1 December 2010

Kempunan Berjumpa Al-Bouti, Rupa-Rupanya Ada Rahmat Yang Menyamar

Anda masih ingat tak ngomelan saya di nota kaki di dalam post 'Mengenangkan Memori Dolu-Dolu Memang Sungguh Menyayukan'...? Rupa-rupanya ceramah Syeikhul Kabeer Sayed Ramadhan al-Bouti diadakan pada malam semalam, dan bukannya pada minggu lepas. Maka haruslah saya melompat gembira apabila mengetahu rupa-rupanya saya masih ada peluang untuk pergi melihat dan mendengar dengan mata, telinga dan kepala saya sendiri kehebatan dan kemantopan al-Bouti. Wah!

Teruja teruja teruja.

Syaikh Ramadhan al-Bouti yang sungguh kacak dan bergaya! ;D [Kredit Gambar]

Maka hendak memendekkan cerita kerana seperti yang anda tahu saya amat gemar bercereka, hihihi, saya telah mengajak dua orang hadek terchenta, H (bukan nama sebenar) dan Z (Juga bukan nama sebenar. Of koz la kan, ada ke mak bapak nak bagi nama anak dia H dan Z?? Pffft) untuk menemani saya pada malam semalam. Yalah, tempat ceramah tu agak jauh; nun di KUIS sana. Tak seronok la memandu kereta secara bujang sahaja. Tambahan pula, sudah lama saya tidak bersua muka dengan H dan Z. Rindu pon ada..! Wahahaha..

Sayugia, setelah saya pulang dari bekerja, saya bersiap-siap untuk pergi mengambil H dahulu di Ampang, sebelum mengambil Z pula di Bangi. Itulah perjanjian saya dengan mereka. Nak pancing la katakan! Hihihi.. Ketika itu sudah pon pukul 8.30 lebih kurang. Ceramah dijangka bermula pada pukul 9 malam. Saya menjangkakan busuk-busuk pon saya boleh tiba di KUIS kurang lebih pukul 9.30 malam.

Setelah menikmati nasi goreng simpel tapi hazab yang dimasak oleh Puan Mama, saya bergegas untuk bertolak ke Ampang. Ketika itu jam sudah pon menunjukkan jam 8.45. Bagi mengelakkan kejadian ajaran sesat, saya telah menggunakan khidmat Puan Garmin aka GPS bagi menemani saya sepanjang pencarian saya. Oh ini pertama kali saya pergi ke rumah H dan Z. Maka saya perlu lebih berhati-hati.

Perjalanan ke Ampang alhamdulillah, lancar. Walaupun kereta agak banyak di jalanan, namun tidaklah sehingga jam. Masalah mula timbul apabila saya tersilap masuk selekoh di Ampang Point. Saya sepatutnya terus sahaja, menurut Puan Garminlah. Maka apabila saya sudah tersilap, Puan Garmin mula bising, membebel, mengarahkan saya untuk berpatah balik. Pada masa yang sama, saya ternampak De Palma Hotel, kebetulan adalah tanda tanah (Baca: Landmark) yang diberikan oleh H. Maka saya dengan yakinnya berkata kepada diri sendiri yang saya betul dan Puan Garmin yang salah. Saya pon dengan angkuhnya mematikan Puan Garmin. Innalillahi wa inna ilaihi roji'un...

Arakian bermulah kesengsaraan yang menguji kesabaran dan kecekalan saya.

Saya tersilap ambil jalan, terpaksa membelok ke sebelah kanan kalau tidak pasti akan dicaci maki oleh orang belakang. Kemudian pelbagai lagi masalah timbul selepas itu. Saya terlajak hingga ke Taman Dagang sana, terpaksa berpatah balik. Kemudian sesat lagi. Berkali-kali saya menelepon H meminta petunjuk dan arah jalan. Berkali-kali juga dia menelepon saya untuk mengetahui kedudukan mutakhir saya.

Patah semangat juga ketika itu. Tergerak juga hati untuk patah balik sahajalah dan duduk di rumah berehat dan bermain bergembira bersama kucing kesayangan. Namun al-Bouti dan hadek-hadek terchenta punya pasal, saya kuatkan juga semangat. Dan kesabaran. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menggunakan semula khidmat Puan Garmin. Walaupon terpaksa menadah telinga mendengar bebelannya.

Akhirnya, alhamdulillah, berjaya juga saya menemukan rumah H. Ketika itu jam sudah pun menunjukkan jam hampir 9.30. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 15 minit bertukar menjadi 45 minit yang penuh cabaran dan ujian. Hohoho.. TT__TT Setelah beramah mesra dan berpolitik sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit dengan ayahandanya H, kami bertolak pula ke Bangi untuk mengambil Z. Puan Garmin mengjangkakan yang kami akan tiba di sana kurang lebih jam 10. Masih ada sinar di hujung jalan.

Namun ku sangkakan panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan ribut salji tsunami dan gunung berapi meletus di tengah hari. Kesesakan teruk berlaku, bermula dari simpang masuk ke Kajang sehinggalah saya pon tak tahu sehingga mana. Kesimpulannya kesesakan yang begitu dahsyat sekali. Kereta bergerak pada kelajuan tapir berlari-lari anak. Ketika itu kaki saya sudah mula kebas. Mujurlah saya memandu kereta bertransmisi otomatik. Jika manual, sudah pasti saya sudah menekan pedal brek, minyak dan clutch dengan tangan pula. 

Rupa-rupanya kesesakan itu disebabkan oleh suatu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta. Selepas itu, jalan menjadi lancar semula. Namun jangkaan Puan Garmin sudah pun jauh meleset. Kini dia mengjangkakan kami tiba di kediaman Z kurang lebih jam 10.20. Awal-awal lagi saya sudah memberitahu H yang kemungkinan kami tidak akan menyempat untuk menyaksikan al-Bouti secara hidup (Baca: Live).

Akhirnya, alhamdulillah, kami selamat tiba di kediaman Z yang sungguh besar nan indah. Z sudah pon menunggu di perkaranag rumahnya ketika kami sampai. Ketika itu masing-masing sudah tidak berapa pasti sama ada patut atau tidak kami meneruskan perjalanan ke KUIS. Maka saya mengambil langkah bijak dengan menelepon rakan yang telah pon berada di sana untuk mengetahui sama ada ceramah al-Bouti masih berlangsung.

Ikuti dialog ringkas di bawah.

Saya: Salaam akhi! Ceramah tu ada lagi tak..?
Rakan: Wassalaam. Dah abes dah. Aku dah nak sampai XXX dah ni.
Saya: -___-" Haha.. (cuba untuk berlagak ok). Pukul berapa abes tadi..?
Rakan: Lama gak ah. Dah setengah jam kot.
Saya: Wuwuwuwu.. TT__TT (Dialog ini tidak berbunyi, berlaku di dalam hati).

Begitulah.

Maka kami memutuskan untuk pergi minum-minum sahaja. Merehatkan minda dan memujuk hati yang kechiwa kerana tiada rezeki untuk bersua muka dengan al-Bouti.

Namun cerita ini tidak abes di sini. Rupa-rupanya di sebalik kekempunanan dan kekechiwaan saya, ada rahmat yang menyamar (Baca: Blessings in Disguise). Saya dapat berjumpa dan beramah mesra dengan H dan Z yang sudah lebih seminggu tidak bersua muka dapat mereka. Dapatlah melepaskan rindu. *koff koff* Dapat juga bermuayashah sedikit-sedikit, gelak tawa dan bercanda bermesra bersama mereka. Dapat jugak korek rahsia kerajaan sulit tahap ISA daripada mereka. o__O

Dan oleh kerana jalan yang sesak ketika menuju ke Bangi sebelum itu, banyak yang dapat saya bualkan dengan H. Saya rasa kini saya lebih mengenali hati budinya. Mujurlah ada H menemani saya. Kalau tidak pasti saya sudah bertukar menjadi raksasa hijau terang Hulk yang Perkasa.

Yang lebih utama, kejadian semalam banyak juga menguji kesabaran dan kecekalan saya. Sejauh mana tarbiyyah yang saya lalui selama ini berjaya mendidik dan membentuk saya menjadi seorang individu Muslim dalam erti kata yang sebenar. Nampaknya, banyak sangat yang perlu saya muhasabahkan. Saya tidak mahu menjadi penghalang dan pelembap (bukan pelembap muka) kepada kejayaan dakwah dan tarbiyyah.. TT__TT


Masih banyak rupanya yang perlu diperbaiki pada diri ini. Haih... [Kredit Gambar]

Mungkin itulah hikmahnya saya tidak dapat berjumpa dengan al-Bouti malam semalam. Kechiwa memang kechiwa, namun di sebalik setiap perancanganNya, pasti ada sesuatu yang amat berharga menyamar, menyorok di mana-mana. Terpulang kepada kita untuk mencarinya. Syukur alhamdulillah. Senyum nipis.

-gabbana-

20 Caci Maki Puji Muji:

Mohammad Aiman 01/12/2010, 20:17  

sodap makan buah langsat? haha

Anonymous 01/12/2010, 22:54  

en gabbana underestimet jalan2 di malaysia..huhu..xpe,lain kali cuba lagi...ini bukan uk....

nazrinafifi 01/12/2010, 23:46  

lah.. ajak si H ngan si Z je ke?
fine aa.. tau x si N kesepian di rumah..

Anonymous 02/12/2010, 10:14  

oohh..xpela..ade hikmah..sekurang2nya dapat pahala niat nak g dengar ceramah..

Inche gabbana 02/12/2010, 14:27  

aiman: buah langsat apa pulak nih..?

Inche gabbana 02/12/2010, 14:28  

enonimus: saya bukan underestimate jalan di Malaysia, tp saya underestimate PEMANDU di Malaysia.. -___-"

Inche gabbana 02/12/2010, 14:28  

Nazrin: Wahahahaha... aawww... jeles ke..??? ;p

xpe xpe, nnt aku turun subang lawat ko..! ^^

Inche gabbana 02/12/2010, 14:29  

enonimus II: iAllah.. Jzkk..! ;)

Anonymous 02/12/2010, 21:26  

buah langsat tu sesat jalan....

Inche gabbana 02/12/2010, 23:41  

ooooooooo ye ke.... tak tau pon... ^^" mekaseh enonimus.

MC 03/12/2010, 12:29  

len kali, tgk bintang, arah angin, matahari terbenam dsb. huhu

Anonymous 03/12/2010, 22:38  

Saya bersetuju dengan MC.

(eh, mountain chicken kah?)

Inche gabbana 04/12/2010, 00:21  

MC: errr..... ni kolompo kot...? ada ke sume benda tu..? hohihohi

Inche gabbana 04/12/2010, 00:22  

enonimus: wah! kita sefikrah! saya pon rasa MC tu ayam gunung!

tapi pape pon, et lis dia meletakkan nama MC di situ. takde la jadi enonimus je.. *wink* ;p

Anonymous 05/12/2010, 00:39  

haha..
kan saya suka merahsiakan identiti..

kalau boleh selama-lamanya nak guna identiti sbg "enonimus"

hehe..

inche gabbana tak kisah kan?

ps: saya teringin nak jumpa anda. mungkin akan ada program kita akan berjumpa kelak :)

Inche gabbana 08/12/2010, 08:59  

siapa anda yg sebenarnya..? *misteri* o___O

Anonymous 08/12/2010, 14:18  

eh, dulu kata tak kisah :P

Inche gabbana 08/12/2010, 15:46  

memang la tak kisah. tetapi kemisterian anda menyebabkan semangat inkuiri saya membuak-buak.. -___-"

malam ni iAllah saya akan ke KRM Puchong lagi. anda ada di sana..?

Anonymous 08/12/2010, 18:39  

oh, tak.
kalau saya ada di sana, bagaimana untuk saya comment blog anda ni. :D

(tak perlu tanya ajk di sana siapa saya. saya bukan siapa²)

Inche gabbana 09/12/2010, 08:20  

terima kasih. anda telah pon mengecilkan skop jejaka misteri itu.

hhhhmmmm......

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP