Cuak Dia!
Mungkin ramai pon yang sudah tahu tentang berita tergempar, panas dan nenek segala sensasi ini. Kepada yang tidak atau kurang tahu, teruskan membaca.
Hari ini WikiLeaks telah membocorkan hampir 250,000 dokumen-dokumen super rahsia kerajaan Amerika Syarikat dan Sekutu-kutunya. WikiLeaks, yang ditubuhkan oleh Julian Assange sejak 4 tahun yang lalu berfungsi untuk mendedahkan dokumen-dokumen rahsia dan rahsia-rahsia kerajaan kepada dunia. Apakah tujuan badan bukan berkeuntungan itu berbuat demikian? Allahu a'lam. Mungkin untuk memalukan kerajaan-kerajaan yang terlibat. Atau mungkin juga ia berniat murni untuk memberi keinsapan tahap Super Saiya kepada kerajaan-kerajaan tersebut, supaya ia menjadi lebih efisien dan berintegriti di masa hadapan.
Hari ini WikiLeaks telah membocorkan hampir 250,000 dokumen-dokumen super rahsia kerajaan Amerika Syarikat dan Sekutu-kutunya. WikiLeaks, yang ditubuhkan oleh Julian Assange sejak 4 tahun yang lalu berfungsi untuk mendedahkan dokumen-dokumen rahsia dan rahsia-rahsia kerajaan kepada dunia. Apakah tujuan badan bukan berkeuntungan itu berbuat demikian? Allahu a'lam. Mungkin untuk memalukan kerajaan-kerajaan yang terlibat. Atau mungkin juga ia berniat murni untuk memberi keinsapan tahap Super Saiya kepada kerajaan-kerajaan tersebut, supaya ia menjadi lebih efisien dan berintegriti di masa hadapan.
[Kredit Gambar] |
Anyway, 250,000 dokumen yang dibocorkan oleh WikiLeaks itu mendedahkan pelbagai jenis isu dan masalah, korupsi dan pecah amanah, yang boleh membuatkan mata para pemimpin yang terlibat terjojol keluar atau tercirit dalam seluar. Sumpah tak tipu. Pendedahan yang dibuat memang pendedahan kamikaze berani mati. Sebenarnya saya masih hairan mengapa pengasas WikiLeaks sehingga ke hari ini masih belum lagi dibunuh oleh pembunuh upahan kerajaan.
Anda tak percaya yang pendedahan WikiLeaks bakal menggemparkan dunia dan seisinya..?
Jom kita sama-sama kaji dan perhatikan, apakah antara pendedahan yang yang telah dibuat oleh WikiLeaks:
- Pemimpin-pemimpin negara Arab menggesa AS supaya menyerang Iran kerana Iran boleh mengancam kestabilan rantau Asia Tengah (Well, not so much of a surprise eh..?). Persetan.
- Ketakutan yang maha dahsyat oleh kerajaan AS dan Britain atas ketidakstabilan kerajaan Pakistan. Mereka hampir sahaja terkencing dalam seluar atas prospek yang para pegawai kerajaan akan menjual bahan-bahan radioaktif nuklear yang dimiliki Pakistan kepada para pengganas sekiranya kerajaan Pakistan tumbang.
- Anda masih ingat isu Google menarik diri daripada China? Anda tahu punca sebenarnya? Sungguh bodoh. Seorang pegawai tinggi China menggoogle namanya sendiri di enjin pencari tersebut, dan kemudian menjumpai beberapa website yang mencaci dan menghamun peribadinya. Maka dia mengarahkan agar laman web Google diceroboh (Baca: Hack).
- Hubungan terlalu rapat antara Vladimir Putin, Perdana Menteri Russia dengan Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi yang menyebabkan AS menjadi super sangsi.
- Kekorupan kerajaan Afghanistan yang mencapai tahap Raksasa Syaitan Pikor. Antara tuduhan panas yang dibuat adalah Naib Presiden Afghanistan, Zia Massoud membawa US$52 juta TUNAI ketika dia ditahan di Emiriyah Arab Bersatu (Apa ke pandai sangat la bawak 52 juta tunai..)
- Kerajaan Arab Saudi terus disyaki sebagai pembiaya utama kepada operasi para pengganas.
- Kerajaan AS mengarahkan agar diplomat dan pegawainya menjadi perisik bagi menyiasat latar belakang para petugas PBB, termasuklah Ban Ki-Moon, setiausaha Agung PBB.
