11 October 2011

Puan Glamor Berabes, Tuan Tahu Semua dan Inche Penjual Bergaya

Gambar takde kena mengena dengan tajuk, tapi sebab osem sangat.. Peluh. [Kredit]

Di dalam buku 'The Tipping Point', Inche Malcolm Gladwell menggariskan tiga faktor atau situasi yang perlu ada untuk menjadikan sesuatu peristiwa, situasi atau produk itu suatu fenomena, atau ikutan ramai (Baca: the Tipping Point. Duh.). Tiga faktor tersebut adalah:

  • The Law of the Few - Peranan orang-orang yang tertentu dalam menjadikan sesuatu peristiwa itu suatu fenomena
  • The Stickiness Factor - Mesej yang disampaikan benar-benar 'melekat' atau berkesan
  • The Power of Context - Bagaimana mesej itu disampaikan, atau dengan kata lain kebijaksanaan dalam mempersembahkan mesej dalam konteks yang paling bergaya ewaaaahhh! Eh.

Teori Inche Malcolm mengatakan, sekiranya ketiga-ketiga wujud pada masa dan keadaan yang tepat dan sesuai, maka sesuatu mesej atau produk itu akan 'tip'; akan menjadi suatu fenomena yang sumpah hoyeaaahh. 

Buku 'The Tipping Point' karya Malcolm Gladwell [Kredit]

Yang lebih menarik adalah, dalam menjelaskan The Law of the Few, Inche Malcolm mendapati ada tiga watak utama yang memainkan peranan yang paling penting dalam memastikan sesuatu situasi, peristiwa atau produk itu menjadi trend semasa. Mereka adalah the Connector, Maven dan Salesman.

Atau dalam bahasa yang lebih osem; Puan Glamor Berabes, Tuan Tahu Semua dan Inche Penjual Bergaya. Wahahaha.. Sungguh bergaya bukan...??

Tugas Puan Glamor Berabes (the Connector) adalah menghubung-kaitkan antara seseorang dalam satu kumpulan dengan seseorang dalam kumpulan yang lain. Rangkaian jalur lebarnya cukup luas dan pantas. Jumlah kenalannya lebih ramai daripada biasa dan kenalan-kenalannya ini datang daripada latar belakang yang berbeza. Dengan kata lain, si Puan Glamor Berabes memang glamor berabess..! Dan bukan setakat glamor sendiri, Puan Glamor Berabes juga amat disenangi ramai kerana mereka tidak lokek menghulurkan bantuan atau memberikan pandangan.



Tuan Tahu Semua (Maven) pula merupakan individu yang cukup teliti dan pakar dalam sesuatu bidang. Pengetahuannya cukup luas dan disokong dengan fakta-fakta yang sahih lagi tepat. Tuan Tahu Semua sanggup menghabiskan masa untuk mengkaji dengan mendalam sesuatu produk semata-mata mahu memahami kekurangan dan kelebihan produk tersebut. Kiranya, sekiranya anda mahu membeli sebuah kereta dan anda inginkan pandangan kedua yang boleh dipercayai, Tuan Tahu Semua adalah orang yang anda cari.


Manakala Inche Penjual Bergaya (Salesman) pula, tugasnya cukup lurus ke depan. Dia perlu meyakinkan orang ramai tentang produknya (atau cerita) sehinggalah orang akan percaya dan akhirnya membeli produk tersebut. Tugas ini tampaknya seperti mudah, tetapi seorang Inche Penjual Bergaya perlu memiliki kemahiran dan kepakaran tertentu sehingga dapat benar-benar meyakinkan orang ramai.



Jadi menurut Inche Malcolm, tiga jenis personaliti inilah yang dikatakan individu-individu terpilih yang berupaya untuk menjadikan sesuatu situasi atau produk itu laku seperti ayam kampung goreng rangup-rangup di belakang rumah saya. Eh. 

Tetapi individu-individu ini sahaja tidak mencukupi. Untuk mencapai the Tipping Point, produk atau situasi itu juga perlu memiliki mesej yang melekat serta konteks yang jelas dan sangat berkesan. Dengan kata yang lebih mudah, mesej yang cuba disampaikan hendaklah benar-benar berkesan sehinggakan ia akan tinggal di dalam kepala seseorang itu dan dah tak nak pindah-pindah dah..! Wahahaha.. 

Maka sekiranya ketiga-tiga faktor ini wujud serentak pada masa dan keadaan yang tepat, kemungkinan untuk sesuatu itu menjadi suatu fenomena adalah amat tinggi. Atau menguot segiempat-segiempat Inche Malcolm; the Tipping Point.

Saya amat tertarik dengan teori Inche Malcolm ini. Dan saya melihat, teori Inche Malcolm ini amat relevan untuk digunakapakai dan diaplikasikan dalam gerak kerja dakwah dan tarbiyyah (walaupon saya tidaklah seratus peratus setuju dengan idea-idea yang dikemukakan olehnya). Bagaimana..?

Begini.

Sebenarnya ketiga-tiga faktor yang digariskan oleh Inche Malcolm sudah pun ditunjukkan oleh ar-Rasul SAW dalam gerak kerja dakwahnya. Anda tidak percaya..? Ok janganlah sampai melopong mulut tu, buruk sangat.. Wahai.

The Law of the Few. Nabi SAW hanya memfokuskan tugas-tugas dakwahnya di peringkat awal kepada insan-insan yang tertentu, yang diyakini baginda dapat melajukan dan merapatkan lagi saf-saf perjuangan dakwah. Lihatlah siapa sahabat-sahabat yang terawal yang memeluk Islam..? Hampir kesemuanya adalah Super Saiya yang bergabung dengan otromen Daina! Wah. Dengan kata lain, the Law of the Few sebenarnya menerangkan kepada kita konsep anasir taghyir; yakni insan-insan yang boleh membawa perubahan besar bukan sahaja kepada sekelilingnya, tetapi juga perubahan yang signifikan kepada dunia.

The Stickiness Factor. Mesej Islam yang dibawakan oleh Nabi SAW amat mudah; bebaskan diri anda daripada perhambaan sesama manusia dan kepada makhluk yang lain selain Allah, kepada Allah semata-mata. Dan mesej yang mudah ini dikuatkan lagi dengan gambaran-gambaran syurga, neraka, pahala, dosa dan sebagainya. Sehinggalah para sahabat benar-benar yakin, seyakin kita bahawa Jepun itu wujud. Dengan kata lain, mesej yang dibawakan oleh Nabi SAW melekat di dalam kepala orang-orang yang mendengarnya, waima mereka yang menentang dan menolak risalah yang dibawakan oleh Nabi. Mengapa? Kerana mesej yang dibawakan baginda amat kena dan sesuai dengan fitrah manusia. 

The Power of Context. Nabi SAW 'mempersembahkan' risalahnya dengan cara yang sungguh osem sehinggakan masyarakat boleh melihat dengan jelas kebenaran yang sebenar. Masyarakat Arab jahiliyyah sebelum kedatangan Islam telah pon percaya dengan kewujudan Allah, tetapi mereka juga mengsyirikkannya pada masa yang sama. Tetapi Nabi SAW berjaya mengubah mereka dan mengajak mereka untuk mengabdikan diri kepada Allah semata. Bagaimana..? Dengan dakwahnya yang penuh dengan kasih-sayang. Dengan dakwahnya yang berstrategi, sabar dan tidak gopoh. Dengan menyentuh perkara-perkara yang amat dekat dengan hati para mad'unya.

Dan Puan Glamor Berabes, Tuan Tahu Semua dan Inche Penjual Bergaya juga wujud di zaman Nabi SAW. Anda tidak percaya..? Mari saya ceritakan. Tapi sebelum tu.. Err.. Tolong tolong, tolong tutup mulut anda yang sekali lagi terlopong itu.

Siapakah Puan Glamor Berabes di zaman Nabi SAW? Siapa lagi kalau bukan insan-insan seperti Abu Bakr r.a.? Yang sehari selepas keIslamannya, telah berjaya menarik enam orang lagi memeluk Islam yang mana kesemuanya adalah para sahabat yang dijanjikan masuk syurga! Walaweh! Atau Sa'ad bin Muadz yang merupakan pembesar yang cukup dihormati di Maidnah; apabila dia memeluk Islam, dia turut menarik ramai orang masuk Islam bersama-samanya..?

Siapa pula Tuan Tahu Semua di zaman Nabi SAW? Sudah tentunya para sahabat r.a. seperti Abdullah ibn Mas'ud, Anas bin Malik dan Abdul Rahman bin Auf yang sentiasa menjadi pakar rujuk bukan sahaja di kalangan para sahabat, malah Nabi SAW sendiri kadangkala bertanyakan buah fikiran mereka ini. Kelogaman dan kebijaksanaan mereka sebelum Islam, diperhebat dan dimantapkan lagi selepas mereka menerima cahaya Ilahi..! Ini.. Ini.. Ini sumpah ekselen!

Dan jangan ingat di zaman Nabi SAW tiada Inche Penjual Bergaya! Siapakah yang lebih bergaya daripada Mus'ab bin Umair, yang berjaya meyakinkan sebahagian besar penduduk Madinah untuk menerima Islam dan mengangkat Nabi SAW sebagai pemimpin mereka...?? Malah Sa'ad bin Muadz yang super kool itu juga 'tunduk' kepada kehebatan Mus'ab!

Dan sudah tentunya, murabbi yang paling teramat Super Saiya sekali adalah ar-Rasul SAW! Baginda memiliki ketiga-tiga sifat Puan Glamor Berabes, Tuan Tahu Semua dan Inche Penjual Bergaya..!

Tarik nafas panjang.

Sungguh mengujakan bukan..? Dan seperti Inche Malcolm, Inche gabbana juga berpendapat dan yakin bahawa apabila wujud ketiga-tiga faktor ini serentak, ditambah pula dengan peranan-peranan yang dimainkan oleh Puan Glamor Berabes, Tuan Tahu Semua dan Inche Penjual Bergaya, maka dakwah Islam itu akan mencapai the Tipping Point. Buktinya..? Nah, lihat dan baca sahaja kisah-kisah yang tercatat dalam lembaran sirah! Bukankah ar-Rasul SAW dan para sahabat berjaya merobah seluruh umat manusia daripada manusia yang jahil dan hina kepada hamba-hambaNya yang mulia lagi perkasa, dalam masa yang begitu singkat...??

Subhanallah. 

Tipping Point Islam pernah berlaku suatu ketika dahulu. Bila lagi kita mahu mengulanginya..? [Kredit]

Sayugia saya melihat, kita juga boleh mengaplikasikan konsep yang sama dalam konteks kita bergerak pada hari ini. Adakah mesej dakwah yang kita bawakan cukup melekat di dalam kepala mad'u-mad'u kita..? Adakah kita berjaya menyampaikannya dengan benar-benar berkesan? Sudahkah kita jelaskan konsep-konsep asas yang lebih utama dan aula' kepada mereka ini..? Dan yang lebih utama, adakah saf-saf kita sudah diperkasakan dengan logam-logam hebat yang dapat menguatkan lagi saf-saf perjuangan kita..? 

Kata Syaikh Syakib Arsalan:

"Kita tidak mahu mengumpulkan angka-angka kosong..."

Kita sendiri bagaimana?

Adakah kita Puan Glamor Berabes, Tuan Tahu Semua atau Inche Penjual Bergaya..? 

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah."
[ali-Imran, 3:110] 

-gabbana-

Entah-entah Inche Malcolm Gladwell ni mengambil ibrah perjuangan dakwah Nabi SAW tak..? Hihihi..

Seriyes anda kena baca buku the Tipping Point itu. Sumpah osem. Senyum.

5 Caci Maki Puji Muji:

The Rocking Hijab 11/10/2011, 18:17  

Salam alaik.

Have been a silent reader until now. I have to say this article really left a footprint in my heart that I feel inclined to just say something about it. May we belong to the people who can bring back 'The Tipping Point' inshaAllah. All praises to Allah and may Allah's peace be with you.

Anonymous 11/10/2011, 21:11  

pic adik jual belon tu nampak sedih..semoga dia dpt menuju cahaya kebahagiaan..

Anonymous 12/10/2011, 00:01  

bernas. terima ksh

[TQ]SILO 12/10/2011, 00:11  

buku *blink* ngan what the dog saw pun bes gak~

Anonymous 17/05/2012, 19:13  

love it.....

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP