Mak Cik Jiran Sebelah. Anda Tahu Tak Anak Anda Seorang Superman...?
Pagi ini saya sedikit lewat ke tempat kerja. Malam semalam pulang lewat daripada menghadiri bulatan gembira. Maka pagi ini saya tidak bersama-sama Inche Abang dan Puan Mama menaiki Putra LRT awal-awal pagi seperti hari-hari yang lain. Dan selalunya, saya mengambil kesempatan ini untuk pergi bersarapan pagi bersama Inche Papa di Kedai Mamak Dharbar kegemaran saya sepanjang masa oh sungguh enak roti canai garingnya. (Sila baca kisah femes Mamak Dharbar di sini).
Seusai sarapan pagi, Inche Papa menghantar saya ke Stesen Putra LRT Wangsa Maju. Selepas mengucapkan thanx Inche Papa dan menutup pintu kereta dengan penuh cermat tetapi bergaya, saya bergegas menuju ke arah platform Putra LRT kerana ketika itu jam sudah pun menunjukkan pukul 8 pagi lebih kurang. Sebelum saya menaiki tangga bergerak, sekilas pandang saya terlihat dua orang kanak-kanak sekolah yang agak muda remaja di sudut hujung dekat dengan tempat parkir motosikal kapcai.
Mereka seperti baru selesai menyalin baju. Sangkaan saya itu dikuatkan lagi kerana salah seorang kanak-kanak itu sedang menukar kasutnya dengan selipar/sandal. Hati saya menggeleng-geleng walaupun saya tidak berapa pasti sama ada hati saya mempunyai leher untuk digelengkan atau tidak. Ponteng sekolah. Apa nak jadilah dengan kanak-kanak zaman sekarang ni. Dan yang lebih menghairankan saya, mereka berdua tampak begitu inesen dan baik-baik sahaja. Betullah pepatah omputih dahulukala bahawa jangan menjadi juri awam kepada senaskhah buku hanya dengan melihat kepada kulit depannya. (Tapi memang betul, kadang-kadang tu kalau kulit buku tu tak menarik, saya memang tidak berselera untuk membeli/membacanya. Eh.)
Kan bagus kalau semua mak bapak prihatin macam ni. |
Semua ini berlaku dengan sangat pantas. Mungkin 10 saat. Paling lama pun 15 saat. Kemudian saya memandang ke hadapan semula, mahu melupakan terus adegan yang baru sahaja saya saksikan. Sudah selalu sangat peristiwa yang serupa berlaku di Stesen Wangsa Maju itu. Dah tak larat nak geleng kepala. Saya sudah pun berada di pertengahan tangga bergerak apabila saya menoleh semula untuk melihat dua orang kanak-kanak muda remaja tadi. Entah kenapa, gerak hati mungkin. Saya memberi perhatian lebih kepada salah seorang kanak-kanak itu. Macam ku kenal, tetapi di mana ya..?
Eh, jiran aku...??
Peluh besar mengalir deras. Ok itu hanya mungkin berlaku sekiranya saya adalah watak utama dalam anime Jepang. Saya pasti tak berapa nak pasti. Betulkah itu N jiran saya..? Tetapi hati saya kuat mengatakan yang saya tidak sedang melihat pelanduk dua serupa. Memang betul itu N.
Yang menyebabkan saya sangsi dan sedikit pesimis adalah kerana N ialah seorang kanak-kanak yang sangat inosen. Keluarganya juga keluarga yang sangat baik-baik. Kiranya kalau satu keluarga pijak sebusut semut, pasti busut semut itu runtuh kerana yalah mereka berat. Eh. Bukan bukan. Ish. Maksud saya, mereka ni semua baik-baik orangnya. Memanglah iman itu tidak boleh diwarisi bak kata kumpulan nasyid Raihan. Tetapi ini N. Dan bukannya X atau Y atau Z. Ish. Memang sepanjang saya mengenali N, dia adalah seorang kanak-kanak yang sopan lagi berbudi bahasa.
Sekarang ini saya dalam dilema. Bagaimana saya nak selesaikan masalah ini. Eh yalah, mestilah selesaikan. Bukan nak jaga tepi seluar jeans orang lain, tapi inikan tanggungjawab seorang Muslim? Eh ponteng sekolah tu bukan suatu kesalahan yang perlu ditegah ke? Dan yang lebih memberatkan tanggungjawab ini adalah kerana saya adalah jiran kepada Inche dan Puan bapak mak kepada N.
Kan Nabi SAW ada bersabda,
“ Demi zat yang jiwaku berada dalam genggamannya tidaklah beriman seorang hamba itu sehingga dia mencintai jirannya atau saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri.”
(Hadith Riwayat Muslim)
Kalau anak kita (sila bayangkan walaupun saya tahu sebahagian besar daripada anda belum pun berumah tangga bergerak) lah yang berada di dalam kasut kanvas ala-ala Converse yang dipakai N, kita mahu tak jiran kita yang berada di tempat kejadian melaporkan perkara tersebut kepada kita? Kita mahu tak kalau jiran kita itu menegur anak kita supaya anak kita boleh menjadi seorang manusia yang berguna kepada agama, masyarakat dan negara? Mesti mahu bukan? Angguk. Yes, terima kasih kerana menjawab dengan jujur.
Jadi kalau kita nak layanan yang sedemikian rupa daripada jiran-jemiran kita, maka adil dan saksamalah kalau kita pun memberi layanan yang sama kan? Spot on. Jadi bagaimana ye?
Yang menjadikan lebih bermasalah ialah sistem atau situasi kejiranan di Kolompo ni. Anda faham maksud saya bukan? Nama sahaja berjiran, tetapi bertegur sapa mungkin sekali dalam bulan biru. Itupun kalau ada kenduri tahlil atau terserempak di tengah jalan si jiran sedang menyiram pokok bunga atau menyidai kain dengan gembira. Tambahan pula dengan saya sebagai lelaki bekerjaya dan bergaya *koff koff*, keluar rumah di awal pagi dan pulang di lewat malam, kemungkinan untuk saya bertemu dengan mak cik jiran sebelah adalah amat tipis. Jadi bagaimana ni?
Bagaimana saya nak beritahu kepada mak cik jiran sebelah yang anaknya seorang Superman?
Superman yang luarnya berbaju lain tetapi dalamnya ada baju bersaiz S. Wahaha.. |
-gabbana-
6 Caci Maki Puji Muji:
senang je incik. kalau terserempak lagi
guna telefon bimbit yang ada kamera tue. tangkap gambar. cuci pos kat rumah dia. haaaa kan senang. baru misteri sikit. sesuai dengan gaya incik yang sangat misteri ini. eii kawasan rumah saya. jiran terdekat dua ratus meter dari rumah. pffft. kenkadang je nampak.
ada tips tak, untuk jadi blogger yang tegar?? i mean, lame sgt sy x update blog..
parent inche a tak mesre jugak ke dengan parent N tu?nape tak suruh je parent inche A bagitahu hal tu kat parent N?
inche hamdan: haha.. saya taklah sekeji itu. hehe.. lagi pon nnt kantoi susah la pulak.. haih..
tp saya suka cadangan tu. kejam tetapi cukup bergaya..! Wahahaha.. ;)
aiman, takde tips. tp once dah rajin update, iAllah momentum tu akan ada. gatal je tgn nak menulis.. hehe.. all the best..! ^^
parent Inche A..?? Maksud anda saya ke..? Knapa A..? Wahaha..
baik je. tp mcm tak best ah. nnt kata saya buata cita lak. plus, sy tak btol2 kompemkan dan sahihkan yg saya nampak tu N. ^^"
Post a Comment