Ujian Kesabaran Di Bulan Muharram Memang Sungguh Menguji Kesabaran
Malam semalam saya ke bulatan gembira seperti biasa. Saya tiba agak awal, tidak seperti biasa. Saya memang terkenal sebagai Inche yang selalu datang lewat. Huh. Malah malam tadi saya datang lebih awal daripada Inche Naqib sendiri. Senyum bangga.
Selalunya perjalanan ke tempat bulatan gembira akan mengambil masa tepat-tepat dua puluh minit dari pintu ke pintu dengan syarat, saya memandu seperti orang separuh gila. Wahahaha.. Dan sekiranya jalan lancar tidak ada kesesakan lalu lintas yang menyakitkan hati dan kepala.
Maka apabila saya pulang daripada bulatan gembira, sudah tentunya saya menjangkakan jalan akan lengang dan arakian itu dapatlah saya memandu dengan penuh gembira dan tenang kerana jam pun sudah menunjukkan pukul 12 lebih tengah malam. Pastinya saya boleh memandu lancar dan laju tanpa perlu ada sebarang gangguan berbentuk fizikal mahupun spiritual. Eh.
Tetapi ku sangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya memang panas hingga ke petang pon cuma hujan batu di tengah malam. Cis. Saya sudah pon memandu separuh jalan dan mengjangkakan akan tiba di rumah kurang lebih pukul satu pagi. Sungguh gembira dan melegakan jiwa. Tambahan pula jalan nampaknya ok dan kenderaan di jalanan tidaklah terlalu banyak.
Tiba-tiba keluarlah raksasa bermata merah kulit menggerutu dan bersepit seperi ketam daripada tanah lantas muncullah Otromen Taro terbang dari angkasaraya menyelematkan keadaan dengan melawan raksasa itu dan akhirnya mengeluarkan cahaya pemusnahnya yang sungguh feymes itu dan matilah raksasa jahat tersebut.
Peluh besar.
Bukan, itu hanya imaginasi anda sahaja. Apa yang berlaku sebenarnya adalah seperti berikut:
Tiba-tiba kenderaan mula bergerak perlahan. Dan oleh sebab kereta di depan saya adalah sebuah kereta pacuan empat roda, maka saya tidak dapat hendak melihat ke depan apakah yang sedang berlaku. Tetapi hati saya kuat mengatakan yang ini bencana. Walaupon saya benar-benar berharap yang kesesakan ini akan berakhir secepat mungkin, tetapi jauh di dalam hati saya tahu itu seperti berharap saya dapat memakan nasi lemak Mak Cik di tepi Giant kegemaran ramai itu sebanyak mungkin tanpa menjadi gemuk. Oh.
Jam sudah pun menunjukkan pukul satu pagi; masa yang saya telah tetapkan untuk tiba di rumah. Dan saya masih tersekat di tengah-tengah kesesakan. Saya tahu ini bukan kesesakan yang biasa. Selalunya jalan di sepanjang MRR2 itu akan berlaku juga kesesakan sekali-sekala, semuanya disebabkan oleh JKR yang terlalu pandai mendesign jalanan di Malaysia ini. Terutamanya di bahagian bersimpang menuju ke Cheras dan Ampang. Kawasan itu memang memberikan anda mimpi ngeri.
Ok mungkin sedikit over gambar ni kalau nak dibandingkan dengan kesesakan semalam. Tidalah seteruk ini. Tetapi cukup untuk menyebabkan anda tertekan dan rasa seperti nak balik rumah dan bakar kuih sahaja! [Kredit Gambar] |
Tetapi tidak. Saya yakin kesesakan kali ini bukan disebabkan oleh Sammy Vellu. Eh. Dan yang membuatkan hati saya lebih terbakar adalah kerana saya tidak dapat hendak meneka langsung apakah punca kesesakan tersebut. Kesabaran saya mula teruji. Mata mula bertambah berat. Esok nak bangun awal lagi untuk upacara sahur-menyahur. Badan pon sudah mula penat. Kaki sudah menjadi lenguh. Mujurlah saya memandu kereta bertransmisi otomatik. Kalau manual..? Pasti saya sudah berhentikan kereta saya di tepi jalan, keluar dan berlari-lari anak sahaja sehingga tiba di rumah.
Kenderaan bergerak dengan kelajuan kura-kura Kepulauan Galapagos. Mujurlah radio IKIM menyiarkan temubual bersama Professor Muhaya Razak yang cukup menyegarkan minda (walaupon saya yakin itu siaran ulangan kerana terasa pernah ku jumpa dia, tapi di mana ya..?), jadi tidaklah terlalu bosan tahap gaban ketika memandu. Akhirnya, terjumpa juga punca kesesakan. Sebuah kereta tersadai di tepi jalan, hud depannya terbuka. Sah rosak. Dan saya sempat menjeling ke dalam kereta. Kelihatan seorang lelaki sibuk sedang menguruskan sesuatu. Dan wajahnya tampak cemas. Rasa bersalahlah tu. Yalah disebabkan kaulah kesesakan teruk camni! Haish..
Jadi dengan hati sedikit berbunga, saya menyangkakan selepas itu jalan akan menjadi lancar semula. Sangkaan itu meleset dengan kadar ketepatan seratus peratus.
Fuuuhhh..... *angin lintang panas sahara bertiup*
Gedebooppp! *batu besar pergunungan Kaukasus menghempap kepala*
Di depan saya kenderaan masih bergerak dengan kelajuan kura-kura Kepulauan Galapagos. Cis sungguh penat aku bersangka buruk dengan lelaki kereta rosak tadi. Sungguh kasihan padanya.
Sekarang hati semakin panas kerana masih tidak mengetahui punca kesesakan itu. Macam-macam sangkaan bermain di kepala. Mulut sudah mula terkumat-kamit dengan ngomelan, celaan dan keluhan, diselang-seli juga dengan istighfar kerana terasa sedikit bersalah di atas ngomelan, celaan dan keluhan. Ketika itu memang kesabaran diri benar-benar diuji. Kira kalau nak dibandingkan dengan soalan SPM, ni kira tahap soalan pengkamiran Matematik Tambahanlah (anda yang genius Matematik Tambahan sila senyap!).
Kesesakan lalu lintas memang menyebabkan para pemandu mudah untuk berprasangka buruk sesama mereka. Cis. [Kredit Gambar] |
Sekarang hati semakin panas kerana masih tidak mengetahui punca kesesakan itu. Macam-macam sangkaan bermain di kepala. Mulut sudah mula terkumat-kamit dengan ngomelan, celaan dan keluhan, diselang-seli juga dengan istighfar kerana terasa sedikit bersalah di atas ngomelan, celaan dan keluhan. Ketika itu memang kesabaran diri benar-benar diuji. Kira kalau nak dibandingkan dengan soalan SPM, ni kira tahap soalan pengkamiran Matematik Tambahanlah (anda yang genius Matematik Tambahan sila senyap!).
Akhirnya bertemu juga dengan punca kesesakan. Daripada tiga laluan, bertukar menjadi dua dan bertukar lagi menjadi satu. Sebab apa..? Sebab sekumpulan manusia yang bijak pandai lagi bestari sedang mengetar semula jalan....
Aaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....................!!!!!!!!!!
Saya rasa seperti nak makan budak sekarang ini.
Perlukah mereka dipersalahkan kerana membaiki dan mengetar semula jalan pada pukul 1 pagi. Wallahu a'lam. Kalau ikutkan nafsu, memang rasa nak pelempang sorang-sorang tu. Tak boleh ke buat pukul tiga atau empat pagi..? Tapi itu nafsulah. Ikut nafsu binasa. Ikut hati mati. Abes tu nak ikut sapa..? Ikutlah al-Quran dan as-Sunnah. Eh.
Tapi seriyeslah begitu sedih dengan tahap kesabaran saya malam semalam. Nampaknya selepas peristiwa al-Bouti, saya masih belum berjaya memperbaiki diri. Sudahlah baru lepas mengikuti bulatan gembira, yang sepatutnya hati dan jiwa saya disegarkan dengan sentuhan tarbiyyah pembasah ruh dan diri. Sungguh ironi. Oh saya memang seorang yang gagal. TT__TT
Akhirnya saya selamat tiba di rumah pukul satu setengah pagi lebih sedikit. Alhamdulillah. Setengah jam saya terseperangkap di dalam kesesakan. Selepas melepasi kawasan jalan yang ditar semula itu, saya terus memecut laju dan kali ini betul-betul macam orang gila. Dan mujurlah Dia mengizinkan saya untuk tiba di rumah dengan selamat. Andailah saya kemalangan dan maut pula datang menjemput, maka matinya saya itu dalam keadaan tidak bersyukur dan tidak redha dengan ketentuan Allah.. Nau'dzubillahi min zalik.
Astaghfirullah.. Astaghfirullah.. Astaghfirullahal adzim...
Berapa banyak agaknya dosa yang telah saya lakukan dalam tempoh masa yang singkat itu..? TTT__TTT
Sesungguhya di dalam setiap saat kehidupan kita, pasti ada pengajaran yang amat berguna untuk diri kita sekiranya kita benar-benar melihat, mendengar dan menghayatinya. Kehidupan sehari-hari kita adalah guru yang terbaik untuk kita memahami hakikat kehidupan ini sekiranya kita celikkan hati kita dan tidak menjadi orang-orang yang sombong.
Berapa banyak agaknya dosa yang telah saya lakukan dalam tempoh masa yang singkat itu..? TTT__TTT
Ampunkan hambaMu yang hina dan lemah ini Ya Rabb..! |
Sesungguhya di dalam setiap saat kehidupan kita, pasti ada pengajaran yang amat berguna untuk diri kita sekiranya kita benar-benar melihat, mendengar dan menghayatinya. Kehidupan sehari-hari kita adalah guru yang terbaik untuk kita memahami hakikat kehidupan ini sekiranya kita celikkan hati kita dan tidak menjadi orang-orang yang sombong.
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."
al-A'raf, 7:179
Ya Allah, jadikanlah Aku hambaMu yang bersyukur...
Allahu a'lam.
-gabbana-
Selamat berpuasa kepada anda yang berpuasa sunat Hari A'syura pada hari ini! Sabda Nabi SAW:
-gabbana-
Selamat berpuasa kepada anda yang berpuasa sunat Hari A'syura pada hari ini! Sabda Nabi SAW:
“Seafdal-afdal puasa selepas bulan Ramadhan ialah bulan Allah Muharram...
[Riwayat Muslim]
dan
Daripada Abu Qatadah r.a. bahawa Rasulullah SAW ditanya akan puasa hari ‘Asyura. Maka sabdanya : “Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu.” Di dalam riwayat yang lain “..adapun puasa pada hari ‘Asyura menghapuskan dosa tahun sebelumnya.”
[Riwayat Muslim]
Semoga ibadah kita ini diterimaNya dan menjadi hujah untuk kita masuk ke dalam sorgaNya di akhirat nanti! Biidznillah.. Oh jangan lupa berpuasa pada esok hari juga! Cheers~
8 Caci Maki Puji Muji:
hm..betul2.saya pun rasa mmg bln yg menguji kesabaran..kadang2 lupa apa yg jadi tu dari Dia jugak.ada hikmah yg Dia nk kita belajar.tp kita selalu mengeluh,marah..bebel sorang2 dulu...pastu baru nak ingat Dia.huhu.. ^^'.smoga Dia bantu kita semua :)
sy nak jugak kata ni walau pun x baik sebenarnya...
"sy dah kata en gabbana underestimate jalan di malaysia..."
bukan setakat pemandu di malaysia...
apa2 pun bersabarlah,banyak lagi ujian jalan raya yang menanti... all the best!!!
inche gabbana, saya tak jumpa pun lagi usrah gembira di tempat saya.
sedih :'(
itachi: IAllah. ;)
yg penting kita kena pushkan diri kita untuk 'switch-on' suis hati kita gar dia sentiasa dalam mode bersedia... ^^
"Nikmat Tuhan yang mana satukah yang ingin kamu dustakan..?"
enonimus: saya tak underestimate pon..
cuma dalam keadaan yg sgt penat dan tertekan, benda2 mcm tu mmg btol2 boleh dapat atas saraf saya! (Baca: Get on my nerve!) ;p
pape pon, mekaseh atas teguran itu.. ;)
enonimus: oh..? anda mahukan bulatan gembira ke..? anda duduk di mana..?
eh sila emailkan masalah anda ke myaims@live.com. iAllah ada org yg akan tolong nanti.. ;)
(tak pon terus ke website AIMS. aimsmalaysia.wordpress.com)
Moga bermanfaat biidznillah.. ;_
swith-on?mode b'sedia?
itachi: haah. maksudnya kita kena sentiasa celikkan hati kita, basahkan hati kita dengan sentuhan2 tarbiyyah, dekatkan diri kita dgn org2 yg soleh.
bila dah terbentuk bi'ah (suasana) tu, barulah senang kita nak beramal.
allahu a'lam. ;)
Post a Comment