7 September 2011

Nota Mengantuk Di Pagi Hari #1

[Kredit]

Saya enggak punya komputer riba tersendiri. Inche Toshiba Satelit saya telah menghembuskan nafasnya yang terakhir beberapa bulan yang lalu. Err, sebenarnya, dia hanya uzur sahaja. Tetapi disebabkan kegagalan saya mendapatkan rawatan yang terbaik untuknya, dia kini di dalam keadaan koma yang berterusan.

Setiap kali saya menghasilkan post yang baru, itu tandanya saya menulis sama ada dengan komputer di opis atau komputer riba Inche Papa. Selalunya dengan komputer opis, kerana saya tidak berapa gemar dengan papan kekunci komputer riba Inche Papa.

Justeru, err... Ada sesiapa yang bermurah hati mahu membiaya sebuah komputer riba untuk saya..? Alah, BukuMac Udara cap Epal itu sahaja permintaan saya, bukan apa sangat pon.

Ini penting tahu, bagi memastikan kesinambungan penulisan karya-karya Inche gabbana yang bermutu tinggi lagi sensasi..? Wahahaha.. Juga penting bagi memastikan saya dapat menghasilkan post-post bergaya di mana jua saya berada. Tidak perlulah anda ternanti-nanti menongkat dagu, demam panas dan hilang akal menantikan post terbaru daripada saya. Hihihi.. 

Peluh kecil mengalir perlahan.

Baiklah, kepada anda yang berminat dengan tawaran ini, sila hubungi saya dengan segera! Anda semestinya tidak mahu melepaskan peluang kegangsaan sekali seumur hidup ini..! Cepat cepat, siapa cepat dia dapat...!

Nota kecil: Saya juga memerlukan iPad 2 dan iPhone 4.

-gabbana-

Mode wahan.

13 Caci Maki Puji Muji:

Abdullah Munir 07/09/2011, 11:31  

anda boleh dapatkannya di sini
http://store.apple.com/my

S 07/09/2011, 13:52  

kalau begitu...sy pon nak iphone 4 la...
utk mempastikn sy bole bace blog inche gabbana bile2 maase, n bole comment blog inche bile2 mase..hehe

p/s: sy mintak iphone 4 je~~

bile technology makin canggih....tanggungjawab pon lagi besar la..~~

SN 07/09/2011, 13:53  

S=> SN

✖nedd✖ 07/09/2011, 15:47  

bencinya penyakit wahan ni. sobs :'(

al-fateh 07/09/2011, 19:20  

Dah ada ipod tu ckup la.
Nanti byk pulak yg kena jawab ngn Allah nanti. Mac Udara la, iphone la, ipad la..huhu

kipas susah mati toshiba 07/09/2011, 23:17  

jangan, geng...
sile setia dengan toshiba!

Inche gabbana 10/09/2011, 01:20  

munir: tengs ah munir. TT__TT dah lama tau kot..

Inche gabbana 10/09/2011, 01:21  

S: kalau stakat nak baca belog ni, tu tak perlu.... hehe..

btol2. setiap apa yg kita belanjakan, Allah akan pertanggungjawabkan nnt... TT__TT

Inche gabbana 10/09/2011, 01:21  

eh, tersilap komen gak. S ntok SN! hihi..

Inche gabbana 10/09/2011, 01:22  

✖nedd✖: huhu.. ada ke org yg suka, especially bila tau benda tu satu penyakit... =(

Inche gabbana 10/09/2011, 01:23  

al-fateh: saya tak pernah ada iPod... ^^" jgnkan ipod, ipood atau apa2 jenis mp3 mmg takde... hoho.

Inche gabbana 10/09/2011, 01:23  

kipas susah mati Toshiba: kehidupan ini perlukan perubahan. apatah lagi bila ada pesaing yg bergaya seperti BukuMac Udara.. hehe..

raindeer 13/05/2012, 12:53  

demand juga IG ni ya. haha~

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP