8 December 2010

Rakyat Anda Bolehlah Bohong. Allah..??

Berita Harian, 4 November 2010:

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menjangkakan tiada kenaikan harga petrol RON95 dan diesel hingga akhir tahun ini.
MStar Online, 3 Disember 2010:

PUTRAJAYA: Harga petrol RON95 akan meningkat sebanyak 5 sen mulai tengah malam ini menjadikan harga baru bahan api itu kepada RM1.90 seliter. Harga sebelum ini adalah pada paras RM1.85...

...“Kerajaan berpendapat, langkah tersebut akan dapat diterima dan difahami oleh rakyat,” ujarnya kepada para pemberita dalam taklimat berhubung gelombang kedua program rasionalisasi subsidi di sini, Jumaat. 

Cukup-cukup sebulan anda bohong rakyat. Bijak bijak. Anda pasti sangat yakin dan percaya bahawa rakyat semuanya bodoh, buta dan tuli!

Syabas! Teruskan mengundi Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang..!

"Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu diri sendiri sedang mereka tidak sadar.

Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berbohong."
al-Baqarah, 2:9-10

Moga Allah menjauhkan bala dan azabNya daripada kita semua. Amin.

Allahu a'lam.

-gabbana- 

1 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 11/12/2010, 12:39  

sokong 100%

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP