15 March 2011

Kanak-Kanak Riang Yang Sungguh Riang Dan Suci!

Gasp. Terlalu kiut miut..! [Sekadar gambar hiasan]

Khamis lepas ketika pulang dari seminar Cukai yang sepatah jadah pon tidak saya fahami, tren yang saya naiki penuh dengan kanak-kanak Sekolah Antarabangsa Sri Garden, Kuantan yang sedang melakukan lawatan padang (Baca: Field Trip).

Saya berbual dengan salah seorang daripada cikgu (saya rasalah dia cikgu), lelaki dan berbangsa Melayu yang turut bersama dengan kanak-kanak tersebut. Menurutnya, mereka baru selesai menyaksikan persembahan teater di One Jaya (?) dan akan pulang ke Kuantan pada petang nanti. Menurutnya lagi setelah ditanya saya yang mesra ini, ibu-bapa kepada kanak-kanak tersebut kebanyakan berasal daripada negara Arab, Iran ada juga dari Myanmar. Oooo, getus hati saya.

Berdasarkan pemerhatian saya yang tidak seberapa ini dan perbualan yang saya dengari, saya meneka yang ada di kalangan kanak-kanak tersebut yang berasal dari Jepun dan Perancis. Wah, sungguh eksotik! Comel-comel belaka pulak tu..! Adik, saya nak gigit pipi boleh tak...??

Seronok memerhatikan gelagat dan keletah kanak-kanak tersebut. Terubat rasa bosan dan hampeh tahap moksya akibat menghadiri seminar yag saya rasakan langsung tidak memberikan faedah. Namun, dalam keasyikan saya memerhatikan mereka, timbul pula rasa sayu di dalam hati. Mengapa..? Kerana hadith Nabi SAW ni lah:

“Tiada bayi yang dilahirkan melainkan dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci dan bersih dari dosa). Maka kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi.” 
[Hadis riwayat Bukhari]


Sesuci mana pon mereka ketika dilahirkan, ibu bapa merekalah yang bakal mencorakkan aqidah mereka. Sedih melihat anak-anak yang comel, inesen dan riang gembira bakal membesar dalam keadaan tidak mengenal siapakah Pencipta mereka. Malah bukan setakat itu, mungkin ada di kalangan mereka yang bakal membesar menjadi pembenci dan penentang tegar deenul Islam ini...! Nau'dzubillah...


Sungguh inosen dan comel bukan...?? Tapi tak tahulah bila dah besar dia masih ingat Tuhan atau tidak.. ^^" [Kredit Gambar]

Hatta yang dilahirkan dalam keluarga Islam sekali pon tidak boleh menjamin bahawa mereka akan dibesarkan, dididik dan diasuh dalam biah yang solehah, inikan pula anak-anak yang lahir dalam keluarga yang bukan Islam. Apatah lagi mereka yang membesar dengan ibu bapa yang awal-awal lagi sudah mendidik mereka dengan hedonisme, materialisme dan segala tok nenek isme-isme yang lain. Fikiran dan hati mereka sudah jaaaauuuhhh dengan Islam.

Maka bersyukurlah kita yang lahir-lahir ni Inche Ayah sudah melaungkan azan di telinga. Bersyukurlah kita yang lahir-lahir sahaj kita ke dunia, nama kita sudah pun berbunyi 'Ahmad' atau 'Saodah' atau 'Muhammad Termizi Isketambola.' Eh. Bersyukurlah kita yang makanan pertama yang disuap ke mulut kita adalah susu Puan Ibu yang sudah tentunya bersumberkan daripada makanan yang halal. Bersyukurlah...!

Mengapa kita kena bersyukur dilahirkan di dalam keluarga Islam? Kerana hidayah itu milik Allah. Dan dilahirkan di dalam keluarga Islam juga merupakan suatu hidayah. Tiada siapa yang boleh menjamin sekiranya kita dilahirkan di dalam keluarga bukan Islam, kita akan menjadi muallaf sehebat Shah Kirit Kakulal Govindji atau Hamza Yusuf atau Abdul Hakim Murad atau Yusuf Islam..! 

"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menghitungnya."
[Ibrahim, 14:34]


Bersyukurlah kerana dilahirkan di dalam keluarga Islam itu juga merupakan suatu nikmat!


SUKA gambar ni. Tengok sepuluh kali pon tak boring! Hihihi..

-gabbana-


Err, nanti ada orang tanya pulak, "Kalau macam tu Allah tak adillah! Sebab apa nasib orang yang dilahirkan di dalam keluarga bukan Islam..?? Seolah-olah Allah dah takdirkan yang awal-awal lagi dia dah masuk neraka!" Ha... Camne nak jawab..?? Hihihi.. ;) 

6 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 15/03/2011, 11:32  

teringat kata seseorang... dia dilahirkan dalam keluarga yang "faham".
dia kata bukan semua org lahir seperti saidina Ali...bukan semua org lahir seperti Abu Bakar... ada yang lahir seperti Umar Al-Khattab...ada yg seperti Mus'ab. ada yg lahir seperti Ikrimah.

dan Allah tidak melihat siapa keturunan kita. tapi melihat "siapa kita".. dan semua itu adalah ujian buat diri kita.
wallahu 'alam.

Anonymous 15/03/2011, 18:12  

ha, caner nk jwb soklan last tu? kenapa camtu?

Mohammad Aiman 16/03/2011, 01:27  

tak try bercakap ngan dorang? eh jap.. dulu gabbana amik bahasa ape eh..


btw, masih ingat shah kirit ^___^

Inche gabbana 16/03/2011, 15:49  

enonimus: btol btol. mcm raihan cakap, "iman tak boleh diwarisi.." (lebih kurang la.. hihihi)..

tp et lis dilahirkan di dalam keluarga Islam dah satu permulaan yang baik. sama ada kita mahu menghargainya atau pon tidak..

bak kata marcel proust kat sebelah ni..

"The real voyage of discovery consists not in seeking new lands but seeing with new eyes.."

;)

Inche gabbana 16/03/2011, 15:49  

enonimus: ^__^" dah agak dah, mesti ada org tanya...

nntla kalau sy rajin sy cuba jawab k..?

tttuuunnggguuuu... hihihi.. ^^

Inche gabbana 16/03/2011, 15:50  

aiman: ada gak tergerak nak cakap ngan diorang, tp ntah, seronok nak perhatikan diorang je kot.. heheh..

apa lagi, le francais lah..! hohoh..

yep yep, shah kirit mmg super saiya mantop...! malulah kita yg dilahirkan dalam keluarga Islam ni..! =S

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP