15 September 2011

Revolusi Bulatan Gembira 2.0


Adakah bulatan gembira sudah berevolusi..?

Adakah sudah berlaku penambahbaikan atau total makeover pada bulatan gembira anda..?

Adakah bulatan gembira anda sudah bertukar menjadi lebih riang dan ceria? Atau menjadi semakin lemah, layu dan lesu akibat terlalu banyak melantak lemang dan rendang..?

Sekiranya jawapan anda tidak untuk semua soalan di atas (dan ya untuk soalan terakhir), maka anda wajib berasa risau berpeluh-peluh. Anda berada dalam keadaan genting dan marabahaya. Sumpah.

Saya sendiri, sepanjang cuti raya yang lepas, berasa cukup lemah longlai dek tidak membawa bulatan gembira untuk beberapa lama. Malah ketika melawat hadek-hadek pada hari Ahad yang lepas, saya merasakan ada sesuatu yang kurang. Ada sesuatu yang tidak kena. Seolah-olah setiap kata-kata yang saya hamburkan pada mereka tidak basah. Tidak ikhlas. Allah..

Maka saya melihat itu adalah tanda-tanda kefuturan (hilang semangat) yang wajib dibanteras dengan segera. Inilah akibat apabila tidak berbulatan gembira untuk satu tempoh yang lama.

(Nota: Bulatan gembira sendiri dan berbulatan gembira bersama hadek-hadek adalah dua perkara yang berbeza, tetapi kedua-duanya tidak kurang peri pentingnya. Meninggalkan salah satu bakal merosakkan sel-sel otak anda dengan seriyes sekali.)

Maka bagi menggantikan masa-masa yang terbuang tidak bersama mereka, saya berazam untuk menjadikan sasi baki bulatan gembira yang ada bersama mereka benar-benar efektif dan berkesan. Saya mahu tinggalkan cakaran-cakaran dan koyakan-koyakan tarbiyyah pada hati-hati mereka. Supaya bulatan gembira ini bukan hanya sekadar satu bulatan samata-mata, tetapi bulatan yang akan membimbing dan membentuk mereka menjadi manusia yang benar-benar seriyes dengan perjuangan ini.

Arakian bulatan gembira kali ini memerlukan beberapa penambahbaikan dan penaiktarafan. Ia sekali lagi memerlukan revolusi. Revolusi apa lagi? Sudah tentulah revolusi bulatan gembira! Hoyeaaahh!

Di sini saya kongsikan lagi beberapa tips atau pelan saya dalam menjadikan bulatan gembira lebih basah sebasah disiram air baldi sejuk di waktu pagi. Wahahaha.. Anda bersedia..?

Marilah! 

1) Berikan tugasan pembentangan bahan kepada hadek-hadek bulatan gembira sesuai dengan tahap kefahaman mereka. Contohnya, sekiranya mereka baru sahaja mengikuti pengisian 'Ini Sungguh Kool' (ISK), mungkin tugasan yang boleh diberikan adalah sirah sahabat yang bertaraf Super Saiya peringkat ketujuh. 

Di situ bolehlah kita menilai kefahaman hadek tersebut sama ada dia betul-betul menggengam bara api biar sampai jadi abu atau tidak. Eh. Juga menilai sedikit-sebanyak karakter dan sifat adik-adik tersebut yang mungkin agak tersembunyi dari pandangan mata kasar kita. Di situ juga memberi ruang kepada hadek-hadek yang berspesies mulut berzip untuk mereka melatih diri mereka untuk bercakap dan melontarkan pandangan.

Tugasan yang diberikan juga boleh berdasarkan masalah yang ingin diselesaikan di dalam bulatan gembira tersebut. Contohnya, ada di kalangan hadek-hadek bulatan gembira yang pengotor tahap tenggiling hutan. Maka bolehlah memberikan tugasan kepada hadek lain untuk membentangkan akhlak Islami yang amat mementingkan kebersihan dan kekemasan. Nak lagi zaaasss? Bagi tugasan tu kat hadek pengotor tu sendiri. Hihihi.. Tapi berhati-hati, boleh jadi dia terasa dan akan lari laju-laju dari bulatan gembira anda..!

Teknik memberi tugasan ini besar faedahnya. Bukan setakat sambil menyelam minum air lagi dah. Ini.. Ini.. Ini menyelam sambil minum air, makan nasi lemak, kutip mutiara dan menangkap gambar menggunakan DSLR kalis air pada masa yang sama..! Walaweh!


Untuk hadek-hadek yang spesies sebegini, memang sesuai sangatlah bagi mereka tugasan! [Kredit]

2) Nak jadikan tips (1) di atas lebih bergaya dan benar-benar berkesan? Beri kerja rumah pada hadek-hadek bulatan gembira anda; amalkan akhlak atau adab yang telah dibentangkan!

Misalnya, minggu ini hadek Kim Beo Sun membentangkan tajuk menjadi seorang lelaki yang penyabar lagi bergaya. Maka bolehlah anda memberikan tugasan kepada hadek-hadek untuk melatih diri supaya bersabar. Dan setiap kali mereka hilang sabar, hatta kerana digigit nyamuk sekalipon, mereka perlu mencatakan 'kehilangsabaran' mereka itu. Pada sesi bulatan gembira yang akan datang, kongsikan berapa kali mereka telah hilang kesabaran mereka.

Kata kunci untuk memastikan tugasan ini benar-benar efektif adalah ikut atas (Baca: Follow up). Bagilah tugasan tok nenek gajah sekalipon, kalau tiada ikut atas yang berkesan, lebih baik anda pulang ke rumah dan menyedut debu-debu di atas permaidani mak anda dengan penyedut hampagas cap Elektolux itu.  

Jadi apa yang penting? Ikut atas..!

Oh ya, anda juga tidak terkecuali daripada menyiapkan kerja rumah ini tahu...?? Senyum.

3) Buat aktiviti-aktiviti yang menarik, menaikkan adrenalin dan darah, mencabar kejantanan (sekiranya anda dan hadek-hadek bulatan gembira anda adalah spesies kaum Adam) serta menguji ketahanan diri bersama hadek-hadek bulatan gembira anda. Senang kata, sekali-sekala pergilah beriang gembira bersama hadek-hadek anda.

Ingat! Bulatan gembira bukan hanya sebuah bulatan yang berbincang tentang ayat-ayat al-Quran, hadith, kisah-kisah seerah, akhlak itu dan ini semata-mata..! Jangan jadikan bulatan anda bosan, jumud dan tidak mengujakan!

Dan selepas penat beraktiviti, buatlah sesi duduk-duduk beriman sejenak (saya gelarkan 'D' Bes!') bersama mereka. Bincangkan apakah pengajaran atau apa-apa perkara yang menarik yang boleh diperolehi daripada aktiviti yang anda lakukan itu. Atau berborak begitu-begitu sahaja pon ok. Buatlah apa-apa asalkan hadek-hadek berasa gembira dan dihargai. Yang lebih utama, mereka berasa lebih rapat bukan sahaja dengan hadek-hadek yang lain, tetapi dengan anda selaku sifu mereka.

Cadangan aktiviti:

  1. Perang bola cat (Baca: Paintball). Pengajaran - Jihad, Amal jamai'e, ukhuwwah fillah, Ithar, berkorban dan lain-lain lagi.
  2. Berkayak. Pengajaran - Ukhuwwah, qawiyyul jism, hidup ini tidak selalunya tenang kadangkala ada juga kayak yang meluncur di atasnya (Ece) dan lain-lain.
  3. Jaulah (jalan-jalan). Pengajaran - Tadabur alam, ukhuwwah, perangai manusia yang berbeza dan pelbagai, tujuan hidup (destinasi yang nak dituju) dan lain-lain.
  4. Aktiviti Masterchef (masak bersama-sama). Pengajaran - Dalam dakwah ada fasa-fasa dia, sama macam memasak; nak masak ayam merah tak boleh masukkan ayam dulu, ada langkah-langkah dia bla bla bla.., Ingat senang ke nak memasak? Maka hargailah kepakaran dan pengorbanan mak kita dan lain-lain.
  5. Membeli-belah berjemaah. Pengajaran - Errr... Peluh. Dan lain-lain. Wahahaha..
4) Ok yang ini boleh jadi akan menyebabkan pundi peluh anda merembes dengan rancaknya. Anda bersedia..? 

Err...

Uhmmmm..

Ok.

Hantarkan mesej berunsur kasih-sayang, teman tapi mesra dan penuh perasaan kechentaan kepada hadek-hadek bulatan gembira anda..! Wahaha.. Bagaimana..? Ada bran..?

Untuk akhawat mungkin sepotong kek sahaja untuk anda. Tetapi untuk ikhwah... Ini.. Ini.. Ini sungguh mencabar keegoan!

Tetapi percayalah, cara ini sebenarnya, kalau kena pada tempatnya, mampu menambat hati hadek-hadek bulatan gembira anda jauh ke dalam pusat bumi sana. Hihihi.. Bayangkan hadek-hadek yang kehausan kasih-sayang itu, pastinya terus jatuh cinta mata bersinar-sinar sementelah mendapat mesej yang penuh dengan kasih-sayang daripada anda.

Tetapi, err.. Kena lihat juga siapa hadek bulatan gembira anda itu. Kalau jenis terlebih macho, penuh bulu di tangan dan jambang penuh di muka, boleh jadi dia muntah hijau, pengsan tak bangun-bangun dah sebaik sahaja mendapat mesej 'cinta' anda itu..! Wahahaha..

Saya kongsikan beberapa mesej kasih-sayang saya pada hadek-hadek saya: 

"Salaam [Inche A]! Mlm ni tema mlm kasih syg. So nak gtau [Inche A] yg saya syg [Inche A]..! err.. ^^" Hihihi.. [Emoticon kenyit mata] uhibbuka fillah!" 

"Salaam anda semua! Mlm ni tema kita: Rindu-gle-tahap-raksasa-gorgon-sbb-lama-x-jumpa! [Emoticon sedih] sy rindu anda semua, lillahi ta'ala!"

(Ok ini seriyes pengakuan berani mati, hidup semula dan mati balik. Pastikan anda rahsiakan perkara ini! Sssshhhh. Jatuh saham saya nanti!)

Dan antara mesej balas yang diterima (Kalau bulu tengkuk anda meremang, buat-buat tak tahu sahaja ya!):

 "(^_^) Uhibbuka fillah jgk. Rindu [Inche gabbana]. Hehe >.<"

"...Syg antara ikhwah lebih suci dr syg antara couple.. Sy pom syg jugak kt [Inche gabbana] insyaAllah ukhwah kita akn b'kekalan.."

"Rindu-[Inche gabbana]-tahap-raksasa-garuna-dan-ultraman-taro-juga! (^_^)"

Bagaimana? Sungguh kool bukan..? Ok ok sila ke tandas untuk muntah dahulu.

Sayangilah hadek anda seperti bapa penguin mengasihi anaknya! Eh. [Kredit]

5) Belikan hadiah atau buah tangan untuk mereka, espeseli sekiranya anda baru pulang dari luar negara. Percayalah, sebarang ingatan, walaupon anda membelikan mereka keychain yang harganya 1 Euro dapat sepuluh, mereka masih tetap amat menghargainya. Haha..

Begitu juga ketika hari lahir mereka. Bayangkan betapa terharunya mereka, apabila murabbi kesayangan mereka menghadiahkan mereka sepaket cokolat Fererorosye dengan sekeping kad syahdu tertulis ucapan selamat yang penuh tulus dan ikhlas pada tarikh hari kelahiran mereka... Kawan baik selama-lamanya (Baca: BFF) mereka pon belum tentu mampu berbuat demikian. Tak ke cair tu..? (Eh rasa-rasa boleh buat drama tak ni..? Jelir lidah.)

Kadang-kadang kita lupa, bahawa mereka ini masih mutarabbi (hadek) kita. Mereka juga suka untuk dimanja-manjakan. Apatah lagi mereka manusia biasa dan masih bertatih dalam jalan dakwah ini. Sekali-sekala kita raikan mereka ini apa salahnya..?

Malam tadi saya beraya dengan mereka, dan saya berikan duit raya untuk setiap daripada mereka. Walaupon jumlahnya tak banyak, sesuailah dengan jawatan saya selaku kuli cacai terhormat, saya kira mereka amat menghargainya. Ok saya perasan. Tapi jelaslah wajah riang teruja mata bersinar cerah pada diri mereka. Wahahaha.. 

Ok cukuplah lima tips untuk hari ini. Dahulu sudah pon disuapkan kepada anda lima tips; kiranya sekarang ini anda semua sudah ada sepuluh tips di dalam tangan. Apa kata kita cuba amalkan yang sepuluh itu dahulu berabesss baik sebelum kita dijamu dengan tips-tips yang lain..? Setuju? 

"Amalan yang paling disukai Allah adalah pekerjaan yang berterusan walaupun sedikit (Istiqamah)."
[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]

Sepuluh tu kira sedikit la kot eh..? Hihihi.. Biar sedikit tapi istiqamah! Biar sedikit, lama-lama jadi bukit..!

Selamat mencuba! Dan saya tidak bertanggungjawab atau dibolehkan untuk disaman sekiranya berlaku sebarang kehilangan nyawa, kecacatan akal mahupon kerosakan harta benda akibat mencuba tips-tips yang diberikan! Wahaha..

Ingat! Sekiranya anda benar-benar beriman dan yakin bahawa bulatan gembira adalah asas kepada pergerakan dakwah dan tarbiyyah ini, maka anda WAJIB berbuat sehabis baik untuk sentiasa menambahbaik bulatan gembira anda! Anda WAJIB memastikan hak-hak hadek-hadek anda dipenuhi! Zalimlah anda sekiranya bulatan yang anda berikan kepada hadek-hadek anda, adalah bulatan lemah lesu yang bosan lagi memberi tekanan kepada mereka..!

Dan ingat! Di tangan andalah terletak kunci untuk meriangkan, menceriakan dan menghidupkan bulatan gembira anda! Di tangan anda jugalah terletaknya azam dan api semangat yang membara untuk melakukan revolusi!

Revolusi bulatan gembira!

-gabbana-

10 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 15/09/2011, 16:54  

wah sangat menarik...so rasanya yg susah cket nak tgk hadek-hadek kiter tu sesuai x dgn method kita tunjukkan kasih sayang padanya... jd jgn lupa semua...kuatkan hubungan hati ek:)

btw inche gabbana...boleh ker klaw nak follow blog best ni thru twitter?

Noddy 15/09/2011, 17:30  

Asslamualaikum En.G,

MasyaAllah.. naik semangat balik nak hidupkan bulatan yang 'lama-sangat-dah-macam-sayur'disebabkan cuti sem & semua balik dari Jepun, negeri kat Malaysia berterabur sangat. Aih, rinduuu.

Berbulatan gembira di tanah tumpah macam syok je kan.

Jzzk sharing!

Anonymous 15/09/2011, 18:00  

JZKK atas perkongsian
really appreciate it, dan akan cuba apply fruitfully
may Allah bless

abu uwais 15/09/2011, 19:02  

bro, saya cinta inche gabbana .

Anonymous 15/09/2011, 20:17  

waa.......menarik! saya mengalirkan airmata mase bace entry ni sebab terimbau kembali zaman mula2 join usrah dulu.huhu.selalu dimanjakan kkak usrah.macam-macam dia buat untuk ktorg.sekarang kena banyak berdikari coz hidup diperantauan ;(..semoga allah memberkati dia selalu!^_^

gigi bijak 15/09/2011, 23:21  

salam

just nak share dgn semua, hari ni saya pegi berbulatan gembira dalam keadaan separa boleh ckp sebab baru cbut gigi akibat ade gigi wisdom nak tumbuh..murabbi saya masakkan saya bubur ayam yg sangaaattttt sedaaapppp.sumpah tak tipu!!! :)))
lepas tu die buat surprise, ajak speaker jemputan import dari Malaysia (kami kat oversea skrg).
sesi bakar membakar dan bbq hangat berjalan. si speaker berkongsi pengalaman dan mcm mana amal org2 kat malaysia dan pogram2 menarik yg hectic kat malaysia.seriesss best!tak sabar nak balik ke tanah melayu terchenta ituuu~~~

ceh, bole plak cite panjg2 kat sini.sorry ye inche gabbana menggunakan blog ni as medium berkongsi cerita bulatan gembira saya. dan hari ni saya dilantik menjadi assistant murabbi supaya melatih saya utk jadi murabbi bila blk ke malaysia nnt. ohh... ohh... mengalir air mata coklat ^^

Fariz Danialz 16/09/2011, 00:33  

Kebanyakkan tips ni sume ana dah praktikkan antara usrah dan Insya Allah akan praktikan juga kepada usrah adik2,

cuma yang no.4 tu ana tak pernah buat sebab ia memang sangat sangat sangat mencabar kemachoan dan keegoan kami.. sounds verrrryyyy gaaaaay. honestly memang kami selalu seronok berjumpa antara 1 sama lain, kalau tanya khabar tu cam dah 4 5 tahun tak berjumpa(padahal baru je semalam jumpa),, kadang2 rasa rindunya sampaikan mereka la orang yang first kami akan fikirkan prioritynya.. Bulatan Gembira is always no1.. but to say that kind of things, are the last thing we though would say it.. Well, simple for man, act is always show better than the words. Secara directnya, we don't have to show that our love on words since our act are the best.. ni opinion ana la sebagai lelaki yang kononnya nak mengekalkan macho..

Abe Am 16/09/2011, 07:54  

saye pun masih golongan hadek2 ag..

abe gabbana, nok pitih rayo..ahahaha

Pisang Goreng 19/09/2011, 10:26  

Jazakallahu Khairan Katheera Inche Gabbana!

luqman 24/09/2011, 15:39  

comel (~^.^)~ n0.4 n 5 sye buat,...1-3 akh sye suka buat...ha3~

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP