3 August 2011

Cipanku Lari Gagah Berani

Seeokor anak cipan bernama Abdullah Karim meminta izin daripada ibunya, Puan Maimunah Selamat untuk keluar membeli juadah berbuka pada hari itu.

Pada mulanya, Puan Maimunah agak keberatan untuk membenarkan anak bongsunya itu keluar berseorangan, apatah lagi baru beberapa hari yang sudah jiran-jiran tetangganya termasuklah Puan Saonah Saberi si kijang tompok dan Puan Zulaiha Asmuni si tenggiling perang mengatakan bahawa mereka ternampak kelibat Inche Malim Kundang si harimau jaguar sekeluarga baru-baru ini.

Namun setelah dipujuk berkali-kali, Puan Maimunah akhirnya cair dengan teknik mata kucing berkelip-kelip anaknya dan mengizinkan anaknya untuk keluar membeli juadah berbuka dengan syarat, anak kesayangannya itu membawa sekali senapang Taser bersama-sama. 


Abdullah Karim, seekor cipan yang sungguh tembam dan riang. [Kredit]

Abdullah Karim berasa begitu teruja. Sepanjang perjalanan, dia tidak habis-habis memikirkan juadah berbuka yang bakal dibelinya. Pucuk hutan gulai lemak cili api menyebabkan perutnya berghazal. Rendang pedas beri merah menyebabkan anak tekaknya bergerak-gerak. Akar kayu bakar cicah air asam menyebabkan lidahnya menjilat-jilat bibirnya yang sedang kering. Dan gambaran menikmati air sungai sejuk dicampur rumpai sungai yang kenyal sebagai pembasuh mulut membuatkan pundi air liurnya merembes tidak terhenti.

Di sepanjang perjalanan, Abdullah Karim yang begitu teruja dengan prospek membeli juadah berbuka yang pelbagai menyapa unggas dan serangga, juga haiwan-haiwan kecil yang dijumpainya. Antara yang disapa mesra termasuklah Adik Manis Fatimah Usman si burung kelicap dan Pak Cik David Semunggah si kumbang badak. Angin sepoi-sepoi yang bertiup nyaman, ditambah pula dengan pemandangan dedaunan perang-keperangan yang gugur menjadikan perjalanan Abdullah Karim begitu mengasyikkan sekali. 


"Sesegaaaar... Hijau dauuuuunan.." Abdullah Karim menyanyi riang. [Kredit]

Namun dek ditenggelami oleh perasaan keterujaan yang melampau dan terlalu leka menikmati pemandangan indah ciptaan Tuhan, Abdullah Karim tersalah jalan dan hanya setelah jauh ke dalam hutan, barulah dia tersedar yang dia sudah tersesat. Akibat kepenatan dek perjalanan yang jauh ditambah pula dengan kerisauan yang dia tidak dapat menjumpai jalan pulang menyebabkan peluh cipan mula membasahi tubuhnya.

Abdullah Karim mengambil keputusan untuk berehat sebentar bagi melepaskan lelah di dada, sambil merehatkan minda untuk dapat memikiran jalan keluar dengan lebih rasional. Setelah beberapa minit berlalu. Abdullah Karim mendengar bunyi desiran daun. Pada mulanya dia tidak menghiraukannya kerana menyangka itu adalah akibat tiupan angin, namun apabila desiran itu seolah-olah semakin mendekatinya, dia menjadi cemas. Abdullah karim lantas bangun. Kaget.

Dia memandang sekeliling. Dia gagal mengesan apa-apa yang mencurigakan. Namun, baru sahaja dia mengambil keputusan untuk meninggalkan tempat itu, tiba-tiba seekor beruang hitam besar gedabak keluar daripada celah-celah rimbunan pohon tidak jauh dari tempat Abdullah Karim berehat. Abdullah Karim ternganga melihat makhluk sebesar itu. Dan seganas itu.

Ini bukan beruang matahari yang makan madu itu. Ini beruang jahat maging. Pemakan daging! Getus hati Abdullah Karim yang terkesima untuk lima saat yang pertama.

Mujurlah Abdullah Karim sempat menarik kembali mindanya untuk berfikir secara matang dan rasional. Tanpa berfikir panjang, dia cepat mengambil langkah seribu melarikan diri dari situ. Tanpa menoleh ke belakang, dia dapat mendengar ngauman beruang tersebut dan desiran angin yang menandakan si beruang juga sedang berlari, mengejarnya. Abdullah Karim cuak. Di dalam kepalanya sudah terbayang dirinya menjadi hidangan juadah berbuka untuk si beruang dan keluarganya pula.

Abdullah Karim tekad. Dia tidak akan menyerah kalah! Pantang keluarga cipan Abdullah Nasir menyerah diri kepada musuh! Perjuangan mesti diteruskan hingga ke titisan darah terakhir! Terngiang-ngiang kata datuknya, ketua cipan cawangan selatan dalam perhimpunan keluarga beberapa bulan yang lalu. 

Entah bagaimana, selepas berlari sepenuh hati untuk beberapa jauh, Abdullah Karim tidak lagi mendengar si beruang berlari mengejarnya. Tetapi Abdullah Karim bijak; dia tidak mahu terjatuh ke dalam perangkap. Dia berlari untuk beberapa jauh lagi sebelum berhenti untuk membuat tinjauan. Syukur, dia benar-benar selamat. Langsung tidak terlihat kelibat si beruang hitam dalam jarak pandang satu kilometer persegi.

Dan yang lebih menggembirakannya, tempat dia berhenti itu adalah di kawasan yang dia cukup kenal dan sudah biasa. Lantas dia bergegas untuk pulang ke rumah. 

Setibanya di rumah, setelah membuat sujud syukur, dia menceritakan segala-galanya kepada ibunya, Puan Maimunah Selamat tentang adventurnya menyelamatkan diri daripada cengkaman si beruang hitam. Abdullah Karim sedikit terkejut si ibu tidak memarahinya, malah cukup bersyukur yang dia terselamat daripada kejadian yang tidak disangka-sangka itu. Apabila ditanya mengapa tidak menggunakan senapang Taser yang dibekalkan, Abdullah karim langsung tidak teringat kewujudan senjata itu sehinggalah ditanya. Begitu cuak katanya.

"Mengapa kamu tidak gunakan senapang Taser yang ibu bekalkan tu..?" "Macam mana nak guna ibu. Nak pegang pon tak boleh.. -___-'" [Kredit]

Untuk beberapa hari selepas itu, Abdullah Karim dilarang keluar daripada rumah. Kalau diizinkan sekali pun, itu hanyalah untuk bermain teng-teng atau konda-kondi bersama adik-beradik cipannya yang lain atau kawan baiknya, Daniel Hafiz si badak Sumatera. 

Namun dek kebosanan tahap Majinbu, akhirnya Abdullah Karim memujuk Puan Maimunah Selamat untuk membenarkannya keluar bersama rakan-rakan. Pada mulanya memang Puan Maimunah Selamat berkeras untuk tidak mengizinkan anak jantannya itu keluar. Jangan cari nahas! katanya. Tetapi, Puan Maimunah sekali lagi tewas kepada teknik pujukan Puteri Gunung Ledang yang baru dikuasai Abdullah Karim setelah mempelajarinya di internet.

Puan Maimunah meletakkan syarat mereka mesti bergerak dalam kumpulan, sekurang-kurangnya lima ekor cipan, atau seekor cipan dan dua ekor badak atau tiga ekor cipan dan dua ekor kijang atau mana-mana yang kombinasi yang sesuai. Mereka juga perlu memastikan telefon mudah alih mereka sentiasa dalam keadaan bersedia. Abdullah Karim bersetuju dengan syarat-syarat yang diberikan. Tambahan pula, dia memang tidak berani untuk keluar berseorangan, kerana masih trauma dengan peristiwa dikejar beruang hitam. 

Maka Abdullah Karim, bersama-sama dengan Daniel Hafiz si badak Sumatera, Lili Heryanti dan Lolo Heryanto si kembar siamang dan Michael Salinsbury si kucing hutan keluar berjalan-jalan. Abdullah Karim berasa begitu lega dan gembira sekali, kerana setelah hampir seminggu tidak keluar daripada kawasan rumahnya, dia sekali lagi dapat menikmati udara segar hutan dengan pemandangan indah alam semulajadi ciptaan Tuhan. Dia tidak lupa membawa DSLRnya sekali.

Lama selepas itu dan jauh mereka ke dalam hutan, dalam kerancakan mereka berborak dan hilai-tawa mereka bergembira, tiba-tiba mereka terdengar bunyi-bunyian yang menyebabkan mereka terhenti. Bunyi dedaun di lantai hutan bergeser antara satu sama lain, tanda ada makhluk yang melaluinya. Kemudian terdengar pula bunyi menggeram, tanda ada makhluk lain yang berdekatan.

Keluar beruang hitam yang pernah mengejar Abdullah Karim tempoh hari, di sebalik pokok meranti besar tidak jauh dari tempat mereka berada. Satu demi satu, keluar pula empat ekor lagi beruang hitam.

Peluh cipan, badak Sumatera, siamang dan kucing hutan mengalir perlahan.

-gabbana-

Terhibur..? Wahahaha.. Selamat mengimarahkan hari ketiga berpuasa!

22 Caci Maki Puji Muji:

cucutokjanggut 03/08/2011, 13:20  

rasa nak nangis baca

SN 03/08/2011, 14:23  

hilang penat akibat kelas berderet2 hari ni~~ :D

ade sambungan x??

Inche gabbana 03/08/2011, 16:10  

cucutokjanggut: aik..? Apsal..? Menangis sbb ketawa tergolek-golek ke..? Hohohoh..

Inche gabbana 03/08/2011, 16:11  

SN: wah, dah lama anda tak datang menjengah!

takde tulis #1 en kat hujung tajuk tu..? maknanya takde sambungan la tu.. hihihi..













tp iAllah akan ada pengajarannya, as usual. ;)

aman.

Zulkifli 03/08/2011, 17:14  

Cerita tergantung. Ini sungguh tidak adil!
P.S.: Saya ada soalan. Kalau saya hanya buat 8 rakaat tarawikh, balik ke rumah tidur, dan bangun kembali untuk qiamullail, apakah solat yang paling sesuai dilakukan? Sambungan solat tarawikh atau tahajud? Thanks.

I 03/08/2011, 17:52  

sangat menyegarkan
^^
kinda expecting sequel jugak la

pengajaran?hmm...
amal jamaie?strategi?
jgn bermain dgn api yang kelak memakan diri?
looking 4wad to the pengajaran

Anonymous 03/08/2011, 18:39  

inche gabbana..huhu sy x dpt msg dia??

ezra 03/08/2011, 18:45  

nice story but a bit harsh on character selection..maybe en.gabana leh guna charactr haiwan yg comel lepas ni like persian cat,hamster,tupai,panda,butterfly dll

anyway pic dlm pic tu bukan cipan tapi tapir yg diancam kepupusan dan cipan is shortfom 4 cipanzee which cousin dgn beruk monyet bla bla

lalalalalala slmt breakfast en.gabana lalalalala :P

Abe Am 04/08/2011, 06:18  

tengok tajuk dah tergelak satu hal, baca tiap2 perenggan amik mase cket, sbb dok gelak..
ahahah..

comel sungguh nama sekor2...

adidahzubir 04/08/2011, 08:48  

HAHA.
sangat cooll. nama masing masing urban sungguh.
bawak DSLR yang tak tahaann tuu (-_-")

al-razi 04/08/2011, 14:21  

wah, terernya create story, last sya buat karangan pon masa spm 6 thun lepas..

to zulkifli: ahsan kalau dah bgn malam buat solat taubat, hajat , n kalau mampu 8 rakaat tahajud n then completekan dgn 3 rakaat witir.
sebb sunnah nabi pun buat 8 rakaat terawih..selamat beramal..
ini pendapat sya.

- abdul hadi abdul muti - 04/08/2011, 16:11  

moral of the story, jangan guna senapang taser kalau tak de tangan. in other word, ukurlah baju di tangan sendiri. kalau tak mampu, buat cara tak mampu. haha

Inche gabbana 08/08/2011, 14:57  

zulkifli: err. sila saman saya di mahkamah kalau tak puas hati. hihih..

saya setuju ngan jawapan al-razi. buat tahajud lagi best! ;)

Inche gabbana 08/08/2011, 14:58  

I: tunggulah nnt sekuelnya bertajuk: lauk makan malamku cipan masak kari. wahahaha.. eh.

lepas membaca post 'beruang hitam pon pandai berjemaah,' anda pasti tersenyum dengan tekaan pengajaran anda. ;)

Inche gabbana 08/08/2011, 14:58  

enonimus: sekarang sudah dapat bukan..? ^^

Inche gabbana 08/08/2011, 15:00  

ezra: *garu kepala* saya tak pasti la anda ni datangnya dari planet mana.

cuba anda pergi google, lepas tu klik 'image' kat tab atas tu. lepas tu try type cipan, tgk keluar gambar apa.

kalau kuar gambar cimpanzee, bagitahu saya, saya nak belanja anda makan tengah hari.

eh tak boleh bfast la, pose. hohoho..

Inche gabbana 08/08/2011, 15:01  

abe am: gelak sket2 sudah am. nnt pelik pulak prg kampung, igt anda dah gila ke apa. hihihi..

Inche gabbana 08/08/2011, 15:02  

nfdeeda_zubir: harusla. anda igt manusia shj yg mahu bergaya...? heh.

Inche gabbana 08/08/2011, 15:03  

al-razi: hahaha.. karangan spm mana boleh buat camni. kalau boleh komfem dah saya dapat anugerah khas perdana menteri. hihih..

terima kasih ntok jawapan anda kepada soalan zulkifli itu. ;)

Inche gabbana 08/08/2011, 15:03  

hadi: hahaha.. menarik pandangan anda tu.

"Ukurlah baju di tangan sendiri.." Ni mesti time cikgu umaimah mengajar dulu, tido dalam kelas kan..? hhihihi..

malay-caucasian 09/08/2011, 01:28  

eh gabana loser..betul la si ezra ckp yg pic hang tepek tu tapir dan info pasal cipan tu..

aku pun ada tgk pasal haiwan tu dlm discovery channel la..pls la buat homework b4 ko feed FOLLOWERS KO yg memang SAMA TOLOL tu ajaran sosat!cittt podah

Inche gabbana 09/08/2011, 08:20  

malay-caucasian: boleh rujuk sini:

http://www.wildlife.gov.my/printed_material/kbdMamClist/cipan.pdf

anda konpius CIMPAN dengan CIPAN rasanya tu..

nak saya bagi pelajaran 101 ke..? Wahahaha..

eh masuk rumah org bagi salam dulu eh..? Anda sentiasa dialu-alukan. peace. ;)

p/s: rugi je pahala pose, bulan ramadhan yg mulia ni dok guna bahasa2 kasar. aduhai.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP