Ramadhan Bukan Kacang Goreng Cap Ngan Yin
- Quran et lis SATU juzu' sehari
- Qiam et lis dua rakaat tahajud dan tiga rakaat witir SETIAP hari
- Tarawikh penuh, tak kisahlah lapan atau dua puluh rakaat
- Bertadarus bersama ahli jemaah masjid
- Solat Subuh berjemaah SETIAP hari di masjid
- Beriktikaf et lis sekali di penghujung Ramadhan
- Tidak bertukar menjadi raksasa gorgon ketika memandu
- Kurangkan bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah
- Merendahkan pandangan setiap masa
- Menjaga hati setiap masa dan ketika
- Menjadi anak yang lebih soleh dan riang gembira
- Perbanyakkan sedekah
- Banyakkan memberi senyuman susu pekat manis cap Teko
- Banyakkan bersabar kerana "Saya berpuasa." Kool.
Insha-Allah, saya berazam untuk memastikan saya berjaya melaksanakan segala mak gajah amalan yang telah saya gariskan dalam senarai periksa Ramadhan saya. Doakan saya! Anda bagaimana..?
***
Ramadhan kali ini cukup mencabar buat saya. Entah mengapa, mulai hari pertama lagi, pelbagai mehnah dan dugaan datang bertimpa-timpa.
Pertamanya, kerja yang bertimbun-timbun di opis. Tak pernah-pernah saya sibuk sebegini, sekali *baaammmmm nah hammmmekkk kau* kerja datang bertali-arus. Adeh. Memang cukup mencabar kerana tanpa tenaga yang haiper aktif seperti biasa, menjadi sibuk tahap otromen tak berhenti-henti melawan raksasa di bulan Ramadhan cukup memenatkan.
Hari ini timbunan kerja berterusan. Orang lain boleh balik tepat jam empat setengah petang pada bulan Ramadhan ini. Saya..? Hanya melihat mereka dengan linangan air mata. Hihihi..
Kemudian, semalam juga, terpaksa menunggu Inche Papa kurang lebih setengah jam lamanya, dek kesesakan lalu lintas yang disebabkan oleh bazar Ramadhan. Yang ini, nanti saya tulis post khas pasal isu ini, Insha-Allah. Mujurlah saya berpuasa semalam.
Kemudian, di malamnya, selepas bertukar menjadi Inkredibel Hak yang baik dan bersopan-santun di Bangi, jam satu lebih baru boleh bertolak pulang ke rumah. Jam satu empat puluh kurang lebih baru tiba di rumah. Dan anda tahu apa yang terjadi? Di jam itu, di saat embun pagi mula menitis di hujung dedaunan, tatkala angin sejuk mula bertiup, ketika kabus pagi mula menyejuk, saya pula lupa membawa kunci rumah. Aduhai.
Terpaksalah saya mengekol Inche Papa yang sedang nyenyak dibuai mimpi. Mujurlah dia tidak bertukar menjadi Ten Shin Han yang sedang marah lantas membuat silat matahari ketika itu.
Pagi ini, saya berasa seperti berada di kayangan. Terawang-awang. Manakan tidak, tidur hanya tiga jam dan selepas itu, tiada lagi peluang untuk melelapkan mata. Mujurlah saya sampai di opis awal; arakian mengambil kesempatan untuk lena sebentar. Ok mengambil kesempatan bunyinya cukup negatif. Hakikatnya, saya tidak melakukan sebarang kesalahan tahu?
Dan seperti yang saya katakan tadi, kerja hari ini juga boleh tahan banyaknya. Yalah, dahulu komplen tiada kerja. Sekarang ni, ha, hamek! Di bulan Ramadhan lagi tu sekian terima kasih. Memang benar-benar ujian dan dugaan buat saya. Air mata mengalir perlahan.
Dan buat pertama kalinya juga, saya terpaksa 'mencuri-curi' masa untuk bertadarus dan bertilawah. Terpaksa membaca al-Quran ketika orang sedang sibuk mendengar kuliah Zuhur dan juga ketika di dalam tren ondewey pulang ke rumah semalam. Alhamdulillah, Dia izinkan saya untuk menghabiskan satu juzu' semalam.
Tetapi, yang lebih mengalirkan air mata deras tanda terharu, punyalah sayang Allah kepada saya *koff koff*, tadi ketika meluangkan masa sebentar untuk mendengar kuliah Zuhur sambil mencuri-curi untuk bertilawah, saya disapa dengan ayat-ayat chentaNya:
"Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu mengingkari (ni'mat)-Ku."
"Hai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."
"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar."
[al-Baqarah, 2:152,153 & 155]
Allah..
Nak cakap apa lagi..?
Kalaulah ujian-ujian ini sebagai tanda peringatan untuk saya mendekatkan lagi diri ini kepadaNya, aku redha ya Allah! Kalaulah dugaan dan mehnah yang tidak seberapa ini mahu mendidik jiwa saya supaya menjadi orang yang lebih sabar, aku gembira ya Allah! Kalaulah cabaran-cabaran yang tiada apa-apa ini adalah sebagai tanda cintaNya kepada saya, aku bersyukur ya Allah...!
Benarlah bulan Ramadhan itu madrasah tarbiyyah. Dan pastinya madrasah tarbiyyah ini lebih dihargai oleh mereka yang sepanjang bulan Ramadhan ini, memakai cermin mata dakwah dan tarbiyyah yang cukup bergaya hoyeeaaahhh! Eh.
Kuatkan aku untuk menghadapi dugaan dan ujian ini, Ya Rabb! [Kredit] |
Benarlah bulan Ramadhan itu madrasah tarbiyyah. Dan pastinya madrasah tarbiyyah ini lebih dihargai oleh mereka yang sepanjang bulan Ramadhan ini, memakai cermin mata dakwah dan tarbiyyah yang cukup bergaya hoyeeaaahhh! Eh.
Hari kedua berpuasa sudah menghampiri penghujungnya. Adakah kita sudah memanfaatkan Ramadhan kita sebaiknya?
Ayuh, jangan sia-siakan dua puluh lapan hari lagi dan kurang lebih tiga jam yang ada (waktu Malaysia)..! Semoga sisa baki Ramadhan yang ada akan menjadi saksi pembela kita di akhirat nanti!
Dan oh, selamat berbuka yang berpada-pada..!
-gabbana-
Tak sabar nak sertai tadarus di masjid bersama ahli jemaah buat pertama kali dalam hidup pada malam ini! Akan menggunakan peluang ini sebaik-baiknya untuk menjala dan mencandat! Wahahaha.. Senyum besar nampak gigi.
18 Caci Maki Puji Muji:
Apa erti Ramadhan kalau tidak diuji? ^^
Nak tadarus 1 juzu sehari,ins allah no hal,tapi bagaimana nak tadarus sambil tadabbur ayat?
bila dh baca laju tu tak de sempat dah nak kerling ke tafsir ayat.
selamat menjala dan mencandat. kata mak membulat, DF time ramadhan ni yg paling efektif. Ingin juga saya tebarkan jala seluas-luasnya.semoga mengena, dgn izinNya
semoga berjaya!!moga diberi kekuatan dan kesabaran yang tinggi kepada anda..=)
Salam ihya' ramadhan, inche gabbana...
insyaALLAH, bila masing2 ad target untuk Ramadhan nih, pasti dipermudahkan Allah segala urusan...
semoga Ramadhan kali ni memberi impak yg sangat hebat untuk kita teruskan momentum sebagai muslim@muslimah yang bermanfaat kepada orang lain dan agama, amin.
p/s: gerun tengok header baru blog inche gabbana.
1st time baca terbayan kacang cap ngan yin
adohai,sudahlah diri bukan berada di malaysia,mana nak cari kacang yang sedap sedemikian rupa :(
Berbalik pada topik entry anda,kebelakangan ini saya banyak menghadapi msalah yang bermain dengan jiwa,Allahu Allah,sungguh tenang bila membaca surat cinta dari Allah dalam post ni
jzkk inche gabbana
moga checklist anda dapat dipenuhkan!
masyaallah.alangkah best jika sy dpt force like en.gabana!
sy rasa anda spt the flash versi muslim.tahniah en.gabana :)
selamat berpuasa incik gabbana..
I: Untuk komen perenggan pertama = ;)
Perenggan kedua = TT__TT
Perenggan ketiga = ;D (muka teruja)
Hoyeeaaahhh!
enonimus: IAllah! Jzkk..! Anda juga saya doakan yg terbaik ramadhan ini! ^^
zulaikha: IAllah.. Doakan.
Ya betul! Tarbiyyah ni madrasatul hayah, bukan time ramadhan je kena berkekalan ciri2 yg dibina tu, tapi sampai bila2 pon!
Especially ntok kita yg mengaku sbg dai'e ni. Kena jadi qudwah pada org di sekeliling kita.
Ayuh! ;)
sesdap oren: kacang rebus takdak..? eheheh..
alhamdulillah. tu tandanya Allah syg pada anda, sbb dia bagi anda jumpa belog ini untuk menenangkan hati ini. ;p
tiada istilah kebetulan dalam hidup ni en..? ^^
room alone: force? Maksudnya..? Adakah ujian2 yg menimpa saya tu..? Hohoho..
Flash buat apa, super saiya atau batmanlah! hehehe..
terima kasih!
meowwmania: sama2. ;)
p/s: pastikan kucheng2 anda juga turut berpuasa! weeee...!
sy maksud dgn force tu was ability gabana buat byk benda dlm satu masa laju mcm kilat kot.slmt berbuka.bye:P
ayat tu tanak masuk kolum ayat2 chenta?
sng nk rujuk nnt
sy buat shortcut kat blog sy boley eh?
jzkk
semakin membesar kita dlm jln ini, semakin besar juga ujian yg Allah dtgkan dlm Ramadhan
(icon menangis yg sy xreti nk buat)
Yang Maha Kuat, berilah kami kekuatan
room alone: oooh. vavavum! kalau camtu takpela, saya tak kisah jadi the flash! hehehe.. ;)
ABC: err. nnt sy taruh. hohoh..
sila sila, tiada masalah. asalkan bermanfaat ntok yg membaca. ^^
theonewhospiltthekopi: ya tepat sekali. tp bukan ketika ramadhan sahaja, di bulan2 yg lain2 juga.
lebih mencabar, barulah kool mahu berdakwah! hohoho..
Post a Comment