10 October 2011

Bila Kita Mati

[Kredit]

Bila kita mati nanti,
Adakah yang akan datang menziarahi,
Menangisi ruh yang telah pergi,
Merasai kehilangan yang abadi,
Pergi selamanya tak mungkin kembali?

Bila kita mati nanti,
Adakah yang bakal mengurusi,
Jasad sejuk terkujur sepi,
Menanti tubuh dibungkus rapi,
Diusung rapi dibawa pergi?

Bila kita mati nanti,
Adakah yang akan merindui,
Menghadiahkan doa buat diri,
Sebagai bekalan di kala sunyi,
Di alam barzakh gelap sekali?

Bila kita mati nanti,
Siapa yang bakal mengganti,
Menjadi pemandu di jalan ini,
Jalan bersiur panjang sekali,
Aduhai siapakah yang sudi?

Bila kita mati nanti,
Adakah amalan sudah mencukupi,
Menjawab soalan malaikat penguji,
Menjadi pelindung seksaan ngeri,
Membela diri di mahkamah nanti?

Bila kita mati nanti,
Adakah syurga sudah menanti,
Haruman semerbak mutiara bidadari,
Atau neraka azab tidak terperi,
Menyambut penuh kemarahan berapi?

Ya Rabbi,
Bila aku mati nanti,
Dosa-dosaku Kau ampuni,
Azab seksaan Kau jauhi,
Permudahkan kembara ku nanti,
Moga syurga dapat ku jejaki.

Kerana aku ingin mati,
Sebagai syahid yang diredhai,
Sebagai kekasihMu yang dicintai.

-gabbana-

4 Caci Maki Puji Muji:

Mohd Herie Dahlan 10/10/2011, 18:22  

"Ya Allah Ya Rabbi teguhkan Iman kami...
Moga tabah hati tak berbelah bahagi... "(Jalan Da'wah)

aidil razahli 10/10/2011, 22:31  

Allah...Allah...Allah

khuza hasan 11/10/2011, 11:27  

ya ALLAH..
matikan aku dlm husnul khatimah!
amin~

Mar 18/10/2011, 21:42  

"Maka apakah kamu menyangka, bahawa sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan kamu secara main-main (sahaja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami (Allah)?" [23:115]

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP