29 November 2010

Menjadi Seorang Perfectionist Yang Bergaya Memang Meletihkan

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya menghapdet belog ini. Sepanjang hujung minggu yang lepas saya ada konferens yang perlu saya hadiri. Maka tiada masa-lah untuk berbeloging bagai. Tambahan pula, saya diziarahi oleh Inche Demam Kus-kus yang datang tidak memberi salam. Sayugia saya kurang bermaya dan tidak bersemangat untuk menulis.

Alhamdulillah, hari ini saya berasa lebih sihat dan cergas. Maka pada hari ini saya gagahkan diri ke tempat kerja, walaupun pada mulanya ada bisikan syaitonirojim untuk ke klinik dan meminta MC pada hari ini. Wahahaha.. ^^" Oh mujurlah saya seorang pekerja yang jujur dan bersopan santun. Hihihi.. 

Pagi tadi, setibanya saya ke opis, memandangkan saya datang awal seperti biasa, maka banyaklah masa terluang yang perlu dihabiskan jika tidak menjadi sia-sialah ia. Saya lantas mengambil keputusan untuk menyambung projek mega yang saya mulakan malam tadi, di mana jika anda perasan, ada tab baru di sebelah atas belog ini di bawah header, tertulis 'Himpunan Cerita Pendek.' Di sini saya mengumpulkan karya-karya mengarut saya yang telah saya hasilkan sejak dahulu sehingga kini, supaya mudah untuk anda semua membacanya. Dan of koz, mencaci maki memuji puji! Wahahaha.. 

Namun begitu, kesabaran saya sememangnya diuji sehingga tahap Suria Perkasa Hitam. Hari ini, sudah tiga kali bekalan elektrik di opis ini terputus, atau Keluar Hitam (Baca: Blackout). Dan setiap tiga kali itu, saya gagal untuk mengesave tulisan saya yang paling baru, menyebabkan saya terpaksa menulis kembali apa-apa sahaja maklumat yang telah hilang. Hampagas penyapu lidi. Nasib baiklah Inche Belogsepot ini mempunyai kemudahan 'Save Now.' Tidak perlulah saya menulis segala-galanya daripada awal. Menangis syukur.

Selepas kali ketiga elektrik keluar hitam, setiap kali saya berjaya menghabiskan satu-satu perkataan, saya akan terus menekan butang 'Save Now' itu kerana tidak mahu nasi menjadi bubur ayam McD buat kali keempat. Hohoho.. Leceh, tetapi lebih baik kentut puas-puas sebelum solat. Eh. Mujurlah elektrik tidak keluar hitam buat kali keempat. Jika tidak saya pasti saya sudah terjun daripada tingkat keduapuluhdua ini.

Kurang lebih beginilah keadaan saya ketika berbelog pada pagi ini. Nasib baik tak gol! [Kredit Gambar]

Tetapi walaupun kelihatannya masalah sudah selesai, kesabaran saya sekali lagi diuji. Kali ini lebih hebat, pada tahap Raksasa Majin-Buu Merah Jambu pula. Kali ini Inche Belogsepot pula yang buat hal. Setiap kali saya sangka saya sudah berjaya menyiapkan projek saya itu dan kemudian menekan butang 'Preview' untuk melihat hasilnya, pasti saya akan kechiwa. Mengapa? Kerana banyak benda yang perlu dibetulkan dan dibaiki. Terlalu banyak. Font tak samalah. Jarak antara perenggan tunggang-terbalik. Kaler font yang tidak sama. Errgghh. Peluh besar.

Saya amat tidak faham dengan Inche Belogsepot ini. Apabila kita menulis, semuanya nampak sempurna dan baik-baik sahaja. Tetapi sebaik sahaja kita publish post itu, semuanya jadi neraka.

Dan menjadi seorang makhluk yang dijangkiti dengan penyakit Obsessive Compulsive Disorder (OCD) tahap tidak merbahaya seperti di dalam post ini, maka kehidupan saya menjadi sangat terseksa dengan masalah itu. Yalah, saya mahu pastikan semuanya dalam keadaan yang sempurna. Hatta satu noktah tertinggal sekali pun, saya tidak akan berasa senang hati. Samalah dengan Puan Sue Anna Joe, yang pernah mengomel masalah yang sama. Sudah saya katakan, anda tidak keseorangan di dalam dunia ini. Wahahaha.. ^^"

Lebih empat ke lima kali saya membetul dan membaiki projek saya itu. Sehingga saya menjadi benar-benar letih. Dan fedap. Sehingga akhirnya, saya tidak larat lagi dan hasilnya seperti yang anda dapat lihat sekarang ini (Sila klik tab 'Himpunan Cerita Pendek' untuk melihat hasilnya). Oh sungguh meletihkan. 

Sebab itu kadang-kadang jika anda perasan, di dalam post-post saya sebelum ini, eh, kenapa tajuk post ini berubah? Eh kenapa tadi ada perenggan ini dan sekarang sudah tiada? Ajaib, macam Chipsmore! Eh mengapa kaler font ini sudah bertukar? Walaupun saya separa yakin yang anda tidak pernah perasan, tetapi itulah saya. Walaupun saya dah publish satu-satu post itu, sekiranya terdapat mana-mana bahagian yang tidak memuaskan hati, saya akan edit semula post itu sehinggalah saya berpuas hati. Saya tidak hairan yang post ini juga akan diedit semula selepas dipublishkan. Adeh.

Kalau ikutkan hati, saya juga bercadang untuk melawat semula post-post yang terdahulu dan memberikan mereka semua sentuhan baru, agar mereka semua akan kelihatan lebih kemas, sopan dan sudah tentunya bergaya! Tetapi oleh kerana saya ikutkan kepala hotak dan kepala hotak telah memutuskan bahawa tindakan sebegitu akan memenatkan saya yang amat, maka saya masih belum lagi berjaya melaksanakan hasrat murni itu.

Oh penyakit saya tidaklah seteruk ini. Sumpah. [Kredit Gambar]

Kadang-kadang saya berasa amat cemburu melihat Inche-inche dan Puan-puan beloger yang lain, yang tampaknya tidak kisah dengan penampilan tulisan mereka. Tidak kisah sekiranya selepas titik noktah, huruf seterusnya tidak ada ruang dengan titik noktah itu. Tidak kisah selepas tanda koma, ada ruang lagi dengan huruf seterusnya. Tidak kisah sama ada permulaan ayat huruf besar atau kecil. Tidak kisah juga sekiranya antara satu perenggan dan perenggan yang lain tiada jarak sebesar et lis satu ruang. 

Persoalannya, mengapa saya kisah..?? Saya teramatlah kisah...!! Aaaaahhhhh....! Ok. Tidak perlu seover itu. Memikirkannya semula, saya tidak kisah yang saya kisah. Malah gembira kerana memiliki sifat ketelitian itu. Mengapa? Kerana ia memastikan karya-karya yang saya hasilkan bermutu dan memuaskan di mata saya. Tidak pula saya maksudkan karya beloger lain tidak mermutu. Bukan, bukan begitu. Sila jangan salah sangka. 

Maksud saya, untuk karya yang dihasilkan oleh diri saya sendiri, saya mempunyai tanda aras (Baca: Benchmark) yang tinggi bagi menjamin kepuasan diri sendiri. =) Dan sehingga kini, saya gembira dengan tanda aras yang telah saya tetapkan! Woohoo..! ;D Alhamdulillah..

Apa-apa pun, saya masih seorang makhluk yang bersyukur dan berpuas hati dengan apa yang ada. ;) Noktah.

-gabbana-

16 Caci Maki Puji Muji:

Mohammad Aiman 29/11/2010, 13:47  

perfectionist sungguh abang gabbana ini.. wah ahaha

N 29/11/2010, 15:53  

susah nk bekerja dgn awak ni, inche gabbana. kalau awak dah kahwin nanti (bujang lagi kan? hehe), harap2 isteri awak dapat bersabar.

OCD tu bagi saya bagus juga utk sesetengah hal. cth, dlm bekerja. tapi, kalau seluar dalam untuk pergi jogging pun nak kena gosok smpai 2 jam, apa cerita tu? hahaha

meowwmania 29/11/2010, 15:56  

mmg perfectionist!

gud..gud...teruskan usaha murni anda dan selamat maju jaya ;)

Clarky Afif 29/11/2010, 16:00  

wooo oh ooh..nanti mahu letak page short setori mek jugalah. boleh weolls share2 baca.

ehem tapi karya mek sangat amatur, sangat rendah diri lah pada encik gabbana.
DISHHH!
*korek tanah tanam muka*

IMANSHAH 29/11/2010, 21:26  

nanti panggil cg umaimah tulung check plz

Inche gabbana 29/11/2010, 21:53  

aiman: tak sure tu satu pujian atau cacian... bantai aje lah labu...

mekaseh mekaseh! wahahaha.. ;p

Inche gabbana 29/11/2010, 21:54  

N: Hahaha.. haah, mmg leceh sket. lagi2 kalau saya adi boss nnt! abesla pekerja bwh saya...! hihih..

erk.. ada ke org iron seluar dalam seblom jog...?? -___-"

Inche gabbana 29/11/2010, 21:55  

meowwmania: errr..... ^^"

(tak tau nak cakap apa.. speechless)

Inche gabbana 29/11/2010, 21:56  

clarky afif: wah bagus bagus! saya menyokong 100%!

eleh, jgnlah nak merendah diri pula. saya tahu anda amat gigih dan hebat..! cool...! ;D

Inche gabbana 29/11/2010, 21:56  

cikgu: err... nak check apa plak nih..? saya bukannya bwat ujian BM pon.. hehe.. ;p

Anonymous 01/12/2010, 13:56  

en gabbana, dah tgk2 himpunan cerita pendek tue...mmg tabik hormat berabis kat en gabbana. one word-SEMPURNA

keep up the good work! yes, en gabbana is back!!!!!!!

Inche gabbana 02/12/2010, 12:48  

enonimus: woah.. anda baca semua ke..?? o__O

erk.. mana ada sempurna inche/puan enonimus oii. byk lagi yg boleh diperbaiki tu.

pape pon. mekaseh bebyk ye..! sgt menghargainya..! ;)

Anonymous 07/09/2011, 01:08  

anda tidak keseorangan. pasti.

Anonymous 14/08/2012, 17:24  

tak mengapa inche gabbana,saya memahami anda.mungkin salah satu faktornya,anda"murid tua"atau alumni sekolah sejantina shj kot..
since adk-beradik lelaki saya yg berlatarbelakang pendidikan sekolah sejantina ni pun ,kerenah dan ragamnya lebih kurang sama shj dgn anda..hoho

apa2 pun,diorang ni nak menyemart(smart) ajeee..ohoiiii

peace!

umar aidan 21/10/2012, 17:39  

sesungguhnya saya memahami perasaan itoo. Adakalanya sangat memenatkan. =___= sungguh.

Anonymous 30/01/2015, 13:15  

Ya Allah we are so the same. Saya pun centu jugak kekeke pelik betul kalau preview jadi lain walhal sebelum publish tu dah cantik bagai dah ish-3 blogger ni pun hahaha saya paham perasaan akhi. ditambah pulak dengan post-post yang lain memang saya akan recheck kekeke bukan takat recheck , saya akan update lagi tambah apa-2 yang patut. hehe saja cerita kekeke , apa-2 pun saya memahami akhi dan semoga berjaya ya. saya sangat look up to penulisan akhi huhu terima kasih sangat :')

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP