Semaun Si Penjual Sabun: Dari Kaca Mata Bergaya
Alhamdulillah, rupa-rupanya ramai juga yang perasan kisah 'Semaun Si Penjual Sabun' bukan hanya kisah untuk berfoya-foya sahaja. Begitulah. Apabila kita menggunakan kaca mata dakwah dan tarbiyyah yang pastinya lebih kool, tampan, kachak dan bergaya, pastinya kita melihat setiap benda yang berlaku di sekeliling kita sebagai tazkirah, peringatan buat kita semua.
Eh lagi pon inikan belog Inche gabbana..? Siapa yang sudah menjadi pengikut fanatik (Errr... *kuis kaki di pasir*) belog ini pasti sudah tahu Inche gabbana amat jarang menulis sesuatu cerita itu tanpa pengajarannya bukan..? Homaigawd.
[Kredit Gambar] |
Jadi apakah moral yang boleh diperoleh daripada kisah Semaun? Well, dalam kita menyebarkan agama Allah di muka bumi ini (a.k.a. melaksanakan Syahadatul Haq), kita sewajibnya melakukannya sehabis baik. Bersungguh-sungguh. Kiranya kita memang dah buat yang amat paling terbaik dah. Dah takde lagi yang lebih baik daripada itu. Hohoho.. Of koz la mengikut kemampuan dan kapasiti yang ada pada diri kita.
Uhm, sama la macam Semaun tu. Dia ditugaskan untuk memasarkan sabun basuh cap WOw weE keluaran syarikatnya; kita pula telah ditugaskan sejak azali lagi untuk membawa panji-panji Islam dan risalahNya. Sekiranya kita tidak menjalankan tugas kita dengan sempurna, seperti Semaun yang pada mulanya hanya meletakkan papan-papan iklan di tepi lebuhraya sahaja, maka kita tidak boleh mempersalahkan Allah di mahkamahNya nanti sekiranya Dia mendakwa kita tidak menjalankan tanggungjawab kita dengan sebaiknya. Gulp.
Atau pon, kita tidak boleh melenting atau berasa tidak puas hati sekiranya Allah mahu menggantikan kita dengan orang lain yang lebih baik, yang mampu dan mahu menjalankan tanggungjawab dakwah ini dengan bersungguh-sungguh.
"Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah – membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
[at-Taubah, 9:39]
Air mata mengalir deras.
Tetapi rugilah kita sekiranya Allah nak gantikan kita dengan orang lain! Dakwah adalah satu tugas yang amat mulia, diwarisi turun-temurun sejak zaman Nabi Adam a.s. lagi! Bodo (-___-") dan rugilah kita sekiranya kita tidak mahu menjadi penyambung mata-mata rantai ini. Dan Allah menjanjikan syurga yang kekal abadi buat hamba-hambaNya yang bermati-matian menegakkan agamaNya di muka bumi ini. Leh, kita tak nak masuk syurga Allah ke..??
Tetapi rugilah kita sekiranya Allah nak gantikan kita dengan orang lain! Dakwah adalah satu tugas yang amat mulia, diwarisi turun-temurun sejak zaman Nabi Adam a.s. lagi! Bodo (-___-") dan rugilah kita sekiranya kita tidak mahu menjadi penyambung mata-mata rantai ini. Dan Allah menjanjikan syurga yang kekal abadi buat hamba-hambaNya yang bermati-matian menegakkan agamaNya di muka bumi ini. Leh, kita tak nak masuk syurga Allah ke..??
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga..."
[at-Taubah, 9:111]
Bagaimana ya nak buat dakwah bersungguh-sungguh ni..? Juga macam Semaun menjual sabun selepas dia insaf dimarahi Tuan Haji Dolah Aspalela; kena guna semua prasarana dan cara yang ada. Bukan setakat papan-papan iklan, malah buat promosi di televisen dan radio, bagi pula sampel percuma. Iklan di dada-dada akhbar lagi. Fuh, kiranya memang tip-top ah buat promosi tu! Eh, bukan maksudnya dakwah tu kena guna iklan, televisyen semua, bukan. Boleh juge. Tapi maksudnya di sini, kita kena promosi dakwah tu sehabis baik ah!
Dan jika difikirkan, kalau kita boleh bersungguh bagai nak rak dalam mempromosikan duniawi dan jahiliyyah (na'udzubillah.. TT__TT), kenapa pula kita tidak boleh dan tidak mahu mempromosikan agama kita dengan lebih baik lagi...?? Tidak yakinkah kita yang Islam itu adalah produk yang paling amat super terbaik sekali...?? Ish ish ish.. *geleng kepala*
Kita kena buat kerja dakwah ni, kalau boleh sama macam dakwah Nabi Nuh a.s.. Sehinggakan orang semua dah naik menyampah dengan risalah yang dibawa olehnya. Eh eh, sila jangah salah faham! Maksudnya kat sini, semua orang pernah didakwah oleh baginda, tiada seorang pun yang tertinggal. Bukan maksudnya kena berdakwah sampai orang menyampah dan meluat tengok kita! Sebaiknya dakwah kita semestinya disaluti dengan kasih sayang dan penuh berhikmah. Dok gitu..? Senyum.
(Setelah puas menyeru mereka), Nabi Nuh berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman);
Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada menambahi mereka melarikan diri (dari kebenaran).
Dan sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, – mereka menyumbatkan telinganya dengan jari masing-masing, dan berselubung dengan pakaiannya, serta berdegil dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur dengan melampau.
“Kemudian aku telah menyeru mereka dengan terang-terang;
Selain dari itu, aku (berulang-ulang) menyeru mereka secara beramai-ramai dengan berterus-terang, dan menyeru mereka lagi secara berseorangan dengan perlahan-lahan."
[Nuh, 71: 5-9]
Subhanallah.. Saksikanlah dakwah Nuh a.s...! Sangat walaweh kan dakwah baginda..?? Baginda menyampaikan risalah Allah dengan sesungguh-sungguhnya, sehinggakan sudah kehabisan cara untuk menyampaikan risalah Allah yang agung dan mulia. Begitulah! Seorang dai'e mesti, wajib berusaha sehingga sudah kehabisan kaedah, teknik dan cara untuk berdakwah. Barulah sempurna tanggungjawab syahadatul haq itu..!
Kena berdakwah sampai tahap macam ni..! Hohoho.. [Kredit Gambar] |
Yang paling best sekali, apabila kita buat kerja-kerja untuk Allah dan akhirat ni, kita tak perlu nak terhegeh-hegeh mengejar dunia, dunia yang akan datang mengejar kita..! Akhirat dapat, dunia lagilah kompem dapat..! Subhanallah.. Ha, samalah macam si Semaun tu. Selepas dia bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab dia, barulah si Norlisa Sarihani dan mak cik pencuci jamban mula memberikan perhatian kepada kewujudannya. Hihihihi..
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.”
[Ibrahim, 14:7]
Akhirnya, seandainya kita telah berusaha bersungguh-sungguh dan kita yakin tiada lagi cara lain untuk kita menyampaikan risalah Allah, kemudian dakwah kita masih tidak mendatangkan hasil, itu bukan lagi tanggungjawab kita. Tidak wajar kita dipersalahkan. Malah kita berhak menyalahkan orang yang yang tidak mahu menerima dakwah dan risalah yang dibawa kita. Allah sama sekali tidak melihat kepada hasil akhir usaha kita. Tetapi Allah menilai dan menghakimi usaha kita, sama ada kita bersungguh melakukannya atau pun tidak.
Tetapi ingat! Syaratnya, mesej dakwah yang kita bawa itu mesti disampaikan dengan sebaiknya dahulu! Sehinggakan manusia di sekeliling kita tiada hujah lagi untuk mendakwa kita di mahkamah Allah kelak. Malah kita pula yang berhak untuk mendakwa mereka.
Tetapi ingat! Syaratnya, mesej dakwah yang kita bawa itu mesti disampaikan dengan sebaiknya dahulu! Sehinggakan manusia di sekeliling kita tiada hujah lagi untuk mendakwa kita di mahkamah Allah kelak. Malah kita pula yang berhak untuk mendakwa mereka.
Bak kata Semaun, "Kita jumpa di mahkamah!"
Air mata mengalir laju.
-gabbana-
Eh apa pendapat anda..? Betul ke apa yang saya merepek ni..? Kalau tak setuju, jom berbincang..! =)
14 Caci Maki Puji Muji:
Hehe, saya dah agak, inche gabbana takkan menulis sesuatu analogi atau kisah tanpa mesej yang tersirat.
wah, sudah ada energy saving mode? huhu.. baru buat ke inche gabbana? ;P
saya tak setuju!
tapi saya tak nak berbincang..
haha..
gurau2
sambil senyum comel :)
kalau org yg kita ajk tu..atau orang yang kita nak dakwah tu die tak mau dgr mcm mne pulak?
apa cth dakwah yg kite boleh buat?
enonimus: begitulah, kita buat sesuatu mesti ada objektif yg lebih besar, unggul dan mulia kan..? ;)
oh haah. menuju ke arah kehidupan yg lebih lestari. hehe.. ^^
aiman: -____-"
enonimus II: menarik soklan tu. kalau dia tak nak, nak buat camne. tp ngan syarat yg kita btol2 dah exhaust sume resources dan cara yg ada. kalau tak nnt dia still ada alasan nk dakwa kita kat mahkamah allah nnt..! T__T
mcm2 cara ada. tp kalau tgk cara Nabi SAW, antara yg dia lakukan termasuklah menyentuh hati para sahabat dan mentarbiyyah mereka dgn begitu fokus sekali! hrp menjawab.. hohoho..
salam...
approach yg menarik... analogy yg sgt kena-mengena... (relevant)
tpi part ni mcm confuse sket...
"Kalau tuan nak pecat saya juga, ini tidak adil...! Kita jumpa di mahkamah..!"
humn... tlg elaborate sket...
oh maksudnya lebih kurang begini. kalau kita dh buat dakwah sehabis baik, usaha kita menyebarkan agama Allah tu dah paling amat bersungguh-sungguh, kita tak boleh nak dipersalahkan lagi la kalau org takmau jugak dgr dakwah kita.
kalau ada org yg nak persalahkan kita juga, biarlah Allah yg menjadi hakimnya nnt.
harap terjawab persoalan.. ;)
ohhh begitukah...
sy sbnrny memikirkan peran Tuan Haji Dolah Aspalela dlm analogy ni... :)
since he's kinda watak sampingan n Semaun sbnrnya bukan deal dengan dia untuk claim 'kerja' yang dia buat tapi dgn DIA, persoalan terjawab sudah :)
jzkk, may Allah bless ^^
arissa: barakallahu fik.. ;)
salam.
blog walking.saja~ tgh cuti ni,at least nak basahkn fikiran dgn mmbaca penulisan2 hebat.yg bertepatan dgn fikrah.alhamdulillah,saya dpt point anda.terima kasih!
salam,
suke99!!!!
Alhandulillah....time bace citer cik semaun part 1 tu still blur2 sket~~~
skrg ni...Alhamdulillah....sy paham moral of the story~~
nuraiman: cuti? Anda belajar di mana..?
oh terima kasih. yg paling penting, bermanfaat ntok yg membacanya.. ;)
SN: haha.. alhamdulillah.. saya gembira anda dapat point2nya..! ^^
Post a Comment