Kau Hengat Kau Chanteque..??
[Kredit] |
Sekiranya anda merasakan orang yang buat dakwah (i.e. para du'at) ni adalah orang yang paling baik sekali di seluruh Malaysia, Asia Tenggara, benua Asia, langit, bumi dan seluruh isinya, anda tersilap besar.
Seandainya anda merasakan yang mereka inilah yang konpem akan masuk sorga dahulu, anda juga sedang melakukan perkiraan yang salah dan tidak tepat.
Kerana sesungguhnya mereka juga adalah manusia biasa. Dan bila kata mereka ini manusia biasa, maknanya mereka juga ada potensi untuk dihinggapi penyakit-penyakit yang merbahaya. Penyakit-penyakit yang menyebabkan mereka jatuh sakit, lumpuh malah yang paling mengerikan sekali, tewas dan mati.
Dan antara penyakit yang paling merbahaya (mungkin memang yang paling merbahaya pon) yang boleh melanda para dua't sekalian adalah penyakit hati.
Dan antara penyakit yang paling merbahaya (mungkin memang yang paling merbahaya pon) yang boleh melanda para dua't sekalian adalah penyakit hati.
Ya, penyakit hati. Benar, penyakit ini turut menular di kalangan mereka yang tidak bergelar dua't. Tetapi penyakit ini jaaaauuuhhhh lebih membunuh dan marabahaya kepada mereka yang mendakwa diri mereka sebagai pejuang agama Allah.
Syok sendiri, terasa diri sudah berabesss bagus, takabur, riya', sum'ah, ego, malas bekerja kerana dirasakan diri sendirilah yang paling osem di seluruh galaksi bimasakti ini.. Dan senarainya berterusan. Semuanya itu kategori penyakit hati yang sering dihidapi oleh para pendakwah.
Mengapa bisa jadi begini..? Bukankah para dua't sepatutnya adalah manusia yang berusaha gigih untuk mencari redhaNya? Mereka yang bekerja keras bukan sahaja untuk memahamkan orang lain tentang Islam, malah mereka sendiri mahu memahami Islam itu dengan sebaiknya..?
Syok sendiri, terasa diri sudah berabesss bagus, takabur, riya', sum'ah, ego, malas bekerja kerana dirasakan diri sendirilah yang paling osem di seluruh galaksi bimasakti ini.. Dan senarainya berterusan. Semuanya itu kategori penyakit hati yang sering dihidapi oleh para pendakwah.
Mengapa bisa jadi begini..? Bukankah para dua't sepatutnya adalah manusia yang berusaha gigih untuk mencari redhaNya? Mereka yang bekerja keras bukan sahaja untuk memahamkan orang lain tentang Islam, malah mereka sendiri mahu memahami Islam itu dengan sebaiknya..?
Kerana penyakit hati bukan penyakit yang biasa-biasa. Ia bukan seperti demam yang akan surut apabila panadol ditelan, atau selsema yang akan hilang setelah menghirup sup ayam yang panas lagi lazat yumm yummmeeyyy itu. Eh. Ia bukan calang-calang penyakit.
Penyakit hati adalah penyakit halus yang menyusup masuk ke dalam hati secara senyap-senyap. Jarang sekali penyakit ini disedari, sehinggalah si penghidapnya menunjukkan simptom-simptom yang sudah parah. Selain daripada itu, penyakit ini bertambah kuat, gagah dan berkuasa disebabkan oleh bantuan tambahan yang diterimanya; sokongan padu daripada para tentera syaitonirojim.
Dan tidak seperti maksiat, dosa dan noda yang lain di mana kesan buruknya trang tang tang berlaku di depan mata ketika itu juga, penyakit hati ini selalunya hanya akan mengeluarkan nanah dan bisanya di akhirat nanti.
"Katakanlah (Muhammad), 'Apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya?' (Iaitu) orang yang sia-sia perbuatannya ddalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya."
[al-Kahfi, 18:103-104]
Punyalah hebat dan dahsyat penyakit hati ni, sehinggakan para sahabat yang super duper qawiyy pon tidak dapat lari daripada serangan penyakit hati ini. Pernah suatu ketika, Abu 'Ubaidah al-Jarrah r.a., seorang sahabat besar, merupakan salah seorang yang dijanjikan masuk sorga secara percuma, dilantik untuk menjadi imam solat. Seusai solat, dia berkata,
"Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari
orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi imam sampai bila-bila."
Mari kita kaji beberapa simptom awal penyakit hati, dengan harapan dapatlah sama-sama kita mencegahnya sebelum ia merebak dan memusnahkan hati kita.
1) Kita ditegur oleh hadek bulatan gembira kita atau orang yang di luar harakah dakwah. Kita lantas menempelak mereka kerana merasakan mereka tidak layak menegur (mungkin tempelak dalam hati). Aik? Dulu sebelum join dakwah dan tarbiyah, elok dan boleh je kena tegur? Kenapa sekarang ni panas dan pantang ditegur..?? Dengan kata lain, kita perasan bagus. Itu penyakit ego namanya.
2) Kita mencebik melihat orang lain dalam melaksanakan tugas-tugas dakwah mereka. Kita merasakan kita lebih bagus, gerak kerja kita lebih tersusun dan kerja kita lebih muntij dan baik daripada mereka. Dengan kata lain, kita memandang rendah pada mereka dan pada masa yang sama, menjulang diri kita setinggi bangunan tiga puluh lima tingkat. Itu penyakit takabbur namanya.
Hallo..?? Apa anda ingat anda tu besar dan bagusss sangat ker...?? [Kredit] |
3) Kita berasa bangga dengan pencapaian dalam kerja-kerja dakwah dan tarbiyah kita. hadek-hadek bulatan gembira kita sudah beranak-pinak, pengisian kita disukai ramai, kita disanjung dek keSuper-Saiyaan kita. Kita kagum dengan diri-sendiri. Akulah yang paling osem kat seluruh muka bumi ini! Syok sendiri. Choyyy. Itu penyakit 'ujub namanya.
4) "Ish aku penatlah ke sana ke mari, bulatan gembira di sana, konferens riang di sini. Tak memang tangan!" kata Zubaidah Selamat dengan penuh bangga kepada rakan-rakan sebulatan gembiranya. "Awak tahu tak..? Saya bukan nak cakap apa.. Tapi semalam kan, lepas beri pengisian Wahai Pemudi di Sekolah Menengah Kebangsaan Limau Purut tu, semua orang puji kata pengisian saya best dan mantap! Walawehh sgt kann..??" ujar Daud Rahimon dengan penuh keterujaan kepada rakan baiknya, Hasbullah Ali. Itu penyakit riya' namanya.
5) Kita mengomel seorang-seorang tentang pengorbanan kita, penat-lelah kita membawa lapan bulatan gembira, terpaksa pula ke mesyuarat itu dan perbincangan ini. Ya, mungkin kita menghamburkannya atas sebab penat dan mahukan simpati daripada orang lain, dengan harapan ada yang mendengarnya. Itu juga penyakit. Penyakit sum'ah namanya.
6) Kita amat chenta dan suka akan pujian tetapi amat jengkel dan benci pada kritikan dan teguran. Ekele, kau hengat kau bagusss sangat en..?? Itu penyakit angkuh dan bangga diri namanya.
Errr.. Anda, jangan syok sendiri dan rasa diri tu bagus sangat boleh tak..? Tolong..? [Kredit] |
Bagaimana..? Ada tak simptom-simptom ni pada diri kita..? Jika ada, berhenti sebentar daripada melakukan apa-apa, pejam dan tarik nafas dalam-dalam. Kemudian, dengan penuh rasa keinsafan, rendah hati dan hina-dina, sila ucapkan..
"Astaghfirullahal adzim. Astaghfirullahal adzim. Astaghfirullahal adzim..."
(Kalau boleh mengalirkan air mata keinsafan lebih bagus.)
Oh, anda bersedia untuk merembeskan lebih banyak air mata..? Sila sediakan sebiji baldi terlebih dahulu. Sudah..?
Baiklah. Jangan menyesal tahu..?
Tarik nafas dalam-dalam.
"Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya seberat biji sawi daripada sifat takabbur."
[Hadith Riwayat Muslim]
Dan...
"Sesiapa sum'ah (menceritakan amalnya), maka Allah akan menceritakan
aibnya dan sesiapa beramal kerana riak maka Allah akan membuka niatnya
di hadapan manusia pada hari kiamat kelak."
[Mutafaqun 'Alaih]
Juga...
"Abu Hurairah yang berkata, 'Saya
mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya orang yang pertama
kali diadili pada hari kiamat adalah orang yang mati syahid di jalan
Allah. Dia didatangkan kemudian dinampakkan kepadanya nikmat-nikmat
yang diberikan kepadanya maka dia pun mengakuinya. Allah bertanya, 'Apa
yang kamu lakukan dengannya?' Dia menjawab, 'Aku berperang untuk-Mu
sampai aku mati syahid.' Allah berfirman, 'Engkau dusta, sebenarnya
engkau berperang kerana ingin disebut sebagai orang yang berani. Dan
itu sudah kau perolehi.' Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk
mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam
neraka.
Kemudian seorang yang menuntut ilmu dan mengajarkannya
dan juga membaca Al Quran. Dia didatangkan kemudian ditunjukkan
kepadanya nikmat-nikmat yang sudah didapatinya dan dia pun mengakuinya.
Allah bertanya, 'Apakah yang sudah kau perbuat dengannya ?' Maka dia
menjawab, 'Aku menuntut ilmu, mengajarkannya dan membaca Al Quran
kerena-Mu.' Allah berfirman, 'Engkau dusta, sebenarnya engkau menuntut
ilmu supaya disebut sebagai orang alim. Engkau membaca Quran supaya
disebut sebagai Qari’.' Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk
mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam
neraka.
Kemudian ada seseorang yang telah mendapatkan anugerah
banyak harta. Dia didatangkan dan ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat
yang diperolehnya. Maka dia pun mengakuinya. Allah bertanya, 'Apakah
yang sudah kamu perbuat dengannya?' Dia menjawab, 'Aku telah sedekahkan
harta di jalan-Mu dan untuk-Mu.' Allah berfirman, 'Engkau dusta,
sebenarnya engkau lakukan untuk digelar orang yang dermawan dan engkau
sudah memperolehnya.' Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk
mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam
neraka."
[Hadith Riwayat Muslim]
Bagaimana..? Sudah penuhkah baldi anda tadi dengan air yang masin rasanya itu..?
Jadi bagaimana ini Inche gabbana..? Apakah remedi, penawar dan ubat-ubatan untuk merawat penyakit hati ini...?? Tanya anda dengan penuh resah-gelisah sambil mengumam jari-jemari.
Anda mahu dengar jawapan saya..? Tapi sila jangan berasa kechiwa tahu..?
Entahlah, saya pon tidak tahu apakah rawatan yang paling berkesan. Kerana jujurnya, saya juga masih sedang bertarung hebat dengan penyakit hati ini. Sekiranya ada penawar berupa cecair hijau ajaib atau pil kunyah berwarna merah jambu untuk mengubati penyakit ini, sudah pasti saya segera mendapatkannya. Sumpah. Sanggup meredah lautan api atau mendaki gunung ais yang tinggi.
Tetapi tidak. Penyakit hati tidak boleh diubati dengan ubat-ubatan moden mahupon tradisional. Tidak boleh juga dihilangkan dengan pembedahan mahupon sinaran ultraungu atau laser. Tidak.
Penyakit hati perlulah diubat dengan penawar hati juga. Dan tiadalah penawar hati yang lebih mujarab daripada bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang membasahkan dan mensucikan hati. Juga zikir-zikir menyebut dan menagungkanNya, yang pastilah mengikis segala tok nenek karta-karat dosa yang menebal di hati.
Juga biasakan diri dengan bangun malam untuk bertahajud chenta denganNya. Pastilah ada sebab mengapa Allah memerintahkan para sahabat untuk bangun setiap malam suatu ketika dahulu. Tidak lain untuk menguatkan hati-hati mereka; dengan menghakis dan merawat segala penyakit yang bersarang di hati.
Kerasa sesungguhnya, bekalan yang paling mujarab untuk seorang dai'e untuk terus kekal dan tsabat di atas jalan yang sumpah panjang ini adalah hati yang sihat dan kuat, yang bertaqarrub denganNya siang dan malam, tidak pernah jemu ikhlas dalam mendamba kasih dan chentaNya... Allah..
Dan kerana itu jugalah, dai'e tidak boleh berhenti daripada terus bekerja dan bekerja dan bekerja keranaNya. Kerana diri seorang dai'e yang bermujahadah yang terus-menerus, yang bekerja keranaNya, dikuatkan pula dengan amalan-amalan fardhi pencuci hati, pastilah akan melahirkan hati yang sekuat dan seosem Super Saiya peringkat kelima.
Dan akhirnya (ok ok, dah nak abes dah ni!), kita ini hanyalah hambaNya yang hina dina yang tidak punya apa-apa. Siapa kita untuk merasakan diri kita hebat..?? Angkuhnya kita setiap kali kita memandang hina pada yang lain dan merasakan diri kita sahaja yang bagus dan betul. Lupakah kita Allah menciptakan kita semuanya dari tanah..? Yang kita berasal dari saripati mani yang kotor dan hina..??
Sudah tiba masanya untuk kita semua bekerja benar-benar dan sesungguhnya untuk Dia semata-mata. Buangkanlah rasa ego, riya', takabbur dan apa-apa sahajalah penyakit hati yang bersarang di dada. Kerana akhirnya nanti, kita jugalah yang memerlukan rahmat dan kasih-sayangNya, untuk menyelamatkan diri kita daripada azab api neraka yang maha pedihnya. Dan ketika itu, diri kita yang suatu ketika dahulu cukup berbangga dengan pencapaian yang sedikit cuma, yang amat suka memandang enteng pada orang lain dan amat sukar dan degil menerima teguran dan nasihat, ketika itu, kita hanyalah sebutir debu di tengah-tengah padang pasir manusia yang tiada nilai di sisiNya.
Allah..
Sudah tiba masanya untuk kita melepaskan ego, rasa hebat dan bagus itu dalam diri kita! [Kredit] |
Ayuh kita menghambakan jiwa dan hati kita. Ayuh kita merendahkan diri kita serendah-rendahnya, kerana Dialah yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa. Dan ayuh kita mengajak manusia kembali kepadaNya dengan seikhlas-ikhlas niat tanpa ada sebarang kepentingan diri mahupon agenda rahsia.
Kerana sesungguhnya, sekiranya kita masih degil, ego dan sombong, Allah tidak rugi apa-apa. Sekiranya kita masih memilih untuk angkuh dan takabbur dengan diri kita yang kononnya hebat dan bergaya itu, ia tidak mengurangkan sedikit pon kekuasaan Allah yang Maha Kaya itu. Kerana akhirnya...
Kau hengat kau canteque sangat ke...???
-gabbana-
Besar harapan untuk berjumpa ikhwah tersayang pada malam ini di perkongsian as-Syaikh Jum'ah Amin di UPM! Woohhooo!
Anda yang berminat juga dijemput ramai-ramai memeriahkannya! See you whenever I see you Insha-Allah! Senyum lebar-lebar.
14 Caci Maki Puji Muji:
hihih..
hari tu en.. saya dengor ade sorang ostad tu cakap cenggini..
jadikanlah amalan kebaikan kita tu macam tahi yang busuk lagi jijik yang kita tak nak dah ingat dekat dia.. something yang kita buang..
dan..
letakkanlah semua dosa dan maksiat yang kita pernah/sedang/akan buat pada Allah kat depan mata kita, biar dosa tu ada kat depan mata kita 24 jam walo ke manapun kita pergi..
wohah!
ustaz saye cakap.. kalau rasa bangga dgn apa yg dibuat, cepat2 ingat hakikat diri kita yg pada asalnya berasal dari air yang hina... kalau air itu terjatuh di tanah, itik x kuis, ayam pun x pandang... istighfar banyak2 (pesanan utk saya jugak)...
assalamualaikum.
saye ade satu soalan. macam mana nk hilangkan resah/gelisah dlm hati? dan,dan,dan... macam mana jadual seharian awk, minta2 boleh jadi contoh- utk mententeramkan hati barangkali kalau berjaya.
Assalamualaikum..
hari tu gi heart serene by sheikh Riad , salah satu untuk menangkis penyakit hati seperti riak, ujub dll
adalah dgn buat sesuatu yg dpt menjatuhkan keangkuhan diri seperti
1)cuci toilet.
2)kutip sampah
biarlah org memandang hina,supaya kita boleh tundukkan ego dan keangkuhan diri.
secondly,
muhasabah diri, tanya balik diri adakah Allah terima amal kita. dan kalo kita rasa amal kita lebih bgs dr org lain, mungkin sebenarnya tak di terima Allah pun dan amal org lain yg tak seberapa diterima Allah. itu yg paling penting kan..
thirdly,
bile timbul rasa riak tu, try to ignore bisikan2 halus tu. sbb kadang2 lagi kite layan lagi menjadi2 sampai kita berkemungkinan boleh meninggalkan sesuatu amal itu kerana takut riak. serahkan semuanya kepada Allah.
wallahua'lam.. segala yg baik itu dtgnya drpd Allah..
saya selalu ada penyakit hati
isk3
kecantikan sejati lahir dari hati yg suci dan murni.world peace :)
nice sharing..kadangkala kite xsedarp0n kiteni ada pnyakit hati..tqsm
Salam Alaik,
Mengubati penyakit hati yang sumpah kronik atau pn hati yang sudah kena alergy dek termakan udang kering juga blh diselesaikan dengan meminta hati yang baru. Sesungguhnya Allah jua yang menciptakan hati kita, lalu dari Dia lah kita pohon hati yang baru agar kita blh menjaga daripada terkena dengan penyakit yang mara bahaya mampu dibawa mati ini. Waallahualam. ^^
Jzkk untuk peringatan ini. Inche gabbana belajar social psychology ke? semua simptom inche tulis ni saya baru belajar dua minggu lepas, termasuk pasal narcissism tu.
Susah mau mujahadah lawan penyakit hati ini!!! Susah, payah, perit. Lagi senang kalau dada ini boleh belah, rendam dalam chlorox, sental bersih, and masuk dada balik.
Tapi hakikat hati bukan begitu. TT__TT
mcm mne nk tegur kakak yg merasakan dia yg plg baek dlm keluarga hanya kerana dia berbulatan gembira, sedangkan ahli keluarga yg laen menegur perkara yg benar..really need help..dh rse giv up pn ade..hrmmm~
Saya rasa mcm nak encik G di UPM. Yg pakai crmin mata
old skool tshirt merah ke?
@cahaya kemuliaan: selain tegur doa byk2 kat Allah..sbb Allah pegang hati..mungkin juga boleh tergur cara lain..kiranya dalam bersembang, tanya pendapat dia apa dia buat kalo ade orang mcm ne mcm ne etc (ckp la pasal sikap or apa2 yang rasa nak tegur pada kakak)..kira tegur indirectly..insyaAllah jika niat kita benar, Allah mudahkan n bukak hati kakak awak..Allahu a'lam..
@IG: jzkk..sgt sentap..pikir2 jumpa Allah nanti, kita tade bawa amalan apa-apa pun..kosong yilek..ntah2 sekarang ni pun, dosa menggunung sedangkan pahala tinggi busut pon tak sampai..Allahu Allah..Sentiasa ingatkan diri dengan kebesaran Allah..bila rasa nak bangga or apa2, cepat2 ingat Allah je yang MAHA SEMPURNA..ALlahu A'lam..
ZikruLlah, apabila mengingati ALlah, syaitan akan menyorok di balik hati.
Mujahadah fi nafs, sesungguhnya ianya adalah tingkatan jihad yang tertinggi
Alhamdulillah... setelah membaca entry ini, saya rasa bersyukur sangat kerana masih ada yang mengingati...
\\( ^_^ )//
Post a Comment