26 April 2011

Selamat Datang Ke Kelab Bujang Bergaya!

[Kredit Gambar]

[Amaran tiga perempat keras: Post ini panjang lebar, hampir sama panjang dengan Tembok Besar China. Hanya baca apabila anda bosan tahap Suria Perkasa Hitam dan ada masa untuk baca sehingga habis sekian terima kasih]

Khamis lepas, selepas begitu banyak alasan dan dalihan, dan selepas begitu lama tertangguh, saya akhirnya berjaya juga memaksa Inche Q, hadek junior saya di Sekolah Bintang dahulu untuk janji temu makan tengah hari. 

Inche Q masih seperti dahulu, malu-malu kucing Siam dan amat bersopan-santun. Kira macam lelaki Melayu kedua terakhirlah selepas saya.. Wahahaha.. Eh. Dan sifatnya itulah yang menyebabkan saya anak-anak gadis mudah jatuh hati, paru-paru dan ginjal padanya. Silap haribulan mak-mak gadis pon boleh jatuh chenta..! Hihihi..

Setelah puas memancing dan menggali (dua hobi saya ketika masa lapang), akhirnya Inche Q membuka juga cerita kisah Uda dan Dara hidupnya. Ketika kali terakhir saya berjumpa dengan Inche Q, dia masih lagi bujang. Tetapi kini dia sudah berpunya walaupon dia masih bujang kerana kalau dia berkahwin sekarang nescaya dia dan bini bakal makan mee maggi cepat dimasak sedap dimakan setiap hari ewaahh..! Eh. 

Namun dek perangai dan akhlak Inche Q yang sungguh malu-malu, agak sukar juga untuk dia bercerita dengan maklumat-maklumat yang terperinci lagi sensasi. Maka terpaksalah saya bercerita dahulu tentang diri saya, dengan harapan dia akan termasuk jerat dan akhirnya akan berasa lebih selesa dan terbuka untuk bercerita. Wahaha.. Dan akhirnya dia banyak juga bercerita kepada saya; perkara-perkara yang saya kira, di waktu lain atau pada orang lain, saya berani kerat jari dia langsung tidak akan menyebutnya. Wah!

Yang lebih hangat dan sensasi, Inche Q ada satu pengakuan; dia sebenarnya masih tidak bersedia untuk berada di dalam perhubungan (Baca: In a relationship). Keputusannya untuk  berpacaran adalah disebabkan rasa bersalah, bertanggungjawab dan sedikit terpaksa. Dan mengenali perangai dan keperibadian Inche Q, saya tidak hairanlah yang dia berada di dalam situasi tersebut.

Kemudian, Inche Q ada satu permintaan. Permintaan yang cukup berat tetapi dek mahu menolong Inche Q seikhlas hati, saya bersetuju untuk memenui permintaannya itu. Dia mahukan nasihat saya bagaimanakah dia dapat keluar daripada perhubungan itu (atau et lis menyelesaikan kekusutan di kepalanya) dan saya katakan, saya tidak dapat memberi nasihat atau penyelesaian dalam waktu yang sekejap cuma. Arakian Inche Q berkata pula, "Kalau macam tu tulis dalam belog pon takpe."

Peluh kecil mengalir perlahan.

Semalam dia sms lagi, mendesak saya untuk memberikan jalan penyelesaian. Dan inilah hasilnya wahai Inche Q, sebuah post yang ditulis khas untuk anda (dan mungkin juga sesuai kepada sesiapa sahaja yang berada di dalam situasi yang sama).

Begini. 

Jalan penyelesaiannya sebenarnya ada berada di depan mata; ia terletak tidak jauh daripada genggaman anda. Mengapa? Kerana anda lebih memahami perasaan anda, apakah situasi yang sedang anda lalui dan bagaimanakah kekuatan anda sekarang ini.

Oh begitu mudah untuk saya mengatakan "Haram ini, haram itu!" Ya, memang mudah kerana saya tidak berada di tempat anda. Tetapi itu bukan cara saya. Apa guna kita paksa seseorang itu sekiranya dia tidak faham dan jelas mengapa dia perlu meninggalkan sesuatu perkara. Samalah sekiranya kita memaksa seorang perokok tegar untuk berhenti merokok trang tang tang ketika itu juga, dengan memberikan hujah bahawasanya Majlis Fatwa Kebangsaan dah fatwakan merokok itu haram, rokok boleh menyebabkan kanser, bla bla bla.. Sedangkan diri kita sendiri tidak merokok! Mana mungkin kita faham apa yang sedang dilalui oleh seorang perokok tegar.

Sedangkan Nabi SAW sendiri tidak pernah memaksa para sahabatnya berhenti daripada meminum arak secara dramatik, kerana dia amat faham arak dan orang Arab ketika itu ibarat buku dengan ruas! Eh silap. Isi dengan kuku! Sekiranya dia memaksa para sahabatnya berhenti meminum arak tatkala mereka masih baru dalam mengenali Islam, nescaya mereka beramai-ramai akan mengucapkan 'Hai hai Gudbai!' kepada Nabi.

Kembali kepada topik sebelum saya melalut tanpa kawalan, ya, saya tidak akan memaksa atau menekan anda untuk meninggalkan perhubungan tersebut, walaupon anda sendiri menyedari bahawa perhubungan tersebut adalah salah di sisi agama. Tetapi apa yang saya boleh katakan atau syorkan, fahami dan belajar betul-betul mengapa perhubungan antara lelaki dan perempuan yang masih belum berkahwin adalah haram dan salah di sisi agama.

Sekiranya kita mahu mengajar orang yang sedang mabuk arak betapa bahaya dan bodohnya perbuatan itu, nescaya si pemabuk tidak akan menerima kata-kata dan nasihat kita ketika itu. Tetapi sekiranya kita menasihati dia tatkala dia sedar dan bebas daripada pengaruh arak, nescaya dia dapat menerima kata-kata kita, walaupon sedikit.

Samalah. Sekiranya kita mahu meninggalkan si kekasih hati di kala kita mabuk cinta di puncak dunia, lautan api sanggup ku renangi kalau kentut pon bau wangi, nescaya hati kita akan meronta-ronta, jiwa kita akan meraung sengsara dan akal kita juga tidak dapat berfikir dengan bijaksana. Tetapi sekiranya kita menjauhi sumber yang memabukkan kita itu, hati kita lebih tenang dan perasaan kita tidak bergelojak seperti selalu, maka pasti lebih mudah untuk kita berfikir dengan lebih rasional dan kurang beremosi.

Sedikit-sedikit Lama-Lama Jadi...
Maka langkah pertama yang saya syorkan sekiranya anda benar-benar seriyus mahu meninggalkan perhubungan itu, adalah dengan menjauhkan diri atau et lis mengurangkan dos daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan anda 'mabuk.' Contohnya, kalau dahulu hampir setiap saat anda bersms cinta, mungkin boleh kurangkannya kepada sejam sekali? Kalau dahulu bertemujanji hampir setiap hari, mungkin kini boleh jadikannya seminggu dua kali? Kalau dahulu berpegang tangan berasmara dana, mungkin kini sekiranya bertemu mata, tangan disorokkan ke dalam kocek seluar? 

Insha-Allah, sekiranya anda konsisten dalam usaha untuk menjinakkan nafsu anda, lama-lama anda akan mendapati yang anda boleh hidup tanpa sms cinta setiap hari, yang anda masih boleh bernafas dan bernyawa walau tidak mendengar suara si dia setiap masa dan ketika.

Nah, selepas anda sedikit bebas daripada panahan asmara dan gelojak nafsu yang membara, barulah akal dan hati anda dapat duduk sejenak dan beriman sebentar. Kini barulah kita boleh melangkah ke peringkat yang seterusnya.

Anda bersedia..?

Apa Tujuan Kita Berchenta?
Setiap perkara ada tujuannya, ada hasil akhir dan objektifnya. Kalau anda bermain bola, apa tujuannya? Sama ada untuk menang, mengeluarkan peluh sihat bergaya atau beriadhah mengeratkan ukhuwwah sesama rakan. Sekiranya anda makan nasi lemak Mak Cik Giant, apa tujuannya? Pastinya untuk menikmati kelazatan nasi lemak tersebut, sambil mengisi perut kosong di pagi Sabtu. *koff koff situasi amat spesifik koff koff* 

Pokoknya, setiap perkara yang kita lakukan, dari sekecil-kecil benda sehinggalah sebesar-besar nenek gajah, pasti ada tujuannya. Sekiranya apa yang anda lakukan tiada tujuan atau 'takde apa saja-saja' sahaja, maka sia-sialah perbuatan dan perlakuan anda itu. 

Maka saya ingin bertanya anda. Apa tujuan anda berchenta? Untuk melempiaskan nafsu? Untuk merasa sendiri bagaimanakah rasanya berchenta? Untuk mengenali si makhluk bernama perempuan dengan lebih lanjut? Atau apa? Apa tujuan anda berchenta?

Tolong, sila lihat tujuan anda berchenta untuk jangka masa yang panjang. Sekiranya anda berkata anda berchenta untuk mendapat keredhaan Allah, erk, sila jelaskan bagaimana atau saya akan luku anda sehingga darah mengalir laju. Hoh.

Anda mahu berkahwin dengannya..? Adakah anda jamin sekiranya anda berchenta bagai nak rak dengannya, anda pasti akan nak ke jinjang pelamin dengan cik gadis yang sama? Dah puas anda sentuh, dah puas anda taburkan dengan janji-janji manis, dah puas anda karang ayat-ayat chenta, akhirnya anda berkahwin dengan orang lain juga. Hampagas.


Ya, anda memang boleh berjanji. Tapi akhirnya siapa yang akan menentukan hala tuju hidup anda..? Allah. Fulsetop. [Kredit Gambar]

Sudah banyak kali saya dengar sampai hendak bernanah telinga, si abang bujang akhirnya selamat diijabkabulkan bukan dengan si adik manis yang sudah lama berchenta-mhenta, tapi akhirnya dengan gadis pilihan emak juga. Leh, tadi kata nak sehidup semati? Gunung tinggi kita daki bersama, lurah dalam kita turuni togetha..?? Apa kes..?

Alasan yang selalu digunapakai mengapa perlu berchenta sebelum kahwin adalah untuk mengenali hati budi si gadis manis, sebelum mendirikan rumah tangga nanti. Masalahnya, yang selalunya berlaku adalah bukan sahaja hati budi yang dikenali, kedudukan tepat tahi lalat seluruh badan pon dikenali juga..! Peluh besar. 

Tak kenal maka tak chenta, kalau nak berkenalan selepas kahwin, kalau tak suka macam mana hey..?? Ya, satu lagi alasan yang diberikan. Terbaca baru-baru ini di belog Ustaz Saiful Islam, chenta itu di hati kita. Kitalah yang mengisi rumah tangga kita dengan chenta, dan bukannya mengharapkan ia datang menaiki permaidani terbang dengan majiknya!  

Chenta Itu Kopirait Allah 
Akhirnya, kita perlu sedar yang chenta itu milik Allah. Perasaan kita, gelojak jiwa kita dan perasaan kita yang membara, semuanya itu datangnya daripada Allah.

Saya yakin dan percaya, perasaan yang anda sedang lalui sekarang ini adalah normal dan merupakan satu bentuk ujian dari Allah. Anda manusia, maka tidak adil dan tidak bijaklah sekiranya anda mahu menidakkan perasaan anda itu. Tetapi pada masa yang sama, Allah mahu melihat bagaimana anda dapat mengawal, mentadbir dan seterusnya menghalakan perasaan anda itu untuk kegunaan dan faedah yang lebih besar.

Kegunaan apa yang lebih besar? Anda bertanya sambil menggaru kepala. 

Perasaan dan jiwa kita yang kosong, yang kononnya perlu diisi dengan chenta dan kasih sayang, sebenarnya adalah untuk Allah. Allah sedang menanti-nanti kita untuk mengadu kasih kepadanya. Allah sedang menunggu-nunggu kita untuk melaungkan kalimah-kalimah cinta yang suci dan abadi kepadaNya.

Cinta Allah untuk kita begitu melimpah-ruah banyaknya. Kita sahaja yang sombong tidak mahu menyahut panggilan cintaNya! [Kredit Gambar]

Bunyinya seperti poyo dan wateva bukan..? Percayalah saya pernah merasainya dan tiada apa yang lebih agung dan indah daripada mendambakan cinta Allah dan Allah membalasnya.

Kerana itu saya rasa saya layak untuk menulis post ini, walaupon pedih dan sesak untuk saya menelannya. Ya, saya juga pernah melalui alam percintaan *koff koff* dan ya, saya pernah merasakan betapa nikmat dan asyiknya bercinta. 

Tetapi saya juga pernah merasakan betapa masyuk dan walawehnya bercinta dengan Allah. Benar, perasaan itu tidak selalu datang bertandang di hati, tetapi cukuplah saya katakan yang nikmat dan indahnya mendambakan cinta Allah itu tidak tergambar perasaannya. 

Apabila menaiki mesin masa Doraemon untuk meninjau-ninjau saya yang dahulu, diri ini berasa begitu kerdil, malu dan hina. Bagaimana saya boleh terjebak begitu jauh di dalam kancah maksiat? Bagaimana saya begitu mudah ditipu oleh nafsu serakah? Bagaimana saya boleh terperangkap dengan panahan asmara yang disemerakkan oleh api bisikan syaitan..?

Diri berasa lebih malu dan hina apabila memikirkan setiap saat yang dibazirkan untuk si dia, Allah menanti-nanti dengan penuh sabar, bilakah hambaNya yang satu ini mahu menerima ajakan bercinta denganNya. Tidak pernah pula Dia menghukum saya secara tunai kerana tidak membalas penantian cintaNya yang suci! Tidak pernah pula ketika saya syok-syok bersms dengan si dia, Allah menghilangkan jari-jemari saya secara tiba-tiba kerana tidak menyahut panggilan cintaNya! Subhanallah..

Cinta itu milik Allah, maka bercintalah dengan Allah dahulu sebelum kita bercinta dengan makhluknya. Perasaan kasih, belas dan sayang itu adalah anugerah daripadaNya. Maka jangan hairan atau pelik sekiranya suatu hari nanti, Allah tarik semula perasaan cinta membara pada si dia, kerana sudah begitu lama kita tidak menghiraukan rindu dan cintaNya kepada kita!

Arrgghh!! Di Mana Kekuatan Itu..??
Benar, mencari kekuatan yang diperlukan untuk meninggalkan sesuatu perhubungan adalah amat sukar sekali. Kadang-kadang tu kita sudah hampir-hampir hendak membuat keputusan untuk berpisah, tetapi akhirnya kita batalkan niat kerana pelbagai alasan yang diberikan.

Masih sayang pada si dia lah, tak nak nanti dia kechiwa menonggenglah, nanti apa orang lain cakaplah, itu ini begitu begini. 

Sebenarnya anda sendiri yang masih berat untuk meninggalkan perhubungan itu bukan..? Jangan salahkan orang lain tetapi tudinglah jari pada diri sendiri dahulu. Seperti yang saya katakan di awal tadi, keputusan sebenarnya berada di depan mata. Sama ada kita mahu mengambilnya dan genggam erat dengan jari-jemari, semuanya terpulang kepada kita.

Tetapi saya tidak nafikan, bukan semua orang mampu untuk melakukannya there and then, atas pelbagai faktor. Maka nasihat saya untuk anda, mintalah kekuatan itu pada Allah. Mengadulah padaNya, yang anda kini mahu bercinta denganNya sahaja, maka kurniakanlah kekuatan dan kemahuan untuk melepaskan perhubungan anda dengan si dia. 

After all, Dialah pemilik hati-hati makhlukNya dan Dialah pemilik segala kekuatan dan kemahuan. Berdoalah dengan sepenuh keikhlasan dan berazamlah untuk meninggalkan perhubungan itu, Insha-Allah, Dia akan menunjukkan cahaya di hujung terowong. Eh.

Tapi awas! Sekiranya anda berjaya melepasi ujian-ujian perasaan dan emosi yang akhirnya membawa anda kepada putusnya perhubungan anda dengan si dia,  dan anda sangka semuanya akan menjadi lebih baik, anda silap. Cabaran yang lebih besar dan marabahaya sedang menunggu anda! Ketika inilah Jeneral Iblis dan tentera-tenteranya akan berasak-asak menyerang anda, seboleh-bolehnya mahu menghancur-ranapkan jiwa dan perasaan anda. Sehinggalah anda merasakan anda telah membuat keputusan yang silap dan anda perlu kembali kepada si dia!

Awas! Jangan biarkan anda tewas kepada pujuk rayu si  iblis laknatullah dan konco-konconya, kerana mereka sememangnya mahu melihat anda jatuh tersungkur setiap masa. Jangan biarkan diri anda tersungkur di depan pintu neraka!

Ok, saya rasa saya perlu berhenti di sini. Jika tidak saya rasakan post ini akan menjadi terlalu panjang dan anda pula akan bosan membacanya. Tetapi sebelum itu izinkan saya merumuskan langkah-langkah atau tips untuk 'menyelamatkan' diri daripada hubungan terlarang ini:
  1. Akui dan yakini apa yang sedang anda lalui salah dan tidak mengundang keredhaan Allah
  2. Mula jauhi diri atau kurangkan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menyemarakkan nafsu anda
  3. Fahami apa sebenarnya tujuan anda bercinta
  4. Isi kekosongan jiwa anda dengan cinta kepada Allah
  5. Bertindak! Mintalah kepada Allah untuk memudahkan urusan anda!
  6. Selamat maju jaya kalau gagal cuba lagi tahun depan! Eh, sila abaikan.
Bagaimana..? Kalau membantu saya amat gembira. Jika tidak, sila maafkan saya, saya hanyalah manusia biasa. Hohoho.. 


Tak rugi cinta Allah, kerana ia pastinya berbalas! Tahu..?? [Kredit Gambar]

Apa-apa pon, berbual mesralah dengan hati anda, kerana hati yang dipandu dengan niat yang ikhlas untuk berubah, pasti tidak akan menipu. Hati tidak akan berkata bohong tetapi nafsu dan akal yang jahatlah yang akan mengelabui anda. 

Tepuk dada, tanyalah iman. 

Tepuk dada, tanyalah hati yang tulus dan suci. 

Tepuk dada, tanyalah Allah, tagihlah cintaNya yang agung dan abadi.

"Adapun orang-orang beriman, sungguh besar cinta mereka kepada Allah..."
[al-Baqarah, 2:165]

-gabbana-

Saya bukanlah seorang  yang arif dalam bab perchentaan ini. Maka sila maafkan saya sekiranya kata-kata atau tips-tips yang saya berikan tidak boleh digunapakai. Saya juga masih dalam perjalanan yang jauh dalam menagih cintaNya...

Untuk Inche Q, banyakkan bersabar, kuatkan semangat dan jangan lupa berdating denganNya. Oh jika anda memerlukan sokongan moral dan tepuakn di belakang bahu, boleh juga sekiranya anda mahu berdating dengan saya! Wahahaha..

Apa-apa pon, menjadi bujang yang senang itu memang cukup kachak dan bergaya! Peace.

43 Caci Maki Puji Muji:

Puding karamel 26/04/2011, 22:13  
This comment has been removed by the author.
nuraiman 26/04/2011, 22:23  

oh,mmg pnjng pun post ni!=.='' haha~
inche penulis ok lah,diminta utk berikn nasihat,,,
tapi,keadaan kat cni,nak ckp kat kawan tu pulak x gheti!adeh~~~last2,buat entry kat belog,,,haha
Jahiliah ni,tak ramai yg tahu,dan sgt sedeh ye di situ!erk!
Semoga Allah beri kekuatan utk diri ni dan semua yg nak berubah utk tinggalkn jahiliyah~
InsyaAllah (=

Zulkifli 26/04/2011, 22:33  

Jazakallah!
Baru rancang untuk membincangkan isu ini dalam usrah dengan adik-adik. :)

N 27/04/2011, 00:10  

inche gabbana, sebulan dua yg lepas saya sebenarnya ada mengalami keadaan yg lebih kurang sama dgn inche Q (wah...banyak betul 'kebetulan' dalam entri2 inche gabbana yg related dgn saya. tapi ia bukan satu kebetulan juga!)

saya dah naik gila bayang dgn si dia (isy, malu pulak buat pengakuan ni!) dan saya selalu harapkan dia respon apa2 dari saya utk dia -YM, FB dll.
saya tahu dia seorang yg baik jadi dia jarang respon dan kadang2 tak respon langsung.saya tahu dia menjaga perhubungan dia dgn rakan berlawan jantina dgn dia. ia membuatkan saya sedikit kecewa tapi lama-lama saya fikir, saya tak patut buat dia mcm tu. (utk pengetahuan, kami mmg suka each other tapi cuma tak beritahu terang-terangan saja). jadi, saya stop buat kerja2 tak berfaedah tu. saya cuma berkomunikasi dgn dia bila ada hal2 penting saja.

masa tu cuma Allah saja yg tau mcm mana sengsaranya perasaan saya pendam perasaan pada org yg sgt kita suka. tiap2 hari saya berdoa tolonglah kuatkan hati saya dan buang rindu saya pada dia jauh2. kalau ada jodoh, insyaAllah. lama-kelamaan perasaan saya kembali normal. saya sudah boleh buat kerja seperti biasa dan tak lagi angau tak tentu pasal. Alhamdulillah.

mcm inche gabbana tulis dlm entri ni, kita mesti tau apa tujuan nak bercinta. kalau betul2 hendak dijadikan pasangan hidup hingga ke syurga, saya rasa tak perlu couple2 sebelum nikah. kalau ada kemahuan, insyaAllah ada jalannya.

terima kasih utk entri ini :)

MM 27/04/2011, 09:48  

jzkk utk entry ini.

saya selalu dipertemukan dgn insan2 yg berdepan dgn masalah mcm ni. kdg2 tu rasa helpless mcm mana nak bantu mereka, sbb diri sendiri pun tak pernah ada pengalaman yg hampir sama.

risau jugak kalo approachnya tak kena, bwk masalah yg lebih besar pulak nnt.


alhamdulillah dan jzkk atas sharing yg dtg kena pada masanya.

Inche gabbana 27/04/2011, 09:49  

pocong: bukan, ini inche q yg lain. lupa lak saya pernah guna nama inche q jugak dulu... ^^" maaf atas segala kekonpiusan..

btol btol. tema kehidupan kita di dunia ini adalah mujahadah. semua benda pon kena mujahadah.

dan nak mujahadah ni tak boleh sorang2. kena ada kawan2 ntok tolong (jamaah) dan kebergantungan yang altimet pada Allah yg Esa.

moga kita semua diberi kekuatan olehNya, biidznillah.. ;)

Inche gabbana 27/04/2011, 09:51  

nuraiman: btol, sgt setuju di situ. masalah yg paling besar adalah apabila kita yg bergelumang ngan maksiat ni, tak sedar pon benda tu masksiat yg mengundang dosa dan noda... nau'dzubillah...

kekuatan tu bermula dari diri kita sendiri. jom kita sama2 berubah..! ;)

Inche gabbana 27/04/2011, 09:51  

zulkifli: alhamdulillah, semoga post ni sedikit-sebanyak membantu anda, iAllah..! ^^

Inche gabbana 27/04/2011, 09:57  

N: uh oh, menarik.

N, kuatkan semangat tahu..? tu semua ujian dan dugaan ntok anda. Kalau tanda allah syg pada seseorang tu ialah ujian dan cabaran untuknya, pastinya Dia akan lagi sayang dan kasih kepada kita kalau kita berjaya melepasi ujian2 tu, btol tak..? ;)

seperti yg anda cakap sendiri, jodoh tu di tangan Allah. kalau dah jodoh, tak akan ke mana. tapi kalau dah bukanjodoh, buatlah macam mana pon, dia tetap bukan milik kita.

mengadulah pada Allah, mintalah padaNya kekuatan dan petunjuk. After all, Dialah pemilik hati-hati kita.

Allahu 'alam. moga cahaya hidayahNya sentiasa memandu anda, N.

=)

Inche gabbana 27/04/2011, 09:58  

MM: anda patut berterima kasih pada Inche Q kerana dia yg soh saya tulis post ni. Hehehe..

takpe, yg penting anda mencuba dan beriltizam dengannya. allah tak melihat pada hasil kan, tapi pada usaha yg ikhlas dan bersungguh. ;)

selamat maju jaya MM! ^^

pc 27/04/2011, 10:08  

sangat setuju tentang cinta ALLAH

saya juga pernah berada dalam situasi ini. dan saya tak tahu pun couple itu haram sampai ayah saya cakap camni "tahu tak haram bercouple tu?!" sebab semua orang pun ada couple. dan saya rasa at least saya xpegang tangan dll sebab saya tak suka. dan tak sangka benda ini keluar dari mulut ayah saya. sebab dia bukan jenis macam ini.

terkejut. tapi sekejap.

sampai satu hari, belajar jauh, jauh dari ibu bapa. Allah memberi sakit sampai saya rasa mungkin saya boleh mati menahan sakit. saya hanya boleh berdoa semoga ALLAH ampunkan dosa saya selama ini. masa itu baru saya sedar. tiada siapa yang boleh tolong selain Allah, mak ayah pun tak boleh tolong, si dia juga. hanya Allah, Dia tidurkan saya. dan ttbe ada orang terjumpa saya dlm keadaan cmtu, dan saya dimasukkan ke hospital beberapa hari.

saya pun mencari-cari...tak kisah apa pun yang boleh dekatkan saya dengan DIA. terjumpa kumpulan bulatan gembira. alhamdulillah. mereka menerima saya yang sangat kosong di zaman jahiliah. sampai sekarang saya rasa, couple itu satu titik hitam dan saya rasa sangat hina dan malu bila mengingatkannya T_________T

hm, maaf tercerita tentang ini pula. bagus juga buka buku lama untuk muhasabah dosa lalu. astaghfirullah

kepada inche Q, jika kita yakin pada Allah dan cintaNya tak perlu risau. bila Dia sayang kita, DIa akan hadirkan orang yg terbaik dan sayangkan kita dengan cara yang paling mulia insyaALLAH.

maka, carilah cintaNya. dan berani untuk buat langkah! pilihan di tangan kita.

Inche gabbana 29/04/2011, 17:27  

pc: thanx for the sharing.

anda bertuah sbb allah bg peluang ntok lalui tu semua.

tp ramai lagi di luar sana yg terlalu hnayut dan larut dalam dosa dann noda, sampaikan allah butakan mata hati mereka. nau'dzubillah..

suke ngan dua perenggan anda yg terakhir. after all, Allah lebih tahu apa yg terbaik ntok kita.

jzkk. ;)

sayatakpakaigucci 02/05/2011, 14:27  

inche gaban..

mcm mana...nak...err...jadi baik..

why is it so hard....

TT_TT

sorry lari tajuk...

Inche gabbana 02/05/2011, 22:30  

sayatakpakaigucci: sy rasa soklan yg patut anda tanya adalah:

"kenapa perlu jadi baik?"

then dari situ baru sng nak jawab mcm mana nak jadi baik.

;)

peace.

sayatakpakaigucci 03/05/2011, 09:10  

Thanks inche,

"kenapa perlu jadi baik?"

sebab nak redha Allah..

tapi nk mengikis karat jahiliyah, perlu mujahadah yang sangat kuat..

sukar untuk istiqamah..

saya lemah..

mungkin usaha saya belum cukup kuat..

TT_TT

Inche gabbana 03/05/2011, 17:13  

tahniah! anda berjaya jawab soklan yg pertama..! xD

uo oh, anda sgt pessimistik di situ. "sukar untuk istiqamah", "saya lemah' dan bal bla bla..

bahaya tu..! awal2 lagi anda dah setkan minda anda yg anda tak mampu lakukan. u r what you think..!

jadi mula berfikir positif, yg anda BOLEH dan MAHU berubah! yg lebih penting, Allah MAHU dan SEDANG MENUNGGU-NUNGGU anda untuk berubah..! Walaweh! ;)

sebelum berlari, kita kena berjalan dahulu. sebelum berjalan, kita kena ambil langkah yg pertama dahulu!

Peace.

pokok tebu 03/05/2011, 18:14  

Kepada sayatakpakaigucci
salam, maaf mencelah.
i'm so touched with your writing,sbb kita d dalam kapal yang sama.
bukanlah sy org yg layak nak beri nasihat, ttpi sekadar hanya nk kongsi pengalaman.
apa yg dikatakan tu,sedang saya alami,setelah ribuan turning point yg datang dalam hidup ini,kali ni saya memilih untuk berubah,meninggalkan salutan karat jahiliah yang masih gila2 tebal dlm diri. saya masih mencuba,adakah akan berjaya, wallahu a'lam. yang pasti saya mahu cuba utk berubah,sebab hidayah mengetuk pintu hati tak sekali,tak sekala.
janganlah kesal dengan karat jahiliah tu,sebab tu ujian Allah kepada hamba2nya yang terpilih(x semua dapat rasa kesengsaraan meninggalkan karat jahiliah dan kemanisan pengorbanan pada penghujungnya).dan luckily, Dia memilih kita utk menerima hidayahNya untuk kali kesekian setelah ditepis berkali2(dlm kes sy).
Dan nak tinggalkan mmg susah,tak senang.mujahadah through and through,an endless process.kata kawan saya,hadis klo x silap,klo nk tinggalkan sesuatu,try for 21 days,ins allah setelah itu akn berjaya.i'm still in the phase myself,counting days.
Hadis logam yang sgt glemer;
manusia seperti logam,terpilihnya masa jahiliah,terpilih juga semasa islam,jika mereka memahami.
kenapa dan bagaimana nak berubah?
cek [22:78]
semoga Allah melindungi kita semua.
barakallahualaik

sayatakpakaigucci 03/05/2011, 22:19  

inche gaban..

oh..oh..saya pessimistik rupenye (rase spt org yg sdg tidur yg dijirus sebaldi air..br tersedar)

jzkk inche, insyaAllah akan cuba melipat gandakan usaha, dan terus menerus berdoa kepada Allah spy diberi kekuatan..

jzkk utk aura positif inche..

Allah MAHU dan SEDANG MENUNGGU-NUNGGU saya untuk berubah..! Walaweh! ;) kan? kan? ;)

Kepada Pokok tebu :
Tulisan anda lebih menyentuh, mengoyak - rabak kan hati saya.
TT_TT

astaghfirullah..mengada-ngada nya saya utk berasa lemah sedangkan ramai lg orang yang lebih hebat ujiannya sdg berusaha gigih meninggalkan jahiliyah. spt yg anda sdg lakukan..TT_TT

mujahadah through and through..

insyaAllah ada kemanisan di hujung pengorbanan, kan? ;)

moga karat2 itu akan luntur dan tak lagi menghantui kita satu hari nanti..

mujahadah through and through..

mari terus berusaha gigih.. mencari mardhatillah..

thanks inche gaban (err sorry,suka-suki je bg name singkatan)dan pokok tebu, sudi memberi kata2 pada saya yang masih lg bertatih ini..

Barakallahu feek..

Inche gabbana 04/05/2011, 09:55  

pokok tebu: jzkk atas perkongsian anda.

alhamdulillah, inilah yg mahu saya nurture dan encourage di kalangan pembaca belog ini; saling menegur dan berkongsi pengalaman.

subhanallahi walhamdullilah allahu akbar..!

moga Allah membalas anda dgn sebaik-baik balasan, biidznillah..! ;)

Inche gabbana 04/05/2011, 09:56  

sayatakpakaigucci: ha, tgk tu! Allah dah mula bagi 'sign' dan hint ntok anda berubah tu..!

tunggu apa lagi..?? start enjin dan masuk gear sekarang..! ^^

all the best! saya menantikan berita gembira daripada anda..!

sayatakpakaigucci 05/05/2011, 07:59  

uhm, jzkk inche.. (mata terasa hangat tiba-tiba..)

Doakan saya..

Doakan saya..

Kredit untuk anda juga pokok tebu.. Terima kasih n gambarou (mari berusaha!)

teruskan menulis inche..

May Allah bless u always..

Inche gabbana 05/05/2011, 09:23  

eh cop cop! anda nak sapu tangan..? hehe..

ok tak kelakar di situ.

just kata2 semangat dari saya,

"Dan mereka yang berkata 'Tuhan Kami adalah Allah' dan kemudian mereka istiqamah, tiada kebimbangan pada diri mereka dan tiada pada mereka kesedihan."
[al-Ahqaf, 46:13]

Pengajran ayat? Mulakan perubahan dan istiqamah! IAllah Allah akan bantu dan permudahkan!

All the best! ^^

sayatakpakaigucci 05/05/2011, 12:50  

tak nak sapu tangan..

nak pinjam kaca mata DnT inche, bulehh?^^
eh tp nnti inche nak pakai ape pulak..

tak pe, saya akan cari kaca mata DnT yang kool dan bergaya spt yang inche pakai(atau mungkin saya akn jumpa yg lebih kool lagi? ;P)

ye, All da best utk saya!.eh..
dan untuk perjuangan DnT inche juga..

Jzkk..

pokok tebu 05/05/2011, 15:21  

kepada sayatakpakaigucci

isshou ni ganbarimashou,itsumademo,eien ni ^^
naka yoku ni natte kuremasenka?

berusahalah,Allah bersamamu...
yakinlah dgn janjiNya, that alone is enough.
hasbunallaha wa nikmal wakil
Bilal waktu disiksa pon sorg2 je,x de pon rasulullah pegang tangan dia d sisi,atau ade pasukan pom pom girls bersorak utk beliau.
Cukuplah Allah sebagai pelindungmu.
Tapi carikla kawan2 yg soleh solehah for moral support.sbb kita manusia ni cepat lupa.bulatan gembira jgn tinggal,tu la yg nk cas bateri stiap mgg.
All d best.Allah ma'ana

pokok tebu 05/05/2011, 15:27  

kepada angelpakaigucci

smoga Allah membalas anda juga dengan sebaik2 balasan.bukankah blog anda jg byk menyentuh hati2 d luar sana?
Pls keep writing.Smg bermanfaat.

oye, kepada sayatakpakaigucci
ekceli,kata2 anda turut memberi sy kekuatan utk terus melangkah.jom,langkah sama2, n no turning back!
live well or live hell,we choose (quote fav author)

sayatakpakaigucci 05/05/2011, 17:47  

ara~!?
pokok tebu san mo nihongo dekirunda..
nanka hazukashikunattekita..
un, itsumademo naka yoku naroune~
onaji muslim nandakara..naka yoku naranakya..
otagai gambarou..
(ehe inche, jgn jeles^^)

pokok tebu 05/05/2011, 19:16  

he~~~
nihongo ga jouzu da ne!!nanka cho~~ureshii.kono michi de, atarashii nihongo dekiru tomodachi ni natte kureru,alhamdulillah...yatta!^^v

demo,moushiwake arimasendesu,nihongo ga amari jouzu ja nain dakara,chotto taihen desu*ase ga koboreru,haish..*

jya,anata wa wakatteru hazu desu ne,watashi no naka ni,kono karat jahiliah wa donna gurai atsui sugiru.sugo~~ku taihen desu.

hihi,cho ureshii...naka yoku ni natte ne??otagai ganbarou kara...

Inche gabbana 06/05/2011, 17:27  

pokoktebu dan sayatakpakaigucci: peluh gemok super besar. @__@

kalau nak berborak mesra sila add YM atau skype memasing ye sekian terima kasih.

p/s: pape pon gembira juga melihat anda berdua berukhuwwah mesra..! ^^

pokok tebu 06/05/2011, 17:57  

sayatakpakaigucci-alamak dh kene marah...^^"
meru choudai.arigatou

sayatakpakaigucci 07/05/2011, 13:11  

hehe..dah kite wat mcm rumah sendiri mestilah tuan rumah marah..

mintak maap ye inche,terlupe diri sekejap..

cik pokok tebu..watashino meru adoresu desu..
sayatakpakaigucci[at]gmail[dot]com

Inche gabbana 16/05/2011, 00:29  

-___-" seb baik sedar diri. hohoho..

anin 28/05/2011, 02:00  

hakikatnya manusia tahu cinta Ilahi tapi masih mendambakan cinta insani :)

cik nazi 02/08/2011, 00:47  

tepat terkena batang hidung sendiri. dushh. terime kasih atas post yg sgt menusuk hati dan 'makan dalam'...

sjaa64 13/10/2011, 16:12  

totally agree with u ence gucci!!

elise 06/11/2011, 18:44  

totally like it when u said be careful after dah break, bcoz syaitan akan kaburi hati kita dgn pnyesalan drp ppisahan yg kita da bt.. sumtimes x sdar bnda tu.. that's y niat b4, smasa n after bt ssuatu tu kna refresh, lillahi ta'ala.. jazakillah

Anonymous 19/10/2012, 11:27  

assalamualaikum,,

saya skrg berada dlm satu situasi...
mcm ni...

sye ada minat kt akhawat ni....lme da,, tp sye pendamkan je rasa sye kt dye..x pernah pn sye luahkan,, kalau masuk tahun ni...5 tahun da kot,, dgn teman rapat..sye cerita,, mintak pendapat...tp,, hati sye masih x tenang dgn jawapan2 yg sye dapat...

sye jelas bhw kapel itu sememangnya haram di sisi Islam...sbb 2 , sye x pernah luahkan kt dye...sbb sye harap suatu hari nanti dye la yg akan jd peneman sye di syurga,,

tp...bile kami da jauh,, makin kuat hati ni mendesak agar rasa itu diluahkan...dgn alasan agar kelak,, walau tiada jodoh dengannya sekalipun...sekurang2nya sye x mennyesal sbb sye da pn melafazkan rasa itu...

dan sekarang,, saya dlm dilema...adakah patut sye meluahkan rasa itu kepadanya ataupun trus memendam rasa n mengharap bhw dialah jodoh sye yg sebenarnya??

mohon penjelasan...sbb da lama masalah ni saya pendam,, :')

Inche gabbana 19/10/2012, 15:08  

saudara enonimus,

tahniah kerana dapat bertahan selama ini. saya doakan anda akan terus bertahan, iAllah.

Akhi, yakinlah dgn ketentuan Allah. Allah dah tulis awal2 dulu di Lauh Mahfuz siapakah yg akan menjadi pasangan kita. Ya, kita dibenarkan berusaha, selagi mana ia tidak melanggar prinsip syarak.

Akhi, nasihat saya, kalau anda benar2 seriyes nak berBM dgn ukth tu, maka approachlah dgn cara yg halal. Beritahu murabbi anda, anda nak berBM dgn ukht tu. Soh murabbi anda kontek naqibah ukht tu secepat mungkin. The rest serahkan kepada Allah.

Akhi, kuatkan hati. Sume ni sebhg daripada ujian berada atas jalan ni. Dan ujian ni kecik sgt, jika nak dibandingkan dgn ujian yg telah dilalui oleh golongan terdahulu.

Akhi, saya benar2 berharap nta kuat. risau sgt kalau ukht tu bukan ntok anda, akan lari daripada dakwah ni. Na'udzubillah..

Cuba baca artikel ni:

http://angelwearsgucci.blogspot.com/2012/10/jatuh-chenta-dengan-allah-dahulu-boleh.html

Harapnya membantu.

Kalau ada pape yg boleh saya bantu, tlg emailkan ke dolcegabbana08@gmail.com. IAllah saya akan cuba setakat mana yg mampu.

Allahu yusahhil akhi! ;)

Anonymous 15/05/2013, 01:43  

assalamualaikum inche gabbana...

first of all, sorry sbb sy bru je bace post nie wlaupon dh 2 thn berlalu...
i just wnna say thnk u, n alhamdulillah sbb nie jwpan yg sy cari slama nie...
i"ve fallen for this one person, n i didn't know how to let him go...i've tried so hard, but still....

skrg, sy dh jelas knp sy perlu tinggalkan dia...insyaAllah i can :)
thnks inche gabbana! :)

Anonymous 31/01/2014, 14:04  

Alhamdulilah..finally i got the concrit answer..mata berkaca-kaca.. :')

Anonymous 23/03/2014, 23:15  

Assalamualaikum. alhamdulillah saya come across dgn post inche gabbana ni.

sejujurnya saya pernah rasa menda y sama. suka someone. fitrah. both of us like each other. sy kagum akan dia y sgt menjaga. malah kadang terfikir. do I deserved that person.? berkali-kali saya fikir. sebab kami dah mula untuk proceed untuk next step. melangkah ke arah perkahwinan. saya mula diperkenalkan kepada kakak dia. dan saya perkenalkan kepada family saya. everything went well for the first stage. namun, mungkin cara kami salah.

bila saya fikir balik, kerana apa saya suka dia? adakah kerana Allah semata-mata atau kerana nafsu? cuba untuk berfikir secara rasional. do istikarah.

sampai la satu masa tu, diri buat keputusan untuk menamatkan. yes it hurt. it hurt so much. but not until I know the truth is.

berkali-kali pujuk. tiada jodoh. ada hikmah. keputusan yang diambil tidak akan kembali kepada yang dulu.

bila diambil keputusan yang besar ni, rata-rata sahabat berkata "Kenapa kau lepaskan dia? Dia baik. Bertuah kau dapat dia."

nak cari redha Allah.
Nak Allah redha.
Nak Allah beri rahmat.
Nak Allah permudahkan segala urusan.

namun hanya mampu tersenyum.

Kerana nak selamatkan dia. dari terus terjerumus ke lembah zina.

Kerana nak selamatkan dia.

Berbulan-bulan ambil masa untuk mengubah kecewa dan patah hati.

Hikmah dari patah hati, semakin belajar mencintai Allah.
Semakin belajar mendekatkan diri kepada Allah.

We are human.
We are not perfect.

Jadi walau ape sekalipun, never lose hope. Allah ada. Allah sentiasa ada.

dan sekarang alhamdulillah.

Dia bakal berkahwin dengan pilihan ibu bapa dia bulan 8 ni. Sudah bertunang beberapa bulan selepas kami putus.

dan alhamdulillah. saya belajar untuk redha. doakan agar saya kuat. doakan agar saya terus berjalan di jalan Ilahi.

Menjadi seorang mujahidah Islam yang memberi manfaat kepada ummah.

kerana hati ini milik Allah selamanya.

jazakallahu khairan kathira inche gabbana.
semoga terus tsabat di jalan dakwah dan tarbiyah. :')

Anonymous 23/03/2014, 23:29  

Lelaki patut take the next step kalau dah suka seseorg ukhti tu n tau ukhti tu pn suka dia.(ni applicable tuk mmg yg serius and myb kenal b4 join tarbiyah bukan menggedik time dah jd ikhwah akhawat).

Hurm,for myself, i also think that i'll end up with my parent's choice sbb msg2 duk teragak2 walaupun umur dah ok,hidup dah stable.

Unknown 24/03/2014, 12:51  

Terlalu panjang..boleh tak summarise kan?

ann 24/03/2014, 19:10  

I come across your post when I really am in need . Allah . Terasa macam yang Dia betul2 rindukan hamba dia . Macam2 petunjuk Dia . Thank you so much Ig. Im clear of what I've to do now . :')

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP