Rasulullah SAW Tak Pernah Keluarkan Kamehameha Pon?
[Kredit] |
Ramai orang yang kecewa untuk terus komited dalam jalan dakwah dan tarbiyyah kerana mereka merasakan Islam ini adalah agama ajaib; mereka fikir Allah akan sentiasa berada di sisi untuk memberikan mereka kemenangan.
Yalah! Bukankah kami sedang memegang panji-panji Allah, mahu menyebarkan risalahNya yang mulia di muka bumi? Arakian pastilah Allah akan sentiasa bersama-sama kami bukan..??
Maka bila berlaku sedikit kegelinciran atau masalah, mereka ini amat mudah berputus-asa, kecewa dengan jalan dakwah ini. Mereka rasakan mereka sedang melakukan tugas yang cukup mulia, maka secara logiknya, Allah sepatutnya sentiasa bersama-sama mereka untuk memenangkan agamaNya.
Maka bila berlaku sedikit kegelinciran atau masalah, mereka ini amat mudah berputus-asa, kecewa dengan jalan dakwah ini. Mereka rasakan mereka sedang melakukan tugas yang cukup mulia, maka secara logiknya, Allah sepatutnya sentiasa bersama-sama mereka untuk memenangkan agamaNya.
Err... Ada masalah besar dengan mentaliti sebegini rupa.
Pertama, Islam bukan agama ajaib. Kalau Islam agama ajaib sudah tentu Harry Potter menukar namanya kepada Ahmad Harry al-Potteri. Eh.
Kedua, kemenangan yang bagaimana yang diharapkan..? Daulah Islam jatuh ke riba..? Hadek-hadek datang menyerah diri untuk berbulatan gembira? Lautan China Selatan bertukar menjadi lautan intan permata supaya kita dapat menginfaqkan keseluruhannya pada jalan Allah..? Kemenangan yang bagaimana..?
Islam Bukan Agama Magis
Untuk menghurai permasalahan yang pertama itu, penting untuk kita menyelusuri sirah Nubuwwah agar kita lebih faham tabiat dah sunnah jalan dakwah ini.
Rasulullah SAW dan para sahabat menyebarkan Islam dengan titik peluh dan darah mereka sendiri. Mereka tidak berehat, mereka pergi berperang, mereka diseksa dan dipulaukan, harta mereka dirampas, hubungan kekeluargaan terputus... Mehnah dan ujian yang berlaku ke atas mereka berada di dalam lingkungan mereka sebagai manusia biasa.
Pada masa yang sama, sebagai manusia biasa, mereka juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Khabab yang ditegur Rasulullah atas sifatnya yang gopoh. Abu Dzar yang disifatkan Rasulullah masih ada jahiliyyah di dalam dirinya dek ejekannya terhadap Bilal. Seorang ahli Badar (saya lupa namanya..) yang dikantoikan Rasulullah mahu membocorkan rahsia kepada kuffar Mekah di ambang pembukaan Kota Mekah. Malah Rasulullah SAW sendiri pernah ditegur Allah dek tidak mahu melayan permintaan Abdullah ibn Ummi Maktum yang mahu mahu belajar Islam daripadanya.
Apakah pengajaran atau ibrah yang boleh kita sedut keluar seperti pembersih hampagas cap Panasonik daripada sifat 'kemanusiaan' yang ada pada Rasulullah dan para sahabat di era penyebaran dan pengukuhan Islam..?
Bahawasanya Islam itu adalah manhaj (sistem) untuk manusia dan bukannya untuk tapak sulaiman, kucing Parsi jiran sebelah mahu pon pokok cempedak di luar pagar. Bukan.
Maka apabila kita mengakui Islam itu adalah manhaj yang dturunkan khas untuk manusia, pastinya manhaj inilah yang paling sesuai atau sewitebel bak kata omputih, untuk kita semua (melainkan anda adalah seekor ikan emas bermata bulat). Bukannya sistem kapitalis, komunis, sosialis atau entah apa-apa lagi sistem yang berakhir dengan -is di belakangnya. Bukan. Kerana semuanya itu lahir hasil daripada pemikiran manusia yang dhaif dan punya banyak kekhilafan, sedangkan Islam adalah daripada Allah, Tuhan Maka Kuasa lagi Maha Bijaksana. Sekarang, sistem mana yang lebih kool dan bergaya..?
Maksudnya juga, manhaj ini tidak mustahil untuk ditegakkan kerana ia adalah manhaj untuk kita semua. Rasulullah SAW, para sahabat, salafus soleh dan umat Islam selepas mereka telah pon membuktikan dengan jayanya. Mereka manusia biasa dan begitu juga kita. Mereka manusia biasa yang bertukar menjadi manusia Super Saiya; mengapa kita tidak boleh bertukar juga..? Mereka boleh melakukannya; mengapa tidak kita..??
Dan kalau bukan kita yang mahu menegakkannya, kalau bukan kita yang mahu menyebarkan kebenaran Islam itu di muka bumi ni, siapa lagi..?? Takkanlah lembu bercorak batik yang sedang enak memakan rumput di padang ragut New Zealand..?? Atau panda gebu-gebu yang sedang elok menikmati pucuk-pucuk buluh di negara China itu..??
Dan esepeseli anda yang sudah mengikuti pelbagai siri bulatan gembira dan konferens riang, ditambah pula dengan pelbagai sesi tarbiyyah dan entah apa-apa lagi, andalah yang perlu mengorak langkah terlebih dahulu. Dah tu anda kata anda sedar dan faham tugas Syahadatul Haq anda bukan..? Takkan nak serah pada Mak Cik pisang goreng tepi jalan atau Mamak roti canai garing di Taman Melewati itu..? Adoyai.
Tugas untuk menegakkan Islam ini sudah tersandar pada bahu kita. Berat atau ringan, itu bukan persoalannya. Ia sudah pon menjadi amanah untuk kita sejak azali lagi; nak tak nak, suka atau tidak, kita wajib melaksanakannya!
Dan saya ada berita buruk untuk anda; Islam itu bukan agama ajaib! Anda tidak boleh sewenang-wenang membaca mantera seperti Hermione Granger itu untuk menarik hadek-hadek datang ke bulatan gembira anda. Anda tidak dibenarkan menggunakan voodoo untuk membunuh musuh-musuh Islam yang ada. Anda juga tidak boleh sesuka hati menaiki penyapu terbang atau membuat hikmat gerakan sejenak untuk pergi ke bulatan gembira atau konferens riang yang begitu jauh dari rumah anda.
Kerana Islam itu bukan agama ajaib. Sekiranya ia adalah agama ajaib, sudah tentu Rasulullah SAW akan mengeluarkan Kamehameha ketika perang Badar dahulu.
Ka...Me...Ha...Me..HA....!! Ok dalam kartun bolehlah, dalam dunia realiti tiada perkara sebegitu tahu..?? [Kredit] |
Kemenangan Yang Agung
Untuk permasalahan kedua, yakni kemenangan bagaimana yang kita mahukan sebenarnya, jawapannya mudah. Terlalu amat mudah.
Dalam tempat pertama, yang kita dok sibuk-sibuk nak berbulatan gembira dan membulatangembirakan orang lain, dan tegakkan daulah Islamiyyah, nak dirikan professor kepada alam dan bla bla bla.. Untuk apa semua itu...?
Bukankah solat, amalan, hidup dan mati kita, semuanya itu untuk Allah dan Allah semata-mata..?? Jadi apa yang kita mahukan sebenarnya di dalam perjuangan ini..?? Daulah Islam? ya kita mahukan itu. Keseluruhan manusia tunduk dan patuh kepada Allah? Ya, kita juga mahu itu. Dunia menjadi aman dan makmur, tiada kezaliman, kebuluran mahupon peperangan..? Ya, itu juga kita mahukan.
Tetapi yang lebih utama dan pertama-tama sekali, kita mahukan maghfirah; keredhaanNya yang hakiki dan abadi! Tiada yang lebih utama daripada itu!
Bukankah solat, amalan, hidup dan mati kita, semuanya itu untuk Allah dan Allah semata-mata..?? Jadi apa yang kita mahukan sebenarnya di dalam perjuangan ini..?? Daulah Islam? ya kita mahukan itu. Keseluruhan manusia tunduk dan patuh kepada Allah? Ya, kita juga mahu itu. Dunia menjadi aman dan makmur, tiada kezaliman, kebuluran mahupon peperangan..? Ya, itu juga kita mahukan.
Tetapi yang lebih utama dan pertama-tama sekali, kita mahukan maghfirah; keredhaanNya yang hakiki dan abadi! Tiada yang lebih utama daripada itu!
"...nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di surga 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar.
Dan (ada lagi) karunia lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman."
[as-Saff, 61:12-13]
Nah! Pertamanya kita mahukan keampunan daripada Allah! Keduanya, kita mahukan syurga yang kekal abadi daripadaNya! Dan ketiga, barulah kita mahukan kemenangan berupa pertolongan daripada Allah.
Mendapat maghfirahNya adalah lebih bergaya daripada dunia dan seisinya, tahu..?? [Kredit] |
Jadi, tidak perlulah bergundah-gulana atau berputus-asa apabila pertolongan atau kemenangan yang kita harap-harapkan tidak kunjung tiba. Kerana kemenangan sebenar yang sedang menanti kita bukanlah tertegaknya Ustadziyatul 'Alam di muka bumi atau pon semua orang berbondong-bondong memeluk Islam. Bukan.
Tetapi kemenangan agung untuk orang-orang yang beriman dan istiqamah dengan perjuangan mereka adalah dengan memperoleh keredhaanNya yang kekal abadi! Allah..
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang agung."
[at-Taubah, 9:111]
Tak kisahlah kalau tak dapat membulatangembirakan orang lain pon, asalkan Allah redha. Tak kisahlah sampai mati pon dua biji mata ini tidak dapat menyaksikan tertegaknya Ustadziyatul 'Alam, asalkan Allah cinta. Dan tak kisahlah semua orang pon benci pada diri, asalkan Allah kasih pada kita..!
Dengan syarat; kita telah berusaha dengan sesungguh-sungguhnya untuk menegakkan Islam di galaksi Bimasakti ini!
Berita Baik
Bunyinya cukup sukar bukan..? Dahlah manhaj Islam ini untuk kita semua selaku khalifah di muka bumi, kalau nak menang tidak boleh berputus-asa pula tu..! Adeh.
Nanti dulu. Jangan khuatir. Allah itu tidak zalim. Dia pasti mahu memenangkan tentera-tenteraNya selagi mana mereka ini berjuang dan menyebarkan risalahNya menepati fitrah dan sunnah jalan berdakwah.
Maka saya ada berita baik untuk anda: Kepada anda yang bersungguh-sungguh mahu memperjuangkan agama ini, Dia pasti akan mempermudahkan urusan anda. Dia pasti akan menunjukkan jalan untuk anda. Bak kata omputih sekali lagi, ada cahaya di hujung terowong.
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik."
[al-Ankabut, 29:69]
Jadi sekarang ni tinggal lagi anda sahaja untuk membuat keputusan. Tinggal lagi anda sahaja untuk bangun dari sofa empuk itu dan pergi berdakwah dan menyampaikan risalahNya pada orang di luar sana. Tinggal lagi anda sahaja untuk bebaskan diri daripada kemalasan dan alasan-alasan yang berjela-jela itu untuk anda mula bergerak..!
"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."
[Muhammad, 47:7]
Manhaj yang sesempurna macam mana sekali pon dan pertolongan Allah yang hoyeeaahh bagaimana sekali pon, kalau punggung anda masih berat untuk bergerak, tangan anda malas untuk mengsms dan mengekol hadek-hadek dan mulut anda begitu culas untuk bercakap, tak berguna juga. Buat habiskan spaghetti dan macaroni goreng sahaja. Eh.
Kerana Islam itu bukan agama ajaib. Islam itu untuk KITA, maka KITAlah yang perlu menghidupkannya!
Leh, tunggu apa lagi tu...??
Leh, tunggu apa lagi tu...??
-gabbana-
14 Caci Maki Puji Muji:
Islam bukan agama magic, umat Islam bukanlah magician, tetapi empunya agama Islam dan seluruh umat Islam (dan bukan Islam) itu lebih hebat daripada segala magic.
Eh.
oh sinisnya.rasa nak tergolek~..-eh inche gabbana tgk harry potter! ghazwul fikr ni- aman...
Islam tertegak di zaman Rasulullah S.A.W. dan sahabat-sahabat melalui Sunnatullah.
If Allah wills it, He can make Islam the Ustaziyatul Alam overnight or less than that, but if that is the case, we will not be able to reproduce it.
Allah memenangkan Islam guna jalan panjang tetapi semua orang di setiap zaman boleh menggunakan teknik yang sama untuk membangunkan balik Islam.
Jazakallah, Encik Gabbana :)
P.S.: Ada soalan. Is there any dalil that says Allah menjanjikan Ustaziyatul Alam? Or memang kemenangan yang dimaksudkan bukan dalam konteks itu? Sorry, I'm a little bit confused.
ahli badar tu hatim abi baltaah.Blh tgk tafsir surah Al-mumtahanah
hazaddeen!
mehnah di jln dakwah adalah utk mmbrsihkan saf..
adoi x?wuu~
kdg2 kenkonfuisan...kalu x de hadek2 camne?kdg2 x taw ape yg dimaksudkan dgn dakwah..perlu ketuk pintu setiap org ke cam zaman Rasulullah?nak2 time cuti duk umah yg bes nie..mgkin inche gabbana leh explain kan..
I: memang la Dia lagi hebat sebab segala nenek gajah magic yg ada kat dunia ni, tak akan berlaku tanpa izinNya.
sgt kool bukan..? ;)
GMS: erk. knapa pulak nak tergolek..? sungguh ajaib. boleh cipta saying baru ni: "Sungguh sinis sehingga tergolek!" Hehehe..
Ye la, zaman dolu2 mmg tgk pon. siapa yg tak terlepas dari jahiliyyah masa silam..? hohoho..
zulkifli: komen anda cukup padat dan manis. saya suka.
untuk menjawab persoalan anda tu, adoi, mcm tak best kalau nak jawab secara komen mcm ni. tapi saya cubalah sedikit sebyk!
Setahu saya, mmg takdela sebut kena dapatkan UA dalam al0Quran. yg paling dekat pon tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ni.
kiranya kita kena makmurkan seluruh alam, dan mcm mana nak makmurkan seluruh alam kalau tak dapat UA..? Dia kita mcm indirect responsibility la jugak.
tp kalau kemenagan yg agung tu, adalah dgn mendapat keredhaanNya dan masuk ke dalam syurga kerana itulah sebaik-baik tempat kembali.
allahu a'lam. harapnya menjawab.
enonimus I: jzkk..! ^^
enonimus II: ya tersgtlah adoii. TT__TT sungguh tengs kepada anda! xp
enonimus III: untuk menjawab persoalan anda ni pon memerlukan post yg lebih pjg sebenarnya. tp sy cuba jawab jugelah.
dakwah ni mengikut kapasiti yg kita ada. kalau boleh pergi ketuk rumah org, why not..? tp pada masa yg sama, kita juga nak buat dakwah yg paling muntij; yakni guna tenaga paling sedikit untuk hasilkan output maksima! walaweh.
so nak dakwah kenalah ada strategi yg tersusun, plan elok2 dan sbgainya.
kalau takde adik2, kenalah cari adik2. kalau belum bersedia, pergilah menyediakan diri sampai dah mampu nak bawak adik2.
kalau kat rumah, carilah benda untuk buat; pergi cari bulatan gembira ke, ceramah2 yg boleh mantapkan kefahaman ke, kurusus bahasa arab ke, etc. semuanya tu termasuk jugak dalam skop dakwah, sebab dalam usaha kita nak tingkatkan kapasiti diri kita.
kalau nak amik dari sudut bahasa, dakwah tu maksudnya mengajak dan kita nak ajak orang kepada Allah. so apa2 sahaja usaha yg menepati maksud tu, kira berdakwahlah.
allahu a'lam. harapnya menjawab lah. ;)
" guna tenaga paling sedikit untuk hasilkan output maksima! walaweh."
huh~..bole ke??usaha sekerat mengharap segunung..tapi lain cherita kalau Allah berkehendak utk sedemikian..\(^_^)/
dakwah itu seni..kalau xleh nak cari adek2, boleh tlg ikhwah/akhwat buat montaj utk buat pgram2 tajmi'. so, sgtlah bagus cdgn inche gabbana tu utk penuhi cuti ni dgn liqo', ceramah, etc. dan tak kurang penting, sharpen ilmu buat foto editing, montage, or ape2 je la yg deal dgn teknologi since sekarang ni zaman IT.
kamehameha!!!
GMS: oh bukan. tu maksudnya dakwah yg muntij, dakwah yg efisien. kira buat benda yg mendatangkan hasil ah. takdela semborono je sesuka hati nak buat apa. hohoho..
yes, sila penuhkan cuti ngan aktiviti2 berfaedah kalau tak nnt jgn menyesal kat akhirat! :O
Post a Comment