Riadhah Otak Di Malam Ahad #10
Ok saya bersalah.
Sehingga kini masih belum mampu untuk mengumumkan keputusan Pertandingan Video Osem APG '11. Muka sumpah bersalah.
Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, sedikit saya mengetahui (Baca: Little that I know) yang tugas menghakimi video-video ini bukanlah kerja yang semudah memasak megi atau membancuh milo. Apatah lagi video-video yang layak ke pertandingan akhir ini terlalu amat osemmmness. Bagaimanakah..? Wahai!

Kasihan juga kepada Puan Wardina kerana 'dipaksa' menghakimi pertandingan ini, secara percuma pula tu. Maka tidak bolehlah saya mahu menolaknya dengan kekuatan raksasa Gorgon bukan..? Hohoho..
Insha-Allah, keputusan akhir akan diusahakan sesegera yang mungkin. Harapnya anda semua dapat bersabar dan tidaklah pula membakar balai polis yang terdekat dengan rumah anda mahupon menurunkan mana-mana bendera yang memaparkan mana-mana wajah pemimpin mana-mana negara. Wahahaha.. Pandang kiri, pandang kanan.
Maafkan saya ya..? Mata terkedip-kedip.

Ini juga menjadi pengajaran yang berguna untuk saya, supaya dapatlah lebih rasional dan berakhlak mulia untuk menganjurkan pertandingan sebgitu rupa di masa akan datang. Para hakim professional wajar diberikan lebih masa untuk menghakimi pertandingan akhir nanti.
Eh ada pertandingan video serupa lagikah Inche gabbana..?? Kata anda yang sekarang ini sudah teruja mata bersinar bulat sehinggakan mahu melompat dari tingkat dua rumah anda.
Insha-Allah, kalau diizinkanNya dan sekiranya itu yang terbaik untuk Islam, dakwah dan tarbiyah. Jawab saya sambil senyum penuh mesra.
Baiklah, demi menebus dosa saya yang gagal memenui janji untuk mengumuman keputusan akhir semalam, izinkan saya untuk berkongsi beberapa klip video yang dihantar dengan tujuan untuk menyertai Pertandingan Video Osem APG '11, tetapi oleh sebab tidak memenuhi syarat-syarat pertandingan, terpaksalah dengan berat hati saya menolah penyertaan mereka. Mereka semuanya osem, tetapi sayangnya, saya perlu teguh dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Kalau tidak nanti adalah pula yang akan datang merayu dengan mata terkebil-kebil bajet kucheng comel yang cuba menggoda untuk mendapatkan susu segar Wanita Belanda. Err...
Moga pertandingan yang akan datang nanti, mereka ini tidak berputus-asa dan akan menghantar lagi penyertaan. Kali ini dengan penuh disiplin mematuhi semua-semua syarat-syarat pertandingan dengan penuh bersopan-santun dan kool bergaya heyyy..!
Aiwah! Saya persembahkan..
Tayangan Khas Video-Video Osem Yang Terkandas Di Tengah Jalan!
Bagaimana..? Sudah saya katakan mereka ini boleh tahan osemnessnya..!
Moga Allah ganjari mereka dengan sebaik-baik balasan, kerana saya yakin pasti ramai yang mendapat faedah dan terkesan daripada video-video ini! Walaupun mereka tidak menang dalam pertandingan ini, tetapi saya yakin mereka telah menang di hadapan Allah..! Hoyeaaahhh!

Dan oh.
Video istimewa untuk malam ini.
Senyum lebar-lebar.
Moga Allah membalas anda dengan sorgaNya yang kekal abadi Puan Wardina (dan rakan-rakan lain yang terlibat sama). Pengaruh anda yang cukup Super Saiya itu saya yakin bakal menyentuh banyak-banyak hati-hati yang dahagakan tarbiyah di luar sana. Saya percaya, tidak lama lagi pasti raaammaaaii yang akan terjebak dengan 'petak gembira'..! Ini.. Ini.. Ini sumpah walawehhh!
Ok cukuplah saya membebel pada malam ini.
Semoga anda semua terhibur! Terhibur keranaNya, dalam mendamba chenta dan redhaNya..!
Tunduk mengundur diri.
-gabbana-
6 Caci Maki Puji Muji:
salam..tahniah akh.. Ini..ini sungguh OSEM!! saya suka sgt dapat tgk vid2 ni... agak terkesan d hati..bagaimanapun..sya doakn smg akh dpt mngadili pertndingan ini dgn mudah.. insyaallah.. niat yg baik akn dipermudahkn oleh ALLAH..^^
p/s: 'Eh ada pertandingan video serupa lagikah Inche gabbana..?? Kata anda yang sekarang ini sudah teruja mata bersinar bulat sehinggakan mahu melompat dari tingkat dua rumah anda. "
* SAYA DUK TINGKAT 4.. cmne ea??haha..
ada hikmahnya.
Kalau tidak, agaknya, takde la tayangan khas ini~
inche .apa kata bagi rewards kat setiap video yang terbaik untuk setiap category.. kemudian.. pilih yang terbaik antara yang terbaik tu pulak..
kenapa video ini terkandas?
lbh mase kot..:)
Saya percaya, tidak lama lagi pasti raaammaaaii yang akan terjebak dengan 'petak gembira'..! Ini.. Ini.. Ini sumpah walawehhh!..
kita sepndpt tapi nta lupa cakap..insyaALLAH :D
Post a Comment