14 January 2011

Nick-Mud

Selalu kan, kalau kita pergi dengar ceramah agama, part intro/muqaddimah, apa yang selalunya disebut oleh Inche penceramah..? 

Dia akan sebut, bersyukur kita kepada Allah atas dua nikmat yang paling besar, nikmat Islam dan nikmat Iman. Betul tak..? Ke anda tak pernah dengar ceramah agama..? Hohoho..

Betullah tu. Kita kena sangat sangat amat paling super bersyukur sebab Allah bagi kita peluang, lahir-lahir je dah Islam! Lahir-lahir je mak bapak dah nama Johan dan Salmah, Boerhanudin dan Aishah, Zainal Abidin dan Suhaila. Eh tu satu nikmat tahu..? Cuba lahir dalam keluarga Hindu ke, Kristian ke.. Ada can ke rasanya nak dapat hidayah Allah dan kemudian revert jadi Muslim..? Uiiih, haru biru gak tu kalau mati dalam keadaan kafir..! Nau'dzubillah..

Lagi best, kita ni, bukan setakat Muslim, malah Mukmin pulak tu..! Maksudnya kita beriman. Dan sekiranya Allah bagi kita can untuk beriman, walaupon sebesar tahi gigi kat celah gigi geraham bongsu kita tu pon, dah kira satu nikmat yang besar tahu..?? Beriman ni maksudnya kita percayalah. Percaya yang Allah tu satu, Nabi Muhammad SAW tu pesuruh Allah, bla bla bla.. Semua-semua tu lah..! Beriman dengan sebenar-benar iman, ha, tu cerita lain. Lain kali kita bukak gerai kopi lain pulak.. Hihihi..

Alhamdulillah, Allah beri kita peluang untuk memilih Islam! [Kredit Gambar]

So kesimpulannya, anda, anda, ye anda juga, dan anda, ye anda, termasuk saya ni ha, amat-amatlah bertuah sebab Allah bagi dua-dua nikmat ni sekaligus. Ramai orang yang dapat nikmat Islam tu, tapi Allah tak bagi pinjam nikmat Iman. Ish ish ish, memang rugi dan menyedihkan..! Ada juga orang yang Allah bagi nikmat Iman tu, tapi dia tak Islam. Aih, macam mana pulak tu..? Ha, ada ada, jangan ingat takde. Contoh yang paling feymes orang yang macam ini adalah bapa saudara Nabi SAW sendiri yakni Abi Talib.

Tapi kan, ramai antara kita yang kadang-kadang terlupa yang selain daripada dua nikmat terbesar ni, ada baaaaannnnyyyaaaaakkkkkkk lagi nikmat-nikmat lain. Dan saya bukannya hanya bercakap tentang nikmat-nikmat yang tidak kurang besarnya seperti nikmat dapat tinggal di dalam negara yang aman damai lagi maju permai 1Malaysia hey! Eh. Atau nikmat dikurniakan dengan ibu bapa yang sangat sporting dan supportive, atau nikmat berpeluang pergi menziarahi Baitullahil Haram atau nikmat ukhuwaah yang best tahap moksya.

Semua tu tidak dinafikan adalah nikmat-nikmat besar yang sewajarnya kita memanjatkan setinggi-tinggi Burj Dubai kesyukuran kerana terpilih untuk memiliki dan menikmatinya. Tapi jangan pula kita lupa pada nikmat-nikmat kecil lain yang gigilionan banyaknya di sekitar kita. 

Kita jarang bersyukur atas nikmat-nikmat 'kecil' ini atas sebab kita rasakan mereka tidak signifikan. Taraf kepentingan mereka tidak sama dengan nikmat udara misalnya, atau nikmat beristeri dua. Eh. Justeru kita jarang memanjatkan kesyukuran kita atas nikmat-nikmat ini. Sedangkan setiap perkara yang berlaku ke atas kita merupakan suatu nikmat sama ada kita sedar atau pun tidak. Dan nikmat itu merupakan suatu ujian. Sekiranya kita gagal mensyukuri nikmat-nikmat ini, maka secara otomatiknya kita juga telah gagal dalam ujian tersebut. TT__TT

Allah berfirman dalam surah Ibrahim, surah keempat belas ayat tujuh:

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.”
[Ibrahim, 14:7]

Anda kurang jelas..? Anda tak percaya..? Okeh, takpe. Anda punya pasal, biar saya kemukakan beberapa contoh untuk menguatkan hujah-hujah saya. Ok jom kita tengok antara nikmat-nikmat yang 'insignifikan' ini yang selalu kita lupa bahawa mereka juga adalah nikmat...

Nikmat Kentut
Ha, ni satu nikmat yang sangat besar sebenarnya tahu..?? Cuba bayangkan anda baru usai mengketedarah seokor ayam bakar dimakan dengan nasi beriani kambing, kemudian satay arnab dua puluh cucuk, ditambah pula dengan mee rebus Baidali. Tu belum masuk pencuci mulut lagi tu. Anda balun pulak cendol pulut jagung kacang goreng dan airkrim cokelat bersama biskut rokok rangup dan disudahi dengan jus oren susu. Fuh. Alhamdulillah.

Ok sekarang ni anda dah kenyang tahap tak boleh nak diskraip. Perut mula memulas, tanda protes dek disumbat macam stoking. Dan sekarang ni sila bayangkan yang kentut tu tak pernah wujud dalam dunia ni. Rasa-rasalah, muka anda bertukar jadi hijau tak sekarang ni..? Hihihi..

Dan sekarang ni, kembali semula ke dunia yang nyata. Anda diberi peluang untuk kentut. Aaaaaahhhhhh.... Apa perasaannya..? Nikmat..? Wahahahaha.. 

Kentut itu satu nikmat yang sangat masyuk tahu...?? [Kredit Gambar]
Nikmat Lapar
Ni satu lagi nikmat besar yang ramai tak sedar ia adalah nikmat. Cuba anda bayangkan setiap kali anda nak makan, anda tak pernah ada perasaan lapar. Oh rupanya takdelah sedap mana pon Kenny Rogers ni. Ala biasa je Nasi Lemak Jalan Tanglin tu, takde apa pon. Makan..? Nak termuntah dah ni..!

Apa anda ingat yang membuatkan makanan tu sedap rempah-ratusnyakah? Minyak zaitun yang diimport dari Itali itukah? Atau chef lima bintang Michelin itukah..?

Kalau takde perasaan lapar ni, bagilah makan apa pon, semua rasa tawar je. Bila dah lapar tahap Son Goku baru menang pertandingan kungfu antarabangsa, nasi panas kosong ngan kicap pon licin...!

Nikmat Mengantuk
Samalah macam nikmat lapar. Cuba anda bayangkan yang tidak pernah wujud istilah mengantuk dalam kamus kehidupan. Cuba anda beritahu saya, macam mana nak tidur...?? TT__TT

Tidur tu dah satu nikmat yang cukup besar. Tapi yang membuatkan kita rasa nak tidur..? Tu bukan nikmat ke..? Seksa woo paksa diri nak tidur kalau tak mengantuk. Bila dah mengantuk gile, rebah je kepala, tahu-tahu je dah sampai pon kat Czechoslovakia.

Tapi tolong la jangan mengantuk super time memandu. Tu bukan nikmat dah tu, tapi bala..!

Nikmat Nama
Haha.. Yang ni best. Bunyinya macam mustahil, tapi sila tolong bayangkan, kat dunia ni takde konsep nama. Kiranya semua orang takde nama. Takdelah Inche gabbana, takdelah Dr. Mahathir, takdelah Barrack Obama, takdelah Harun Salim Bachik. Eh.

Camne nak panggil orang macam tu..? *garu kepala* Hoyy?? Oit..? Eh kau..? Kamu, kamu..? Anda..? Hahaha.. Ha kan dah haru tu. Kalau panggil macam tu seorang je yang respon takpela. Kalau sekali panggil sepuluh kepala menoleh..? Tak ke leceh tu..?

Anda.. Ooo anda.. Anda..! Ye, andalah...! [Kredit Gambar]
So ada nama ni satu nikmat sebenarnya. Tak kisah lah nama anda buruk macam mana pon (Hohohoho.. Sedang terbayangkan satu nama. Sungguh keji di situ..), et lis ada nama. Enonimus itu juga satu nama tahu..? 

Nikmat Anggota Badan Pada Tempatnya
Anggota badan yang sempurna itu sudah dikira satu nikmat yang canggih. Tapi cuba bayangkan, kalau anggota-anggota badan kita tu tak terletak pada tempatnya seperti yang sekarang ini. 

Say... Mulut kat pinggang sebelah kanan. Atau hidung kat tapak kaki. Atau usus tergantung kat betis. Atau telinga tapak tangan. Hihihhi.. Mengerikan bukan..?

Allah tu Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana tahu..? Pasti ada sebabnya semua anggota badan itu terletak pada tempatnya yang sedia ada. Itu juga suatu nikmat..!

Teringat pada Lord Voldemort yang tiada hidung... Tak ke hodoh tu...??

Nikmat Ada Rambut
Ini anda kena tanya pada mereka yang tiada rambut bukan atas dasar pilihan sendiri, tetapi secara paksaaan..! Wahahaha.. ^__^" Pasti mereka dapat memberitahu anda betapa nikmatnya ada rambut...!

Anda yang masih ada rambut.. Bersyukurlah..! [Kredit Gambar]

Bagaimana..? Nikmat bukan...? Bayangkanlah sekiranya Allah menarik salah satu daripada nikmat-nikmat ini. Kan dah tak sempurna hidup..? Itu pon Allah masih sayang pada kita; masih banyak nikmat-nikmat lain yang Dia berikan kepada kita..!

Cukup sekadar itu. Nak sebut-satu persatu, memang tak munasabah. Sebab nikmat-nikmat yang ada di sekeliling kita terlalulah banyaknya sehinggakan kalkulator Casio siri Fx-570MS pun tidak mungkin dapat menghitungnya.

Allah berfirman di dalam al-Quran:

"...Sekiranya kamu menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menghitungnya."
[Ibrahim, 14:34; an-Nahl, 16:18]

Jadi bodohlah kita ni, kalau kita masih berdegil, nak jadi manusia yang tidak bersyukur. Sebab saban hari, Allah tak pernah jemu-jemu melimpahkan kita dengan nikmat dan kurniaanNya. Bermula kita lahir sehinggalah ke saat ini. Start daripada kita bangun daripada tidur, sehinggalah kita kembali ke katil. Hatta time tidur sekalipun nikmat Allah tetap dilimpahkan kepada kita. Dan punyalah sayang Allah pada kita, kita ni hamba yang kufur nikmat pon Dia masih nak bagi pinjam nikmat-nikmat Dia..! Ya Allah...

Siapa kita mahu mengkufuri nikmat-nikmat Allah..? Kita ni hebat sangatkah? Kita ni superman habiskah?  Malulah kita sekiranya kita ni nak sombong dengan Allah, nak ingkar pada perintahNya, buat dono sahaja pada suruhanNya dan begitu berat punggung untuk meninggalkan laranganNya. Siapa kita...??

"Maka nikmat Tuhan yang mana satukah yang kamu mahu dustakan...?"

Anda bagaimana..? Anda nikmat-nikmat lain yang anda rasakan selama ini anda terlepas pandang..? Jika ada, anda masih belum terlambat. Sekiranya anda sempat membaca post ini, itu maksudnya anda masih ada masa untuk mengucapkan syukur..!

Alhamdulillah...! Senyum.

Aku bersyukur atas segala nikmat-nikmatMu Ya Allah. Segala puji bagiMu..! [Kredit Gambar]
  
-gabbana-

Atas teguran yang saya fikir amat munasabah dan relevan, saya telah menukar tajuk post ini. Bukan, bukan saya takut pada ancaman atau kontroversi. Tetapi bagi saya teguran yang diberikan amat logik dan boleh diterima. Apa salahnya kita menerima teguran kan..? ;)

Terima kasih kepada yang menegur. Saya amat menghargainya.

24 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 14/01/2011, 18:31  

incik gabbana, best post ni:)

namun saya kira kurang sesuai letak tajuk post sebegitu sebab seolah2 mempermain2kan nama org lain, huhu mungkin bukan niat anda begitu pun, tapi apa pula pandangan pembaca kan? lagi2 tok guru tu sorang ulamak yg dikenali kehebatannya. plus, kan menutup segala pintu2 syaitan itu salah satu tugas mukmin? :)

-sekadar pandangan-

Mohammad Aiman 14/01/2011, 18:52  

tapi kureng jugak, kalau ade yang lahir dah dalam islam..
tapi penat2 je gi tukar agama lain..

T_T

sian dorang

reader :) 14/01/2011, 19:01  

inche gabbana :)
post ni sangat best ^__^
tulis banyak2 lagi....

Clarky Afif 14/01/2011, 21:52  

nikmat berchenta.
aguuguuu...*kuis kaki kat lantai*
ehem. saya single. hiks hiks!

meowwmania 15/01/2011, 11:36  

betul semua tu..

alhamdulillah...bersyukur sgt2 :)

N 15/01/2011, 18:31  

rasa nikmat sebab tak tau siapakah penulis sebenar yang guna nickname 'inche gabbana' ini. kalau tak, mesti tercari-cari je. haha! :)

terima kasih utk entri kali ni

Anonymous 16/01/2011, 07:43  

boleh tak nak kate x suka sgt post ni... sebab ade keratan2 dan kenyataan yang saya mmg kurang gear utk dibicarakan... tapi gaya penulisan mcm shahnon ahmad masa thn 1998 wajar cuma kurang sesuai utk orang yang suka perkara2 putih salju mcm saya...

but,x dinafikan, nikmat tue kita selalu dustakan..

Inche gabbana 16/01/2011, 17:38  

enonimus i: terima kasih atas teguran itu. teguran anda valid dan amat relevant. ;)

can't thank u more. ^^

Inche gabbana 16/01/2011, 17:40  

aiman: mmg rugi. kat akhirat nnt mneyesal tak abes. mengalir air mata darah sekali pon, dah tak boleh nak wat pape.

tapi kan, mungkin juga salah kita sbg umat Islam yg sedia ada, sehingga menyebabkan dia tukar agama...? Hhhhmmm...

Inche gabbana 16/01/2011, 17:40  

reader: terima kasih. harapnya jgn best di kepala sahaja, tp best juga di dalam hati, i.e. meresap jauh ke dalam hati sehingga boleh nak amalkan, iAllah... ;)

Inche gabbana 16/01/2011, 17:41  

clarky afif: errr... errr... laaarrriiikkkk......! ;p

Inche gabbana 16/01/2011, 17:41  

meowwmania: alhamdulillah.. moga kita terus menerus menjadi seorang hamba yg bersyukur, sehinggalah kita menghembuskan nafas kita yg terakhir..! IAllah...

Inche gabbana 16/01/2011, 17:42  

N: Woah,, tu pon satu nikmat jugak...? Hahaha.. (terharu sikit..) ;p

sama2 N..! Terima kasih juga kerana terus sudi untuk membaca..! itu juga satu nikmat bwat saya..! ;)

Inche gabbana 16/01/2011, 17:44  

enonimus II: terima kasih atas teguran itu. mungkin saya terlepas pandang.

akan cuba untuk lebih bersopan selepas pada ini tanpa menjadi terlalu serious dan skema. hehe.. pada masa yg sama, hakikatnya saya tak boleh nak puaskan hati sume org.

pape pon, terima kasih sekali lagi..! :)

Firdaus Kasim 16/01/2011, 19:17  

nama adalah doa. baik nama itu, maka baik lah doa utk kita

Inche gabbana 16/01/2011, 22:46  

firdaus kasim: tak pasti anda merujuk pada komen yg mana, tapi sgt betul komen anda itu.. ;) maka sekian terima kasih. hihihi..

Inche gabbana 16/01/2011, 22:46  

SN: Eh anda masih idop...?? ;p senyuman ntok anda juge. ^^

itachi 16/01/2011, 23:54  

"Maka nikmat Tuhan yang mana satukah yang kamu mahu dustakan...?"

paringatan spy m'jadi hmba2 yg b'syukur..thnx
p/s: lama x jenguk cni..da byk post

arissa myana 17/01/2011, 08:14  

assalamualaikum wbt,

post yg menarik :)

selalu aja kita lupa nikmat2 yg tak 'nampak' signifikan nya pada kita...

tpi alhamdulillah, terima kasih utk ingatannya... barakallah :))

‘Di dalam lautan nikmat, ada dua jenis makhluk. Yang satu tenggelam, yang satu menyelam. Kau tahu apa bezanya?’

- Salim A. Fillah

Inche gabbana 17/01/2011, 12:35  

itachi: sama2. after all, saya cilok dari Quran je tu.. hehe.. peringatan ntok kita semua iAllah.

selalu2lah dtg ziarah lagi..! ;)

Inche gabbana 17/01/2011, 12:36  

arissa myana: barakallahu fik kembali. ;)

haha.. menarik! saya rasa saya tahu jawapannya..! ^^

terima kasih!

p/s: siapa dia salim a. fillah tu..? mcm best je..

arissa myana 17/01/2011, 13:19  

Salim A.Fillah... mungkin boleh cari buku "Jalan Cinta Para Pejuang"...

He's the author of the book. sangat menarik dan relevant untuk motivasi 'Para Pejuang' inshaAllah ^^

Inche gabbana 17/01/2011, 16:31  

ooohhh.... org melayu/indon ke..?

ok iAllah kalau diberi peluang sy akan cari buku tu. jzkk...!

Irfaan Muhammad 21/05/2014, 03:46  

Jzkk Inche Gabbana!
MasyaAllah, terlalu banyak nikmat yang diberi sedar tak sedar T_T

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP