ihsan en gOOgle & smpi ke sini). t.kasih.

Anonymous 29/04/2014, 16:12  

Tengs. Nice.

murni_mohamad@gmail.com 15/01/2015, 10:32  

Huhu...gelak sopan2 bce entri ni...alhamdulillah dpt ilmu br...jzkk:)

A m a l 07/04/2015, 22:47  

assalam maaf tanya apa beza pula diantara
barakallahu fik dgn tabarakallah?

Nurhuda Ramli 23/01/2016, 00:38  

Assalamualaikum. Walaupun pos ni dah lama, I feel compelled to tegur. Perkataan-perkataan yang saudara jelaskan tu semuanya perkataan Arab semata-mata yang tak ada kaitan dengan tarbiyah dan dakwah aka jemaah dan segala yang berkaitan dengannya, kecuali perkataan futur yang merupakan istilah yang khas muncul dari kalangan peneraju gerakan Islam atau jemaah. Sesedap hati je claim perkataan tu semua perkataan-perkataan dakwah dan tarbiyah atau sebenarnya bahasa orang jemaah/harakah yang bukan semuanya tepat pun penggunaannya bahkan disalaherti dan disalahguna. Ni lah korang masalah budak jemaah, makin banyak perkataan Arab korang guna, makin korang rasa korang tinggi maqam. Yelah menambah cantikkan lagi retorik kata-kata korang. Setakat sebut qawiy, thiqah dapat pahala dan memberi kebaikan pada ummah? Dahla salah. I don't see mana yang benefitnya guna perkataan pada bukan tempatnya. Seriously? Thiqah tu awak tahu tak itu term hadith. Selain daripada tu orang guna thiqah bi nnafs maknanya percaya pada diri sendiri dan kalau guna tempat lain itu cuma sekadar bermakna keyakinan semata-mata? Nasihat saya, tolong lah belajar dulu bahasa Arab. What I can see here is just a whole thing from a misinformed/uninformed person. Seriously, jangan main belasah je.


Daripada: pengkaji bahasa Arab dan ex budak halaqah/usrah.

Anonymous 13/02/2016, 14:11  

Like!

Anonymous 26/03/2016, 06:38  

Assalamualaikum Cik Nurhuda Ramli, maaflah tapi saya kurang setuju dgn cara teguran cik mengenai entri ini. Penulis takde cakap pun apabila sebut perkataan seperti qawiy atau tsiqah dpt pahala. Pada pandangan sy melalui terjemahan asas yg penulis beri akn sekurang2nya beri pengetahuan baru kpd pembaca blog ni. Itu pun dah kira sebarkan ilmu, utk ilmu lebih dalam seperti cara penggunaan perkataan dan sebagainya mungkin cik boleh buat entry lanjutan sendiri kot dan kerjasama dgn penulis utk huraikan apa yg beliau katakan. Tak perlu la cik nak dabik dada atau perli2 budak jemaah baru ni yg nk cuba sebar sedikit makna perkataan harian dgn cara cik yg eksyen gini. Nampak seperti cik yg seolah2 sudah tinggi maqamnya & enggan terima langsung effort penulis utk beri sedikit ilmu asas perkataan. Kalau nak berusrah/berdakwah pun ada caranya & cik lebih arif kot sb prnh jd ex budak usrah. Harap tegur dgn cara berhemah bukan melaser. Waallahualam...

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP