18 November 2011

Revolusi Bulatan Gembira 3.0


[Sesuai untuk bacaan mereka yang sudah mengikuti bulatan gembira et lis setahun sahaja. Sekiranya belum cukup setahun atau masih belum menyertai mana-mana bulatan gembira, sila pergi bermain baling selipar di tepi padang. Sekian.]

Dalam siri-siri Revolusi Bulatan Gembira sebelum ini, saya banyak menekankan tentang peranan seorang Murabbi dalam menjadikan bulatan gembira yang dibawanya benar-benar hidup, riang dan gembira.

Hakikatnya, bulatan gembira adalah suatu institusi keluarga; sebuah institusi yang hanya akan berfungsi apabila setiap daripada ahlinya memainkan peranan masing-masing dengan berkesan dan penuh bergaya. Hubungan yang hidup dan berjalan di dalamnya adalah suatu bentuk hubungan dua hala, dan bukannya sehala sahaja. Anda bayangkanlah sekiranya berjela-jela anda mendinding rakan anda di MukaBuku dan apa yang anda dapat sebagai balasan hanyalah sekeping biskut kering cap Ping Pong.

Sungguh terasa seperti hendak terjun daripada bangunan tiga puluh tiga tingkat bukan..?

Begitulah perasaan seorang Murabbi apabila sesudah dia merasakan yang dia telah menjalankan tugasnya berabes baik, juga telah dicubanya semua tips-tips di dalam Revolusi Bulatan Gembira 1.0 dan Revolusi Bulatan Gembira 2.0 *koff koff*, tetapi si mutarabbi langsung tidak memberikan maklumbalas yang memberansangkan. Lebih mengalirkan peluh besar lagi adalah sekiranya mutarabbi langsung tidak menghargai usaha-usaha gigih dan penuh bersemangat Murabbinya itu. Aduhai, sungguh kejam di situ.

Revolusi Bulatan Gembira 1.0


Revolusi Bulatan Gembira 2.0

Sudah beberapa kali saya menerima email yang meminta nasihat, bagaimana mahu berbulatan gembira yang benar-benar hidup dan berkesan. Kebanyakannya pantas menyalahkan Inche Murabbi atau Puan Murabbiah mereka. Tidak kurang yang menyatakan hasrat untuk menukar bulatan gembira. Saya boleh bayangkan perasaan Inche Murabbi dan Puan Murabbiah mereka sekiranya mereka mendapat tahu tentang hal ini; paling-paling pon mengalir jugalah empat lima titik air mata. Hohoho..

Jawapan saya untuk email sebegini selalunya mudah dan cukup lurus ke hadapan; muhasarawak diri sendiri terlebih dahulu. Sebelum kita menuding jari kepada Inche Murabbi dan Puan Murabbiah kita, tuding dahulu semua jari-jemari yang ada (termasuk jari-jari kaki kita wahahaha..) kepada kita terlebih dahulu.  

Benarkah Inche Murabbi dan Puan Murabbiah tidak menjalankan tugas mereka sebaiknya? Atau kita sebenarnya yang gagal memenuhi hak-hak bulatan gembira tersebut? Betul ke mereka gagal memahami kehendak dan keperluan kita sebagai hanak hekan anak bulatan gembira, atau kita yang sombong dan tidak responsif apabila mereka bertanyakan perihal diri kita? Tepatkah sangkaan kita yang mereka ini tidak pandai dan bijak mengendalikan bulatan sembira, sedangkan kita yang selalu datang lewat ke bulatan gembira, tidur dan tidak fokus ketika bulatan gembira dan tidak bersedia dengan tugasan yang diberikan kepada kita..?

Eh, kenapa baju anda basah kuyup tu..? 

Dan sudahkah kita benar-benar berusaha untuk memahami konsep taaruf, tafahum dan takaful, tiga pasak utama yang membentuk sesebuah bulatan gembira itu? Atau kita sekadar mengingatinya dan menghafalnya, tapi langsung tidak endah untuk menjiwai ruh sebenar sebuah bulatan gembira?

Bulatan gembira tidak mungkin, mustahil untuk hidup dan menjadi benar-benar kool dan osem, sekiranya kita meletakkan pengharapan seratus lapan puluh lapan persen kepada Murabbi kita semata-mata. Kita dan Murabbi kita adalah ibarat henpon dan kredit pra-bayar; apa guna henpon tanpa kredit bukan..? (Ok analogi ni dah kurang relevan zaman moden ni sebab henpon dah boleh buat macam-macam dah. Hohoho.. Sila terima sahaja analogi ini dan jangan rosakkannya heyy!)

Kita dan Murabbi kita saling melengkapi. Bulatan gembira yang hidup adalah di mana berlakunya hubungan bukan setakat dua hala, malah berhala-hala (Antara Murabbi-mutarabbi dan sesama mutarabbi) yang berkesan, efektif dan efisien di dalam bulatan gembira tersebut. 

Komunikasi yang berkesan itu sumpah penting untuk bulatan gembira yang osem, tahu..?? [Kredit]

Maka izinkan saya untuk berkongsi beberapa tips yang mungkin bersesuaian untuk diaplikasikan oleh anda semua untuk meningkatkan kecekapan perhubungan ini sebagai seorang mutarabbi. Sekiranya ada masalah di dalam wayar perhubungan di dalam bulatan gembira anda sebelum ini (mungkin digigit tikus atau disambar halilintar), harapannya dengan tips-tips ini, dapatlah ia menyambungkan semula perhubungan ini, biidznillah. Mencuri moto syarikat Henpon Nokiah-  Revolusi Bulatan Gembira: Connecting People. Wahahaha.. 

1) Tak kenal maka tak-aruf. Sudahkah anda benar-benar mengenali Inche Murabbi dan Puan Murabbiah anda? Anda mungkin tahu yang dia bekerja sebagai penangkap ikan professional, memiliki sebuah kereta kebal, sudah berkahwin atau belum, asal mana, dulu belajar di mana... Yang paling hebat pon mungkin boleh mengingati tarikh lahirnya bila. Tapi, err, takkan itu sahaja..?

Bayangkan perasaan mereka; mereka begitu bersusah-payah untuk mengenali diri kita. Entah bermacam game taaruf yang dibuatnya, semata-mata untuk mengenali diri kita dengan lebih dekat. Mereka tampaknya begitu jujur dan tulen dalam mahu mengenali diri kita dengan lebih mendalam. Tetapi kita..? Langsung tiada inisiatif untuk menunjukkan yang kita berminat untuk mengenali dirinya. Aduh, hancur luluh perasaan mereka tahu?

Bukan setakat tiada inisiatif, malah kadang-kadang tu kita langsung tidak tahu pon maklumat-maklumat asas tentang dirinya. Eh, Inche Murabbi itu adalah orang yang mahu membentuk anda, membimbing anda menjadi mujahid setia dan orang yang banyak berkorban hanya semata-mata mahu melihat anda menjadi insan yang lebih mulia tahu...? Tidak mahukah anda mengenali insan yang begitu Super Saiya dengan lebih mendalam..?

Konsep taaruf di dalam bulatan gembira itu bukan hanya terbeban pada bahu Inche Murabbi sahaja. Anda juga bertanggungjawab untuk mengenali, bukan sahaja rakan-rakan sebulatan gembira, tetapi insan mulia yang membawanya. Hanya selepas kita betul-betul kenal dengan Inche Murabbi kita, baharulah kita dapat tafahum; faham mengapa Inche Murabbi kita begini dan begitu.

Selama ini kita sangkakan Inche Murabbi adalah seorang yang pemalas, selalu tidak bersedia ketika bulatan gembira. Selepas mengenalinya, baharulah kita faham dan tahu yang dia sangat-sangat sibuk di opisnya. Sebelum ini kita selalu berprasangka yang Puan Murabbiah kita tidak berdisiplin orangnya; selalu sahaja datang lewat ke bulatan gembira. Lah, rupa-rupanya dia tinggal berpuluh batu jauhnya daripada kita! Dan kita selalu berasa tidak senang dan menyampah dengan Inche Murabbi kita yang macam kanak-kanak perangainya; terlalu riang dan selalu sahaja teruja. Tidak matang! Tetapi setelah bertaaruf dengannya, menyelami hati budinya, barulah kita sedar yang latar belakang dan suasana persekitaran yang menjadikan Inche Murabbi kita sebegitu.

Nah! Begitu indah bukan bulatan gembira kita kini, apabila kita tidak perlu lagi tergaru-garu kepala, berserabut jiwa untuk bersangka itu dan ini terhadap Murabbi kita..? Senyum.

Sekali-sekali, ambillah henpon mahal anda itu dan hantarlah pesanan ringkas kepada Murabbi anda:

"Inche Murabbi, tadi saya tengok Inche Murabbi macam penat je. Inche Murabbi ok ke..?"

Wahai, pasti tersenyum lebar macam kera sumbang Inche Murabbi anda sepanjang hari!

Apa anda ingat Inche Murabbi anda kerjanya membawa bulatan gembira sahajakah..? [Kredit]

2) Anda tidak berperasaankah? Susah sangatkah untuk menjadi lebih responsif terhadap Inche Murabbi kita..? Ini tidak, ditanyanya kita sepuluh patah, kita jawab sepatah. Ditanyanya kita dua puluh lapan patah, dijawabnya kita sepatah juga. Haduih, mana tidak gugur rambut Inche Murabbi anda itu..?

Salah satu cara untuk Inche Murabbi menganalis anda adalah apabila anda memberikan maklum balas di dalam bulatan gembira. Dan analisa ini terlalu amatlah super penting untuk dia menyusun anda. Ya, anda bukan tetris mahupon lego; tetapi penyusunan ini penting untuk kesinambungan tarbiyyah anda. Bayangkan, disebabkan 'bisu'nya anda di dalam bulatan gembira, anda yang sewajarnya sudah boleh berjalan-jalan di udara, masih merangkak-rangkak di atas tanah. Betapa ruginya anda!

Tunjukkan yang anda juga amat berminat dan bersemangat di dalam bulatan gembira (walaupon bulatan gembira itu sebenarnya hambar). Percayalah, keterujaan anda pasti akan membuatkan Inche Murabbi dan Puan Murabbiah anda juga sangat bersemangat untuk berbulatan gembira! Ia adalah satu bentuk hubungan simbiosis; anda saling membantu untuk menghidupkan bulatan gembira anda.

Secara jujurnya, setiap kali saya perlu ke Kolej Maha Busy untuk berbulatan gembira, saya selalunya penat tahap ular baru bersalin kulit. Hohoho.. Pulang sahaja dari opis, saya terus bergegas, bersiap untuk ke sana. Dan perjalanan yang agak jauh menyebabkan punggung saya hampir-hampir lumpuh. Wahaha.. Tapi ketika berjumpa hadek-hadek terchenta dan berbulatan riang gembira bersama mereka, penat dan lelah saya hilang secara ajaibnya. Sungguh gembira melihat wajah-wajah teruja yang dahagakan kasih-sayang tarbiyyah. Macam anak kucheng yang menggesel-gesel kepalanya kerana hendak makan. Wahahaha. Eh.

Pegang kata-kata saya ini; anda akan melihat perubahan yang drastik pada bulatan gembira anda, sebaik sahaja anda menukar sikap anda yang mahu tak mahu dan Aiman tak kisah itu. Bantu Murabbi anda untuk bantu anda..! (Eh macam familiar je moto ni.. Hohoho..)  

3) Minum Milo Anda Jadi Sihat dan Kuat! Err. Macam tiada kena-mengena sahaja. Hoh. Sebenarnya nak bagitahu, yang kita perlu pro-aktif di dalam bulatan gembira kita. Sekiranya Inche Murabbi memberikan tugasan kepada kita, bukan sahaja kita siapkan tugasan tersebut, malah kita buat lebih lagi daripada itu! Walaweh. Bukan nak mencapub, tapi percayalah, anda sebenarnya akan membantu untuk menghidupkan suasana apabila anda pro-aktif sebegitu.

Dan sekiranya Inche Murabbi tidak memerlukan pon bahan-bahan ekstra yang telah anda sediakan tu, anda tak rugi apa-apa; banyak yang telah anda pelajari sepanjang anda membuat kajian dan pencarian untuk tugasan anda itu. Bukankah begitu?

Menjadi pro-aktif juga terlalu amat penting apabila bulatan gembira anda hambar, lemau dan tidak bertenaga. Ya, mungkin silap Inche Murabbi juga, tetapi takkan kita nak biarkan bulatan kita menjadi bulatan merana tidak bermaya..? Mainkan peranan anda. Tolak (baca: Push) Inche Murabbi anda supaya dia lebih bersedia dan bertanggungjawab. Tetapi of kos lah kena jaga adab dan tatasusila.

Sekiranya Inche Murabbi anda malas orangnya, sering membatalkan bulatan gembira dan sebagainya, paksarela (dengan kasih-sayang) dia untuk bergerak dan jalankan amanahnya itu. Katakan kepadanya, anda punya hak untuk dibulatan-gembirakan. Anda perlu pro-aktif untuk menyelamatkan diri anda, untuk memastikan tarbiyyah anda berjalan langsung. 

Dan sekiranya bulatan gembira anda adalah bulatan gembira yang membosankan, tidak ceria dan terlalu seriyes, jangan terlalu berharap kepada Inche Murabbi anda untuk merubah keadaan itu. Mulakan dengan diri anda terlebih dahulu; hidupkan suasana dan jadikan bulatan anda benar-benar riang dan gembira. Mungkin anda boleh cadangkan kepada Inche Murabbi anda untuk main game *koff koff* tarbiyyah, menukar tempat bulatan gembira kepada tempat yang lebih menarik, anda masak lauk hazab sedap untuk bulatan gembira anda dan sebagainya.

Sikap anda ini juga akan memberi manfaat besar kepada rakan-rakan anda yang lain. Mereka juga akan mendapat faedah besar daripada sikap anda yang positif ini. Tenaga yang positif akan menghasilkan aura dan hasil yang positif juga! Senyum kenyit mata.

4) Menjadi MatPot kadang-kadang bergaya juga. Kadang-kadang rakan sebulatan gembira anda pendiam orangnya. Dan anda tahu dia punya masalah tetapi dia segan untuk meluahkannya kepada Inche Murabbi. Anda tahu, walau ribut taufan melanda, bumi terbelah dua dan gunung berapi memuntahkan isinya sekalipon, rakan anda itu lebih gemar untuk membisu.

Di sinilah anda memainkan peranan anda sebagai MatPot. MatPot di sini membawa konotasi yang positif, memandangkan ia untuk kemaslahatan dakwah dan tarbiyyah. Dan anda jelas dan faham, tujuan anda melaporkan perihal rakan anda itu kepada Inche Murabbi tiada yang lain melainkan kechentaan anda kepada rakan anda itu, selain mahu melihat bulatan gembira anda benar-benar hidup dan berperasaan. Apatah lagi sekiranya masalah tersebut adalah masalah yang seriyes yang boleh mempengaruhi perjalanan dakwah dan tarbiyyah.

Ketahuilah, kebanyakan Inche Murabbi dan Puan Murabbiah punya limitasi dan masalah mereka sendiri; disibukkan dengan pelbagai perkara sehinggakan kadang-kadang mereka tidak punya masa untuk betul-betul mengorek dalam masalah ahli-ahli bulatan gembiranya. Ya, memang tugas mereka untuk bermuayasyah (bergaul mesra) dengan hadek-hadek bulatan gembira mereka, tetapi yalah, mereka juga manusia biasa. Ada kelemahan dan kekurangan mereka yang tersendiri.

Maka bantulah Inche Murabbi anda supaya dia lebih berupaya untuk memahami setiap daripada ahli bulatan gembira dengan lebih baik. Dan saya yakin, seandainya rakan anda itu terasa hati atau marah dengan tindakan anda itu kerana 'membocorkan rahsianya', rajuknya itu tidak lama kerana lambat-laun dia juga akan tahu yang anda berbuat demikian adalah semata-mata sayangnya anda kepadanya demi Islam dan dakwah.

5) Sharing maring is caring daring. Muayasyah adalah salah satu aspek yang cukup penting dan besar dalam tarbiyyah, espeseli untuk bulatan gembira. Seorang Murabbi itu amat perlu bermuayasyah dengan hadek-hadek mereka dalam usaha untuk memahami setiap daripada ahli bulatan gembira dengan lebih berkesan.

Tetapi Inche Murabbi anda bukanlah seorang Superman; dia tidak punya mata X-Ray untuk menembusi hati dan jiwa anda. Arakian andalah pada masa yang sama perlu lebih terbuka kepadanya. Tiada sebab untuk anda tidak mempercayainya, kerana anda tahu dia adalah Murabbi anda di atas jalan dakwah dan tarbiyyah ini; tiada yang lain yang diingininya melainkan melihat anda menjadi seorang Super Saiya yang boleh mengeluarkan Kamehameha suatu hari nanti. Eh.

Berkongsilah kegembiraan dan kedukaan anda dengan Murabbi; pasti anda akan terasa lebih dihargai! (Seriyes tak boleh nak resist gambar ni..) [Kredit]

Melainkan anda ada sejarah hitam dengan Inche Murabbi anda, atau anda tahu sesuatu tentang Inche Murabbi anda itu, saya tidak melihat sebarang alasan untuk anda tidak menceritakan masalah atau apa-apa sahaja kepadanya. Tiada sebab untuk anda tidak tsiqah padanya, melainkan anda pernah menyaksikan dia melakukan sesuatu yang menggugurkan tsiqah anda itu. 

Dan hatta Inche Murabbi anda tidak boleh menyelesaikan masalah anda itu sekalipon, percayalah, hanya dengan meluahkannya pada seseorang yang anda boleh percayai, anda akan berasa sangat lega, selega menyapu minyak angin cap kapak pada perut yang kembong! Wahahaha.. Dan percayalah juga, kedua-dua anda akan berasa lebih dihargai apabila anda bersikap lebih terbuka untuk menceritakan baik masalah mahupon apa-apa sahaja. Luahkan semuanya!

Carilah masa-masa romantik *muntah* untuk bermuayasyah dengan Inche Murabbi anda. Seperti point 3 di atas, sekiranya anda benar-benar memerlukan masa untuk bersendirian dengan Inche Murabbi anda, pintalah masa khas untuk anda bersama-samanya. Dan sekiranya anda tidak selesa untuk berkhalwat dengan Inche Murabbi anda, ajaklah rakan anda untuk menemani anda bersama.

Oh dunia sekarang ini sungguh canggih tahu..? Sekiranya tiada masa untuk muka bertemu muka, anda boleh juga 'berkasih-sayang' menggunakan henpon, MukaBuku, koling koling dan sebagainya.

"Wo ai ni, i love you, aku cinta padamu... Naan unnai kathakaraen, saranghaeyo, aishiteru.. Kami tunggu anda malam ni.. Rindu nih... =)"

Pengsan. 

6) Sekali-sekala apa salahnya belikan hadiah untuk Inche Murabbi atau Puan Murabbiah anda atau belanja mereka makan yang sungguh aduhai lazat super! Mereka juga manusia biasa yang perlukan kasih- sayang *koff koff koff*

Begitulah lima (tambah satu) tips (untuk masa ini) yang mampu saya kongsikan. Dan seperti revolusi-revolusi yang sebelum ini, kita mula sedikit-sedikit dahulu dan Insha-Allah, kita tingkatkan momentum kita apabila kita sudah mula melihat perubahan yang positif pada bulatan gembira kita.

Suka untuk saya tekankan sekali lagi yang bulatan gembira tidak mungkin hidup dan melompat kegirangan seandainya tiada hubungan yang berkesan antara Murabbi dan mutarabbinya. Di dalam post kali ini, saya tekankan peranan yang perlu dimainkan oleh kita sebagai seorang mutarabbi. Hakikatnya, seorang Murabbi juga perlu memainkan peranannya dengan aktif dan bersungguh-sungguh.

Sepertimana anda benar-benar mahu melihat hadek-hadek anda melekat dengan anda dan menghargai bulatan gembira yang anda bawa, ketahuilah, Murabbi anda juga menyimpan hasrat yang sama. Treat others as you wish to be treated. Sekiranya kita mahu hadek-hadek kita benar-benar menghargai bulatan gembiranya, maka kita dahulu perlu menghargai bulatan gembira kita sendiri.

Sebenci dan semenyampah mana sekalipon kita pada bulatan gembira kita, percayalah, ia boleh diubah sekiranya kita ubah sikap dan perangai kita terlebih dahulu. Dan ingat, Allah itu Maha Adil! What comes around goes around! Sekiranya kita cukup degil, ego dan angkuh, langsung tidak melihat kesalahan dan peranan kita dalam menyebabkan bulatan gembira kita mati dan tidak bermaya, suatu hari nanti tidak mustahil hadek-hadek kita akan melakukan perkara yang sama kepada kita..! Ketika itu, penyesalan dan menangis keluar air sirap bandung pun tidak berguna..!

"Tidak beriman salah seorang daripada kamu selagi mana dia tidak mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri."
[Mutafaqun 'alaih]
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi mereka tidak mengubah nasib mereka sendiri!"
[ar-Ra'ad, 13:11]

Apa yang anda tunggu lagi? Ayuh kita sebar-sebarkan benih-benih kechentaan di dalam bulatan gembira kita..! Chentai bulatan gembira anda sesungguhnya, sebelum anda mengharapkan kechentaan anda dibalas..! 


Ketika chenta berbulatan gembira..! Err.

-gabbana-

Akan bertolak ke Kuala Kangsar dengan Humaira' untuk berjaulah bersama keluarga pada esok hari. Hadek-hadek Kolej Yang-Namanya-Dirahsiakan meminta saya untuk datang singgah sebentar, tapi macam tak possible je. Muka sedih.

Susah juga bila orang dah berebut-rebut kasih sayang ni! Wahahaha.. Jelir lidah. Doakan keselamatan perjalanan pergi dan balik saya ya..? Maa'ssalamah!

13 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 18/11/2011, 18:24  

Salam.
Abg gabban,
taaruf,tafahum,takafful kan?
ke tanzim sama takafful?
sy masih baby dlm bulatan nie..

ibi_corp 18/11/2011, 21:46  

luahan d fahami....hehe

Anonymous 18/11/2011, 22:33  

tanfiz? APAKAH? =,=
bagaimana pula dgn taarif dan takwin? ok pening. @_@

Sayap Pejuang 18/11/2011, 22:50  

saudara gabbana, mcm mna pula tips utk murabbiah yg msh bru dlm bulatan gembira ini? hrp dpt membantu... jazakallah

Anonymous 18/11/2011, 23:34  

saya terasa bila mutarabbi saya memang jenis xmau bercakap dalam bulatan riang dan xrasa pentingnya bulatan riang dan selalu memberi alasan.. sampai saya terfikir.. adakah mereka belum sedia ditarbiyah?
erm.. mungkin belum cukup taaruf macam encik cakap..

Inche gabbana 19/11/2011, 00:51  

hahaha.. silap silap! patutnya mmg takaful! yg tanfiz tu ntok taarif, takwin dan tanfiz! hohoho..

terima kasih ntok teguran! ;) (dan maaf sbb mengkonpiuskan.. huhu..)

Inche gabbana 19/11/2011, 00:52  

sayap pejuang: cuba try baca Revolusi Bulatan Gembira 1.0 dan 2.0 dulu, tgk camne.. harap membantu biidznillah.. ;)

Inche gabbana 19/11/2011, 00:53  

enonimus III: uhm, mungkin anda belum lagi berjumpa dgn kunci yg boleh membuka hatinya..?

cuba lagi, jgn sesekali berputus asa! ;D

Anonymous 19/11/2011, 10:35  

Hmm..kdg2 kita ade mslh dgn hadek2 bulatan gembira yg dibawa tu sbb bulatan gembira sndiri n hbgn sesama ahli bulatan gembira sndiri pon xsegembira mane.masih ade calar balar dlm ukhuwwah sesama ahli bulatan gmbira sendiri..mslh yg blaku dgn hadek2 tu selalu nye mereflect mslh dlm bulatan gmbire murobbi tu sndiri..sedih thp super saiya da nih!adeh..

nyeh 20/11/2011, 09:01  

1st time sy join bulat g ada org kena rasuk jin komunis..serammm mcm *&^%&^

Anonymous 20/11/2011, 21:32  

sebenci dan semenyampah mana sekalipon kita pada bulatan gmebira kita, percayalah ia boleh diubah sekiranya kita ubah sikap dan perangai kita terlebih dahulu~~ statement yg sgt hebat, jika tidak kitra yg mulakan dahulu, siapa lagi~~ giga true!!!

Anonymous 21/11/2011, 04:06  

wuuu T_T
what goes around comes around.
buat bahek dibalas bahek.
adik bulatan tak reply text teringat dulu2 pun malas nak reply text murabbi bulatan.

Anonymous 14/01/2016, 00:34  

Mutarabbi sy pun sgt pendiam..
mgkin betul, sbb sy xjumpa lgi kunci utk buka hati dia.. tpi, mcm mna nk cari kunci buka hati dia tu?

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP