Sungguh Gigih Lagi Jujur Posmen Itu
[Kredit] |
Bayangkan kita punya maklumat yang terlalu super penting untuk disampaikan. Dan sebelum maklumat ini sampai kepada penerima yang terakhir, maklumat ini terlebih dahulu perlu melalui beberapa orang penerima maklumat yang lain.
Bayangkan sekarang apa perasaan kita seandainya kita mendapat tahu maklumat yang diperolehi oleh penerima terakhir bukanlah mesej yang kita mahu sampaikan; lebih mengerikan lagi maklumat yang diterimanya adalah jauh berbeza dengan maklumat awal yang kita sampaikan!
Bayangkan juga apa akibatnya, apabila tindakan yang diambil adalah berdasarkan maklumat yang salah! Misalnya, arahan sebenar adalah untuk memasak enam ekor burung dan dihidangkan kepada raja, tetapi maklumat akhir yang diterima adalah merebus terung untuk diberi makan kepada Rajagopal a/l Mutusamy! Kita kirim untuk dibelikan bedak sejuk cap Mak Cik Seroja, tapi yang sampai kepada kita adalah badak air dari Afrika! Lebih teruk dan marabahaya seandainya maklumat-maklumat ini melibatkan nyawa, aqidah dan kepentingan-kepentingan sejagat; hakim menjatuhkan hukuman geletek sampai geli hati, tetapi hukuman yang dilaksanakan kepada pesalah adalah geletek sampai mati..! Tak ke haru-biru namanya tu..?
Demikianlah tema utama yang ingin saya ketengahkan dalam Game Syahadatul Haq yang telah saya kongsikan tempohari.
Dalam kita melaksanakan tugas Syahadatul Haq (Baca: Dakwah) kita, nak tak nak, ada dua perkara yang perlu kita betul-betul jaga:
1) Kesungguhan kita dalam menyampaikan mesej yang dilaksanakan, dan
2) Keaslian mesej yang kita sampaikan, yakni tiada unsur tokok-tambah mahupon menambah perencah secukup rasa hey!
2) Keaslian mesej yang kita sampaikan, yakni tiada unsur tokok-tambah mahupon menambah perencah secukup rasa hey!
Pengajaran yang pertama itu cukup signifikan. Produk yang mahu kita jual kepada masyarakat adalah risalah suci daripada Ilahi; tiada satu apa pon di dunia ini yang boleh menandingi kepentingan dan keutamaannya. Maka suka atau tidak, kita sewajibnya bersungguh-sungguh memastikan bebanan yang kita galas pada bahu kita yang dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Jika tidak? Kita secara terhormatnya tergolong dalam golongan yang paling zalim dan kejam di dunia.
"Siapakah yang lebih zalim daripada mereka yang menyembunyikan kesaksian terhadap Allah..?"
[al-Baqarah, 2:140]
Kita zalim dan kejam kerana ramainya manusia di luar sana yang hidup dalam kegelapan, yang bergelumang dengan kejijikan dan bermain dengan kenodaan. Ketika kita sedang larut dalam ibadah kita, tawajuh dengan uzlah kita dan hanyut dalam zikir-zikir kita, masyarakat di luar sana hidup seolah-olah mereka tidak punya Tuhan, berseronok seolah-olah tiada hari kebangkitan dan bekerja sehari-sehari seolah-seolah tiada malaikat kematian.
Ketahuilah, mereka ini punya sejuta satu alasan untuk mendakwa kita di hari pembalasan nanti. Sekiranya mereka dicampakkan ke dalam api neraka kelak, mereka akan pastikan kita turut ditarik sama masuk bersama mereka. Ha, dahulu kau di dunia seronok kan menjadi baik sorang-sorang, sekarang ni kau teman aku kat dalam api yang maha panas tu, sebab aku tak nak terseksa sorang-sorang..! Nau'dzubillah.. Air mata menitik gemuk.
Ketahuilah, mereka ini punya sejuta satu alasan untuk mendakwa kita di hari pembalasan nanti. Sekiranya mereka dicampakkan ke dalam api neraka kelak, mereka akan pastikan kita turut ditarik sama masuk bersama mereka. Ha, dahulu kau di dunia seronok kan menjadi baik sorang-sorang, sekarang ni kau teman aku kat dalam api yang maha panas tu, sebab aku tak nak terseksa sorang-sorang..! Nau'dzubillah.. Air mata menitik gemuk.
Kerana itu kita wajib melaksanakan tugas menyebarkan risalah Allah dan menegakkan deenNya di muka bumi ini dengan sebaik-baiknya. Sehingga tiada lagi fitnah terhadap risalah yang mulia ini. Sehingga tiada lagi alasan untuk mereka yang menolak risalah ini, mendakwa kita di akhirat nanti.
"Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu dan (begitu pula) dalam (Al-Qur'an) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia.."
[al-Hajj, 22:78]
Pengajaran yang kedua itu juga tidak kurang signifikannya. Ramai di antara kita yang alhamdulillah, sudah mahu seriyes dalam berdakwah, sudah mula faham tanggungjawab dan keutamaan untuk melaksanakan tugas Syahadatul Haq ini. Tetapi sedihnya, di dalam kerakusan dan semangat berkobar-kobar dalam mahu berdakwah, ramai antara kita yang gagal menjaga keaslian mesej dakwah itu.
Tidak kurang juga yang cukup berani menokok-nambah dalam mesej dakwah yang dibawakan. Di sini, bukanlah isu bida'ah yang mahu saya tekankan, tetapi lebih kepada cara dan kaedah dalam menyampaikan dakwah itu sendiri.
Berapa ramai antara kita yang kononnya bergelar du'at ini cukup gemar menjatuh-jatuhkan dan menghina pergerakan-pergerakan dakwah dan Islam yang lain, seolah-olah kita ini sebahagian daripada Kelab Malaikat Sempurna, bersih dan maksum daripada khilaf dan kelemahan yang ada.
Tidak kurang daripada kita yang sibuk mahu mengajak manusia kepada jemaah atau individu-individu tertentu semata-mata, walhal dakwah dan seruan ini adalah mengajak seluruh manusia dan seisinya menyembah Allah semata, dan tiada ghayah atau tujuan yang lain selain daripada itu! Sampaikan kepada Islam itu yang pertama, dakwah kedua dan baharulah jemaah yang ketiga!
Kita sahajalah yang betul, orang lain semuanya salah. Kita sahajalah yang hebat dan kuat, orang lain semuanya lemah dan jahil. Kita sahajalah yang buat dakwah di muka bumi ini, orang lain semuanya membuang masa sahaja...!
Kita sahajalah yang betul, orang lain semuanya salah. Kita sahajalah yang hebat dan kuat, orang lain semuanya lemah dan jahil. Kita sahajalah yang buat dakwah di muka bumi ini, orang lain semuanya membuang masa sahaja...!
Astaghfirullah..
Bukankah itu tokok-tambah namanya? Bukankah itu mencemari dan mencabuli keaslian dakwah namanya? Ingat! Kita semua adalah saksi kepada sekalian manusia dan siapakah yang akan menjadi saksi kepada kita..? Sudah tentunya Rasulullah SAW, pembawa obor deen ini yang mula-mula sekali. Maka bersedialah untuk didakwa oleh baginda kelak, sekiranya kita pandai-pandai mahu menokok-nambah dan mencemarkan keaslian dakwah baginda!
"Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu..."
[al-Baqarah, 2:143]
Dakwah ini tidak jauh beza konsepnya dengan perniagaan Multi-Level Marketing itu. Kita mahu meramaikan garisan bawah (baca: Downline) kita, maka kita sesungguh-sungguhnya berjuang, berjihad pergi mencari 'mangsa-mangsa' baru. Kita sanggup bersengkang-mata hanya kerana mahu berjumpa dengan bakal garisan bawah yang berpotensi di kedai-kedai mamak. Kita sanggup berbelanja besar semata-mata mahu menawan hati mereka, membelanja mereka makan cendol pulut sekerim Pak Mad yang sungguh mahsyur lagi terkenal itu. Kita juga sanggup mengembara, berjalan jauh hanya kerana mahu memastikan garisan bawah kita faham dan hadam dengan konsep perniagaan yang kita perjuangkan.
Dan kita lakukan semua itu hanya kerana mengharapkan bonus lumayan yang menanti kita. Kita tahu dan faham, seandainya kita bekerja dengan gigih lagi bersungguh, kereta Nissan Fairlady yang sungguh seksi itu akan menjadi milik kita tidak lama lagi. Kita tidak sabar untuk membina banglo empat setengah tingkat, lengkap dengan kolam renang bersaiz Komanwel dan jakuzi serta bibik Myanmar empat lima orang ramainya, dan oleh sebab itu kita bekerja keras.
Nah, apa bezanya dengan dakwah dan tarbiyyah yang kita perjuangkan ini..? Kita juga mahu meramaikan kader-kader dakwah ini. Kita juga mahu pastikan bakal pemegang panji-panji Islam ini benar-benar faham dengan risalah yang bakal mereka bawa. Dan yang lebih mahsyuk lagi, yang menanti kita bukanlah bonus besar berkepuk-kepuk, bukan juga kereta mewah mahupon mahligai indah di atas bukit menghadap laut dan matahari yang terbenam, tetapi sorga kekal abadi yang tiada apa pon di dunia ini mampu menandinginya.
Nah, apa bezanya dengan dakwah dan tarbiyyah yang kita perjuangkan ini..? Kita juga mahu meramaikan kader-kader dakwah ini. Kita juga mahu pastikan bakal pemegang panji-panji Islam ini benar-benar faham dengan risalah yang bakal mereka bawa. Dan yang lebih mahsyuk lagi, yang menanti kita bukanlah bonus besar berkepuk-kepuk, bukan juga kereta mewah mahupon mahligai indah di atas bukit menghadap laut dan matahari yang terbenam, tetapi sorga kekal abadi yang tiada apa pon di dunia ini mampu menandinginya.
Bezanya cuma satu; dengan MLM (atau apa-apa urusan dunia yang seangkatan dengannya) kita bebar-benar menjual jiwa-dan raga kita hanya kerana bonus bulanan yang tidaklah banyak mana itu. Sanggup kita tinggal anak isteri hanya kerana mahu pergi berkursus, mahu memantapkan gaya penyampaian supaya orang lebih yakin kononnya. Sanggup kita gadaikan masa, emosi dan tenaga kita untuk memperluas empayar jajahan kita...
Tetapi dengan dakwah dan tarbiyyah...? Tunduk malu, berlari laju sambil tersedu-sedu.
Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): "Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya". Kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. Maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran (Kalamullah dan janjiNya) itu.
[ali-Imran, 3:187]
Isi-isi kitab yang agung sudah pon berada di dalam genggaman anda. Kini hanya tinggal untuk anda menyebar-luaskannya dan berkongsikan kehebatan ayat-ayat chenta Allah ini dengan sekalian manusia. Jangan jadi seperti orang-orang Yahudi, yang suatu ketika pernah dimuliakan Allah dengan risalah ini tetapi mereka membelakangkannya hanya semata janji-janji manis dunia yang sedikit cuma.
Buatlah apa cara sekalipon untuk memastikan risalah agung ini tertegak di muka bumi ini! Namun pada masa yang sama, laksanakanlah amanah ini sepertimana yang telah ditunjukkan oleh ar-Rasul SAW dan para sahabat yang mulia. Barulah dakwah dan tarbiyyah yang kita lakukan itu benar-benar osem. Sumpah..!
Jadilah seorang posmen dakwah yang jujur, telus dan sungguh bergaya!
-gabbana-
Atas permintaan ramai, sini saya kongsikan hasil-hasil lukisan para peserta konferens riang Saya Hosem pada wiken lepas. Sekali lagi saya nasihatkan, kalau rasa mahu pecah perut atau ginjal anda, pastikan ada paramedik yang sudah siap bersedia. Suka untuk saya memberi amaran, pastikan anda tidak berada di tempat-tempat awam terutamanya opis atau bersama ibu yang sedang sarat mengandung ketika melihat gambar-gambar di bawah ini. Sebarang lebam di muka atau tulang belikat yang remuk atau patah-riuk, saya akan lari laju-laju menyelamatkan diri terlebih dahulu. Wahahaha..
Baiklah, sila tatapi dengan penuh keikhlasan lagi semangat keterujaan yang penuh di dada! Hihihi..
Ini adalah hasil lukisan kumpulan yang paling hampir tepat dengan kisah sebenar (boleh rujuk post yang lalu). Yang silapnya hanyalah burung Rajawali dan si tupai yang tampaknya seperti menjual mahal. Hoh. |
Dan pemenangnya...! Pahlawan Melayu ber-sup tulang dan mak cik nasi lemak merokok di atas pokok..! (Tak tahu nak gelak besar atau menangis laju..) |
Semoga anda terhibur di petang Rabu ini! Jangan tergelak sorang-sorang macam orang kurang siuman sudahlah! Wahahaha..
6 Caci Maki Puji Muji:
''Berapa ramai antara kita yang kononnya bergelar du'at ini cukup gemar menjatuh-jatuhkan dan menghina pergerakan-pergerakan dakwah dan Islam yang lain, seolah-olah kita ini sebahagian daripada Kelab Malaikat Sempurna, bersih dan maksum daripada khilaf dan kelemahan yang ada.
Tidak kurang daripada kita yang sibuk mahu mengajak manusia kepada jemaah atau individu-individu tertentu semata-mata, walhal dakwah dan seruan ini adalah mengajak seluruh manusia dan seisinya menyembah Allah semata, dan tiada ghayah atau tujuan yang lain selain daripada itu! Sampaikan kepada Islam itu yang pertama, dakwah kedua dan baharulah jemaah yang ketiga!''
so true...!
seb baik bukan kat hospital atau library. mungkin boleh masuk ward kerana tibe2 berguling atas lantai ingatkan ada appendicitis.
ketika anda menulis:
'2) Keaslian mesej yang kita sampaikan, yakni tiada unsur tokok-tambah mahupon menambah perencah secukup rasa hey!'
-saya begitu risau jika anda maksudkan dengan 'method of dakwah' yang baru. seperti mencipta game-game yang pelik dalam menyebarkan mesej Islam. tetapi, anda begitu banyak mereka cipa game yang pelik. dan saya juga suka menggunakan game sebagai salah satu medium menyampai.
tetapi, bila baca habis, barulah mengerti. hehe...
sebab itulah Imam Ghazali mengatakan, orang dungun adalah orang yang belajar sedikit, tapi sudah pandai membahas tulisan ulamal yang menghabiskan umurnya untuk ilmu itu...
Wallahu a'lam.
entry yg mmbina :) thx
ish3. budak2 mana lah yang x pandai melukis tu. huhu ^_^
lorr..pehal makcik tu sampai dok atas pokok isap rokok lagi...nasi lemak tak laku la tu huhu..member group 4 ni mesti naughty tau.choy!
Post a Comment