Oh Sumpah Tertekan Makan Angin Di Singapura
Salaam a'laikum warah matullah..! Wah, anda semua pasti merindukan saya bukan..?? Wahahaha.. ;D
Anyway, apa khabar semua..? Alhamdulillah, saya baik-baik sahaja di sini. Saya tiba dari JB hampir hendak masuk waktu Maghrib semalam. Perjalanan yang lancar, tetapi sedikit meletihkan di hujung-hujung, oleh sebab kesesakan jalan raya di MRR2. Malamnya, memang bercadang hendak menghapdet belog ini, malah telah mula pon menulis satu post, namun akhirnya tidak berjaya untuk menyudahkannya kerana kepenatan yang mencapai tahap Ultraman yang baru selesai mengalahkan raksasa gajah. Eh.
Anda masih ingat post terahir saya? Ya, saya anda memberitahu anda tentang rancangan sulit saya untuk pergi menyerang melawat Singapura bukan..? Alhamdulillah, dengan izin-Nya, saya berjaya juga menjejakkan kaki saya di tanah bekas keluarga Malaysia suatu ketika dahulu itu, selepas lebih 10 tahun tidak ke sana.
Kali terakhir saya ke sana, saya hanyalah seorang kanak-kanak yang hanya tahu untuk berseronok dan bergembira. Tetapi kali ini, saya pergi sebagai seorang anak muda yang lebih matang dan bergaya. Eh. Maksud saya, telah banyak yang pelajari dan ketahui bukan sahaja tentang Singapura, tetapi juga kehidupan secara keseluruhannya. Maka saya ke Singapura dengan kaca mata, perspektif yang berbeza.
Berbeza yang bagaimana? Anda bertanya.
Singapura: Sebuah negara yang kecil, tetapi kecil-kecil cili api! [Kredit Gambar] |
Berbeza yang bagaimana? Anda bertanya.
Well, pertamanya, saya berjalan-jalan ke Singapura ditemani dengan dua orang rakan berkerakyatan Singapura sebagai pemandu pelancong percuma. Arakian saya dapat melihat Singapura dengan pandangan seorang rakyat Singapura, bukannya pandangan seorang pelancong yang hanya ke sana untuk bergembira. Oh sungguh hedonis.
Keduanya, saya ke sana sebagai seorang graduan dalam bidang ekonomi. Makanya, banyak pengetahuan ekonomi saya yang tidak seberapa, yang dapat saya aplikasikan apabila berada di sana. Berguna juga.
Dan ketiganya, hasil sentuhan dakwah dan tarbiyyah yang pernah saya terima, saya juga ke Singapura dengan pandangan seorang dai'e, sebagai seorang insan kerdil yang mahu membebaskan manusia raya daripada cengkaman jahiliyyah yang bermaharajalela. Oh sungguh romantik dan bergaya!
Maka secara kesimpulannya, melalui ketiga-tiga kaca mata yang berbeza-beza kuasa kantanya itu, saya sebenarnya agak tertekan sepanjang berada di sana. Tertekan? Tertekan yang bagaimana? Mari saya ceritakan kepada anda melalui ketiga-tiga kaca mata yang telah saya pakai sepanjang saya di sana.
Melalui rakan-rakan Singapura saya di sana, saya dapat mengdeduksikan bahawa mereka hidup jauh lebih gembira dan selesa berbanding dengan kita di Malaysia. Mereka punya taraf hidup yang jauh lebih tinggi berbanding dengan kita. Ya walaupun kos hidupnya lebih tinggi, namun secara relatifnya, mereka hidup lebih senang.
Tiga tahun mempelajari ekonomi, saya dengan mudah dapat memahami mengapa. Taraf hidup bukan diukur melalui harga barangan kegunaan sehari-hari sahaja. Tetapi melalui pelbagai faktor yang lain juga. Jika anda ke Singapura, anda pasti faham apa yang saya maksudkan. Jalan mereka begitu bersih dan cantik. Tiada lubang-lubang di jalanan, apatah lagi cat pemisah calan yang comot dan tidak senonoh seperti di Malaysia.
Bangunan-bangunannya begitu tersusun, kemas dan bergaya. Tiada sampah di jalanan (Ok, ada la juga sedikit, tetapi tidaklah sampai menyakitkan hati dan mata seperti di Malaysia). Malah restoran mamaknya juga bersih dan begitu beretika..! Kagum.
Dan antara yang paling mengagumkan saya, perumahan awamnya walaupun flat biasa-biasa sahaja, namun disebabkan susunannya yang begitu kemas dan pelbagai kemudahan lain yang ada di sekeliling kawasan perumahan mereka, menjadikan kawasan perumahan awam pun kelihatan cukup cool dan bergaya. Wah!
Bangunan-bangunannya begitu tersusun, kemas dan bergaya. Tiada sampah di jalanan (Ok, ada la juga sedikit, tetapi tidaklah sampai menyakitkan hati dan mata seperti di Malaysia). Malah restoran mamaknya juga bersih dan begitu beretika..! Kagum.
Patung Singa Duyung (Merlion), ikon Singapura berlatarbelakangkan bangunan Esplanade yang dibina berdasarkan bentuk buah durian. Dua monumen yang wajib dilawati sekiranya anda ke sana! [Kredit Gambar] |
Dan antara yang paling mengagumkan saya, perumahan awamnya walaupun flat biasa-biasa sahaja, namun disebabkan susunannya yang begitu kemas dan pelbagai kemudahan lain yang ada di sekeliling kawasan perumahan mereka, menjadikan kawasan perumahan awam pun kelihatan cukup cool dan bergaya. Wah!
Perkhidmatan MRT (Mass Rapid Transit) di Singapura juga begitu canggih dan efisien sekiranya hendak dibandingkan dengan LRT Putra, STAR LRT apatah lagi komuter. Sedangkan MRT telah pun dibina lebih 30 tahun yang lalu! Dan Malaysia..? Baru terkedek-kedek merancang untuk membina sistem yang sama. Alahai..
Belum lagi kita pergi dengan lebih dalam lagi; bagaimana polisi-polisi kerajaan Singapura yang terkenal dengan ketegasan dan kekerasan mereka dilaksanakan, namun terbukti amat berkesan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Singapura..! Perbualan saya dengan Khairul, seorang graduan dalam bidang Perancangan Bandar menjadikan saya lebih mengerti mengapa Singapura boleh pergi jauh ke hadapan. Ia bukan suatu keajaiban.
Semua inilah yang menjadikan saya begitu tertekan sepanjang berada di sana. Malaysia sepatutnya boleh menjadi jauh lebih baik lagi daripada itu. Kita punya kekayaan alam yang jauh lebih banyak daripada Singapura. Kita ada tenaga manusia yang berlebihan. Kita ada wang dan sumber kekayaan yang melimpah-ruah. Tetapi.. Eeerrrgghhh...!!
Anda dapat melihat perbezaan yang cukup ketara sebaik sahaja anda melintas jambatan masuk semula ke dalam Malaysia. Johor Bahru seolah-olah pekan negara dunia ketiga jika hendak dibandingkan dengan Singapura..!
Baiklah, mungkin saya agak keterlaluan. Mungkin anda mahu membela Malaysia dan mengatakan, oh, Singapura adalah sebuah negara yang terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan Malaysia. Maka ia lebih mudah untuk diuruskan.
Ya, ada benarnya di situ. Tetapi itu bukanlah penyebab utama mengapa Malaysia jauh ketinggalan di belakang Singapura. Itu mungkin simptomnya, yang menyebabkan Malaysia semakin sukar untuk mengejar Singapura. Tetapi faktor utamanya bukan terletak pada saiz negara ini mahupun jumlah rakyat Malaysia.
Tidak, ia tidak berfungsi seperti itu.
Hakikatnya, negara ini tidak diuruskan dengan baik. Pemimpinnya korup; baik kerajaan mahupun pembangkangnya. Pegawai kerajaan, daripada yang berpangkat tinggi sehinggalah kepada kerani rendah amat mudah dibeli. Pembangunan tidak dirancang dengan baik dan efisien. Kebanyakan projek-projek pembangunan dirancang untuk menampung kemungkinan lima atau paling lama sepuluh tahun akan datang. Lihat sahaja kepada Putrajaya dan anda akan faham maksud saya. Pembangunan di negara ini dirancang oleh mereka yang rabun jauh.
Dan projek-projek besar tidak diberikan kepada pemaju yang benar-benar layak, berdasarkan merit dan kemampuan. Tetapi kepada mereka yang paling hebat mencium bunt*t kerajaan. Dan anda bernasib baik sekiranya anda adalah sepupu sepapat mak mertua adik ipar kepada menteri itu dan ini. Ini bukan tuduhan tetapi saya sendiri pernah melihatnya dengan mata kepala saya sendiri. Dan jika anda tidak percaya sila bertanya kepada Taib Mahmud. Huh.
Mengapa perlu membina Warisan Merdeka apabila banyak lagi jalan-jalan di Kolompo ini yang berlubang sana dan sini? Mengapa perlu memberi RM111 juta kepada Permata apabila masih ramai rakyat di negara ini yang tidak pernah menikmati kemudahan asas air dan elektrik? Betulkan dan tambahbaik sistem komuter yang sungguh cipan itu sebelum beriya-iya mahu menjadikan Kolompo sebagai hub pelaburan antarabangsa.
Haih...
Haih...
Rakyat di negara ini juga bermasalah. Malah punca kepada masalah. Mengapa? Kerana merekalah yang memilih pemimpin mereka. Rakyat yang suka berhibur pasti akan memilih pemimpin yang boleh memberi mereka hiburan. Rakyat yang suka berjudi pasti akan memilih pemimpin yang boleh menyediakan pusat-pusat perjudian. Rakyat yang korup pasti akan memilih pemimpin yang korup. Dunia memang begitu; fair and square. What goes around comes around.
Rakyatlah yang mencerminkan pemimpin mereka, dan bukannya sebaliknya. Perubahan itu perlu dan mesti datang daripada bawah. Kerana sejarah telah pun membuktikan, perubahan daripada atas adalah sesuatu yang mustahil dan tidak pernah lagi berlaku. Oleh sebab itu rakyat perlu dididik, ditarbiyyah terlebih dahulu agar mereka punya kualiti, kekuatan dan kemampuan untuk mengubah negara.
Haih...
Memang mudah dan seronok untuk saya mengomel, mencaci dan maki. Tetapi sekiranya anda pernah ke Singapura, anda juga pasti seperti saya, tidak dapat memendamkan perasaaan geram, marah dan tertekan yang membuak-buak ini. Yang lebih mengarukan, kita tidak bercakap tentang Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat atau pun Jerman dalam membuat perbandingan ini. Tetapi dengan jiran sebelah rumah kita, yang suatu ketika dahulu pernah menjadi adik kita sendiri.
Dan tahun hadapan Singapura akan mengatasi Malaysia buat pertama kalinya dalam Keluaran Negara Kasar (Gross Domestic Product aka GDP). Sebuah negara yang jauh lebih kecil daripada kita, yang tiada kekayaan petroleum, tetapi boleh menjadi lebih kaya dan mewah daripada kita! Anda bahagikan jumlah kekayaan mereka dengan 5 juta rakyat mereka dan bandingkan dengan kekayaaan negara kita dibahagikan pula dengan 26 juta rakyat Malaysia. Nah. Sekarang anda pasti bersetuju dengan ngomelan saya.
Haih..
Dan baru-baru ini, rakyat Singapura dipilih dan terpilih melalui survey antarabangsa sebagai rakyat yang paling bahagia dan gembira di seluruh dunia.. Saya faham mengapa mereka begitu bahagia dan gembira.
Haih...
Tapi ya, suatu aspek yang mungkin kurang di Singapura adalah ruh Islam tidak dapat dirasakan di sana. Kosong. Ya walaupun ada masjid, namun azannya tidak dibenarkan berkumandang di udara, melainkan sebuah masjid di Jalan Arab iaitu Masjid Sultan. Pembangunan materialistiknya cukup canggih dan unggul, namun pembangunan rohani dan insaninya cukup menyedihkan. Singapura mungkin dikenali seluruh dunia sebagai antara negara yang termoden sekali di dunia, baik dari segi pengurusan polisi kerajaannya mahupun pembangunan lahiriahnya. Ya cukup mengagumkan dan mengujakan, tetapi maaf, saya tidak ketemu Islam di sana. Alangkah indahnya sekiranya Singapura adalah sebuah negara Islam dalam erti kata yang sebenar. Pasti saya akan berhijrah ke sana!
Orchard Road yang tidak pernah tidak sibuk! Jangan pergi sekiranya anda ada darah tinggi! [Kredit Gambar] |
Jalan Arab (Arab Street) di mana terletaknya Masjid Sultan. [Kredit Gambar] |
Kerana itu saya yakin, Malaysia sebenarnya boleh jadi jauh lebih baik daripada Singapura. Kesedaran Islam di negara ini boleh dikatakan agak menggalakkan. Dan sekiranya rakyat Malaysia dididik dengan tarbiyyah Islam yang cantik dan tersusun, tidak mustahil negara ini suatu hari nanti akan dipimpin oleh mereka yang benar-benar ikhlas bekerja kerana Allah. Dan ketika itulah, Allah akan mengurniakan kemenangan yang agung, kepada hamba-hambaNya yang taat dan soleh.
Apa-apa pun, lawatan singkat sehari saya ke Singapura benar-benar membuka mata dan minda. Bagaimana dua negara yang berjiran, yang begitu banyak persamaan dari segi budaya, bahasa dan aspek sosial yang lain, tetapi begitu berbeza dari sudut kemajuan, kemodenan dan taraf hidup.
Katakanlah yang saya ini bias, penderhaka dan sebagainya. Pergi dahulu ke Singapura dan anda pasti akan tertekan seperti saya. Saya tidak hairan sekiranya negara ini terus begini dan rakyatnya tidak mahu bertindak segera, suatu hari nanti Indonesia dan Thailand pula yang akan berlari laju, jauh meninggalkan kita.
Haih..
Amat-amat berterima kasih dan menghargai jasa baik dan layanan lima bintang Khairul dan Jauhari yang bersusah-payah membawa saya ke sana dan ke sini, walaupun masing-masing sangat sibuk dengan urusan peribadi. Jazakumullah khairan kathiraa..! Insha-Allah, lain kali sekiranya anda ke sini, saya akan cuba membalasnya walaupun mustahil untuk saya menyamai layanan Super Saiya anda! Dan oh, murtabak daging Singapura memang thorbaeekkk...!! ;D
-gabbana-
Amat-amat berterima kasih dan menghargai jasa baik dan layanan lima bintang Khairul dan Jauhari yang bersusah-payah membawa saya ke sana dan ke sini, walaupun masing-masing sangat sibuk dengan urusan peribadi. Jazakumullah khairan kathiraa..! Insha-Allah, lain kali sekiranya anda ke sini, saya akan cuba membalasnya walaupun mustahil untuk saya menyamai layanan Super Saiya anda! Dan oh, murtabak daging Singapura memang thorbaeekkk...!! ;D
23 Caci Maki Puji Muji:
Ape2 pon I tetap jeles ngan you~! Bestnya gi sana~ kalau I got a chance to go, nak gi Masjid sultan tu.
alhamdulillah! gabbana sudah kembali! aahaha. ole ole-nya mana? takkan entri sahaja. ahah
Setuju sangat. Golongan yang tak de kabel memang tak bahagia duduk malaysia-luahan hati seorang marhaen yang sering dinafikan hak.huhu
"Pemimpinnya korup; baik kerajaan mahupun pembangkangnya."
Kurang setuju dgn pernyataan di atas..kalau anda bermaksudkan pembangkang itu adalah PAS..sedangkan/malahan mereka disekat utk mendapatkan peruntukan utk menguruskan sesebuah DUN, spt yg terjadi di Baling...(kalau anda tahu cerita sbnar dan pergi sendiri ke Baling), wakil rakyat di sana langsung tdk diberikan duit utk kemajuan kawasan, bkn nak kemajuan pun, takat lepas belanja umah susu anak pon orait (belanja org kampungla,bkn wakil rakyat tuh)..n anda tahu apa yg wakil rakyat tuh lakukan,dia cari duit sendri dgn membantu menjualkan hasil2 kuih org kg(jual kt mesjid after abes ceramah,even smpai jual time meeting parlimen)..duit itu dimasukkan dlm 1 tabung n tabung itulah digunakan utk beli susu,utk byr yuran sek anak..ini hanya secebis dr penindasan yg 'mereka' lakukan..maafla kalo sedikit lari dr tajuk, hanya rs bertanggungjwb utk menyampaikan realiti yg sbnar.
Semalam saya bertemu anda,
di krm puchong. :P
betul semua tu haihh...
nyamouq: jom next time pergi ngan me..! ;)
inche hamdan: mekaseh. anda pasti sgt merindui saya kan..?? wahahaha.. ;p
erk... ole2 ntok diri sendiri pon xde. cukuplah sekadar ingatan saya kepada anda! hihihi.. ;)
hadi: takpe takpe. banyakkan bersabar. kuatkan kabel dengan Allah. iAllah tak dapat kat dunia ni, kat dunia sana semua benda boleh mintak! ;D
helianthus: wah... ni boleh bwat post spesel pasal isu nih. hihih..
betul betul. hakikatnya, tiada apa yg sempurna. saya akui, di masa ini PAS adalah alternatif yg terbaik. tetapi PAS juga punya banyak kelemahan.
Lihat sahaja kelantan dan anda pasti faham maksud saya. dan ada org2 di dalam PAS yg sebenarnya merosakkan lagi perjuangan sebenar yg cuba ditegakkan oleh parti itu.
apa2 pon, allah cakap, siapa yg bantu agama Allah, Allah akan bantu dia.. kalau PAS benar2 ikhlas dalam membantu dan menegakkan Islam, iAllah Allah akan bagi PAS kemenangan, biidznillah.. ;)
Allahu a'lam.
enonimus: o___O *garu kepala*
meowwmania: aik.. betul je sume? takde apa nak tambah/tolak..? ;)
ye rindu! rindu kat post inche gabbana...hahaha!
very true indeed. everything is 'kabel', samada selebar wayar kat dalam wayar alatan letrik mahupun selebar kayu balak. tak reti nak berusaha sendiri ke diorg ni? PERMATA lg satu. menghabiskan jutaan RM ke program yang belum tentu pasti kejayaan atau kemampuan utk memberi kejayaan yang setimpal dgn modalnya. i heard somewhere, lupa plak dari mana, ada yang mengatakan program PERMATA ni tak sesuai lg untuk dijalankan untuk kanak-kanak di Malaysia. entahlar.. korup!korup! kadang kala, rasa takut berada kat Malaysia ni.
*thumbs up* inche gabbana for such an eye-opener post!
oh..kenapa dengan kelantan? boleh perjelaskan..buat satu entry lain pon menarik gak..
enonimus: mekaseh atas komen anda itu. tak perlu saya pjgkan lagi. cumanya, mmg jelas lah pemimpin negara ini terlalu jelas kekoruoan mereka. projek-projek yang kononnya demi kepentingan rakyat, kebanyakannya masuk poket sendiri.
mereka jawablah di akhirat nanti.
sekarang ni, apa peranan kita sebagai rakyt marhaen..? jgn igt kita tiada kuasa dan peranan! ;)
nak tahu: uuhhm.... tak maulah. nanti jadi kontroversi. saya tak suka. maaf ya..?
sekarang ni jom kita bekerja membina lebih ramai rijal2 yg dahagakan tarbiyyah di luar sana..!
"al-Wajibat Aktsaru minal Auqat!"
;)
the part about singapore, i do agree with you... pembangunan semua tip top..
however, i never feel happier there... honestly, saya tak pernah rasa nak stay kat negara laen selain malaysia..
contoh paling mudah, tandas... saya kurang selesa dengan tandas mereka walaupun ia nye bersih...
contoh berat sikit, tempat solat... tak semua tempat ada tempat solat.. masa di singapore, saya pergi universal studio... dan tempat solat mereka seperti stor dan campur lelaki perempuan...
saya nampak point awak kat post nie tentang pemimpin... cuma bila orang compare negara laen dengan malaysia, saya macam kurang setuju... mungkin sebab saya sayang malaysia(??) atau mungkin sebab saya suka cara hidup rakyat melaysia yang sangat dimanjakan :D
ok... comment saya menunjukkan saya rabun jauh... hahhahahaha...
ok, tak kelakar...
tentang cable tu, saya setuju... hidup rasa senang bila tau ada orang kat belakang akan bantu :D dan semua rasa susah bila kita kene usaha sendiri...
walaupun begitu, nak berjaya ada pelbagai cara...
sebagai contoh, belaja rajen2 untuk dapatkan scholarship.. u get more satisfaction as u earn the scholarship than those who get it because their parents are staff at that particular company... saya ada kawan yang sampai sekarang kata dia dapat scholarship nye sekarang sebab ibu nye berkerje di syarikat berkenaan.. tak best jgak kan ada cable nie... u can never say u earn that thing as there might be other factors contribute to ur success..
contoh laen, mendapatkan tender/project, untuk mengelakkan rasuah, cuba bersaing di negara asing... it's not easy but it's not impossible.. (based on true experience.. not by me, but someone very close to me)
comment anda tentang pemimpin, memang tak bleh nak canggah... tak perlu nak suluh2, memang dah terang benderang kita bleh nampak... dulu sampai sekarang, orang keliling saya ramai anak mereka2 yang jawatan tinggi... anak menteri besar, menteri, CEO, VP, etc..
dan kadang2 mereka berkongsi cerita... point saya, saya setuju dengan awak :D
owwwwwhhhh... ada jgak orang keliling saya anak orang biasa2 dan saya termasuk dalam mereka yang anak orang biasa2 :D
so gabbana, kalau kerajaan pun kurang betul, pembangkang pun salah, nak undi siape?
jom lah kita buat parti politik kita sendiri :D
kidding
maaf comment tadi panjang sangat...
tereksited plak bila tergerak hati nak comment :D
post awak yang nie buat saya rasa nak respond :)
afiqah: oh tak perlu minta maaf untuk komen anda. saya amat menghargainya.. ;)
saya nak komen satu persatu apa yg anda telah keutarakan, pjg sgt la pulak.. hehe..
tp saya tertatik ngan poin anda yang cakap walau macam mana pon, anda tetap nak stay dan tinggal di malaysia.
saya faham perasaan anda sebab saya pernah mengalami perasaan yg sama sewaktu saya belajar di London dahulu.
saya fikir, betul juga. bak kata org tua-tua, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negere sendiri.. ;)
apa2 pon, saya sgt2 bersyukur kerana allah takdirkan saya lahir di Malaysia. kalau di tempat lain, saya tak tahulah saya jadi apa sekarang ni.. ^^"
terima kasih sekali lagi ntok input2 anda.. =)
salam
heheheh inche
tak sume la pegawai kerajaan boleh dibeli...
ade semakin ramai pegawai kerajaan yang menjadikan kerjaya sebagai sihirnya shj..
pegawai kerajaan hahah: betul betul, maafkan saya kerana buat generalisation di situ. cuma nak membayangkan kekecewaan sy dgn sistem di malaysia.
semoga suatu hari nnt pegawai2 kerajaan sumenya ikut tarbiyyah dan faham islam, barulah boleh jadi kerajaan islam..! ;) allahu musta'an..!
Owh baru terbaca post encik nih..
memang menarik and ada betulnya juga..
tapi saya kurang setuju dengan menyalahkan kerajaan sepenuhnya.. tidak dinafikan memang kerajaan kita corrup..
tapi apalah gunanya setiap tahun kerajaan hantar beribu pelajar yang cemerlang ke luar negara tapi pulang sahaja ke tanah air tidak banyak menyumbang apa2..
sudahlah tidak menyumbang malahan mengkritik lagi..
mungkin benda yang perlu dimuhasabahkan ialah apakah sumbangan kita terhadap negara kerana memang kitalah harapan mereka..
dalam menuding satu jari ke arah mereka, ada 3 lagi jari menuding ke arah diri sendiri..
allahualam.. sekadar pandangan..
p/s saya pon blaja di UK.. takut juga pulang tidak membawa perubahan
Tiada apa yang menarik di singapura. Kalau setakat bangunan cantik..kat Malaysia lagi banyak yang cantik. Org sinagpore tidak ramah. Yang berniaga pun tidak begitu ramah. Singapore tidak boleh dibandingkan dengan malaysia kerana Singapore boleh diibaratkan hanya sebesar sebuah bandar. Membosankan!!!
Post a Comment