1 July 2011

Revolusi Bulatan Gembira


1789 dunia menyaksikan berlakunya revolusi Perancis yang menjatuhkan Raja Louis keenam belas, yang seterusnya mengubah sosio-politik dunia secara signifikannya.

Kemudian pada tahun 1917, sekali lagi dunia menyaksikan kebangkitan besar-besaran manusia yang tidak berpuas hati dengan sistem pemerintahan beraja. Maka berlakulah revolusi Bolshevik di Russia yang menjadikan fahaman komunis sebagai pegangan mereka.

Terbaru, Revolusi Jasmin di Tunisia yang menjatuhkan Presiden Zine El-Abidine Ben Ali. Juga Revolusi Mesir yang menyaksikan jatuhnya Firaun abad ke dua puluh satu, Hosni Mubarak.  

Manusia memerlukan perubahan dan kadangkala perubahan ini perlu berlaku secara drastik. Dramatik. Kerana itu mereka berevolusi. Hanya dengan berevolusi sahaja perubahan yang drastik dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan berkesan.

Kerana itu juga bulatan gembira memerlukan revolusi. Ok bunyinya seperti sedikit ektrem tetapi saya betul-betul seriyes. Sumpah.

Bulatan gembira yang bertindak sebagai platform untuk mendidik dan membina masyarakat sewajarnya 'hidup' dalam melaksanakan tugas-tugas tarbiyyah. Malangnya, berapa banyak agaknya bulatan gembira di luar sana yang mati, lesu dan layu..? Langsung tidak menggembirakan!

Kebanyakan bulatan gembira yang ada terlalu program-oriented; sibuk hendak mencapai kuota atau KPI yang ditetapkan. Terkejar-kejar untuk menghabiskan silibus. Tetapi bulatan gembiranya mati. Bulatan gembiranya tidak berjaya menyentuh hati-hati dan jiwa-jiwa yang dahagakan tarbiyyah. Bulatan gembiranya terlalus seriyes sehinggakan hadek-hadek yang datang berasa tertekan. 

Itu bukan bulatan gembira. Itu bulatan seriyes! Itu bulatan yang menyedihkan!

Dan banyak juga bulatan gembira yang gagal memenuhi hak rukun bulatan gembira itu sendiri. Taaruf contohnya. Sudahkah kita benar-benar mengenali hadek-hadek kita? Tahukah kita yang ibu si Ismail itu bekerja sebagai tukang kebun sekolah? Ingatkah kita yang tarikh lahir si Zubaidah adalah pada tanggal tiga belas Ogos? Kita sedarkah yang si Zailani Kasim itu tidak suka makan sayur? Bagaimana mahu tafahum, apatah lagi takaful kalau kita belum benar-benar mengenali hadek-hadek kita? Bagaimana..?

Bulatan gembira juga selalunya bosan dan kering. Bahan-bahan yang digunakan, aduhai mak minah sayang. Apa salahnya anda pelbagaikan bahan-bahan yang ada? Takkanlah setiap minggu mahu membaca 'Dasar-dasar Islam' atau 'Tauhid Zindani' semata? Bukankah anda seorang yang kreatif? Bukankah anda seorang yang bijaksana? Tetapi mengapa ketika berbulatan gembira anda tiba-tiba bertukar menjadi Inche Jumud dan Puan Bosan..?? Aduhai.

Bagi saya, di peringkat awal bulatan gembira, ketika masih di dalam tempoh taarif yakni memperkenalkan Islam kepada hadek-hadek ini, bulatan gembira perlu menjadi segembira yang mungkin. Obejktif bulatan gembira ketika ini adalah untuk menanamkan rasa gembira impak maksima dan keterujaan tahap awan guling di kalangan hadek-hadek. Kira makan mereka tidak basah, tidur mereka tidak kenyang dan mandi mereka tidak lenalah tanpa bulatan gembira! Hohoho..

Kadang-kadang mungkin boleh 'tadabur' komik dakwah atau lirik lagu dakwah. Atau mungkin juga boleh bermain permainan ukhuwwah di dalam bulatan gembira. Alah, anda kan kreatif! Pasti banyak idea-idea mengarut bernas anda yang boleh diguna pakai bagi memastikan bulatan gembira anda betul-betul gembira! 

Di sini saya kongsikan beberapa tips asas dalam usaha untuk menjadikan bulatan gembira anda adalah bulatan gembira yang hidup lagi sihat gemuk dan riang hey! Eh. 

1) Jadikan bulatan gembira anda seinteraktif yang mungkin. Berilah peluang untuk hadek-hadek anda bercakap dan melontarkan pandangan mereka, walaupon anda adalah seorang yang gila kuasa dan suka bercakap tidak berhenti-henti! Wahaha..

Apa? Hadek anda bisu? Sukar untuk berkongsi?

Satu slot yang selalu saya bawa di dalam bulatan gembira adalah tilawah dan tadabbur. Saya akan pilih satu surah untuk ditilawahkan beramai-ramai (mungkin seorang setengah muka, mungkin tiga ayat seorang. Terpulang!). Selepas itu, beri masa untuk tadabbur ayat. Suruh mereka pilih satu ayat yang paling mengalirkan air mata mereka atau buat mereka rasa teruja. 

Cara ini selalunya berkesan untuk hadek-hadek saya. Dan seringkali hadek-hadek yang pada mulanya segan untuk bercakap, akan teruja juga untuk berkongsi setelah melihat rakan-rakan mereka begitu bergaya dalam melontarkan pandangan. Juga cara yang amat bagus untuk anda menilai hadek-hadek anda.

Sering juga mereka mengeluarkan pandangan-pandangan bernas yang cukup menyenggamakan minda anda. Silap haribulan, anda juga boleh turut sama terbakar hangus dengan perkongsian mereka!

Cubalah!

2) Pelbagaikan bahan di dalam bulatan gembira. Selain beberapa bahan wajib kerana anda masih degil mahu juga menghabiskan silibus yang telah digariskan (hohoho..), ambil juga masa untuk berkongsi bahan-bahan yang boleh menceriakan suasana. Atau boleh juga artikel-artikel yang boleh menaikkan semangat mereka. 

Antara artikel yang sangat bagus yang pernah saya kongsikan di dalam bulatan gembira saya adalah Manusia Luar Biasa dan Dakwah Bukan Untuk Orang Manja, kedua-duanya boleh didapati di Dakwah.info kalau tak silap saya.

Juga, seperti yang saya katakan tadi, sekali-sekala perahlah otak anda yang kreatif itu untuk menggembirakan bulatan anda. Boleh bermain games ukhuwwah atau menguji kefahaman hadek-hadek. Boleh juga melakonkan watak-watak di dalam komik dakwah atau mentadabbur lirik-lirik lagu nasyid yang membangkitkan semangat.

Baru-baru ini ketika pasukan Kolej Maha Busy mengadakan bulatan gembira di sana, Inche WOTPOG telah membuat sesuatu di luar jangkaan manusia biasa bersama hadek-hadeknya. Mereka beramai-ramai bersandar antara satu sama lain sambil bertaaruf. Kemudian mereka berbaring pula membentuk bulatan bunga matahari. Ini.. Ini.. Ini sungguh kool..! Terasa cemburu juga melihatnya! Tapi takkanlah saya nak tiru ketika itu juga kan..? Tak macholah..! Wahahaha.. Peluh mengalir perlahan.

Bagaimana? Siapa kata bulatan gembira itu tidak boleh jadi bergaya..?

3) Tukar lokasi. Kalau setiap minggu asyik-asyik buat di surau sahaja, atau di tempat yang sama berulang-kali, siapa tak bosan..? Silap-silap kipas dinding yang pusing-pusing itu pon sudah bosan melihat anda setiap minggu di tempat yang sama..! Wahahaha..

Pernah suatu ketika, saya membawa hadek-hadek berbulatan gembira di astaka (mereka memanggilnya Pavilion) di tepi padang kolej mereka. Dan walaweh! Tindakan yang tampak simpel dan mudah macam tu berjaya menukar suasana bulatan tak berapa nak gembira sebelum itu kepada bulatan yang sangat gembira dan menayangkan gigi-gigi besar keterujaan! Hihihi..

Suasana yang kondusif memang terlalu amat penting untuk mewujudkan bulatan yang cukup riang gembira. Kalau buat di kawasan Rawat dan Rehat, dengan kereta memecut dan lalu-lalang setiap masa, aduhai, bagaimana mahu gembira? Carilah tempat yang paling kondusif dan efektif untuk berbulatan gembira. Dan tempat yang kondusif itu tidak semestinya tempat yang sunyi-sepi hanya bunyi cengkerik yang kedengaran tahu..?


Sumpah best kalau boleh berbulatan gembira kat sini! :O [Kredit]

4) Makanan yang lazat. Ok ini super penting. Esepeseli untuk hadek-hadek baru yang baru menyertai bulatan gembira. Anda tidak akan percaya betapa makanan yang fulamaweh sebenarnya boleh menjadi penarik utama mengapa hadek-hadek ke bulatan gembira.

Nak lagi meletop? Masak sendiri makanan tersebut. Pasti cair hadek-hadek makan makanan lazat tahap Masterchef Uganda masakan anda sendiri. Tapi kalau anda, err, goreng telur pon tak lepas, lebih baik pesan pizza Domino's sahajalah! Wahahaha..

Bekas hadek bulatan gembira saya sendiri ketika sesi pengakuan berani mati mengatakan di peringkat awal dia begitu komit untuk ke bulatan gembira adalah kerana makan malam yang disediakan secara percuma. Peluh kecil sambil gelak hohoho. Tetapi alhamdulillah, dia kini adalah seorang dai'e yang cukup pom pom pom Insha-Allah!

Kadang-kadang pisang goreng atau keropok lekor sebungkus sudah boleh menjadikan mereka cukup menghargai anda. Apatah lagi sekiranya hadek-hadek anda adalah pelajar sekolah atau kolej di tengah-tengah hutan. Pisang goreng panas adalah ibarat ayam panggang Nando's perisa pedas lazat buat mereka!  


Bayangkan.. Hadek-hadek yang sedang lapar, tiba-tiba anda datang dengan pisang goreng panas dan cendol sejuk. Kompem jatuh chenta! [Kredit]

Moto saya: Dari perut naik ke hati! Gelak kecil.

5) Muayasyah atau dalam bahasa ibundanya bergaul. Ini tak tahulah bagaimana saya nak tekankan betapa super pentingnya aspek muayasyah ini. Bulatan gembira yang betul-betul hidup hanyalah apabila seorang murabbi sudah mampu untuk bergaul mesra dengan hadek-hadeknya.

Anda tidak hanya datang sekali seminggu dua atau tiga jam berbulatan gembira dan kemudian sodaqallahul adzim bukan..? Itu bukan bulatan gembira namanya. Itu bulatan penyedut hampagas cap Pensonik. Anda perlu luangkan masa-masa istimewa bersama hadek-hadek anda. Carilah masa dan waktu yang sesuai untuk menyelami perasaan dan jiwa mereka. Bercakap bantallah (Baca: Pillow talk) bersama mereka. Tidak perlu lama. Lima sepuluh minit pon sudah bergaya. Yang penting hadek anda itu berasa benar-benar istimewa dan terasa diambil berat.

Percayalah. Hadek-hadek anda akan tersungkur, melutut setia pada anda sekiranya muayasyah anda berjalan dengan cantek dan berkesan. Gelak keji sedikit sambil tutup mulut.

Bagaimana? Tidak sukar bukan untuk menjadikan bulatan gembira anda betul-betul gembira?

Ok, lima tips cukuplah untuk setakat ini. Banyak je lagi tips-tips yang boleh dikongsikan, tetapi saya mahu beri anda peluang untuk mencungkil segala tok-nenek idea-idea kreatif anda untuk dimanfaatkan di dalam bulatan gembira nanti! (Alasan cliche orang yang dah kering idea. Wahaha..)

Oh! Ini hanya tips-tips peribadi saya tahu..? Saya tidak bertanggungjawab sekiranya bulatan gembira anda tiba-tiba bertukar menjadi bulatan ngeri misteri atau bulatan hyper kanak-kanak riang sekiranya menggunakan tips-tips saya ini! Hihihi..

Apa-apa pon, bulatan gembira sepatutnya menggembirakan dan bukannya menjadikan hadek-hadek berasa bosan atau malas untuk menyertainya. Tanam azam untuk jadikan bulatan gembira anda sesuatu yang amat dipandang hadapan (Baca: Look forward) oleh hadek-hadek anda!


Sungguh gembira bukan bulatan ini..? [Kredit]

Kita mahu membina manusia yang mahu dan sanggup memikul panji-panji dakwah ini. Dan tempat manakah yang paling sesuai untuk melaksanakan amanah ini selain daripada bulatan gembira yang betul-betul hidup dan basah..??

Jadikan bulatan gembira anda sebagai titik tolak untuk hadek-hadek anda berubah. Jadikan bulatan gembira anda sebagai garis permulaan untuk mereka mula memecut laju ke garisan penamat nanti. Dan jadikan bulatan gembira anda sebagai tapak semaian untuk benih-benih inqilab Islami. 

Untuk itu kita perlukan revolusi. Revolusi Bulatan Gembira. Hoyeeaahhh!

-gabbana-

Post ini tiada hubungan saudara-mara dengan peristiwa yang bakal berlaku pada sembilan Julai nanti. Hohoho..

Julai bulan keramat, bulan berkat. Bagus juga mulakan bulan Julai dengan post radikal seperti ini. Aman.

29 Caci Maki Puji Muji:

Izzati Hashim 01/07/2011, 16:41  

tips dari ketua geng revolusi bulatan gembira yg mantap (=

menarik2, lepas ni blh la cuba buat dgn adik2 yer. kalau tak berjaya juga, tatau nak kata apa dah =D



p/s : Julai bulan keramat, bulan berkat. Oh, birthday saya bulan ni!
peace! (=

Anonymous 01/07/2011, 18:16  

alhamdulillah, nampaknya semangat menulis datang kembali,dengan comeback yg 'radikal' ^^

sebelum ni dah cube beberapa tips yg tersirat dlm post2 lalu, dan memang berjaya, et lis sikit la...

jzkk atas perkongsian, akan dmanfaatkn sebaik2nya
al-fussilat 33 ^^

SN 01/07/2011, 19:19  

salam,

nak sabar nak g bulatan gembira esk...hemm...tips2 ni bole d gunekn bile dah jd tukang bakar(iA) nnti..
tq

p/s: semoga terus bersemangat utk menulis :)

The President 01/07/2011, 20:28  

haha..tapi sayangnya..tak semua manusia sama,ada yang berbeza cara fikirnya,...dan ada yang BETUL2 BERBEZA DAN PELIK dari orang lain.. :)

itachi 02/07/2011, 09:46  

jzkk utk p'kongsian..

mutiara bd 02/07/2011, 10:21  

patutlah Allah beri pada kita otak yang bercabang-cabang strukturnya..

Supaya kita juga berfikir dan bercambah idea...

Anonymous 02/07/2011, 12:30  

agak cuak sbnrnya nak pegang adek2 yg baru masuk ni. dah lupe dh apa yg akak2 senior dulu buat. mcm mana klw x jd..aiseh..

Abe Am 02/07/2011, 21:59  

tiba2 terasa rindu melampau pada encik Wotpog...
terbaynag wajahnya dengan usrahnya, sedang 'bergumbira'..

^^-

coklat cloud 9 04/07/2011, 21:28  

salam encik gabbana..
nak tanya if adik tuh still diam time tadabur ayat mcm mane?
sbb die kate nape xbgtau dl ayat ape yg nak ditadabur before start bulatan riang gembira?.. katanye nak study dulu ayat2 tuh.. mngkin carik2 dln internet kot..
how?

wan 04/07/2011, 23:04  

..yup..super right..sgala hidayah hanya milikNya n dtg dr Dia..langsung bukan ada saham dr kita tp, kita , perlu usaha luar biasa dlm mengajak n mmbantu adek2 tu mengenal Allah, serta mahu n sanggup pikul tggujawab DnT tu..

n as my naqibah said, "dlm kita mghrpkn mutarabbi kita jadi sprt apa yg Allah nak, maka kita perlulh mnjd org yg pertama2 kmbali pd Allah dgn stulus hati with all our hearts.."

again, syukran kathir bro.

Inche gabbana 06/07/2011, 11:36  

minta maaf sume amik masa ntok jawab/balas komen2 anda. iAllah saya akan cuba jawab satu-persatu.. ^^

Inche gabbana 06/07/2011, 11:38  

izzati hashim: woah, bila masa pulak saya kena lantik jadi ketua nih..?? official ke..?? heheh..

iAllah, doa saya untuk anda. usaha super saiya bersungguh-sungguh, tapi ingat, hidayah itu masih milik Allah tahu..? so jgn cepat frust dan berputus-asa....! go go GO..!!

allahu musta'an! ;)

p/s: Julai pon bulan hari lahir saya juga. sbb tu la berkat.. hihihi..

Inche gabbana 06/07/2011, 11:39  

enonimus I: alhamdulillah, segala kekuatan dan kemahuan itu datang dari Dia juga.. ;)

Woah, jzkk dan terima kasih byk2 sbb melabur di dalam Amanah Saham Sorga saya..! Jgn lupa sebar2kan ye..? Hihihi..

Inche gabbana 06/07/2011, 11:40  

SN: alhamdulillah.. nnt kongsikanlah apa reaksi hadek-hadek di dalam bulatan gembira anda..!

jzkk!

Inche gabbana 06/07/2011, 11:41  

imran: hahaha.. btol2.. tapi sy yakin cara2 ni et lis dapatlah sedikit sebyk menghidupkan suasana di dalam bulatan gembira tu, iAllah..

eh bila nak jumpa..? ;)

Inche gabbana 06/07/2011, 11:41  

itachi: barakallahu fik. =)

Inche gabbana 06/07/2011, 11:42  

mutiara bd: dah tu, anda igt otak yg Allah bagi tu untuk apa...? hehehe..

mestilah ntok digunakan sepenuhnya untuk menegakkan agamaNya di muka bumi ni..! vavavum! ;D

Inche gabbana 06/07/2011, 11:43  

enonimus II: eh anda, dah cuba blom..?

ha, tulah masalahnya. byk sgt assumption dan expectation. blom cuba lagi kan..?

dah, pergi cuba sekarang! belum cuba belum tahu, tahu..?? ;)

Inche gabbana 06/07/2011, 11:43  

abe am: rindu kat Inche Wotpog je ke....? Hohohoho..

Inche gabbana 06/07/2011, 11:47  

coklat cloud 9: erk... mungkin boleh mula dgn bertanya, "Apa perasaan baca surah/ayat-ayat ni..?"

Kira to let the ball rolling dulu la. then baru tanya ada pape ayat yg rasa mcm best/zaaasss tak. pastu baru la kita fokus pada mana2 ayat yg kita nak sentuh hari tu, tp ni pon tak semestinya kena ada.

eh faham ke..? huhuh.. harap membantu.

Inche gabbana 06/07/2011, 11:48  

wan: nak like komen anda boleh..?

jzkk! =)

Mar 11/07/2011, 18:17  

setakat ni tip no 4 memang tak penah gagal! hehe

Inche gabbana 12/07/2011, 15:21  

mar: kan...? dah kata dah, dari perut naik ke hati..! wahahaha. ;D

lonelytoysoldier 20/07/2011, 18:10  

sy rindukan zmn kanak2 yg penuh keriangan..

semakin dewasa semakin rumit kehidupan ni kan kwn2..

how i wish we all nvr grow up n live in happy wonderland forever!

Inche gabbana 21/07/2011, 15:52  

lonelytoysoldier: hahaha.. yes, in your dream perhaps..? ;p

terimalah hakikat dan peluklah (embrace) hakikat itu; melangkah terus ke hadapan dan terus memecut laju..! ;D

moga Allah permudahkan, biidznillah! ;)

lonelytoysoldier 22/07/2011, 00:13  

hihihihihi

Anonymous 11/09/2011, 18:19  

bile agak2nya inche gabbana mahu sambung tips2 yg selanjutnya?
menunggu dengan penuh keterujaan.

oye, turut looking forward kepada sambungan kisah anda tarbiyah di UK
(post, nak kirim barang boleh...)

JZKK

Anonymous 21/11/2011, 17:18  

mcm mna nk ada bulatan gembira?

Inche gabbana 21/11/2011, 17:27  

boleh anda hantarkan details anda kepada email saya? dolcegabbana08@gmail.com

hantarkan nama, num telefon, email, asal dan sekarang ni baut apa, i.e belajar, kerja etc. kalau belajar katne dan kalau kerja pon sama gak.

iAllah akan cuba diusahakan. ;)

allahu a'lam.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP