7 February 2011

Semua Neraka Terlepas Sudah

(Baca: All Hell Broke Loose)

Ok macam sedikit over kan tajuk post? Eceli nak tulis pasal krisis yang sedang berlaku di Mesir. Tapi bila fikir balik, macam dah ramai sangat orang tulis pasal ni kan..? Plus, banyak sumber-sumber berita yang boleh dipercayai mudah didapati di internet. Saya pasti anda semua juga seperti saya, mengikuti berita di Mesir dengan penuh setia dan debaran.

Jadi Insha-Allah saya akan ringkaskan tulisan ni. Di akhir nanti, anda akan dihidangkan dengan gambar-gambar menarik yang dicuri daripada akhbar The Guardian. Hihihi.. Yalah, kata orang, sekeping gambar lebih berharga daripada seribu patah perkataan. Tak gitu..? ;)

Semua orang sedang menantikan kejatuhan Firaun Mesir abad ini, Hosni Mubarak. Diktator yang sudah memerintah Mesir dengan kejam lebih daripada tiga puluh tahun itu masih berdegil, tidak mahu berganjak daripada tampuk kekuasaan. Kata orang, sekali sudah merasai nikmat duduk di atas takhta, sampai bila-bila pon tidak mahu turun daripadanya.

Hosni Mubarak dan kaum kerabatnya yang durjana dikatakan sudah pon mengumpul harta kekayaan berjumlah $USD70 billiun banyaknya. Mak aih. Tu makan sepuluh tahun pon tak abes tu. Nak buat apa entah harta banyak-banyak macam tu. Mungkin dia ingat boleh beli tiket untuk masuk syurga nanti. Hohoho.. Sedangkan berapa ramai rakyatnya yang hidup dalam kedaifan dan kepapakedanaan. Tu belum kira jiran sebelah rumah, rakyat Palestin yang saban hari terseksa dan hidup dalam kesengsaraan..! Inche Hosni, sila sediakan jurucakap atau peguam untuk membela diri anda di mahkamah Allah nanti ya..?

Ada banyak kemungkinan yang akan berlaku pasca rusuhan rakyat Mesir. Antaranya:

1) Hosni Mubarak akan meletak jawatan dalam masa yang terdekat dan digantikan dengan Naib Presiden Omar Suleiman.

2) Hosni Mubarak dan seluruh konco-konco dan anjing-anjingnya akan dihalau daripada bumi Mesir. Pilihanraya baru akan diadakan dan kemungkinan besar Ikhwanul Muslimin akan muncul sebagai pemerintah baru Mesir.

3) Hosni Mubarak meletak jawatan dan kerajaan campuran akan dibentuk. Individu-individu daripada pelbagai parti akan dijemput untuk menyertai kerajaan campuran ini.

4) Hosni Mubarak tetap berkeras dan tidak berganjak sehinggalah pilihanraya baru pada bulan September ini (Tetapi ada juga kemungkinan yang dia tidak akan menepati janjinya untuk mengundur diri. Ceh.).

5) Amerika Syarikat akhirnya campur tangan secara langsung dan melantik kerajaan bonekanya yang entah keberapa kalinya.

Sudah tentunya kemungkinan kedua merupakan pilihan yang paling popular dan dikehendaki ramai buat masa ini. Namun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada Ikhwan sendiri mahu memerintah Mesir dan persoalan sama ada mereka sudah bersedia untuk memerintah juga perlu diambil kira. 

Pengalaman Ikhwan dikhianati di era Gamal Abdel Nasser dan Anwar Sadat banyak mengajar mereka supaya lebih berhati-hati dalam menjalankan kerjasama dengan pihak-pihak yang berkepentingan peribadi. Buat masa ini Ikhwan sudah pun menegaskan yang mereka tidak berminat untuk mengambil alih pemerintahan Mesir. Kita tunggu dan lihat; ada kemungkinan juga mereka akan mengubah pendirian mereka demi kemaslahatan umum yang lebih besar.

