2 January 2012

Keputusan Akhir Pertandingan Video Osem APG '11

Anda wajib berasa teruja. Sekarang juga! [Kredit]

"It's a bird, it's a plane, no.. It's the results of Pertandingan Video Osem APG '11..!"

Eh. 

Baiklah.

Selepas makan tak kenyang selama beberapa minggu lamanya; setelah tidur tak lena untuk beberapa malam panjangnya; dan setelah mandi tak basah untuk beberapa sesi banyaknya.. Anda yang selama ini mengalahkan orang kena angau mahupon mereka yang gila meroyan, kini boleh menarik nafas lega.

Kerana akhirnya, pada malam ini, pada dua januari dua ribu dua belas, akhirnya Inche gabbana akan mengumumkan keputusan akhir Pertandingan Video Osem APG '11. Ya benar, gosoklah mata anda sampai buta sekalipon, tamparlah pipi anda sehingga menjadi biru, anda tidak bermimpi. Pada malam ini, anda akhirnya akan mengetahui keputusan, video manakah yang dihakimi sebagai video yang terbaik oleh para hakim yang telah dipilih. Dengan kata lain, video manakah yang sumpah osem. 

Tetapi sebelum itu, izinkan saya berkongsi kriteria penghakiman dan bagaimana lima video yang yang telah berjaya melangkah ke peringkat akhir dihakimi. Supaya harapnya tidak adalah pula nanti yang mempertikaikan bagaimana penghakiman dilaksanakan, biidznillah.

Begini.

Puan Wardina, Inche Hadi Pahmi dan saya sendiri berhubungan melalui email untuk proses penghakiman ini. Saya menyediakan borang penghakiman dan diedarkan kepada kedua-dua Puan Wardina dan Inche Hadi Pahmi. Dan kami bersetuju, sebarang isu atau perbincangan akan dilakukan melalui email sahaja.

Para finalis dihakimi melalui lima kriteria; keaslian (25 markah), kreativiti (25 markah), mesej (20 markah), unsur-unsur tarbawiy (20 markah) dan kepatuhan kepada tema dan syarat-syarat pertandaingan (10 markah). Maka jumlah keseluruhannya 100 markah.   

Melalui keaslian, kami melihat sama ada idea yang cuba digarap oleh para finalis adalah idea asli tanpa meniru mana-mana produksi yang wujud sebelum ini. Juga sama ada idea yang diketengahkan segar dan bermutu.

Melalui kreativiti pula, kami memfokuskan kepada kekreativitian tukang buat video dalam melakar jalan cerita yang menarik lagi mengujakan. Juga sebarang teknik-teknik artistik yang digunapakai dalam peghasilan video juga diambil kira melalui kriteria ini.

Melalui mesej, kami melihat kekuatan dan keberkesanan mesej yang cuba disampaikan melalui video yang dihasilkan. Penting juga untuk kami memastikan yang mesej yang cuba ditekankan itu mudah difahami oleh para penonton.

Melalui unsur-unsur tarbawiy, kami menilai sama ada video yang dihasilkan ada mengenengahkan elemen-elemen keagamaan yang memberkas di jiwa. Banyaknya rujukan terhadap ayat-ayat al-Quran mahupon hadith memberi kelebihan kepada mana-mana tukang buat video.

Akhir sekali, melalui kepatuhan kepada tema dan syarat-syarat pertandingan, kami memberi markah berdasarkan sama ada video yang dihasilkan tidak lari daripada tema yang dipilih dan mematuhi pula syarat-syarat pertandingan yang telah ditetapkan.

Begitulah.

Tidak saya sangkakan menghakimi kelima-lima video ini berdasarkan kriteria-kriteria yang telah disebut lebih susah daripada membuang kulit epal mahupon mencabut uban Puan Mama. Err. Saya pasti Puan Wardina dan Inche Hadi Pahmi akan bersetuju dengan saya. Markah para pemenang tempat ketiga teratas juga amat rapat dan dekat, membuktikan kualiti ketiga-tiga video adalah pada tahap gaban. Mujurlah tiada video yang markahnya sama; kalau tidak terpaksalah pula saya, Puan Wardina dan Inche Hadi Pahmi bertegang urat pula untuk membahaskan video mana yang patut menjadi pemenang! Wahai.

Antara kami bertiga, boleh saya katakan yang Puan Wardinalah yang paling pemurah dalam memberikan markah. Manakala Inche Hadi Pahmi yang tampaknya sangat professional, espeseli dalam aspek teknikal dan artistik. Dan sudah tentunya yang paling kool dan bergaya hampagas cap ayam dalam menghakimi video-video tersebut adalah Inche gabbana sendiri. *koff koff*
 
Seperti yang diwar-warkan sebelum ini, para pemenang akan menerima hadiah wang tunai berupa RM200.00 untuk pemenang yang pertama, RM125.00 untuk pemenang kedua dan RM75.00 untuk pemenang ketiga. Ya saya tahu, hadiahnya tidaklah lumayan mana, tak lepas pon nak beli sarung iPad 2 anda itu. Tetapi bukan hadiah yang anda kejar bukan..? Tetapi keredhaan dan kechentaan dariNya! Aiwah!

Ok sket lagi, sket lagi. Ish anda ni, bagilah saya peluang untuk bercakap sepatah dua lagi. Ini mungkin post yang terakhir tentang Pertandingan Video Osem APG '11! Jadi haruslah saya berikan sedikit ucapan perpisahan bukan..? Wahahaha.. 

Saya nak ucapkan terima kasih kepada anda semua, espeseli yang terlibat secara langsung dalam mempromosikan pertandingan ini. Anda tidak ada idea (Baca: You have no idea) betapa besarnya peranan anda dalam menyebarluaskan pertandingan ini. Kerana anda, saya menerima lebih daripada empat puluh penyertaan kesemuanya. Kerana anda juga, Puan Wardina akhirnya bersetuju untuk menjadi hakim kepada pertandingan ini! Vavavum..! Oleh itu, jazakumullahu khairan katheera saya ucapkan!

Di pihak saya, masha-Allah, langsung tidak saya sangkakan yang pertandingan yang julung-julung kali diadakan ini menerima sambutan yang cukup luar biasa hangatnya. Paling terharu apabila menyaksikan video yang dihasilkan oleh Puan Wardina dan rakan-rakan yang terkesan dengan pertandingan ini dan video-video osem yang dihantar. Allahu Allah.. Tidak sangka pertandingan yang pada mulanya dirancang dengan cincai boncai sahaja, telah menyentuh begitu banyak hati di luar sana. 

Benarlah hidayah itu milik Allah. Dan hidayah itu dianugerahkannya kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki, dalam cara yang mungkin paling tidak disangka-sangka.

Dan pertandingan ini juga telah banyak mengajar saya. Daripada bagaimana hendak menguruskan pertandingan yang mendapat liputan yang cukup meluas di seluruh dunia kepada berhubungan dengan artis yang cukup popular. Daripada cuba untuk menjadi adil dan berhati-hati dalam setiap perkara agar tidak menzalimi mana-mana pihak kepadalah menangani masalah-masalah hati dan serangan bertubi-tubi syaitonirojim yang cuba meracuni diri ini.

Saya harap saya berjaya mengharungi semua cabaran dan mehnah sepanjang pertandingan ini dengan jayanya. Saya melihat penganjuran pertandingan ini sebagai salah satu daripada perhentian tarbiyah saya, di atas jalan yang sumpah panjang ini. Moga saya berjaya meninggalkan perhentian ini menjadi seorang insan yang lebih Super Saiya dan berjiwa hamba pada masa yang sama.

Benarlah, tarbiyah bukan segala-galanya, tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah. 

Dengan itu, sukacita untuk saya umumkan keputusan akhir Pertandingan Video Osem APG '11...

Tempat pertama



Tukang Buat Video: Krun R.
Tajuk Video: Bulatan Gumbira di Bumi Sonata
Markah Purata: 92
Komen Juri: "What can I say? I LOVE it. The Korean language gives this video an extra edge. Shots simply lovely, beautiful, editing excellent..Storyline touches the heart, with help from visual aids ie shots that work. VERY OSEM-ly creative =)" - Puan Wardina Safiyyah
 

Tempat Kedua



Tukang Buat Video: Muhamad Faiz bin Pazanon
Tajuk Video: Gergasi, Perwira dan Penduduk Kampung
Markah: 91.7
Komen Juri: "Video ini sangat bersemangat, sesuai dengan tajuk yang dipilih dan menyahut seruan dari Inche gabbana untuk menghasilkan karya yang menaikkan semangat. Nukilan yang indah, dengan nama kampung saja sudah menarik perhatian. Gandingan hasil nukilan dan animasi yang mantap, menunjukkan hasil kerja satu produksi yang berjaya." - Inche Hadi Pahmi


Tempat Ketiga 


Tukang Buat Video: Madmie
Tajuk Video: Syahadatul Haq - Penyaksian Terhadap Kebenaran
Markah: 91
Komen Juri: "Ni first video yang dihantar yang macam.. "Walawehh!" sebab teknik video yang digunakan dan the strong message yang hendak disampaikan. (Tapi bila dah tengok 'Tomato' macam.. Mamat ni ke..? Patutah gempak. Hehe..) Conclusion? Osemness. Fulsetop." - Inche gabbana

Alhamdulillah, tsummal hamdulillah.

Bagaimana? Menepati jangkaan dan tekaan anda..? Senyum mesra.

Saya mohon maaf untuk segala salah silap dan kelemahan sepanjang menganjurkan pertandingan ini. Doakan agar saya diberikan kekuatan untuk menganjurkannya lagi tahun ini, biidznillah.

Moga Allah redha dengan usaha-usaha kecil saya ini dan anda semua dalam mengagkat dan menjulang tinggi Islam dan mengambalikannya semula sebagai raja dan pemerintah seluruh alam. Moga menjadi saksi pembela kita di mahkamah keadilanNya kelak!
 

Allahu a'lam. Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya. Dengan ini, saya mohon untuk mengundur diri. Saya labuhkan tirai Pertandingan Video Osem APG '11.

-gabbana-

Kepada para pemenang, sila emailkan saya nombor akaun anda beserta jenama bank dengan segera. Insha-Allah, saya akan cuba masukkan wang kemenangan anda sesegera yang mungkin. Tahniah!

Kepada creativeAUKY dan Insyirah Rangers, jangan berputus-asa mahupon tidur tak lena selama dua minggu lamanya. Saya menjangkakan penyertaan anda sekali lagi dalam pertandingan pada tahun ini tahu..? Kenyit mata.

Bergembiralah anda semua! Percaya dan yakinlah, saham-saham sorga anda sedang meningkat dengan banyaknya! 

15 Caci Maki Puji Muji:

Sayidah Nafisah Ruslan 02/01/2012, 22:35  

tahniah diucapkan kepada pemenang! :)

Fatin Aliyya 02/01/2012, 22:35  

tahniah kepada para pemenang dan sy mmg jangka tmpt pertama dimenangi oleh cik pembuat video klip dr bumi sonata.

dan inche gabbana, teruskn berpuisi.^^

Haridah Sahri 02/01/2012, 23:39  

Salam....

Kami dari Tasneem Chocolate... boleh tak nk sponsor hadiah untuk pemenang??

sebagai penghargaan susah payah mereka membuat video yang memberi impak yg sangat besar untuk dakwah dan tarbiyah....

kalau boleh contact kami ek

uhud80@gmail.com

www.tasneem.com.my/coklat

farah haibat 02/01/2012, 23:49  

mabrook pada yang menang!

semoga ini menjadi titik tolak kita semua untuk memecut laju menyebarkan risalah al-haq di serata dunia.

pastikan juga, kitalah yang menjadi titik2 kenaikan tamadun islam, insyaAllah!

May Allah bless :)

Ahmad Mustaqim 03/01/2012, 00:26  

video adalah salah satu cara/method dakwah yang berkesan sekarang.. :)
mabr0ok kepada pemenang!

Khyrul Hycal 03/01/2012, 00:27  

Tahniah pada team Korea. :)

Teruskan istiqamah dalam dakwah kalian..

Moga pertandingan video osem mendapat lebih banyak penyertaan lagi ^_^

Tahniah pada semua pemenang. Antum memang osem..

Yusliana Yusof 03/01/2012, 00:40  

Video yang dinobatkan di tempat pertama tu lah video yang pertama sekali nana tengok from this contest and its really touched my heart(terrrrrrrrrrlalu tersentuh)..

and its also menyentuh hati juri jugak rupanya sampai boleh dapat 1st place..

Alhamdulillah..

Congrates to olls yg menang..

And u olls(all contestnt) memang OSEM, and nana nak jadi OSEM(Ordinary Self Extraorsinary Muslim) gak..

-__-

syaimaa' 03/01/2012, 00:41  

Salam.

Alf mabruuk untuk semua sekali! (penganjur+peserta) ^_^v
InsyaAllah menjadi saham yang berpanjangan sampai ke liang lahad.

Dakwah itu seni~

HabibahSRamli 03/01/2012, 00:48  

sangat menarik! dan saya suka dengan pendekatan dakwah sebegini. more benefit to all! tahniah to admin :)

Anonymous 03/01/2012, 02:35  

Wahh. Dh menang!

Lepasni pertandingan ape lg en.enjel?
Kalini kami x sempat masuk. Pasni nk try lah, osem sgt nampaknye. Rugi tak join osemness ini.

Nak jugak menangi cokelat ke, hamper buku2 ke, handfon ke, ipad2 ke, alphard ke, kete kebal ke. Err.. Donia ke tu? Heh.

Ranger Hijau 03/01/2012, 11:50  

:) rasanya wkil saghawak kena hntr stu vid thun 2012 ni.

nk critakan osemness roundabout ukhuwah kt saghawak..

-Green Power Ranger-

Zimah Zaiwani 07/01/2012, 20:39  

mabruk kpd semua pemenang! video2 yg terpilih ni mmg OSEM gile! sy akui... smg mesej yg terkndung d dlmnya smpi kpd ssp sj yg mnntonnya :)

pengembara di bumi Allah 08/01/2012, 23:06  

assalamualaikum~~~~tahniah kepada juara~~~~dah agk dah~~~ada post comment kt fb kak dina, bgtau bulatan gumbira is the best...=)...mabruk

SAMF 08/02/2012, 14:12  

Assalam.
boleh tumpang promote aku punye pertandingan.?

http://syafiqaizatmf.wordpress.com/2011/12/06/best-nasheed-video-ever-2011-contest/

hehehhe.
TQ!

shahjiehan 14/02/2012, 16:35  

Osem is stand for"??

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP