Riang Gembira Bulan Ramadhan
Sungguh ceria gambar ini bukan? Kredit kepada anda yang menghasilkannya! |
Ramadhan adalah bulan yang sungguh riang dan gembira.
Semalam mesyuarat saya melewati jam empat setengah petang; ini bermakna saya akan terpaksa pulang ke rumah sendiri, tidak dapat bersama Puan Mama diambil oleh Inche Papa di Stesen LRT.
Ramadhan adalah bulan yang sungguh riang dan gembira.
Ramadhan adalah bulan yang sungguh riang dan gembira.
Perkhidmatan LRT pula buat masalah. Kali ini bukan calang-calang masalah. Lebih satu jam saya terpaksa berdiri di dalam tren, dengan dihimpit oleh para penumpang lain. Kini saya memahami perasaan menjadi ikan sardin.
Mujurlah Quran di tangan. Di tambah pula dengan bulan Ramadhan. Memang takde nafsu nak rasa menyampah atau berasa marah.
Tersasar plan saya untuk sampai awal di rumah dan berehat-rehat sebentar.
Hikmahnya? Dapatlah saya menghabiskan tilawah satu juzuk saya di dalam tren.
Tersasar plan saya untuk sampai awal di rumah dan berehat-rehat sebentar.
Hikmahnya? Dapatlah saya menghabiskan tilawah satu juzuk saya di dalam tren.
Kata-kata yang kerap bermain di latar belakang: "Saya berpuasa.. Saya berpuasa.." Hohoho..
Ramadhan adalah bulan yang sungguh riang dan gembira.
Setibanya di stesen, tubuh badan yang cukup penat menyebabkan isyarat dihantar kepada otak untuk membuat keputusan: "Naik teksi sahajalah.."
Berita gembira; tiada teksi beratur seperti selalu. Jika ada teksi sekalipon, cepat sahaja disambar oleh penumpang lain, ibarat helang lapar menyambar anak tikus sawah padi yang comel gebu-gebu. Eh.

Jalan kaki sahajalah. Senyum kelat.
Jalan pula masih basah, dek hujan yang turun sebelum itu. Mujurlah kini hanya rintik-rintik sahaja. Namun kasut kulit basah, menyerap air di jalanan dan tanah rumput yang dilalui. Alah, belasah sajalah!
Ramadhan adalah bulan yang sumpah riang dan gembira.
Ramadhan adalah bulan yang sumpah riang dan gembira.
Dalam perjalanan pulang, memang ada lalu bazar Ramadhan. Langsung tidak berniat untuk beli apa-apa. Tubuh badan yang ekzosted, mematikan nafsu makan, juga deria bau daripada teruja dengan pelbagai jenis masakan dan juadah berbuka.
Melepasi sebuah gerai, saya terhenti. Dan berpatah balik. Telinga menangkap promosi si penjual di gerai tersebut. Mata terpaku pada kepingan polisterin yang dijadikan papan tanda promosi gerai. Tertulis: 'Daging Salai Masak Lemak.'
Allah. Terliur.

"Ada lagi ke cik..?"
Seorang tua, ditemani dengan anak lelaki dan menantunya (saya kira, berdasarkan perbualan mereka) berniaga lauk-pauk juadah berbuka, dan salah satunya lauk peberet sepanjang zaman saya; daging salai masak lemak cili api (hanya dengan menulisnya membuatkan perut saya bergendang gembira).

"Ada lagi ni dik. Tapi dah nak habis dah ni."
"Oklah, bolehlah."
"Oklah, bolehlah."
"Adik nak berapa ringgit..? Tiga ringgit? Empat ringgit?"
"Macam mana kira..? Uhm, bagi tiga ringgit la.."
"Ala ayah, habiskan semua je la," sampuk anak lelakinya. (Saya tak ingat dialog yang sebenar, tapi saya pasti anak lelakinya yang mengisyaratkan untuk menhabiskan sahaja saki-baki masak lemak yang ada)

Tersenyum.
"Ni dik, ikan patin tak nak? Dari Temerloh ni!" Si anak menantu pula mempromosikan ikan patin masak lemak, yang kelihatannya tinggal seketul lagi.
"Ni dik, ikan patin tak nak? Dari Temerloh ni!" Si anak menantu pula mempromosikan ikan patin masak lemak, yang kelihatannya tinggal seketul lagi.
"Takpe kak. Saya tak makan ikan patin.."
Sambil menunggu lauk saya dimasukkan ke dalam plastik, berlaku perbualan yang sangat menarik.
Sambil menunggu lauk saya dimasukkan ke dalam plastik, berlaku perbualan yang sangat menarik.
"Adik kerja mana?" Si anak lelaki bertanya.
"KL sana tu.... Tadi ni ha, tren pulak buat masalah."
"KL sana tu.... Tadi ni ha, tren pulak buat masalah."
"Kenapa? Tersangkut?"
"Haah. Pulak dah lepas tu, teksi pulak takde. Ni yang berjalan ni."
"Haah. Pulak dah lepas tu, teksi pulak takde. Ni yang berjalan ni."
"Ish ish ish.." Si anak menantu menggeleng kepala, tanda simpati agaknya.
"Tapi tengok macam mana Allah nak tolong, singgah sini, dapat pulak beli masakan fevret saya ni. Memang rezeki saya.."
"Tapi tengok macam mana Allah nak tolong, singgah sini, dapat pulak beli masakan fevret saya ni. Memang rezeki saya.."
"Betul tu dik.. Dia (Allah) memang dah susun cantik dah." Si anak lelaki mengiyakan kata-kata saya sambil tersenyum, lantas menghulurkan plastik berisi daging salai masak lemak cili api saya.
Masha-Allah.
"Mekaseh bang, saya beli."
"Jual dik, mekaseh."
Terima kasih Allah. Berjalan pulang dengan sungguh bergaya.
-gabbana-
Sangat sibuk sebenarnya hari ni. Tapi tangan ni ha, gatal sangat nak menulis. Tak boleh buat apa ah.. Heh.
Saya dah kata, bulan Ramadhan memang sesungguhnya bulan yang cukup riang dan gembira..!
-gabbana-
Sangat sibuk sebenarnya hari ni. Tapi tangan ni ha, gatal sangat nak menulis. Tak boleh buat apa ah.. Heh.
17 Caci Maki Puji Muji:
seronok ramadhan anda. teruskan memyentuh hati ummah.
hehe,,,daging salai masak lemak?nyum,,nyum;p
anak beranak ikut tarbiyahh kot. ;)
sangat best. penat mungkin, tapi ada nilainya di situ. hehe. alhamdulillah.
setiap dugaan mesti ada hikmah. =)
:)
teruskan menulis dgn senyuman ye :)
dugaan tu penting utk kita jadi lebih matang..sentiasalah bersabar bila ada dugaan sebab itu tanda kasih syg tuhan.
en gabbana, sy ade satu idea utk encik ni...
nak tak article2 dlm blog en gabbana ni kita buat buku n pasarkan kat market.
sy fikir mmg potensi besar nak laku, boleh jadi bestseller nnt.
if en gabbana yakin, kiranya half dah berjaya coz keyakinan terhadap sesuatu perkara itu adalah separuh dari kejayaan...
en gabbana fikir2kan la ye.
selamat berbuka!
assalamualaium,
just terpanggil nak tanya, daging salai masak lemak tue kat bazar ramadhan kat mane? :) Agak penat dan susah gak nk cari lauk tue kat Bazar Ramadhan sebenarnya :)
GMS: seronok juge..
iAllah. yg menyentuhnya adalah Allah, sy hanya berusaha sahaja.
doakan saya yeh..? ;)
hambaNya: hahaha.. mungkin kan..? Sapa tau.. iAllah.. ;)
zulaikha: sms dari Allah ada di mana2. kita je tak buka matah hati kita besar2... ^^
hadi: yeezzzaaa. tepat sekali di situ.
jgn claim diri kita beriman selagi tak diuji... 29:2
enonimus II: alhamdulillah.. kalau begitulah keadaannya, saya mmg tak kesah lgsg diuji...! XD
thinklebihsket: hahaha.. menarik idea anda tu..
nah, bahasa2 yg saya gunakan ni tak sesuai ntok dijual di pasaran. nnt takde sapa nk beli.. heheh..
lg pon, saya selesa menulis dalam belog je. takde deadline, tak perlu pening2 pk ada org nak beli ke tak penulisan saya, bla bla bla.. saya bebas...! ;D
pape pon, mekaseh atas motivasi dan cadangan! akan sy pertimbangkan iAllah.. ;)
enonimus III: adakah ni cubaan untuk mengenalpasti di manakah kawasan tempat tinggal saya..? hehehe..
ada kat bazaar ramadhan wangsa melawati/AU 5 lembah keramat. kat kiri kanan jalan. ;)
semoga berjaya! hehehe..
Post a Comment