Dan antara yang dimuatkan dalam dokumen-dokumen yang dibocorkan itu termasuklah caci maki para petugas kedutaan AS terhadap negara tuan rumah mereka.
Ini baru sikit. Just tip of the iceberg, bak kata peribahasa omputih. Laporan tambahan boleh dibaca di sini.
Ini baru sikit. Just tip of the iceberg, bak kata peribahasa omputih. Laporan tambahan boleh dibaca di sini.
Jadi bagaimana..? Hahaha.. Sungguh memanaskan punggung bukan..? Punggung anda mungkin tidak panaslah. Tetapi cuba anda bayangkan anda berada di tempat Raja Abdullah, pemimpin tertinggi Arab Saudi atau di tempat Presiden Obama sendiri, apa perasaan anda..? Silap-silap cair terus punggung anda..! Wahaha..
Anda rasa-rasalah, apa perasaan Raja Abdullah di saat ini? Adakah dia akan berdoa memohon pertolongan daripada Allah? [Kredit Gambar] |
Dan apa reaksi AS terhadap pembocoran besar-besaran ini..? Sebelum maklumat rahsia tersebut dibocorkan pon AS sudah menggelabah puyuh. Terkincit-kincit mereka ke sana ke mari untuk meminimakan kerosakan yang mungkin terjadi akibat pendedahan berani mati itu. Manakan tidak. AS bakal malu besar sekiranya maklumat penuh 250,000 dokumen rahsia tersebut boleh diakses secara bebas oleh sesiapa sahaja mana-mana di dunia ini. Hubungan diplomatik antara AS dan negara-negara yang terlibat akan terjejas teruk. Negara-negara dunia tidak akan lagi percaya dan yakin dengan keseriusan AS dalam menyimpan komunikasi rahsia dua hala antara AS dan negara mereka. Hubungan perdagangan juga dijangka turut terjejas teruk, menyebabkan AS boleh kerugian berbilion AS dolar. Pendek kata, AS akan dimasak selayu-layunya dengan pendedahan ini.
Hadoii pening la kalau cenggini.. Sumpah aku insap! [Kredit Gambar] |
Dilaporkan, Hillary Clinton, selaku Setiausaha Luar Negara AS sudah pun terkentut-kentut mengeluarkan arahan agar apa sahaja mesti dilakukan bagi mengelakkan AS malu besar. Damage control sedang dilaksanakan dengan gigihnya oleh kerajaan AS. Diplomat AS di setiap negara yang terlibat sudah pun diarahkan untuk memberi penjelasan kepada kerajaan negara yang terlibat. Britain sudah pun mengambil langkah awal, menulis surat amaran kepada pengasas WikiLeaks tentang tindakan yang mungkin diambil terhadap mereka kerana dokumen-dokumen rahsia tersebut dimiliki secara tidak sah.
Julian Assange, pengasas WikiLeaks. Kagum bagaimana dia masih hidup! [Kredit Gambar] |
Senang kata, semua negara yang terlibat sedang menahan nafas mereka daripada tercirit, bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan. Dan yang lebih menarik, kita bakal melihat pergaduhan anjing dan kucing antara negara-negara ini dengan AS, kerana tidak cukup efisien dan bertanggungjawab melindungi hak cipta terpelihara rahsia-rahsia mereka. Upacara tuding-menuding turut dijangka akan merancakkan lagi pentas politik dunia. Tak sabar rasanya nak menjadi penonton!
Moral daripada cerita ini: Dah buat salah pandai-pandailah kambus dan sorok! Kan dah cuak..?? Wahahaha..
-gabbana-
Maaf sekiranya banyak perkataan yang kurang sopan digunakan di dalam post ini. I just couldn't believe how explicit the infos can be. Geram juga dengan pendedahan bahawa negara-negara Arab menyarankan agar AS menyerang Iran. Tak ke @#&*)..??
Maaf sekiranya banyak perkataan yang kurang sopan digunakan di dalam post ini. I just couldn't believe how explicit the infos can be. Geram juga dengan pendedahan bahawa negara-negara Arab menyarankan agar AS menyerang Iran. Tak ke @#&*)..??
6 Caci Maki Puji Muji:
hohh!!
panazzzz.........
komen ni sinonim ngan tajuk post ni:
GELABAH KAU!
meowwmania: nak tolong kipaskan ke..? hihihi..
farid: hahaha.. i loiikkeee...! ;)
oh my!
punggung saya macam meteor sudah!
errr.... -____-"
Post a Comment