Buat masa ini juga Amerika Syarikat mengambil pendirian untuk berdiri di tepi sambil melihat, juga sambil mengeluarkan komen-komen berbentuk ringan untuk menunjukkan yang mereka sebenarnya prihatin. Ceh. Amerika memang munafik sejak dahulu lagi. Masih ingatkah ucapan Obama di Mesir yang mahu melihat demokrasi unggul tertegak di bumi Firaun itu..? Cakap tak serupa bikin la deyy..!

Mungkinkah Islam akan tertegak semula di bumi Anbiya' itu..? Mungkinkah revolusi Islam yang dinanti-nantikan akan bermula di negeri kelahiran Musa a.s. itu..? Dan mungkinkah khilafah Islam akan tertegak semula di negara Salahuddin al-Ayyubi itu..? Kita nantikan.. Dan doakan yang terbaik untuk saudara-saudara kita yang berjuang demi kebebasan dalam erti kata yang sebenar di bumi Mesir..! Allahu musta'an..!


Seorang lelaki melakonkan semula adegan protes menentang para penyokong Hosni Mubarak


Seorang bayi memakai napkin yang tertulis, 'BERAMBUS!'

Seorang lelaki berlindung di dalam sebuah bas yang musnah di Tahrir Square

Sedihnya. Seorang lelaki memegang akhbar yang tertulis, "Syuhada' Revolusi 25 Januari"

Uish respek respek. Dalam keadaan genting pon, haq terhadap Allah tetap ditunaikan! You have my respect Egyptians!

Seorang sukaralewan Mesir merawat kecederaan pada salah seorang daripada ribuan rakyat Mesir yang keluar memprotes

Berehat sebentar di dalam kereta polis yang hancur musnah di Tahrir Square

Protes protes juga, kebersihan masih tetap dijaga. Hohoho..

Inche Hosni! Kad merah untuk anda..! Sila keluar padang..!

Errr.. Abang, oo abang. Keta nak jalan dah ni..!
Perjuangan menuntut kebebasan tidak mengenal erti diskriminasi! Allahu akbar!

-gabbana- 

Berasa cemburu dengan saudara-saudara kita di Mesir. Mereka sedang menempa sejarah mereka sendiri yang pastinya bakal mengubah dunia..! Kita di sini..? Alahai.

9 Caci Maki Puji Muji:

N 07/02/2011, 22:30  

kita di sini, insyaAllah. semoga pemimpin kita sedar sebelum terlewat. (ingatan buat diri sendiri juga yang selalu lalai)

Inche gabbana 08/02/2011, 16:23  

IAllah. taapi kita juga perlu berusaha untuk melakukan perubahan kan..? ;)

Anonymous 08/02/2011, 16:24  

kenapa ye angel...perasaan kite ni kadang-kadang jer sensitif..bila balik umah, berhibur dan berlibur, mcm dah xde rasa dunia tengah bergolak..kenapa kite kurang sensitif dan kurang peka..haih...

incik neng 08/02/2011, 19:24  

Aku suke dengan ucapan
"kita di sini...alahai"

ciss la kau adam ,kau menyentuh sekeping hati yang tak kuat iman cam aku la

kipidap.

Inche gabbana 10/02/2011, 11:34  

enonimus: angel..? o__O anda mesti pmebaca baru kan..? tak penah lagi org panggil saya angel sebelum ni. hohoho..

uhmmm.. itulah manusia. mudah lupa. dan itulah manusia. normal je sebenarnya. penah dgr hadith pasal hanzalah tu..?

the point is, mcm mana kita nak sentiasa latih dan igtkan diri kita supaya sentiasa sensitif..? hhhmm..

Inche gabbana 10/02/2011, 11:35  

neng: hahaha.. pas ni aku sentuh pari-paru ko lak. ;)

hohoho.. kalau ko tak kuat iman, tak tahulah aku ni tahap mana... TT__TT

Anonymous 11/02/2011, 11:45  

hadith pasal hanzalah tu pasal aper? google x jumpe la... boleh citer sket..or buat entri ringkas psl hadis tu ker..kalau en ade masa...

-saya bukan pembaca baharu-

Inche gabbana 12/02/2011, 20:32  

oh..? kalau begitu nnt iAllah saya tulis pasal hadith tu. tlg igtkan saya ye..? ;)

Unknown 21/06/2012, 15:07  

Amerika memang munafik sejak dahulu lagi.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP