4 November 2011

Jasa Bakti Dinasor Purbakala

[Kredit]

Alhamdulillah, sempat saya juga saya menukilkan sesuatu pada hari Jumaat ini. Walaupon sudah lewat petang, tapi masih di dalam hari Jumaat bukan..? Saya cuba untuk meninggalkan sesuatu yang berharga pada setiap hari Jumaat di belog ini; sesuailah dengan status hari Jumaat sebagai Ketua Kampung segala hari. Hihihi.. Moga bermanfaat, biidznillah!

Apa-apa jalan, saya ingin berkongsi secoet ilmu di dada yang tidak seberapa ini dengan anda semua wahai para pembaca budiman sekalian. Anda sudikah memerima perkongsian ini..? Kalau anda tak sudi pon tak mengapalah, kerana saya peduli apa, saya nak beli banyak-banyak saham sorga saya ni! Wahahaha.. Eh. 

Sayyid Qutb di dalam Muqaddimah Fi Zilal al-Quran (Di Bawah Bayangan al-Quran) ada menyatakan:

"Aku telah hidup di bawah bayangan al-Quran dan di sana aku dapat menikmati kefahaman yang sempurna dan meliputi, tanggapan yang tinggi dan bersih terhadap alam al-wujud, terhadap matlamat seluruh alam al-wujud dan terhadap matlamat kewujudan manusia itu sendiri..."

Ini adalah pengakuan agung, suci dan tulus, datang daripada seseorang yang telah dikurniakan Allah dengan kelebihan  untuk melihat dan memahami al-Quran daripada kaca mata yang sumpah kool. Bukan semua orang terpilih untuk diberikan Allah dengan kaca mata yang super hebat sebegitu; ramainya daripada kita terhegeh-hegeh mahu memakai kaca mata hitam mata belalang cap Rayban itu. Ok random.

Kata Sayyid Qutb, dalam kita membaca al-Quran, kita sewajarnya dapat  menghayati tiga perkara yang utama:

1) Hakikat alam, yakni persepsi atau tanggapan kita terhadap alam dan seluruh isinya. Tidak sama tanggapan orang Islam terhadap alam ini dengan orang yang bukan Islam. Dan tidak sama tanggapan orang yang membaca, mentaddabur dan menjiwai al-Quran terhadap alam ini dengan orang yang lebih gemar membaca Harry Potter dan majalah Mangga.

2) Tujuan alam ini diciptakan. Mengapa Allah menciptakan gunung-ganang, matahari, awan, hujan dan sebagainya? Apa tujuan binatang ternak diciptakan?  Mengapa ada sesetengah benda atau perkara yang tampaknya tidak relevan kepada kita - contohnya dinasor - diciptakan oleh Allah? Apakah kepentingan semua ini kepada kita?

3) Tujuan dan hakikat manusia diwujudkan. Bagaimana kita dapat memahami tujuan hidup kita berdasarkan kefahaman kita kepada perkara (1) dan (2).

Yang ingin saya kongsikan dengan riang gembiranya adalah perkara nombor (2) dan Insha-Allah, perkara (1) dan (3) akan tereksplen dengan sendirinya. Hohoho.. 

Anda rasa-rasalah, apakah tujuan kucing yang comel-comel gebu-gebu kaler oren belang-belang di sebelah rumah mak cik jiran itu diciptakan oleh Allah..? Apa signifikannya sehelai daun gugur di benua Afrika sana? Apa kena-mengena ekosistem di hutan hujan Amazon dengan kita di Malaysia..?

Kalau anda tak boleh nak rasa, meh sini dengar apa yang Allah kata:

 "Dia telah meninggikan bangunannya lalu menyempurnakannya, dan Dia menjadikan malamnya (gelap gelita) dan siangnya (terang-benderang). Dan setelah itu bumi Dia hamparkan. Darinya Dia pancarkan mata air dan (ditumbuhkan) tumbuh-tumbuhannya. Dan gunung-gunung Dia pancangkan dengan teguh. (Semua itu) untuk kesenanganmu dan untuk haiwan-haiwan ternakmu."
[an-Nazi'at, 79:28-33]

Dan juga:
"Dialah (Allah) yang menciptakan segala apa yang di bumi untukmu..."
[al-Baqarah, 2:29]

Ha, jadi dah nampak dah kenapa jejarum emas berselingkar tumbuh di belakang rumah anda tu? Dah faham dah kenapa di Kutub Utara anda penguin tetapi bukan di Pualu Tioman? Dah tahu dah kenapa hari ni hujan lebat, petang semalam panas terik dan esok pagi sejuk sungguh nyaman ibarat mengunyah gula-gula getah Wrigley's heyy..!

Err.

Wahai! Semuanya apa yang berlaku Allah ciptakan untuk kita! Ya, untuk kita, manusia. Hatta makhluk-makhluk atau perkara-perkara yang pada kita tampaknya ibarat tidak relevan, ya mereka ini juga dijadikan khas oleh Allah untuk kita semata. Subhanallah.. 

Anda kurang percaya..? Baiklah, mari saya berikan satu contoh; dinasor. Cuba fikirkan, apa faedahnya Allah menciptakan dinasor berjuta-juta tahun sebelum kewujudan manusia? Malah ketika dinasor sudah pupus, hanya berjuta-juta tahun selepas itu baharulah manusia pertama (Nabi Adam AS) diturunkan ke muka bumi. Maknanya, manusia dan dinasor tidak pernah bertemu mesra bertentang mata, apatah lagi bertepuk-tampar riang gembira.

Maknanya juga, manusia zaman dahulu kala tidak pernah mendapat faedah daripada kewujudan dinasor yang telah pon tamat riwayatnya lama sebelum manusia beranak-pinak di muka bumi. Mereka tidak pernah berpeluang untuk menikmati daging dinasor. Mereka tidak berkesempatan untuk bergaya dengan tas tangan kulit dinasor atau beg duit yang dihiasi dengan gigi dinasor. Tidak pernah. Abes tu, tanya anda sambil mencekak pinggang tanda tidak puas hati, apa faedahnya Allah menciptakan dinasor sebab tadi dah kata yang Allah menciptakan segala-galanya untuk manusia..??

Ha, jawapannya ada pada stesen Petronas di tepi selekoh nak masuk sekolah rendah adik anda tu. Hihihi.. Ya, minyak petrol lah jawapannya! Sekiranya dinasor tidak Allah ciptakan berjuta-juta tahun yang lampau, alamatnya sekarang ini kereta yang sedang anda naiki itu berenjin minyak masak atau minyak anginlah nampak gayanya! Wahahaha.. Ada jin pakai petrol? Ada harimau bintang guna petrol untuk bekalkan dia dengan tenaga tambahan? Ada mana-mana tumbuhan di dunia ni yang perlukan petrol untuk menjalankan proses fotosintesis? Takde kan..? Siapa yang guna? Manusia.

Dinasor pon dah rancang awal-awal dah apa tujuan hidup mereka; untuk manfaat manusia! Hohoho.. [Kredit]

Sekiranya kita perhatikan sekeliling kita, segala tok nenek makhluk, benda dan entiti yang ada, semuanya diciptakan untuk kegunaan dan faedah manusia. Kadang-kadang mungkin kita tak nampak apa faedahnya Allah ciptakan sesuatu benda itu. Tetapi seperti dinasorlah, mungkin rahsia kegunaan dan keunggulannya masih belum tersingkap lagi. Malah mungkin kita, anak-anak kita dan cuci-cicit kita pon belum tentu dapat melihat dan menyingkap rahsia kehebatan sesuatu ciptaan Allah itu. Mungkin Allah belum mahu membongkarkannya!

Maka kini kita harus menjawab persoalan yang lebih utama; apakah tujuan kita hidup di muka bumi ini, yang telah disiapkan dengan pelbagai sarana, makhluk, kesenangan dan entah macam-macam lagi, yang semuanya diciptakan untuk kita..??

Analoginya begini; anda diterima untuk bekerja di sebuah syarikat. Di hari pertama anda bekerja, anda begitu teruja dengan layanan dan kemudahan yang diberikan di syarikat tersebut. Anda diberikan meja anda yang sendiri. Bukan setakat itu, anda dibekalkan pula dengan komputer riba tercanggih abad ini, beserta telefon bimbit skrin sentuh yang terkini. Anda juga diberi elaun harian selain daripada gaji anda yang setiap bulan itu. Kemudahan-kemudahan yang ada juga cukup mengangakan mulut anda; mesin pembuat aiskrim paddlepop, peti ais yang penuh dengan makanan, gula-gula, cokolat dan snek lazat menjilat jari dan tidak dilupakan Nini Cokolat Celup.

Dengan segala kelebihan dan kemudahan yang telah diberikan kepada anda, anda rasa-rasalah, apakah harapan dan jangkaan majikan anda kepada anda..? Pastinya mereka mengharapkan anda bekerja seperti Super Saiya bukan..? Sudah tentunya mereka menjangkakan anda akan menjadi super produktif dan lebih rajin daripada semut dengan segala insentif dan kemudahan yang ada. Bukan begitu..?

Ya, samalah dengan kita di dunia ini. Sudah begitu banyak nikmat, kelebihan dan kemudahan yang Allah kurniakan kepada kita; sudah tentunya ada tugas dan tanggungjawab yang perlu kita laksanakan bukan? Sudah semestinya Allah mengharapkan sesuatu daripada kita bukan..? 

"Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu..."
[az-Dzariyat, 51:56]

Nah, apa lagi yang kita mahukan? Semuanya sudah diberikan secara percuma kepada kita oleh Allah yang Maha Pengasih, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Pernah ke Dia bayar kita dengan tunai setiap kali kita melalukan maksiat trang tang tang depan mata? Pernah ke dia tarik nikmat oksigen daripada kita setiap kali kita melewat-lewatkan solat? Pernah ke secara tiba-tiba mata kita tercungkil keluar dengan sendirinya setiap kali kita melihat perkara-perkara yang haram? Pernah ke lidah kita terbakar sampai hangus bila mana kita mengumpat, mencaci dan melemparkan tuduhan palsu pada orang lain..? Pernah..?

Dan Allah hanya mengharapkan kita menjadi hambaNya yang taat dan patuh kepadaNya.

Ingat! Allah sudah menciptakan dan menyediakan berbagai-bagai jenis nikmat, kemudahan dan kelebihan untuk kita, umat manusia. Zalimlah kita kepada lembu-lembu corak batik di New Zealand, beruang panda gebu-gebu di China, ikan salmon lompat girang di Amerika dan koala malas gemuk-gemuk di Australia sekiranya kita tidak memanfaatkan semua yang diciptakan untuk kita itu sebaik-baiknya. Zalim!

Kenali hakikat alam ini, ketahui mengapa semuanya diciptakan untuk kita dan fahami tujuan hidup kita; nescaya kita juga dapat menjadi seperti Sayyid Qutb, memakai kaca mata Islam yang sungguh kachak bergaya. Ok mungkin tak dapat jadi sebijik-sebijon sepertinya, tetapi sekurang-kurangnya kita mencuba!

Jadilah seperti dinasor purbakala; walaupon kewujudan dan keberadaan mereka tiada relevannya di saat mereka masih bernyawa, namun jasa-jasa yang mereka tinggalkan cukup bermanfaat buat jutaan umat manusia, jutaan tahun selepas ketiadaan mereka!

-gabbana-

Tengsomac kepada Dr. Yue Qiu Wai untuk huraian Muqaddimah Fi Zilal al-Quran yang sunggung ekselen. Hanya Allah yang bisa membalas jasa dan sumbangan berharga anda.

Nantikan sesi huraian yang kedua. Kacang pis.

Oh oh, dan jangan lupa berpuasa esok hari, hari Arafah! Rugi wooo sapa tak posa...!

15 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 04/11/2011, 18:23  

ha'ahlah..bru terbkk sket kpla otak neh..kih2..thnkss inche gabbana.

Watak Sampingan 04/11/2011, 18:50  

salam inche gabbana...
post anda x pernah mengecewakan!!

Unknown 04/11/2011, 19:53  

Dr Yue Qiu Wai . ok haha

tu je nak cakap

annaaffifah 04/11/2011, 20:27  

salam alaik ya akhi! terbaek! alhamdulillah anda dikurniakan kepala minda bergeliga super hebat!

Anonymous 04/11/2011, 20:40  

masyaAllah... dapat kaitan antara surah drpd Dr Yue Qiu Wai. harus jeles kot.

baruhabiskelasmikrob 04/11/2011, 22:19  

Terima kasih untuk hasil tulisan yang menceriakan pagi ini. Semangat pergi kelas tadi.

Tiba-tiba dapat terkaitkan dengan apa yang baru dipelajari dalam kelas mikrobiologi itu hari.

Anonymous 05/11/2011, 00:54  

haaa inche gabanna tak pernah tgk iklan beruang kutub dengan penguin yea?

penguin duduk kat kutub selatan, beruang kutub duduk kat kutub utara, sebab tu beruang kutub takboleh makan penguin. ngeh3

'abid 05/11/2011, 00:58  

perkongsian yang sungguh bermakna... DR UQY?...lama x dgr perkongsian dr dia ^_^

Hisham Mahir 05/11/2011, 01:57  

like je la. hahaha. :)

Unknown 05/11/2011, 07:37  

Hehe, nice thoughts.

Walaupuns snanya Petroleum is not derived form dinosaurs. It is mainly made from organic materials such as Zooplanktons and algae.

But who cares? that is an urban myth - even Petrosains pun letak T-reks boleh nyanyi tuh. hehe.

anyways, it is the message yang bagus gila.. eh tak gila, bagus sangat :)

ilovedolce 05/11/2011, 17:03  

rindu nak peluk koala gemuk malas comel gebu..

Anonymous 05/11/2011, 20:14  

http://blog.huijan.com/2011/11/homosexuality.html#comments

pieja zainuddin 06/11/2011, 03:25  

love all ur post!..it's simple but meaningful..hebat~

Unknown 06/11/2011, 14:07  

terima kasih untuk post yang menyedarkan diri saya yg selalu leka ni. cam saya ni, dah tau dah ni semua, bukan x tau, tp dek kerana dri sendiri yg selalu lupa & leka tu yg tak jlnkn tjwb dgn betul2, kena selalu ada yg mengingatkan. berdoa utk perbaiki diri ke sesuatu yg lebih baik. Amiin. TQ again.

Anonymous 07/11/2011, 17:46  

nice writting.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP