13 September 2011

Rayuan Rindu

[Kredit]

Semalam hatiku gundah,
Resah,
Segala yang aku lakukan,
Tidak kena,
Tidak semena,
Jiwaku tidak tenteram,
Akalku kusam.

Lantas aku mengenang,
Terang,
Masa silamku yang lalu,
Gelap sekali,
Kotor terkeji,
Sungguh jiwaku,
Tidak tenteram.

Ku belek gambar,
Berdebar,
Melihat diriku yang dahulu,
Seperti tidak ku kenal,
Lelaki itu,
Sedangkan itu aku,
Aku, aku ya itu aku.

Oh Tuhan aku malu,
Bisu,
Kerana diri ini,
Rindu amat,
Dendam sangat,
Lantas hatiku berkata,
Futurkah aku?

Ya Tuhan pemilik hati,
Nurani,
Aku butuhkan kekuatan,
Bukan kepalang,
Biar sekarang,
Sebelum aku larut,
Terkapai hanyut.

Wahai si Pemilik jiwa,
Lara,
Kepada Kau aku mengadu,
Benak dada,
Gelora jiwa,
Ampunkan aku wahai Kekasih,
Diriku perih.

Sungguh aku merayu,
Sayu,
Tenangkan jiwaku ini,
Kuat bergolak,
Dibadai ombak,
Aku hanya seorang hamba,
Yang penuh noda...

-gabbana-

13 Caci Maki Puji Muji:

-hazen 13/09/2011, 22:29  

:)

Anonymous 13/09/2011, 22:48  

membaca rayuan rindu
hatiku turut sayu
kerna aku juga begitu
arus futur datang menderu
caci maki mengutuk diriku
ingin berpaling dari 'jalan itu'

jeritan batin tidak bernoktah
tak ingin kuteruskan biar selangkah
deru tangis air mata darah
akhirnya lena dalam resah

pabila pagi datang menyapa
mata yang dipejam kini terbuka
Suasana kelam kini cerah
Bingkas kubangun mengukir sejarah
kerana kutahu biar bagaimana
aku bakal kembali kepadaNya

yui92 13/09/2011, 22:51  

futur itu apakah?

Anonymous 13/09/2011, 23:09  

@yui92 futur tu lemah semangat :)

Anonymous 13/09/2011, 23:13  

Kembalilah.. 'musuh' belum mencantikkan futur anda.. Anda masih sedar :)

Anonymous 13/09/2011, 23:43  

jangan berjalan pada keputus asaan, kerana pada alam ini terdapat sejuta harapan.

jangan berlalu mengarah pada kegelapan, kerana pada alam ini terdapat matahari

ketika masih sedar, maka bangkitlah dan berdoa dengan penuh harap

Eyza AlHusna 14/09/2011, 11:36  

obviously, macam ap yg sdang sy alami skarg.. kena kuat!

Anonymous 14/09/2011, 12:26  

encik ok ker? err...

Anonymous 14/09/2011, 18:43  

janji2 Dia pengubat hati.

moga terus menerus kuat. insyaAllah.

wan 14/09/2011, 19:21  

the same goes here..

Anonymous 14/09/2011, 19:38  

"hold on" by kareem salama

"i don't know who said it was easy,
to conquer the world that exists inside of me
my lights are dim and
the roads are dark
but the night always darkest
just before dawn..
so hold on in this moment
cause it might be just what you need"

Izzati Hashim 14/09/2011, 22:18  

among the sweetness of faith is, we hate to go back to our jahiliah state after we found Allah.




p/s : inche gabbana sudah pandai berpuitis muitis (=

Anonymous 18/09/2011, 17:04  

if i felt missin tears start comin out..
like a lost soul findin way home..
i pray dat empty hole insight vanishes
i believe god listenin n sooner He heals

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP