6 September 2011

Obsesi Dee 'N' Tee


Hari ini hari pertama saya kembali bekerja selepas sepuluh hari bercuti. Seriyes, cuti lama-lama ni memang amat merbahaya untuk kesihatan otak yang cerdas dan tubuh badan yang cergas untuk bekerja. 

Dan seriyes seriyes seriyes cuti lama-lama ni, amat merbahaya untuk tahap keimanan dan ketaqwaan. Kebarangkalian untuk futur itu terlalu amat tinggi, terutamanya untuk golongan kuli cacai dan hamba marhaen seperti diri saya ini. Ditambah pula dengan faktor suasana dan budaya berhari-raya di Malaysia, peluang untuk saya bertukar menjadi Majinbu daripada seorang manusia yang begitu bersopan-santun, lembah-lembut dan mata bersinar-sinar adalah lebih tinggi. Alahai.

Mata terkedip-kedip, muka sungguh inosen.

Tetapi sumpah best cuti lama-lama ni. Rindu pulak zaman belajar dolu-dolu. Tak perlu risau dan khawatir cuti tahunan yang akan habis. Tak perlu pening-pening fikir pasal Biru-biru Isnin (Baca: Monday Blues). Tak perlu juga rasa malas-malas dan berat punggung untuk kembali bekerja. Baru faham mengapa orang dok sebut berkali-kali zaman bersekolah dan belajar adalah kenangan terindah seumur hidup.

Apa-apa jalan, ketika dalam perjalanan ke opis pagi tadi, rata-rata manusia yang berada di dalam tren yang saya naiki, semuanya berwajah bosan, penat, layu dan kering. Tidak kurang yang tidur dan tersengguk-sengguk di dalam tren. Kiranya, secara tuntasnya, dapatlah saya simpulkan yang majoriti mereka yang berada di dalam tren pagi tadi langsung tidak teruja apatah lagi memandang ke hadapan untuk ke tempat kerja. 

Amat jarang saya melihat wajah-wajah gembira, eksaited dan penuh semangat mereka yang pergi bekerja ini. Sungguh sukar untuk melihat makhluk-makhluk berwajah ceria, tersenyum lebar nampak gigi besar dan mata-mata berkaca bersinar-sinar, akibat tidak sabar-sabar untuk ke tempat kerja mereka. Kalaulah ada sekumpulan manusia begitu, nescaya itu tandanya matahari akan terbit di sebelah barat pada keesokan harinya. Hohoho..

Saya sendiri secara jujur dan telusnya, err.. *pandang kiri, pandang kanan*

Tarik nafas dalam-dalam, hembus. Tarrriiikk.. Hembuuuusss...

Saya sendiri secara jujur dan telusnya tidak henjoy pekerjaan saya yang sekarang ini. Bak kata omputih, saya tiada passion dengan apa yang saya perbuat sekarang ini. Tiada motivasi. Tiada penolak. Tiada pemberi semangat. Tiada. Nan ado. Nehi. 

Motivasi yang ada hanyalah duit yang dimasukkan pada setiap dua puluh enam haribulan itu. Paling-paling pon kerana mahu mengipas punggung dan menawan hati Puan Bos Besar dan Inche Bos Kecil. Kadangkala pernah juga terfikir, sebagai seorang Muslim, apatah lagi seorang yang tak tahu malu menggelar dirinya seorang dai'e, arakian saya perlu melihat pekerjaan saya sebagai satu amanah, suatu tanggungjawab.

Maka sewajarnya saya melaksanakan pekerjaan saya dengan sesungguh-sungguhnya. Dengan penuh dedikasi dan komitmen tahap Suria Perkasa Hitam. Sebaik-baiknya. Tetapi itu amat jarang-jarang menjadi suatu realiti. Indah surat khabar cap Utusan, Berita Harian dan Harian Metro daripada berita sebenar. Eh. 

Sungguh menyedihkan bukan..? Itulah hakikatnya alam pekerjaan ini. Sungguh beruntung mereka yang ada 'keghairahan' dengan pekerjaan mereka. Sumpah jeles dengan mereka yang setiap kali ingin ke tempat kerja, mata mereka menjadi bulat besar, bersinar-sinar dengan pengharapan positif pengalaman baru yang akan mereka tempuh di tempat kerja nanti. Dengan kata lain, mereka obses dengan pekerjaan mereka.

Obsesi. Tumuhaat.

Lantas saya terfikir, adakah saya obses dengan pekerjaan saya yang satu lagi itu..? Pekerjaan saya yang sewajibnya menjadi pekerjaan sepenuh masa saya..? Pekerjaan apa lagi kalau bukan dakwah dan tarbiyyah.

Ya, Dee 'n' Tee. 

Terus sebak dada saya. Terasa seperti pundi air di mata mahu pecah ibarat sebuah empangan air yang diasak dengan air yang mengalir deras. Ok over.

Tetapi sungguh, memang terasa jugalah zaas di hati. Kerana saya tahu, saya masih belum obses dengan pekerjaan sepenuh masa saya ini. Saya masih belum bersungguh dalam menjalankan tugas Syahadatul Haq saya. Saya masih belum sanggup mengorbankan masa, harta, tenaga dan emosi saya sepenuhnya untuk jalan yang sungguh panjang ini. Dan saya masih belum benar-benar beriman dengan produk saya yang saya mahu jual ini...!

"Wahai orang-orang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak perbuat? Sungguh besar kemurkaan di sisi Allah untuk orang yang mengatakan sesuatu yang mereka sendiri tidak perbuat!"
[as-Saff, 61:2-3]

Tik tik tiiik. 

Lebih sebak dan mengoyakkan jiwa apabila memikirkan keraksasaan diri sepanjang lapan hari di dalam bulan Syawal yang lepas. Terasa diri ini begitu jauh dengan Allah. Terasa diri ini seolah-olah terjatuh ke dalam gaung yang curam dan tiada harapan untuk keluar kembali. Terasa diri ini begitu keji, penuh dengan dosa dan noda.

Padahal kononnya begitu bersungguh pada Ramadhan yang lepas. Padahal kononnya mahu memegang ijazah kelas pertama dari Universiti Tarbiyyah Ramadhan. Padahal kononnya mahu bertukar menjadi Super Saiya peringkat ketiga seusai meninggalkan Ramadhan.

Hakikatnya saya telah gagal. G.A.G.A.L. Ambil, tumbuk sampai lumat, kacau dengan air suam, minum dan telan. Gagal. 

Hanya kerana saya tidak obses dengan Dee 'n' Tee. Kerana sekiranya benar saya benar-benar obses dengan pekerjaan yang paling mulia di seluruh galaksi bimasakti ini, nescaya seluruh jiwa dan raga saya akan saya curahkan untuk jalan ini. Nescaya tiada masa yang saya luangkan untuk kemungkaran, maksiat dan perkara-perkara syaitonirojim. Nescaya!

"Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan..."
[al-Hajj, 22:78]

Sekiranya anda berjumpa dengan saya di masa akan datang, doakan makhluk yang anda lihat nanti adalah seorang manusia berjiwa hamba, yang bersinar-sinar matanya, yang kembang-kempis hidungnya, yang berterbangan rambutnya..

Kerana penuh dengan api semangat. Kerana penuh dengan keterujaan. Kerana ditolak kuat dengan azam untuk menjual produk bagus dan terbaik ini sampai laris macam buku Ma'lim fi Thaariq..! Eh.

Kerana saya mahu menjadi seorang hamba yang obses dengan dakwah dan tarbiyyah ini...! 



Muka pangkah, senyum besar. 

-gabbana-

Sedih mendengar beberapa berita kematian dalam satu hari yang sama. Sungguh, kematian itu adalah tazkirah buat jiwa yang terbaik.

Takziah buat Inche W, keluarga Noramfaizul dan keluarga Imam Masjid MEWAH Finsbury Park. Semoga yang pergi akan menunggu kita di jannahNya nanti, biidznillah...

6 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 06/09/2011, 23:25  

Seandainya anda berasa begitu, bererti masih ada sisa iman yang akan menjadikan anda super saiya berambut terbang
yang akan obses dengan DnT

saya juga ingin obses dgn DnT, walaupun kebolehan sangat terlimitasi
Tadi 1st time kene bagi talk pada grup baru, datang rasa takut dan migraine yang dijadikan alasan.
then bila kenang2 balik, obsesi yang sewajarnya membakar jiwa, ketakutan dan migraine tolak tepi.

ur good in this ( i believe), kindly optimize ur DnT specialized ability
as many will be benifited
mungkin ada jiwa yang akan tersentuh
bukankah itu lebih baik dari memiliki kereta..err...unta merah?
lillahi taala
p/s-sori,datang mood pokpek =_=;

Unknown 07/09/2011, 09:47  

samalah cuti lama2.bila naik kerja,
i feel something lose, and really need to find 'it'.again.

Zulkifli 07/09/2011, 12:28  

eh, apa maksud encik gabbana belum betul2 beriman dgn produk yg ingin dijual? apakah produk itu? islam? atau cara kita dakwah?

anyways, thank you for the timely reminder. :)

Inche gabbana 10/09/2011, 01:18  

enonimus: terima kasih atas komen yg sgt best..! sgt2 menghargainyaaa...!

iAllah, kebolehan anda yang 'terlimitasi' tu lah kelebihan anda..! apa2 yg anda pada anda, itulah yg terbaik dan terbest ntok anda! yakinlaaah!

doa saya ntok anda..! ;)

Inche gabbana 10/09/2011, 01:18  

sesegar: jom cari sesama! ;D

Inche gabbana 10/09/2011, 01:19  

zulkifli: err... ^^"

produk tu Islam la (kot). makna betul2 beriman, saya sendiri blom lagi dapat melaksanakan sepenuhnya Islam tu. blom lagi dapat udkhulu fi silmi kaffah. TT__TT huhu..

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP