23 December 2010

Tiga [Perpuluhan] Tujuh Satu Inci Dari Maut

Anda pasti pernah mendengar ungkapan 'Seinci dari maut' en..?

Saya kurang bersetuju dengan ungkapan ini. Sebenarnya, maut berada di mana-mana dan bila-bila sahaja dia bisa datang menjemput kita. Mungkin dia sebenarnya setengah inci sahaja dari kita. Mungkin juga sekarang ni maut berada lima [perpuluhan] empat kilometer jauhnya dari kita. Allahu a'lam, hanya Allah sahajalah yang lebih mengetahui bilakah masanya kita akan dipanggil untuk menghadapNya.

Semalam sewaktu dalam perjalanan ke bulatan gembira, saya hampir-hampir terlibat dengan suatu kemalangan. Malam semalam lokasi bulatan gembira ditukar ke tempat lain. Saya tidak pernah ke kawasan tersebut memandu. Maka pastinya saya tidak biasa memandu di kawasan tersebut.

Nak dijadikan cerita, sebelum memasuki kawasan tersebut, ada sebuah bulatan (ini bulatan betul-betul, bukan bulatan gembira. Baca: Roundabout) yang perlu saya lalui. Saya memandu agak laju ketika itu dan kereta di hadapan saya juga kelihatannya dipandu dengan laju. Saya memang berasa agak pelik bagaimana kereta itu boleh dipandu dengan laju walhal ia sudah menghampiri bulatan. Tiba-tiba kereta itu brek secara mengejut.

*latarbelakang musik cemas*

Mujurlah naluri saya bergerak pantas. Saya terus menekan brek kaki sekuat hati. Subhanallah..

Ssscccrreecchhhhh.. Lebih kurang begitulah bunyi kereta saya tanda protes. Saya betul-betul terkejut. Tergamam sekejap. Dan saya betul-betul ingatkan kereta saya sudah pun melanggar buntut kereta hadapan.

Dan kemudian kereta di hadapan berlalu pergi, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Cara berlalu-perginya yang laju membuatkan saya terfikir adakah mamat itu berasa bersalah dengan tindakannya yang membrek secara mengejut. Lantas saya pon menyambung pemanduan saya dengan selamba, juga seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Risau juga kalau ini yang berlaku semalam. Huh. [Kredit Gambar]
Tetapi saya betul-betul terkejut. Berderau darah saya memikirkan peristiwa yang berlaku sebentar tadi. Mulut tidak berhenti-henti beristighfar. Astaghfirullah...

Tidak lama selepas itu barulah saya dapat merasakan sakitnya dada. Jantung saya rupa-rupanya terpaksa bekerja terlalu amat keras ketika peristiwa tadi. Nasib baik tak meletup. Maafkan saya Inche jantung. 

Alhamdulillah, saya selamat tiba di destinasi, walaupon hampir setengah jam sesat di dalam kawasan yang berbelit-belit dan sibuk itu. Lebih menarik, malam itu selepas tamat bulatan gembira, saya menjadi cemas kerana menyangkakan kereta saya telah dicuri. Cari punya cari, tak jumpa. Allah, ujian apa pulak ni.. Dalam kepala dah terbayang-bayang akan meletupnya gunung berapa Inche Papa; bagaimana nak mengeksplen kepadanya. Juga sudah terbayang-bayang laporan polis yang akan dibuat dan siapa yang akan menghantar saya ke rumah nanti.

Sabar, sabar.. Tenangkan diri..

Kemudian barulah saya berjumpa dengan Inche kereta. Rupa-rupanya ketika keluar daripada bangunan tempat bulatan gembira diadakan, saya telah tersilap belok ke kiri walhal saya sepatutnya belok ke kanan. Ceh, buat saspen je.. Wahahaha..

Begitulah cerita saya yang tidaklah begitu drama atau pon menarik jika hendak dibandingkan dengan kehidupan anda semua. Namun saya amat bersyukur kerana saya dilindungi Allah daripada terlibat dalam sebarang kecelakaan malam semalam. Perisitwa tersebut juga menyebabkan saya bertambah yakin dengan doa yang akan selalu saya baca sebelum memulakan perjalanan menaiki kereta:


Subhanallah.. Terima kasih Allah kerana melindungi hambaMu ini. 

Bercakap tentang soal maut, Allah menyebut di dalam surah al-Anbiya':

Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. 
[al-Anbiya', 21:35]


Ya, setiap yang bernyawa pasti akan mati. Baik anda, anak saudara ipar kepada pembantu rumah jiran anda, kucing peliharaan anda, pokok pisang kipas yang ditanam oleh ayah anda tiga tahun lapan bulan yang lalu, semua yang ada nyawa pasti akan menemui ajalnya. 

Maut adalah satu-satunya perkara yang pasti dan tetap akan berlaku di dalam kehidupan setiap yang bernyawa. Jika anda dapat mengelak daripada maut, anda memang hebat. Sama ada anda memang tidak bernyawa atau anda Tuhan. Kedua-duanya adalah mustahil maka kesimpulannya, anda pasti akan mati suatu hari nanti. Hohoho..

Baru-baru ini, saya menerima berita pemergian saudara Mas Afzal akibat penyakit Hodgkin, sejenis barah leukimia. Allahyarham merupakan bekas pelajar Kolej Yang-Namanya-Dirahsiakan, maka secara otomatiknya adalah senior saya walaupun tidak pernah berjumpa di kolej itu. (Tetapi somehow saya amat yakin yang saya pernah menemuinya et lis sekali. Di mana saya tidak dapat mengingatnya)

Secara jujurnya saya berasa sedih dengan pemergian beliau. Siapa yang pernah belajar di UK pasti pernah mendengar nama hebat ini. Allahyarham merupakan seorang aktivis dakwah yang sangat hebat dan aktif. Walaupun saya sendiri tidak pernah merasakan sentuhan dakwahnya, namun auranya cukup hebat sehingga dapat dirasakan di London, tempat saya belajar. Diceritakan bahawa di Sheffield, tempat Allahyarham menuntut, tiada siapa yang tidak mengenalinya. Hatta saudara-saudara Islam tempatan di sana juga amat menghormatinya. Subhanallah.. Pemergiannya sememangnya suatu kehilangan besar buat pergerakan dakwah Islam. 

Doa saya agar Allah akan menempatkannya bersama kalangan para pencinta agamaNya dan bersama-sama mereka yang Allah sebut dalam surah at-Taubah, mereka yang memperoleh kemenangan agung kerana menjual jiwa dan harta mereka untuk Allah dan Islam. Ameen. 

(Amaran: Sesiapa yang membuka dan membaca belog Allahyarham Mas Afzal, sila sediakan et lis sekotak tisu cap Premier, espeseli apabila membaca komen ibu kepada Allahyarham).

Membelek-belek pula belog milik Allahyarham, terbaca suatu post yang ditulisnya ketika dia masih hidup di dunia ini, tentang pemergian seorang lagi penghidap barah menghadap Allah Yang Esa. Pada mulanya, saya gagal mengenal pasti siapakah Puan Dalilah Tamrin yang dimaksudkan. Namun apabila saya membuka belognya, rupa-rupanya Allahyarhamah Dalilah Tamrin aka Raden Galoh adalah pemilik belog onebreastbouncing, belog yang pernah saya selalu lawati suatu ketika dahulu.

Rupa-rupanya dia juga sudah pergi meninggalkan alam yang fana ini, setelah bertahun-tahun bertarung dengan barah payudara. Saya terkejut. Entah mengapa saya benar-benar terkejut. Mungkin 2 berita kematian dalam suatu masa yang sama agak sukar diterima.

Benarlah kata Allah yang Esa; Innalillahi wa inna ilahi roji'un. Daripada Allah kita datang, dan kepada Dia jugalah kita akan kembali.

Takziah kepada keluarga Saudara Mas Afzal dan Puan Dalilah Tamrin. Moga Allah menempatkan kedua-duanya di kalangan orang-orang yang saling berkasih-sayang di syurgaNya nanti. Ameen, ameen ya robbal a'lamin.

Hargailah kehidupan ini sementara anda masih memilikinya...
Benarlah maut itu suatu tazkirah yang benar-benar menyentap jiwa. Cakap saja pasal mati, pasti semua, tidak kira bangsa atau agama, akan berasa gentar dengan prospek kematian. Dengan Allah, mungkin ramai yang tidak mengakui keEsaan Allah. Malah di kalangan Muslim sendiri, ramai yang tidak takut dengan Allah. Sebut pasal syurga neraka, ramai juga yang tidak percaya dengan wujudnya syurga dan neraka.

Tetapi mati.. Semua akan mati. Tidak kiralah anda seorang Buddha, atau Sikh, atau tidak beragama sekali pon, anda pasti akan mati. Menjadi seorang Muslim tidak memberi sebarang kelebihan kepada anda dari segi ketetapan yang anda akan mati. 

Ini mungkin sedikit biadap, jadi sila maafkan saya in advanced. Tetapi kematian Saudara Mas Afzal dan Puan Dalilah Tamrin, entahlah, saya rasa mereka amat beruntung dan bertuah sebenarnya. o___O Tunggu tunggu, biar saya jelaskan dahulu.

Sekurang-kurangnya mereka tahu secara hampir pasti yang bilakah mereka akan pergi menghadap Tuhan. Maka mereka berkemampuan untuk menyediakan ruang waktu yang spesifik untuk menyiapkan diri mereka menghadapi kematian. Sebab itu saya tidak hairan mengapa penghidap barah yang berfikiran positif, mereka punya kekuatan yang luar biasa. Semangat dan kegigihan mereka menyebarkan kesedaran dan berkongsi pengalaman adalah amat mengagumkan. Mengapa? Saya yakin kerana tazkirah kematian itu betul-betul meresap ke dalam jiwa mereka.    

Mati itu satu kepastian. Bersedialah! [Kredit gambar]
Secara idealnya, setiap daripada kita memanglah sewajarnya mempersiapkan diri menghadapi kematian setiap masa. Tapi saya pasti itu bukanlah kesnya. Ramai daripada kita yang bersangka bahawa maut hanya akan datang menjemput apabila apabila tubuh sudah dimamah usia. 

Ini peringatan untuk diri sendiri. Maut bukanlah seorang yang rasis, apatah lagi mengamalkan konsep diskriminasi. Apabila masanya sudah tiba, maut akan datang menjemput, sama ada anda sudah bersedia atau pun tidak. Tidak kiralah anda seorang Datin Rosmah Mansor, anda seorang artis Sheripah Aini atau seorang imam muda sekali pon, kalau masanya sudah tiba, anda tiada pilihan melainkan terpaksa membiarkan sahaja ruh anda dijemput pergi.

Jangan jadi seperti Fira'un. Ketika maut sudah betul-betul berada di depan mata, baharulah dia mahu mengakui keEsaan Allah, Tuhan Pemilik Alam Semesta.

Jangan juga meraung di depan Malaikatul Maut nanti, merayu agar ditangguhkan waktu kematian. Dan apa jawapan Malaikatul Maut?

"Ada aku kisah..?"

TT__TT

Allahu a'lam.


-gabbana-

6 Caci Maki Puji Muji:

The President 23/12/2010, 12:37  

hm...once we noe that we were about to die soon,the way we view world will definitely changed...adus..tkut2.. :(

Mohammad Aiman 23/12/2010, 13:09  

innalillah wainnalillah hirrajiun....
semoga Allah merahmati rohnya..




btw, malaikat tu ckp gaya arab skit...

"Ada ana kisah?"

Inche gabbana 23/12/2010, 14:31  

imran: precisely. for me, those who know in advanced of his/her timely death, that's actually a bless from Allah.

dan hanya org yg benar2 beriman sahaja yg boleh dan tahu ntok menggunakan kelebihan tu sebaik-baiknya.. ;)

Inche gabbana 23/12/2010, 14:31  

aiman: iAllah. sama2 kita doakan.

haha.. good one! ;)

IMANSHAH 23/12/2010, 15:27  

keputusan tu official

dalam sbp maybe dalam no 6 or 7...Mckk no 2, 83.5 percent..kita lebih 0.3 percent

mr.helianthus 27/12/2010, 12:46  

pernah skali dgr pengisian dari arwah mas afzal time 2nd year..dia cukup hebat..hati masih sebak dgn pemergiannya. Al fatihah buat arwah.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP