Doa Hari Ini #1
اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا
اجْتِنَابَهُ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِين
Allahumma arinal-haqqa haqqan warzuqnat-tiba'ah, wa arinal-batila batilan warzuqnaj-tinabah, bi rahmatika ya arhamar-rahimeen.
O Allah! Let us see the good as good, and bless us with following it. And show us the falsehood as falsehood, and bless us with staying away from it, with Your mercy, O Most Merciful!
Ya Allah! Tunjukkan kami kebenaran dengan kebenaran dan kurniakan kami kekuatan untuk mengikutinya. Dan tunjukkan kami kebatilan dengan kebatilan, dan kurniakan kami kekuatan untuk menjauhinya, dengan rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih.
***
[Kredit] |
Marcapada ini, bukan senang mahu mencari dan melihat kebenaran. Kebenaran sering disalahertikan sebagai kebatilan. Kebenaran sering dituduh sebagai ekstrem, melampau dan keterlaluan. Cahaya kebenaran yang terang-benderang dikaburi dengan debu-debu dan kekotoran taghut dan jahiliyyah.
Kerana itu wahai Allah, permudahkan kami untuk melihat kebenaran yang sebenar-benarNya. Cerahkan dan sucikan mata hati kami agar kebenaran itu jelas untuk kami. Dan yang lebih utama, kurniakan kami kudrat, kekuatan dan keyakinan untuk berpegang teguh kepada kebenaran tersebut.
Kerana itu wahai Allah, permudahkan kami untuk melihat kebenaran yang sebenar-benarNya. Cerahkan dan sucikan mata hati kami agar kebenaran itu jelas untuk kami. Dan yang lebih utama, kurniakan kami kudrat, kekuatan dan keyakinan untuk berpegang teguh kepada kebenaran tersebut.
"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah..."
[Ali-Imraan, 3:103]
Sedangkan kebatilan, di zaman moden ini, sudah dilayan seperti normal. Bukan sekadar normal, malah ibarat suatu kemestian untuk dilakukan. Kebatilan itu kool dan kebenaran itu loser. Orang batil diangkat sebagai jago, sebagai juara, sebagai selebriti. Sedangkan orang yang memperjuangkan kebenaran sering dilihat sebagai militan.
Maka disebabkan itu wahai Allah, bukalah hati kami untuk kami melihat kebatilan yang sebenar-benarnya. Jauhkan kami daripada terkeliru membezakan yang mana batil, yang mana kebenaran; yang mana taghut dan jahiliyyah dan yang mana haq dan jalan yang lurus.
Dan kami ini lemah ya Aziz. Kami ini jahil ya Hakim. Kami ini kotor ya Quddus. Maka kuatkan hati kami, pandu kami dan bimbinglah tangan kami supaya kami punya keyakinan, keutuhan dan kecekalan untuk menjauhi kebatilan.
Amin ya robbal a'lamin.
-gabbana-
10 Caci Maki Puji Muji:
Ameen T-T
amin...
amin.
peewwwiiittt utk awek ninja..
amin.
selalu risau dengan apa y di pegang.
takut apa yang rasa betul itu hanyalah ilusi dan jauh dari agama.
semoga mata hati dibuka luas. amin.
wutever we choose as lifestyle,
its better to live it with moderation.
ppls can yell to the world of how awesome their fight against or into somethin but its meaningless if they still care of wut might or could harm them.
juz walk the walk n talk the talk coz its easier said than done.
lookin to life as eagle eye,
frankly GOD does not give us choice its either we were born fighter or lover.we cant change wut is written for us coz the more we try to change the more we loose.
no such reality as "kebetulan" in life ppl.
suka doa ini.
i still remember this dua..
first time was quoted by dr hafidzi when he came to ireland for MKP..
jzkk..
sorry nak tanye..
doa ni ada dlm quran ke or mane2 hadis..
nak buat reference..
jzkk
penulis.sahaja: iAllah. kalau bersungguh mujahadah dan btol2 mintak kat Dia, iAllah Dia akan permudahkan. (29:69)
all the best! ;)
Diriwayatkan oleh siapa ya? mohon pencerahan. Jzkk.
Post a Comment