Kalau Nak Tulis Panjang-Panjang Lebih Baik Karang Kitab
Saya kuat merasakan yang ramai orang malas nak baca artikel-artikel dalam belog ni sebab post yang saya tulis semuanya panjang-panjang. Takde konsep pendek dan manis (Baca: Short & Sweet). Yang ada panjang dan, err manis..! Wahaha.. Betul betul. Cuba anda baca post-post saya sampai abes, anda pasti akan merasakan ia cukup manis dan lazat...! ;p
Kitab Angel Pakai Gucci. Hohoho.. ^__^" [Kredit Gambar] |
Hakikatnya, saya memang tak reti nak tulis pependek. Rasa tak puas. Rasa mesej yang cuba hendak disampaikan tu tak sampai. Hohoho.. Sebabnya saya suka diskeraip satu-satu benda tu panjang-panjang. Nak bagi odiens saya dapat bayangkan dengan jelas apa yang saya cuba eksplen. Akibatnya..? Post yang panjang berjela-jela macam rambut Rumpelstiltskin. Eh Rapunzel lah.
Hah tengok, ni pon dah nak jadi panjang dah ni..! -___-"
Eh apa pendapat anda orang ye..? Benar dan betul tak observation saya ni..? Anda orang malas nak baca belog ini sebab post-postnya panjang berjela-mela eh?
-gabbana-
16 Caci Maki Puji Muji:
artikel incik gabbana semuanya sarat dgn mesej yg berguna, cuma kdg tu bila tgk artikel terlalu panjang macam hilang minat nak baca tp jgan salah faham sy kagum dgn cara penulisan saudara cuma bila habis baca tu macam tak tahu nak komen apa sebab macam terkesima biasanya lepas baca tak komen tapi byk berfikir
pape pon terima kasih dan teruskan menulis ;)
en gabbana, sy bukan org tue.sy suka baca tulisan yang baik dan sederhana pjg. kira-kira mcm x betullah observation tue.tapi,ikhlas nak kata,mmg sgt ramai di luar sana yang malas.bukan setakat nak baca blog yg hebat nie..tapi nak menekan tetikus pun malas...semuanya kalau boleh,nak mata jer boleh gerakkan...or dengan kuasa psikik yg fikir jer,terus jadi...pjg plak komen nie..maybe an gabbana pun malas nak baca komen pjg2...
haha... sama la kita inche gabbana...
^_^
suke tulis panjang2..
post terbaru sy pun post paling panjang sy buat :)
tahniah..panjang pun baca
meowwmania: tula. saya pon rasa camtu. tp saya tak reti la nak tulis pendek2 nih..
oh tak mengapa. asalkan mesej sampai saya sudah cukup gembira.. ;)
enonimus: hahahaha.. saya suka komen anda..!
dan saya suka komen yg pjg mcm komen anda..! hehe..
teruskan membaca! Moga bermanfaat biidznillah.. ;)
aiman: hahaha.. cuba try submit kat karangkraf ke, pustaka budiman ke. mana tahu diorang sudi nak terbitkan jadi buku..! hehehe.. ;p
cikgu: erk.. kurang faham komen anda di situ. tahniah kepada siapa? tahniah kepada diri anda sendiri sbb mampu baca post yg pjg2 ke..? hehehe.. ;)
terima kasih kerana terus sudi ke belog ini! ^^
setuju.
selalu berminat nak baca.
tp smpai separuh, letih. haha.
ni jujur.
tp serius blog ni byk benda best.
harap dpt teruskan!
*selalu baca tp x komen sebab mcm dah menjadi buku rujukan.haha*
salam2...
post yg panjang mungkin akan membuatkan odiens rasa malas nak habiskan bacaan atau mungkin akan ambil jalan singkat, baca ending sahaja ^^ hehee ----> terjun ke kesimpulan kn?
tpi ada pro and cons nya di situ...
kalau pendek sangat, mesej akan jadi kurang jelas dan agak pointless bagi tukang karang dan tukang baca...
tapi tahniah sebab selalu came out dengan 'case study' yang menarik dan buat tukang baca boleh gelakkan sisi lain kehidupan dan jadi ponder point di situ.
teruskan cara anda menyampaikan apa yang perlu anda sampaikan, semoga diberkahi Dia selamanya :)
Allah hu'Alam
**kan dah komen panjanggg
bagi saya buat je apa yg kte selesa..janji maksud/niat/tujuan/matlamat sampai.
nway,pompuan yg slalu suke tulis panjang2 ni..errrrr,cemana tuh??kehkeh
inche gabbana..
sejujur nye saya cakap..saya suke baca blog ni..
jujur juga saya cakap saya suka entry2 yang motivational disertakan dengan ayat2 yang sempoi sbb saya cepat mengantuk sikit kalau baca entry yang serius..jadi kalau penggunaan bahasa nye sempoi...memang saya akan tertarik
dan saya rase blog ni punye ayat yang sebegitu.cuma tak dinafikan memang ade certain entry saya baca main point nye sahaja...sbb terlalu pnjang..jadi saya rase hipotesis inche gabbana di permulaan entry ni ade btul nye.
tapi saya amat nantikan post2 baru inche gabbana
dan percayalah..walaupun tak bnyak yang memberi komen atau yang menjadi follower...sesebuah blog tu mesti ade silent reader yang tersendiri. :)
*first time tulis komen dekat sini dah pnjang berjela =.='' *
sorry kalau ayat mengecilkan hati.
penulis sahaja: hahahah.. baiklah! lebih bersemangat..! Wahahaha.. (gaya eksyen kamen..!)
arissa myana: komen2 anda selalu penuh dgn motivasi dan semangat. saya suka..! terima kasih..!
terima kasih juga atas doa itu. Moga apa yg anda doakan, akan sepuluh kali didoakan untuk anda pula, iAllah.. ;)
helianthus: betollah tu. tp kena take into consideration gak selera pembaca. sbbnya kalau pembaca tak tertarik, sapa nak baca ye dak..? sia2lah kalau tulisan penuh dgn mesej tapi takde sapa yg nak baca.. hhhmmm...
eerrr yg itu, no komen..! hehehe..
reader: errrr... terima kasih...? Hahaha..
eh tapi betol, terima kasih atas komen yg membina dan memberi semangat..! haha.. ;)
Post a Comment