5 January 2011

Mudahnya Untuk Kita Bersangka Buruk En?

Malam semalam ditakdirkan saya pulang ke rumah menaiki bas RapidKL dan bukannya diambil oleh Inche Papa seperti biasa. Dan alhamdulillah, saya tidak perlu menunggu lama sebelum bas mula bergerak, walaupon sebelum itu sedikit menggelabah kerana saya tidak mempunyai wang kecil untuk membayar tambang bas lantas saya ke kedai runcit berdekatan dan membeli sebiji ban berperisa pandan kelapa untuk memecahkan wang uuuhhmmm sedapnya kata hati saya setelah merasa ban itu. Fuuh.

Saya memilih untuk duduk paling dekat dengan pintu keluar supaya senang untuk turun daripada bas nanti. Saya meletakkan beg saya di sebelah memandangkan banyak lagi tempat duduk kosong di dalam bas tersebut. Tidak beberapa lama selepas itu, datang seorang kanak-kanak tercegat berdiri di sebelah saya. Pakaiannya lusuh dan tangannya penuh dengan parutan kudis, bekas demam campak agaknya. Dia tersenyum. Saya sedikit hairan dengan kelakuannya dan tidak pasti apa yang diinginkannya.

Dia mengisyaratkan yang dia hendak duduk di sebelah saya. "Ooohhh.." kata saya sedikit kaget, lantas terus mengangkat beg saya, pindah duduk di tepi dan meriba sahaja beg saya tersebut untuk memberi ruang kepada kanak-kanak itu untuk duduk. Dalam hati saya berkata-kata, tiada tempat lainkah nak duduk..? Hohoho..

Tidak lama selepas itu bas pon mula bergerak. Suasana agak sunyi kerana setiap penumpang di dalam bas leka dengan hal masing-masing. Tiba-tiba kanak-kanak itu memulakan bicara:
"Bang, ada seringgit tak..?" Sambil tersengih seperti kucing susu Magnolia.

"Eh ada ada." 

Tanpa berfikir panjang saya terus mengeluarkan beg duit dan menghulurkan seringgit kepadanya.

"Terima kasih bang."

"Nak buat apa ni? Beli gula-gula..?"

Kanak-kanak itu hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Tetapi matanya tidak memandang kepada saya. Pelik.

Kemudian suasana menjadi senyap semula. Sehinggalah..

"Abang bawak beg ni pergi mana?"

"Beg ni? Pergi eksesais. Adik dari mana?"

"Dari Stesen LRT tadi la."

"Oh tak. Adik dari mana, pergi mana tadi?"

"Gi Dato' Keramat, jumpa kawan."

Gaya percakapannya sedikit pelik. Dia tidak memandang saya ketika bercakap. Dan ketika itu hati saya mula memikirkan bermacam kemungkinan. Mungkinkah dia akan melarikan henpon saya yang saya pegang di tangan? Mungkinkah dia akan mencopet beg duit saya..?

Saya tenangkan diri dengan berborak lagi dengannya.

"Adik sekolah? Sekolah mana.."

"Sekolah yang dekat ngan Carrefour tu.."

"Ooohh.. Adik tingkatan berapa..?"

"Tingkatan dua. Saya pendidikan khas..."

Ooooh. Getus hati saya. Patutlah.. Itu menjelaskan banyak perkara.

Kemudian kami berborak-borak lagi, sehinggalah kanak-kanak (kanak-kanak kerana tubuh badannya dan raut wajahnya seperti seorang kanak-kanak, walaupon dia sudah di tingkatan dua) itu turun di destinasinya. Saya sempat berseloroh:

"Dik duit tu beli gula-gula tau? Jangan beli benda lain..!"

"Ok. Terima kasih bang."

Saya hanya memerhatikan dari dalam bas ketika kanak-kanak tersebut turun dan berjalan ke arah rumahnya. Dan dia sempat memandang saya, mengangkat tangan dan tersenyum. Saya membalas senyumannya itu. Entah kenapa kelakuan kanak-kanak itu menenangkan hati saya. Sejuk dan seronok melihat telatahnya. 

Pada masa yang sama, saya bermuhasabah. Ya Allah, berdosanya aku.. Mudahnya aku berprasangka pada kanak-kanak itu. Senangnya aku menuduh dia dengan pelbagai tuduhan.. Astaghfirullah.. Hati ini betul-betul rasa bersalah. Dan kebingungan. Mengapa kita ini amat mudah bersu'udzan, bersangka buruk ya..? 

Masyarakat Hari ini
Realiti masyarakat hari ini yang amat materialistik menjadikan mereka mudah dengki, hasad dan bersangka buruk pada orang lain. Melihatkan jiran sebelah rumah yang membeli set perabot baru, terus terlintas di hati kita:

"Eleh dia ni nak menunjuklah tu! Padahal baru je tukar tahun lepas. Setakat beli hutang, toksahlah nak berlagak...!" Kan..? 

Berapa ramai antara kita yang berfikir sebegini:

"Eh kenapa dia beli set perabot baru lagi ni..? Oh mungkin set yang lama dah rosak. Kena makan anai-anai agaknya tu. Tak pon dia bagi set perabot lama dia kat sedara-mara yang susah kat kampung. Ish bagusnya jiran aku ni.."

Haha.. Biar saya teka. Errr.. Sifar. Tiada siapa pon antara kita yang berfikiran sepositif itu. Betul kan..? ^__^"

Tetapi itulah hakikatnya. Amat sukar untuk kita bersangka baik (husnudzan; husnu/hasan = baik, dzan = sangkaan) terhadap sesiapa sahaja. Melihatkan anggota polis, terus terfikir yang dia ni korup, selalu makan duit kopi. Melihatkan pegawai kerajaan, perkara yang sama terlintas di kepala, ditambah pula dengan perisa lembap, malas dan tak tahu buat kerja. Nampak Cina, terus dituduhnya pengotor, kurang ajar dan kiasu. Nampak India, terus lari ketakutan kerana di dalam kepala kita hanya nampak perkataan samseng.

Dan pelbagai lagi sangkaan yang bermain di kepala kita setiap kali kita melihat orang-orang yang tidak kita kenali, apatah lagi kalau mereka ini berkelakuan sedikit pelik dan berbeza budaya dan citarasa dengan kita. 

Mengapa Begitu Mudah?
Tak kisahlah sama ada prasangka kita tu terbukti benar atau tidak, itu bukan persoalannya. Yang lebih penting untuk dirisaukan mengapa begitu mudah kita berprasangka buruk..? Kotor benarkah hati kita ini..? TT__TT Astaghfirullah..

Tentunya, banyak faktor yang menjadikan masyarakat hari ini amat mudah berprasangka buruk. Antaranya, perbuatan bersangka buruk atau memfitnah sudah menjadi semacam suatu perkara yang sangat normal di kalangan masyarakat. Rancangan-rancangan dan majalah-majalah hiburan berbentuk gossip yang menjadi bacaan lazim masyarakat kini sudah tentunya menyemai sedikit-sebanyak 'budaya' bersangka buruk ni.

"Eh dia ni nampak mudalah! Mesti cucuk botox ni..!"

"Dengar kata artis jelita XYZ itu kini sudah mula bermain kayu tiga dengan suami orang. Betul ke tak betul..? Jom kita terjah dia..!"

"Kau tengok tak movie terbaru si OPQ tu..? Muka dia cengkung gila kan..? Aku dah cakap kat kau dah yang dia tu isap dadah..!"

Woah.. Berapa kali agaknya kita mendengar dialog sedemikian rupa..? Sampai telinga yang dah nak bernanah dengar tohmahan-tohmahan camni pon dah nak elok balik dah, sebab dah selalu sangat dengar..! Hohoho.. ^__^"

Antara faktor lain termasuk juga realiti kehidupan pada hari ini yang amat menyukarkan kita untuk bersangka baik. Contohnya, baru-baru ini seorang cikgu kanan sebuah sekolah diatuhkan hukuman penjara kerana meransang anak didiknya sendiri untuk berkelakuan lucah. Bagaimana pula dengan pihak polis yang menyonglap dadah dan membelasah tahanan? Atau pegawai kerajaan yang terbukti bersalah memakan rasuah yumm yummey sedapnya..??

Dan saya melihat, faktor utama yang menyebabkan bersangka buruk ini sudah menjadi semacam satu budaya, sebati dalam kehidupan masyarakat adalah akibat kurangnya tarbiyyah di kalangan kita. Yalah, dalam tempat pertama (Baca: In the first place), adakah kita sudah betul-betul kenal dengan Tuhan? Adakah kita sudah betul-betul yakin dengan perkara-perkara ghaib? Adakah kita sudah betul-betul mengikuti ajaran ar-Rasul SAW..? Kalau tarbiyyah benar-benar meresap ke dalam hati kita, pasti tidak terlintas langsung untuk kita bersangka buruk terhadap orang lain. 

Ok apa yang anda fikir bila tengok gambar ni..? Brutal gila nenek ni kan..? Entah-entah dia sakit jari tu, sapa tau..?? Wahaha..


Pendek kata, dalam dunia yang kita hidup sekarang ini, memang amat mudah untuk kita bersangka buruk dan sukar pula untuk bersangka baik. Buktinya? Tanya diri anda sendiri; berama ramai antara kita yang apabila melihat seseorang yang mungkin sedikit pelik atau berkelakuan luar daripada norma biasa terus berfikir yang bukan-bukan..? Berapa ramai antara kita yang terus sahaja berfikiran negatif apabila melihat sesuatu situasi, tanpa memberi ruang kepada pemikiran positif untuk meminta izin tumpang lalu ye Pak Cik..? Eh. Tepuk dada tanyalah diri sendiri tapi jangan tepuk kuat-kuat sangat nanti semput. Wahahaha..

Walau bagaimanapun (ewah!), itu tidak bermakna kita boleh lari dengan gembira sambil terus-menerus berprasangka terhadap orang di sekeliling kita. Keadaan sekeliling kita tidak menghalalkan perbuatan maksiat dan dosa kita, melainkan kita benar-benar dalam keadaan yang super amat terdesak. 

Tetapi ada ke keadaan yang membenarkan kita untuk bersangka buruk..? Hhhmmm..

Harus Su'udzan
Ada. Apabila kita berhadapan dengan situasi yang membahayakan, atau memerlukan kita untuk bertindak segera. Contohnya, apabila kita melihat seseorang bermuka bengis dan memegang pisau pemotong ayam berjalan laju menghampiri kita. Takkanlah kita nak berkata di dalam hati:

"Eh orang ni sangat cergas lah. Mesti nak pergi potong ayam dan masak sup ayam panas yang sangat lazat hey!" -___-"

Atau pon apabila melihat sebuah bas yang tersalah lorong dan betul-betul meluru ke arah kita, adakah kita harus membiarkan keadaan tersebut dan berkata:

"Wah, bertuahnya aku dapat tengok bas ekspres buat stunt..!" TT__TT

Maka dalam keadaan sedemikian rupa dan yang seangkatan dengannya, kita dibolehkan untuk 'bersangka buruk' demi kemaslahatan dan kebaikan yang lebih besar. Sikap berwaspada dan berhati-hati dengam membuat andaian awal, sekiranya ia boleh menyelamatkan nyawa dan harta, adalah patut diutamakan kerana kita menjaga awlawiyyat (prioriti) yang lebih besar dan utama.

Solusinya..?
Entahlah. Tujuan diri ini menulis post ini seudah tentunya untuk mengingatkan diri sendiri dahulu, sebelum berkongsi dengan anda semua. Hakikatnya, saya sendiri masih amat lemah dan jauh dalam memperbaiki diri dalam soal bersangka buruk ini.

Tetapi apa yang dapat saya kongsikan, kita buatlah kepada orang lain seperti mana kita ingin mereka berbuat/berkelakuan kepada kita. Treat others as what you like to be treated. Maknanya, kalau kita tidak suka orang lain berprasangka bukan-bukan kepada kita, maka kita dahulu yang perlu melatih diri untuk tidak bersu'udzan kepada orang di sekeliling kita. 

Dalam surah al-Hujuurat, Allah berfirman:

Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah seseorang antara kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah.  Sesungguhnya Allah adalah al-Tawwab (Maha Penerima taubat), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani). 
[al-Hujuraat, 49:12]

Ha, kita suka ke nak makan daging busuk abang kita? Atau daging besfren kita..? Kalau kita tak suka, jangan biasa-biasakan diri dengan berprasangka yang bukan-bukan sebab kemungkinan besar prasangka kita boleh jadi fitnah, apatah lagi sekiranya ia disebar-sebarkan.

Satu lagi benda yang kita boleh untuk cuba amalkan adalah dengan menjaga akhlak dan perilaku diri kita sendiri, bagi mengelakkan sangkaan buruk orang lain. Dah tu kalau kita dok hari-hari pakai seksi-meksi tak cukup kain, layakkah kita nak marah kalau orang dok bersangka macam-macam pasal kita..? Kalau kita asyik bermewah-mewah dan tidak tahu menghargai nilai rezeki kurniaan Allah, salah masyarakatkah yang menyangkakan kita ni sombong dan tidak bersyukur..? Atau sekiranya kita ni gemar betul keluar masuk pusat-pusat maksiat, takkanlah kita nak mengharapkan orang untuk berhusnudzan dengan kita..? Dah kita selalu sangat berpeluk bercium dengan perempuan yang bukan mahram, ish, susah juge tu nak husnudzan! Kiranya kalau kita meluat orang dok sibuk nak jaga tepi kain kita, kitalah yang kena jaga kain kita elok-elok supaya tidak terlucut nanti. Ooops. 

Akhirnya, kebiasaan bersangka buruk ini juga menandakan yang hati kita ini kotor. Yalah, hanya hati yang kotor sahaja berasa senang dan tidak berdosa untuk berkata-kata yang tidak senonoh terhadap orang lain. Jadi apa lagi..? Jomlah kita polish dan bersihkan hati kita sebersih-bersihnya..! 

[Kredit Gambar? Obviyes kot.. ^__^"]
 
Hati yang kotor menjemput noda dan dosa,
Hati yang bersih tiket masuk ke syurga. 

-gabbana-

22 Caci Maki Puji Muji:

The President 05/01/2011, 13:08  

sentiasa postive.. :)

nk buaat mcmmaner enche gabbana,program tv pown duk asyik tayang criter artis yg bruk2 jek..hahaha,bler cter arts dah kering,tu yg carik gossip jiran tu gamoknya..lolz...be positive..even 2 ur enemies..(gandhi)

Mohammad Aiman 05/01/2011, 16:34  

always think positive!
optimistik!
oh yeah..
gud post...
always post a gud post :)


btw, gamba last tu best betul kredit gambo nye.. haha

meowwmania 05/01/2011, 16:55  

best! best sgt entri nih

tahniah utk saudara ;)

Anonymous 06/01/2011, 10:14  

Blogwalking then terjumpa blog ni :D

memang sesuai sngt la potongan ayat Al-Quran tu dengan saya ^^

jazakallah

arissa myana 06/01/2011, 10:52  

salam2....

memang orang sekeliling kita adalah aset yg sgt berharga utk kita selalu belajar dan koreksi diri...
Maha suci Tuhan yang tidak pernah menciptakan sesuatu dgn sia-sia

terima kasih utk ingtannya. entri yang sgt menarik though :)

Inche gabbana 06/01/2011, 12:13  

imran: suka quote gandhiji tu. kalau tgk Nabi SAW, dia pon tak pernah sangka buruk kat musuh2 dia. malah selalu mendoakan kebaikan ntok mereka, supaya mereka supaya dapat hidayahNya.

mmg qudwah yg terboooeeekkk...! ;D

Inche gabbana 06/01/2011, 12:13  

iman: thanx! semoga kita sama2 dapat amalkannya, iAllah.. ;)

Inche gabbana 06/01/2011, 12:14  

meowwmania: alhamdulillah.. semua tu dari Allah. terima kasih kerana sudi menyinggah..! ;)

Inche gabbana 06/01/2011, 12:14  

enonimus: barakallahufik.. selalu2 lah datang bertandang ye..? ;)

Inche gabbana 06/01/2011, 12:15  

arissa: btol btol btol. tiada kebetulan dalam hidup ini.

setiap apa yg ada di sekeliling kita boleh menjadi tazkirah yg sgt berguna buat yg betol2 melihat dgn hatinya. ;)

Miss Anis 06/01/2011, 14:03  

What a good entry! Thank you for the reminder :)

miss who miss misses 06/01/2011, 15:53  

Anis? baru teruja rupa2nya anis lain. cik arissa myana, i like ur comment :)

Inche gabbana 06/01/2011, 16:27  

ms. morbids: my pleasure. its an honour knowing u actually read my writings. ;)

cheers~

Inche gabbana 06/01/2011, 16:28  

miss yg pjgnya nama..: anis mana ni..? mcm tahu je anis mana yg anda maksudkan..

yes saya pon rasa komennya sgt bermutu tinggi. ^^

arissa myana 06/01/2011, 17:06  

Allah huAkbar, walillahilhamdh :)

Unknown 06/01/2011, 22:52  

gmbar nenek di tengah tu aku kurang boleh husnuzon la adam hihihi :p

IMANSHAH 06/01/2011, 23:23  

jnn berprasangka juga padaku ini..haha

Inche gabbana 07/01/2011, 00:08  

dumek: hahaha.. haah aku pon sama sbb tu mcm obviyes sgt... ;p

Inche gabbana 07/01/2011, 00:08  

cikgu: hohohoh.. T__T pulang paku buah keras nampak...?

elise 07/11/2011, 17:48  

jgnkn ssama manusia, bsangka baik dgn Allah pun sukar rasanya.. wlupun brada dlm usrah & tarbiyyah, klu hati x polish mcm pic kt atas tu, xda mknanya tarbiyah tu.. wallahu'alam

i12Go2Heaven2 09/11/2011, 02:25  

masyaAllah. nice article. sesuai untuk diri sendiri yg susah betul nk get rid of su'udzan ni.. hmm.. semoga Allah bimbing hati kita. Amin....

pelajar sepanjang hayat 30/04/2013, 23:46  

saya nak kongsi satu kisah benar yang ada kaitan dengan bersangka-sangka ni.

situasinya begini, ketika sesi kuliah sedang berlangsung, ada seorang pelajar lelaki keluar (tak tau ke mana arah tujunya tapi kami hanya esium yang dia ni mebi pegi toilet. dia hanya masuk balik ke dewan kuliah beberapa belas minit kemudian. maka berlakulah perbualan antara dua orang siswi yang berada dalam dewan tersebut:

A: lama gila dia ni pegi toilet. tu tak laen la tu, mesti duk hisap rokok dalam toilet tu. *sambil buat muka annoying*
B: ...*krikk krikk krikk*(memandangkan si B ni seorang yang sangat tidak gemar berburuk sangka terhadap orang lain, maka dia hanya mendiamkan diri)
A: (baru sedar bahawa dia dah bersu'udzan sebentar tadi, maka dia tarik balik kata2 dia yang sebelumnya tu dan menggantikan dengan sangkaan yang baik-berhusnudzan) ok la aku tarik balik kata2 aku tadi tu, dia bukan pegi merokok tapi mebi dia konstipasyen aka sembelit kot..
B: *pfffft* (dengan tak semena-mena, muka si B merah padam dan tangannya terketar-ketar duk tahan gelak)

nampak tak hikmah berhusnudzan di situ?
hehehehe...
#maaf kalau ianya memboringkan#

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP