22 December 2010

Ikut Suka Akulah Aku Nak Jadi Homosek Kau Peduli Apa?

Saya yakin sudah ramai beloger yang menulis tentang isu ini. Saya juga yakin ramai di kalangan anda yang sudah tahu apa yang saya maksudkan.

Ya, pengakuan kamikaze seorang lelaki Melayu yang rasanya Muslim bahawasanya dia adalah seorang gay dan dia ok dengannya. Sungguh berani dan tidak sopan.

Saya tidak mahu mengeluarkan hujah-hujah yang mengatakan homosek itu haram dan sebagainya, kerana saya percaya sudah ramai beloger yang berbuat demikian. Pada saya, tidak perlu hujah pon tidak mengapa kerana sudah jelas terang lagi bersuluh yang ia haram.

Cuma saya terfikir... Adilkah sekiranya si pengaku berani mati (Biar saya namakannya Inche X) itu dihukum atas pengakuannya itu..? Menurut al-Quran, pelaku sek songsang ini perlu dinasihati dan sekiranya mereka masih berdegil, dikurung sehinggalah mereka insaf. Kalau di Iran, mereka ini sudah dihukum mati.

Masalahnya... Cuba anda perhatikan sekeliling anda. Ya, perhatikan sekeliling anda. Ok, yang anda nampak hanyalah dinding rumah, sofa dan adik anda yang sedang bermain kerana anda sedang membaca belog ini di rumah. Peluh besar.

Bukan itu maksud saya. Perhatikan realiti dunia di zaman ini. Kita kecilkan skop; perhatikan apakah realiti kehidupan di Malaysia, tanah tumpahnya darahku ini. Ok, sekarang apa yang anda dapat lihat..?

Tepat sekali. Masyarakat sudah begitu jauh daripada Islam. Mereka yang beragama Islam hanya Islam pada nama tetapi tidak pada hatai dan perbuatan. Hedonisme menjadi pilihan hidup. Ah malaslah saya nak sebut satu persatu. Pokoknya, masyarakat sudah sakit tenat.

Kalau mak bapak pon dah tak kisah, tak ke haru namanya tu..?? [Kredit Gambar]

Apa ubatnya? Berseronok lagi sampai mati. Tangkap orang ini dan tangkap orang itu. Hukum orang ini dan hukum orang itu. Serbu sana dan serbu sini. Begitulah. Sama seperti penyakit kudis, kita gagal untuk mengubat sesuatu penyakit kerana kita sibuk hendak menyembuhkan simptomnya. Sedangkan punca penyakit yang sudah merebak, berakar jauh ke dalam tidak dicantas dan diubati dengan segera.

Saya tanya anda. Sekiranya kita hendak melaksanakan hukuman hudud, adilkah kalau kita memotong tangan seorang pencuri jika mana sistem ekonomi yang sedia ada bersifat menindas; yang kaya bertambah kaya dan miskin bertambah miskin?

Adilkah kalau kita merejam penzina sampai mati sekiranya media-media yang ada tidak habis-habis menceritakan ah betapa seronoknya artis K berzina dengan artis W, artis itu gay wah sungguh kool, mendedahkan aurat tahap terlampau seperti tiada apa-apa yang perlu dirisaukan dan belum lagi dikira cerita-cerita tahap 47SX yang disiarkan di kaca-kaca telebisen..?

Jadi adilkah kalau kita terus menghukum, mencaci dan melontarkan kemarahan kita terhadapa Inche X atas pengakuannya itu, sekiranya keadaan persekitaranlah sebenarnya yang menjadikannya sebegitu rupa..? 

Adilkah kalau kita memaksa seorang kanak-kanak 5 tahun membuat soalan Algebra x= 2y + 7 maka apa nilai y sedangkan dia belum pun tadika?? Atau menyuruh kakak kita memasakkan ayam padprik Thai kaw-kaw sedangkan dia nak goreng telur pon belum pass lagi..?? Eh.

Hukum hudud wajib dilaksanakan kerana tiada hukuman selain daripada hukum-hakam Allah. Tetapi hukum hudud hanya boleh dilaksanakan apabila sistem-sistem yang lain juga dapat dilaksanakan serentak dengan sempurna. Tiada hukum hudud tanpa sistem ekonomi Islam. Tiada hukum hudud tanpa sistem politik Islam. Begitulah. Ingat, Islam itu syamil, kamil dan mutakamil. Sempurna, lengkap dan melengkapi.  

Maka tidak hairan apabila kita menelusuri dakwah Nabi SAW, kita akan mendapati yang Nabi SAW juga menggunakan metod yang sangat bijak dan berhikmah. Contoh yang paling mudah dan praktikal adalah isu pengharaman arak. Jika difikirkan, boleh je Allah nak haramkan terus arak tu ketika awal-awal Islam diturunkan. Tetapi kenapa arak diharamkan beransur-ansur..?

Sebab nak bagi para sahabat kenal dulu siapa Allah, mengapa kena taat pada Allah, apa yang menanti mereka di akhirat nanti sekiranya mereka taat atau ingkar.. Begitulah. Kenal dahulu Allah dan sifat-sifatNya, kenal dulu Islam dan kecantikannya, barulah seseorang itu boleh beriman dengan sebenar-benar iman. 

Menurut Saidatina A'isyah r.a., kalaulah ayat pengharaman arak tu diturunkan ketika awal-awal Islam dahulu, nescaya tiada siapa yang mahu menerima Islam. 

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Baca ini sekiranya anda punya masa dan mahukan penjelasan yang lebih terperinci.

Hakikatnya Inche X tidak boleh disalahkan 100%. Kita juga sebenarnya bertanggungjawab dalam menyebabkan dia menjadi sebegitu. Juga kepada pelaku-pelaku homosek yang lain.

Eh? Kenapa pula..? Suka-suki je kan nak salahkan kami..?

Ya, salah anda. Juga salah saya. Kerana kita gagal menjalankan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini. Kita tidak bersungguh-sungguh dalam mengingatkan saudara-mara kita, sahabat-handai kita yang sudah tersesat jauh. Kita tahu yang perbuatan Inche X itu salah, tetapi apa tindakan kita? Hanya duduk, mengomel dan mengkritik, bukan..?

Benar, perbuatan Inche X itu salah. Haram. Malah pengakuan berani matinya itu juga sebenarnya menimbulkan fitnah terhadap deen ini. Dan sememangnya perbuatan Inche X dan bangsa-bangsa yang seangkatan dengannya wajib ditegah.

Namun meletakkan 100% kesalahan pada bahunya bukanlah suatu tindakan yang tepat. Pada pandangan saya yang dhaif ini, Inche X hanyalah salah seorang daripada jutaan manusia yang menjadi mangsa keadaan.

Mangsa keadaan yang bagaimana? Mangsa keadaan akibat Islam tidak tertegak pada tempatnya yang haq.

Apabila manusia lupa bahawa dia hanyalah seorang hamba, maka dia akan bangkit menjadi angkuh, menyangka dia adalah tuan kepada dirinya. Dia lupa yang hidupnya di dunia hanyalah sementara dan bila-bila masa sahaja pinjaman Allah berbentuk jasad di muka bumi ini boleh ditarik semula. Ketika ini manusia bertuankan nafsu dan berTuhankan akal logik semata.

Lupakah anda ketika Allah bertanya kepada sekalian manusia, "Alas tu birobbikum..? Siapakah Tuhan kamu?" Apa jawapan kita..? "Bala.. Syahidna! Benar, kami bersaksi!"

Ya Allah! Ampunkalah hambaMu ini kerana lalai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang khalifah! [Kredit Gambar]

Kita sudah bersaksi wahai kawan-kawan! Dan Allah akan menyoal kembali kesaksian kita ini di akhirat nanti..!

Arakian menjadi tanggungjawab kita untuk membangkitkan kawan-kawan kita yang sedang lena dibuai mimpi, begitu asyik dengan keseronokan dunia, yang lupa dengan kesaksian mereka suatu ketika dahulu. Jangan terkejut sekiranya bala dan azab Allah datang nanti, kita juga akan turut sama diazab atas kelalaian dan kelekaan kita daripada menjalankan tugas yang besar ini..! Nau'dzubillah..

Allahu a'lam.

-gabbana-

Maaf tulisan kali ini sedikit kering. Tak tahulah mengapa. Doakan agar Allah kurniakan kekuatan untuk terus menulis.. Sudah mula rasa penat untuk menulis.. ^__^"

10 Caci Maki Puji Muji:

Mohammad Aiman 22/12/2010, 17:27  

rajin sgt update blog, itu kot sebabny penat?

huhu, btw teruskan usaha..
bagus ape, dpt kongsi ilmu =)

IMANSHAH 22/12/2010, 18:06  

kau bukan gay kan??haha..

jgn memarahiku..aku hanya bergurau

faisalzulkifli 22/12/2010, 22:08  

mahu tidak mahu kena sokong dan dokong usaha ke arah pemerintahan islam gak kita adam..

Anonymous 22/12/2010, 22:51  

owh no, en gabbana! jgn kata rase penat...nnt hilanglah kemeriahan alam maya dengan blog terhebat dan slumber ini...

entri ni mcm keluhan jer..sekali sekala xpe en gabbana...

yang penting usaha kita, mcm cerita burung nak selamatkan nabi ibrahim...

Allah akan selalu bagi nikmat dalam keadaan yang tidak disangka-sangka...sampai kita boleh ckp,"eh,camne si penjenayah besar ni dpt hidayah?"

keep on updating,tapi kalau senyap dan bersawang je laman sesawang ni, kami faham en gabbana penat-perlu rehat utk gain the momentum menulis kembali...insyAllah kami faham... dan kami cuba memahami...

nUmara... 22/12/2010, 23:48  

walaupon nada letih,artikel ni bagus..
terima kasih.

Inche gabbana 23/12/2010, 12:31  

aiman: mungkin juga. maka solusinya, berhenti daripada menulislah kan..? ;)

iAllah akan terus berkongsi selagi diberikan kekuatan.

Inche gabbana 23/12/2010, 12:31  

cikgu: kalau saya gay mcm mana...? wahahahaha.. ^__^"

Inche gabbana 23/12/2010, 12:31  

cha: sokong cha, sokong..! ;)

Inche gabbana 23/12/2010, 12:32  

enonimus: mekaseh byk2. anda benar2 memberikan saya semangat. ;)

seronok bila ada pembaca seperti anda. moga allah merahmati biidznillah..

Inche gabbana 23/12/2010, 12:33  

numara: mekaseh. teruskan setia membaca dan moga bermanfaat sentiasa iAllah.. ;)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP