3 December 2010

Sinaran Paspot Kegemilangan

Artikel ini ditulis semalam, tetapi disebabkan beberapa masalah teknikal, tidak dapat diterbitkan. Maka sila baca seolah-olah anda berada di hari semalam. Wahahaha.. ;)

***

Salaam a'laikum warah matullah. Kabare wak? Kai fahalukum? Comment Ça Va? Ecece.

Ok mood lebih seriyes sekarang ini.

Bukan, tajuk post di atas tidak ada kena-mengena dengan rancangan televisyen yang bertanggungjawab mempopularkan kumpulan tak berapa nak lawak Senario dan Shamsul Ghau Ghau suatu ketika dahulu. Bukan.

Pagi tadi saya telah mengambil cuti setengah hari. Tanyalah kenapa. Tanyalah. Ok terima kasih kerana bertanya. Saya mengambil cuti setengah hari kerana saya terpaksa ke Pejabat Imigresen untuk memperbaharui paspot saya. Sebenarnya, paspot antarabangsa saya akan tamat tempohnya pada Mac tahun depan. Tetapi disebakan polisi imigresen negara yang mengada menetapkan bahawa seseorang rakyat Malaysia tidak boleh keluar negara dalam tempoh enam bulan sebelum paspotnya tamat tempoh, sayugia saya terpaksalah.

Inferens yang boleh dibuat di sini adalah paspot Malaysia sebenarnya sah kurang 6 bulan daripada tarikh tamat tempohnya. Maknanya, jika anda membuat paspot untuk tempoh 2 tahun, maka sebenarnya paspot itu hanya sah untuk setahun enam bulan. Anda faham tak ni..? Tidak mengapa, lupakan sahaja. Tidak menyumbang kepada ekonomi negara pon.

Paspot Malaysia yang baru ada lambang yang dibulatkan itu. Saya pon tak tahu lambang apakah itu. [Kredit Gambar]

Anyway, tanyalah kenapa saya pergi ke Pejabat Imigresen untuk memperbaharui paspot saya. Ish, tanyalah. Ok. Hujung minggu ini, saya dan keluarga akan menyeberang laut. Bukan, bukan ke negara yang hobinya mengganyang itu. Tetapi ke negara Singa, yang suatu ketika dahulu merupakan nadik kita. Tetapi beliau sudah menderhaka. Biarlah, saya tak mahu jadi seperti Batu Belah Batu Bertangkup. Eh.

Begini. 

Sebenarnya kami dijadualkan untuk bercuti di Terengganu. Tetapi memikirkan cuaca di sebelah sana agak kurang stabil di waktu ini, jadi Puan Mama telah menukar pelan di saat akhir. Oh memang selalunya Puan Mamalah yang menjadi arkitek percutian keluarga kami. Maka telah diputuskan pertukaran destinasi ke Johor Bahru instead. Dan pada hari Ahad kami akan beronggeng makan angin di Singapura pula.

Mujur juga ada kenalan baik di sana, Khairul yang sudi menjadi pemandu pelancong peribadi saya. Wahahaha.. Tidaklah terlalu kekok nanti. Yalah, sudah lebih sepuluh tahun saya tidak menjejakkan kaki di tanah Temasek itu. Pasti sudah banyak perubahan di sana! Khairul dengan semangatnya telah pon menyenaraikan tempat-tempat yang akan dilawati nanti. Sungguh terharu dengan kegigihannya.

Ok cukup setakat ini maklumat tentang percutian saya. Itu maklumat rahsia peringkat tiga. Maksudnya jika saya membocorkan lebih banyak rahsia, maka saya terpaksa membunuh anda dengan tangan saya sendiri. o__O

Sebenarnya nak cerita pengalaman saya membuat paspot pada pagi tadi. Saya tiba di Pejabat Imigresen Wangsa Maju sepuluh minit sebelum pukul lapan. Saya fikir saya antara yang terawal. Namun peluh besar mula membasahi tepi dahi apabila melihatkan orang sudah beratur panjang untuk mengambil nombor. Peluh besar sekali lagi.

Memang saya sudah dimaklumkan pada cuti sekolah sebegini, makhluk-makhluk yang ingin menyeberang sempadan amat ramai jumlahnya. Tetapi tidaklah saya sangka yang pagi-pagi sebegitu pon sudah ramai orang yang memenuhi Pejabat Imigresen. Ketika saya menuju ke barisan, kebetulan Mak Cik dan sepupu saya juga ada di sana. Wah! Baguslah. Tidaklah saya mati kebosanan nanti. Rupa-rupanya sepupu saya hendak membuat passpot buat kali yang pertama kerana dia juga akan ke Singapura bersama kami pada hujung minggu ini.

Inilah Pejabat Imigresen Wangsa Maju. Tetapi suasana pagi tadi jauh lebih sesak lagi! [Kredit Gambar]

Anyway, banyak benda yang berlaku sebenarnya, tetapi maaflah, sedikit penat dan malas untuk menceritakan segala-galanya. Jom kita terus lompat ke point yang hendak saya sampaikan.

Ketika saya mengambil nombor, nombor giliran saya adalah 1076, sedangkan nombor yang sedang dilayan ketika itu adalah 1017. TT__TT Saya tu dah kira awal dah tu. Saya berkira-kira sama ada hendak pulang ke rumah dahulu atau bagaimana. Sebenarnya hari ini ada masyarakat RidPest yang datang ke rumah untuk membasmi makhluk perosak. Dijangkakan mereka akan tiba pada pukul 9.30 pagi. Dan sejurus mereka menyudahkan kerja-kerja pembasmian mereka, kami tidak boleh masuk ke rumah sehinggalah pukul 6 petang. Gila.

Sedangkan ketika itu saya masih belum memakai baju kerja. Dan saya... Err.. *koff koff* Belum mandi lagi. Benar. (Sila jangan buat bunyi Ewwww atau Yuuccckkk atau Eeeee dan sebagainya). Senang cerita, pagi itu saya agak tergesa-gesa untuk ke Pejabat Imigresen. Dah bangun pula lewat disebabkan pulang lewat malam semalam daripada Bulatan Gembira. Maka pagi itu saya memutuskan untuk terus ke Pejabat Imigresen tanpa mandi bunga terlebih dahulu. Suatu keputusan yang cukup bijak. Wahahaha..

Akhirnya saya memutuskan untuk pulang ke rumah dahulu, sebab amat khuatir tidak sempat untuk bersiap di rumah nanti. Saya berpesan kepada sepupu saya itu untuk mengeteks saya, sekiranya nombor giliran sudah mencecah 1060. Dan sekiranya saya masih belum tiba, sila teks saya sekali lagi apabila nombor giliran bertukar kepada 1070.

Ok, saya fikir pelan saya sudah cukup cerdik dan bergaya. Yalah, melihatkan kepada pertukaran nombor giliran yang agak lembab, saya sedikit pasti yang setelah saya kembali semula pon, silap-silap nombor giliran tak sampai 1060 pon lagi. Itu yang saya fikirlah.

Maka saya pon pulang ke rumah bersiap-siap semua. Sejurus selepas saya mandi dan membersihkan diri, saya mendapat teks pertama daripada sepupu saya itu. Ketika itu saya baru sahaja menyarungkan baju kerja. Katanya, nombor sudah pon mencecah 1060. Haruslah terkulat-kulat kan saya bersiap. Menggelabah puyuh jadinya.

Dengan kelajuan keretapi laju Shikansen, saya segera bersiap dan meminta Inche Papa menghantar saya semula ke Pejabat Imigresen Wangsa Maju. Ketika kami di lampu isyarat tidak jauh dari Pejabat Imigresen itu, sekali lagi saya menerima teks daripada sepupu saya. Dah 1070. Terkencing. 

Memang menggelabah saya ketika itu. Yalah, kalau saya terlepas giliran yang ini, saya terpaksa mengambil semula nombor giliran dan ada kemungkinan terpaksa mengambil cuti satu hari lengkap pula. Itu tidak akan berlaku. Tidak. Maka saya meminta Inche Papa agar melajukan pemanduannya. Setibanya saya di kawasan Sri Rampai, tempat di mana Pejabat Imigresen itu terletak, kawasan itu sesak pula dengan pelbagai jenis mak nenek kenderaan. Keputusan drastik perlu diambil. Segera.

Arakian saya keluar daripada kereta, sempat mengucapkan terima kasih kepada Inche Papa dan terus menerjah, terkincit-kincit berlari ke Pejabat Imigresen. Dan anda tahu berapa nombor giliran ketika saya berjaya menyerbu masuk ke dalam Pejabat Imigresen itu. 1073. Alhamdulillah.. Senyum sampai ke telinga.

Maka hendak dipendekkan cerita (dah panjang dah pon.. ^^"), saya berjaya menyiapkan paspot antarabangsa Malaysia saya pada hari ini. Juga ke Pejabat Pendaftaran Negara untuk memperbaharui Kad Pengenalan saya. Alhamdulillah... ;) Dan point penting pada hari ini? Sungguh kacak dan bergaya foto saya pada paspot baru dan Kad Pengenalan baru saya. Wahahaha..

Ok sila berhentikan peluh besar yang sedang mengalir di tepi dahi anda. 

Bukan, bukan itu (Walaupon saya memang sebenarnya berpuas hati dengan foto baru. Foto lama kelihatan seperti saya seorang penjenayah tegar!). Saya terfikir sebenarnya. Ketika saya begitu menggelabah, berlari pecut ala-ala Usain Bolt tetapi memakai baju kerja yang segak dan bergaya untuk menyiapkan paspot saya, adakah saya mempunyai semangat, kesungguhan dan keazaman yang sama untuk memperoleh paspot saya ke syurga nanti..?

Tanya diri kita sendiri. Sejauh mana kita menggelabah, berpeluh-peluh basah ketiak apabila kita tahu kita terlupa tutup gas di rumah, takut benar kalau rumah kita terbakar..? Mesti ramai kan? Tetapi seramai mana daripada kita yang berpeluh-peluh ketakutan, menggigil kerisauan apabila melakukan sesuatu perbuatan maksiat, kerana takutkan kita yang akan dibakar nanti oleh Allah di akhirat kelak? Tak perlu kalkulator untuk mengira, cukuplah jari-jemari anda.

Atau bagaimana pula dengan kecuakan kita apabila kita gagal menyiapkan assisgnment atau kerja yang diberi oleh boss atau cikgu di sekolah, terkinja-kinja cuba untuk menyiapkan tugasan yang diberi? Sehingga sanggup tidak makan dan minum, semata-mata untuk memuaskan hati mereka? Tapi pernah kita rasa yang sama apabila kita gagal menyiapkan assignment yang diberi oleh Allah? Yakni menjadi hambaNya yang taat dan soleh serta menjadi khalifah yang adil kepada seluruh alam ini? Pernah..?

Atau kita terkejar-kejar, berlari pecut apabila untuk membeli beg tangan atau seluar jeans setelah diskaun lapan puluh persen kerana stok tinggal sedikit? Atau berdebar-debar, segera pergi menjelaskan saman, bil air dan letrik yang sudah lama tertunggak? Namun pernah kita berlari pecut untuk solat di awal waktu atau semata-mata tidak mahu tertinggal solat berjemaah di masjid..? Kalau anda pernah, saya tabik lima bintang seriyes.

Benarlah kebanyakan perkara sehari-harian yang kita lakukan adalah sesuai dengan fitrah kita sebagai manusia. Maksudnya, berasa risau apabila sesuatu kerja itu perlu disiapkan dengan segera atau mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kecelakaan dan sebagainya itu adalah normal. Namun, kita sering meletakkan prioriti kita kepada perkara-perkara yang memberi faedah untuk jangka masa yang pendek. Kita gagal untuk melihat kepada kebaikan dan kemaslahatan untuk jangka masa panjang. Senang kata, kita ni, rabun jauh.

Saya beri anda satu persamaan/formula yang mudah. Agak-agaknyalah, paling lama manusia boleh hidup di bumi ini berapa tahun? Secara puratanya, misal lah kata, 70 tahun. Dan berapa lama kita akan hidup di akhirat nanti? Infiniti bukan? Untuk selama-lamanya. Maka kalau kita nisbahkan kehidupan kita di dunia dengan kehidupan di akhirat nanti, apa yang kita akan peroeh..?

70:→ 70/→ 0. 0!!!

Eh, anda faham tak bahasa matematik nih..? Maksudnya, dunia dibahagikan dengan akhirat, nilainya kosong. Senang kata, nilai dunia ini adalah kosong. Betul, kosong. KOSONG..!! 

[Kredit Gambar]

Jadi apakah prioriti kehidupan kita yang sebenar-benarnya? Sinaran paspot kegemilangan di dunia ini, atau paspot sah ke sorga dan untuk redhaNya..?

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi."
- Al-Munafiiqun, 63:10 

Jabir bin Abdullah ra meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW berjalan melewati pasar sementara orang-orang berjalan di kanan kiri beliau. Beliau melewati seekor anak kambing yang telinganya kecil dan sudah menjadi bangkai. Beliau lalu mengangkatnya dan memegang telinganya, seraya bersabda, “Siapa diantara kalian yang mau membeli ini dengan satu dirham (saja)?”. Mereka menjawab, “Kami tidak mau membelinya dengan apapun. Apa yang kami bisa perbuat dengannya?” Kemudian beliau SAW bertanya, “Apakah kamu suka ia menjadi milikmu?”. Mereka menjawab, “Demi Allah, seandainya ia hidup ia adalah aib (cacat), ia bertelinga kecil, apalagi setelah ia menjadi bangkai?”. Maka beliau SAW bersabda, “Demi Allah, dunia ini lebih hina bagi Allah daripada bangkai ini dalam pandangan kalian.”
(HR Muslim).
Allahu a'lam.

-gabbana-

Saya mungkin tidak dapat untuk menghapdet belog ini sehingga hari Isnin nanti. Harap semua tidak berasa kechiwa dan putus asa. Oh sila jangan terjun bangunan juga..! Wahahaha.. ;) Jika rajin, lawatilah post-post saya yang terdahulu dan tinggalkan caci maki puji muji anda yang mesra lagi bergaya! Cheerios! Wassalaam.. ^^

7 Caci Maki Puji Muji:

IMANSHAH 03/12/2010, 09:41  

salam Gabbana

terima kasih ingatkan, nak kena checklah Xpire date...kot terpadam

zameer.zaihan 03/12/2010, 12:10  

Inche adam @ gabbana. hehe.

Nabi ckp jgn rushing2 pegi smayang. kalo masbuq, sempurnakan. hee. tp kna brsiap awal la kan? ye dak? :P

meowwmania 03/12/2010, 17:09  

oh selamat bercotiiii~

Inche gabbana 04/12/2010, 00:23  

cikgu: jom sama2 check. takut nanti tak sempat check dah padam dulu dah.. TT__TT

Inche gabbana 04/12/2010, 00:24  

zameer: oooo... jzkk for that info..! ;)

tapi tak salah gak kan kita tanamkan semangat dan kesungguhan ntok slalu solat di awal waktu dan berjemaah..? ;)

Inche gabbana 04/12/2010, 00:24  

mekaseh meowwmania! jaga kucing2 awak tu leklok! hihih.. ^^

Anonymous 04/12/2010, 04:18  

Terima kasih atas informasi yang besar! Saya tidak akan menemukan ini dinyatakan!

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP